Anda di halaman 1dari 9

1

PENDIDIKAN KARAKTER

A. PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan, bukan hanya untuk meningkatkan


penguasaan ilmu pengetahuan serta teknologi dan maklumat bagi pelajar, yang paling
penting adalah pembentukan karakter & akhlak pelajar, sehingga mereka mampu
bertanggungjawab dan bijaksana dalam kehidupan mereka (Dwi Hastuti Martianto.
2002, Jacques et. al 2006). Menurut Horace Mann & John Dewey (dalam Dwi Hastuti
2002), tujuan utama pendidikan adalah sebagai penggerak efisiensi sosial, membentuk
warganegaraan yang bijaksana dan melahirkan manusia berkarakter ataupun berbudi
pekerti. William Bennett (1991) juga menyatakan bahawa sekolah mempunyai peranan
penting dalam pendidikan karakter pelajar, terutama jika pelajar-pelajar tidak
mendapatkan pendidikan karakter di rumah.

Di sekolah-sekolah telah diajarkan pendidikan Agama dan Moral, namun


sesetengah masyarakat masih menuding jari kepada pihak sekolah, kerana dilihat
daripada parameter kejahatan yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Dilihat
pada kandungan kurikulum pendidikan Agama & Moral tersebut, sememangnya tampak
lebih mengajarkan pada dasar-dasar agama & Moral, sementara akhlak ataupun
kandungan nilai-nilai kebaikan dari segi praktinya belum sepenuhnya disampaikan. Hal
ini disebabkan oleh kelemahan dalam metod pendidikan Agama dan Moral tersebut.
Metod yang digunakan terpusat pada pendekatan otak kiri (kognitif), iaitu hanya
mewajibkan pelajar untuk mengetahui dan menghafal (memorization) konsep dan
kebenaran tanpa menyentuh perasaan, emosi, dan nuraninya. Selain itu dalam pendidikan
Agama dan Moral kurang dilakukan praktek tingkahlaku dan penerapan nilai kebaikan
serta akhlak mulia dalam kehidupan. Ini merupakan kesalahan metod dalam pengajaran
Agama & Moral terhadap pelajar. Karena itu tidaklah hairan jika dijumpai banyak
2

ketidakselarian antara materi yang diajarkan di sekolah dengan tingkahlaku diterapkan


oleh pelajar dalam kehidupan mereka.

Menurut Tajul Ariffin (2008) kehidupan dunia hari ini menghadapi keruntuhan
dan kemusnahan nilai-nilai kemanusiaan. Beliau menyatakan bahawa semua ini adalah
berpunca daripada amalan pemikiran liberal, demokratik, sekular, materialistik dan
individualistik yang bebas daripada penghayatan Agama. Menurut beliau, implikasinya
adalah manusia kehilangan maruah dan harga diri yang sebenarnya, dan ini pulalah titik
mulanya yang menyebabkan sesebuah bangsa kehilangan jati diri dan karakter. Justeru,
tugas pendidikan yang amat mendesak sekarang adalah membangunkan dan memperkasa
semula institusi keluarga dan masyarakat (Lynn Revell and James Arthur 2007).
Pendidikan nilai/karakter haruslah dimulai dengan program-program pendidikan keluarga
dan masyarakat. Daripada keluarga dan masyarakat yang harmoni akan lahirlah insan
yang mempunyai asas nilai dan karakter yang mulia.

B. PENDIDIKAN KARAKTER

Kata karakter berasal dari Bahasa Yunani yang berarti “to mark” dan memfokuskan pada
bagaimana mengaplikasikan nilai kebaikan dalam bentuk tindakan ataupun tingkah laku
(Wynne 1991). Pendidikan karakter percaya wujudnya keberadaan Moral Semulajadi
(moral absolut). Moral Semulajadi itu perlu diajarkan dari generasi ke generasi agar
mereka faham mana yang baik dan benar (Kilpatrick dan Lickona 1992). Menurut
mereka pada diri setiap individu terdapat nilai Moral Universal yang bersifat semula jadi
yang bersumber dari Agama yang dipanggil sebagai “the golden rule”. Contoh: berbuat
jujur, menolong orang, hormat–menghormati, bertanggungjawab dan sebagainya, yang
semua orang telah dibekalkan dengan nilai-nilai tersebut. Dalam Islam inilah yang disebut
dengan potensi fitrah, iaitu setiap individu yang dilahirkan ke dunia ini telah dibekalkan
dengan potendi tersebut. Potensi tersebut sentiasa mendorong manusia kearah kebajikan.
Bagaimanapun menurut Tony (2006) pendidikan karakter tersebut mesti diberikan secara
3

berterusan, namun beliau menyatakan pendidikan tersebut sangat efektif diberikan kepada
pelajar-pelajar pada peringkat sekolah rendah lagi.

Pendidikan karakter mempunyai makna yang lebih tinggi daripada pendidikan


moral (Matthew 2006, Gary dan Nancy 2006, Donna Lehr et. al 2007 dan Diana Brannon
2008), kerana pendidikan karakter bukan sekedar mengajarkan mana yang benar dan
mana yang salah. Pendidikan karakter menanamkan kebiasaan (habituation) tentang hal
yang baik sehingga pelajar menjadi faham tentang perkara yang baik dan salah (kognitif),
mampu merasakan nilai baik tersebut (afektif) dan mahu melakukannya (psikomotor).
Seperti kata Aristotle, karakter itu berkait rapat dengan “habit” atau kebiasaan yang terus
menerus dipraktikkan dan dilakukan yang akhirnya akan bersebati dengan diri seseorang.
 
Pendidikan karakter menekankan pentingya tiga komponen (Lickona 1992 dlm
Dwi Hastuti Martianto 2002) karakter yang baik (components of good character) iaitu
moral knowing atau pengetahuan tentang moral, moral feeling atau perasaan tentang
moral dan moral action atau perbuatan bermoral. Hal ini diperlukan agar pelajar
mampu memahami, merasakan dan mengerjakan nilai-nilai kebaikan tersebut. Terdapat
enam perkara penting yang menjadi tujuan daripada diajarkannya moral knowing iaitu;
moral awereness, knowing moral values, persperctive taking, moral reasoning, decision
making dan self-knowledge. Sedangkan dalam moral feeling pula, terdapat 6 perkara
yang merupakan aspek emosi yang harus mampu dirasakan oleh seseorang untuk
menjadi manusia yang mempunyai karakter yang baik, iaitu; conscience, self-esteem,
empathy, loving the good, self-control dan humility. Manakala tindakan moral pula
merupakan hasil daripada dua komponen karakter sebelumnya. Untuk memahami
perkara-perkara yang mendorong individu dalam perbuatan yang baik (act morally)
maka harus dilihat tiga aspek lain dari karakter iaitu : kompetensi (competence),
keinginan (will) dan kebiasaan (habit).
 
Pendidikan karakter merupakan perkara asas yang sangat penting dalam
pendidikan, ianya diajarkan kepada pelajar kerana mereka akan mewarisi dan
melanjutkan kesinambungan pembangunan bangsa secara bermaruah. Mewujudkan
karakter yang sempurna merupakan inti tujuan pendidikan, kerana karakter tersebut
4

merupakan penentu terhadap kemajuan dan keruntuhan sesebuah bangsa. Hamka


menyatakan “kekalnya suatu bangsa adalah selama akhlaknya (karakter) masih kekal,
jika akhlaknya sudah lenyap musnahlah bangsa tersebut”.

C. PERANAN AGAMA, IBUBAPA & INSTITUSI BUKAN SEKOLAH DALAM


PENDIDIKAN KARAKTER

Pendidikan karakter menghantarkan manusia sebagai insan yang mempunyai


kehidupan yang berkualiti. Kehidupan berkualiti dimaksudkan sebagai kehidupan yang
harmoni dengan fitrah insan yang dianugerah oleh Allah swt (Tajul Arifin 2008), iaitu
manusia yang mempunyai kehidupan yang berbudaya dan bertamadun berpaksikan ajaran
Agama yang suci. Ini akan menyuburkan pembangunan nilai-nilai murni dan pembinaan
karakter insan. Dengan ini dapatlah disemarakkan corak dan gaya hidup yang normal dan
harmoni dengan fitrah insan tersebut dalam pembangunan masa depan bangsa yang
harmonis. Justeru, semua nilai yang dicetuskan oleh hukum rimba dan nafsu serakah
manusia dapat dihapuskan, dan di sinilah sepatutnya pendidikan itu difokuskan.

Peranan Agama, ibubapa dan institusi bukan pendidikan dalam membentuk


karakter pelajar menjadi amat mutlak, ketiga-tiga komponen ini perlu berjalan selari dan
bagi memastikan pendidikan karakter tersebut berjaya. Melalui Agama dan didikan
ibubapa anak-anak memperolehi kesinambungan nilai-nilai kebaikan yang mereka
dapatkan di sekolah. Tanpa keterlibatan Agama, ibubapa serta institusis-institusi bukan
pendidikan, maka sebaik manapun nilai-nilai yang diajarkan di sekolah akan menjadi
menjadi kurang bermakna sekiranya tidak dikukuhkan oleh ibu bapa supaya nilai-nilai
tersebut disubur dan dipraktikan dalam kehidupan anak-anak mereka. Pendidikan karakter
mengandung unsur afeksi, perasaan, sentuhan nurani, dan prakteknya sekaligus dalam
bentuk amalan kehidupan seharian.

Paradigma pendidikan dalam Agama (Alquran) tidak terlepas dari tujuan Allah
SWT menciptakan manusia, iaitu pendidikan penyerahan diri secara ikhlas kepada sang
pencipta yang mengarah pada tercapainya kebahagiaan hidup dunia maupun akhirat,
sebagaimna firman-Nya dalam QS. Adz-Dzariyat: 56 : yang bermaksud "Tidak semata-
5

mata kami ciptakan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku". Peranan
Agama dalam menanamkan karakter yang mulia dapat dilihat dalam Al-qur’an, seperti
yang dikisahkan dalam kisah Luqman Al-Hakim yang memberikan makna pendidikan
kepada anaknya. Meskipun pada asasnya pendidikan atau nasihat yang diberikan oleh
Luqman Al-Hakim lebih diutamakan mengenai akidah kepada Allah, namun di sebalik itu
dapat diambil pelajaran yang sangat bermakna, iaitu pendidikan karakter perlu diasaskan
kepada akidah yang betul. Apabila individu mempunyai akidah yang kukuh memudahkan
ibu bapa dan guru-guru dalam membentuk karakter individu berkenaan.

Dalam memberikan pendidikan, Luqman Al-Hakim Sekaligus memberikan


contoh, juga menunjukkan perbuatannya melalui pengamalan dan sikap mental yang
dilakukannya sehari-hari dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT. Diantara
wasiat pendidikan yang dicontohkan Luqman melalui bimbingan secara lisan dan terus
dicontohkan melalui perb uatannya terlebih dahulu. Seperti yang diabadikan di dalam Al-
Qur’an, yang bermaksud “

Jangan sekali-kali menyekutukan Allah, berbuat baiklah kepada kedua orang tua,
jangan mengikuti seruan syirik, ingatlah bahwa manusia itu pasti mati, hendaklah
kita tetap merasa diawasi oleh Allah, hendaklah selalu mendirikan sholat,
kerjakan selalu yang baik dan tinggalkan perbuatan keji, jangan suka
menyombongkan diri, sederhanalah dalam berpergian, dan rendahkanlah
suaramu(Q.S Luqman).

Huraian tersebut mengagambarkan tentang peranan Agama dan juga ibu bapa
sebagai institusi pendidikan tidak formal dalam pendidikan karakter manusia, iaitu
menjadikan aqidah sebagai asas yang berlatarkan Agama, bimbingan secara lisan dan
melalui contoh teladan yang baik melalui bimbingan ibu bapa. Luqman mencontohkan
bahawa pendidikan karakter yang diberikan kepada anaknya mencakupi karakter yang
baik kepada Allah SWT dan karakter yang baik kepada ibu bapa.
6

D. TINDAKAN GURU UNTUK MENGURANGKAN AMALAN-AMALAN


NEGATIF

Melalui pendidikan, guru-guru sepatutnya memastikan pendidikan karakter dapat


mengurangkan amalan-amalan negatif yang menjadi kegemaran pelajar-pelajar hari ini.
Malah terdapat sebahagian pelajar terkadang merasa bangga menunjukkan amalan-
amalan negatif tersebut. Kenapa perkara sebegini berlaku? Ini kemungkinan pengaruh
pendekatan pendidikan Moral dan Agama yang selama ini masih menitikberatkan kepada
aspek kognitif, bukanya afektif dan psikokomotor. Malah dua tahun yang lepas masih
segar dalam ingatan kita, tingkah laku agresif yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar
sekolah Agama yang tergamak membelasah rakanya sehingga masuk hospital dan
akhirnya meninggal dunia. Tingkah laku agresif tersebut juga ditunjukkan oleh pelajar-
pelajar di sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah terbaik di Negara ini, mungkin masih
segar dalam ingatan kita apa yang berlaku di MCKK. Justeru, pendidikan karakter yang
intinya adalah kepada aspek afektif dan psikomotor dapat menyumbang dalam
mengurangi amalan-amalan negatif tersebut.

Menurut Brooks dan Gooble (1997) dalam menjalankan pendidikan karakter


terdapat tiga elemen penting yang perlu diperhatikan iaitu prinsip, proses dan prakteknya
dalam pengajaran. Dalam menjalankan prinsip itu maka nilai-nilai yang diajarkan harus
terlihat dalam kurikulum sehingga semua siswa dalam sekolah betul-betul faham tentang
nilai-nilai tersebut dan mampu menafsirkankannya dalam tingkahlaku seharian. Untuk itu
diperlukan pendekatan optima untuk mengajarkan karakter secara efektif. Menurut
Brooks dan Goble harus diterapkan di seluruh sekolah (school-wide approach). Menurut
Brooks dan Goble (1997) pendekatan yang sebaiknya dilaksanakan adalah:

(i) Sekolah mesti dilihat sebagai satu persekitaran yang diibaratkan sebagai sebuah
pulau dengan bahasa dan budayanya sendiri. Pada masa yang sama sekolah juga
mesti memperluas pendidikan karakter bukan sahaja kepada guru, staf dan pelajar,
tetapi juga kepada keluarga/rumah dan masyarakat sekitarnya.
7

(ii) Kurikulum karakter maka sebaiknya diajarkan sebagai subyek yang berdiri sendiri,
pada masa yang sama diintegrasikan dalam kurikulum sekolah secara keseluruhan.
Seluruh kakitangan menyadari dan mendukung tema nilai yang diajarkan.

(iii) Penekanan ditempatkan untuk merangsang bagaimana siswa menterjemahkan


prinsip nilai ke dalam bentuk perilaku pro-sosial.

E. RUMUSAN

Hari ini banyak didengar dan disaksikan orang-orang yang cerdik, namun terkadang
kecerdikan yang dimiliki disalah gunakan dalam kehidupan mereka. Kita melihat orang
yang cerdik tetapi suka menipu orang lain, orang yang cerdik tetapi rasuah apabila
diberikan kesempatan untuk memimpin, orang yang cerdik tetapi tidak berfaanfaat bagi
orang lain dan sebagainya. Untuk itu pendidikan karakter mesti dijadikan tunjang dalam
pendidikan dan pembangunan manusia, supaya ilmu yang diperolehi mempunyai asas
yang kokoh dan mampu menghantarkan manusia kepada kebahagiaan sejati yang
sesungguhnya sangat dirindukan manusia tersebut.
8

RUJUKAN

Bennet,W.J. 1991. Moral Literacy and the Formation of Character. In: J.S.Bennigna
.Moral Character, and Civic Education in the Elementary School. Teachers
College Press, New York.

Brooks,B.D. and F.G.Goble. 1997. The Case for Character Education: The Role of the
School in Teaching Values and Virtues. Studios 4 Productions.

Diana, B. 2008. Character Education- A Joint Responsibiiity. 62-65. Published by Kappa


Deita Pi, internationai Honor Society in Education, www.kdp.org.

Donna Lehr et. al 2007. Character Education and Students with Disabilities. The journal
of Education 187.3. Trustees of Boston University.

Dwi Hastuti Martianto. 2002. Pendidikan Karakter: Paradigma baru dalam


pembentukan manusia berkualitas. Makalah falsafah sains Program Doktor
Falsafah. Bogor; Institut Pertanian Bogor.

Gary, S and Nancy, B. 2006. Relationships between implementing character education,


student behavior, and student achievement. Journal of Advanced Academics.
Vo.18, Number 1, Fall 2006, pp. 82–114. Virginia Polytechnic Institute and State
University.

Jacques, S. B. 2006. Character and Academics: What Good Schools Do. California State
University.

Kilpatrick,W. 1992. Why Johny Can’t Tell Right From Wrong. Simon & Schuster,
Inc. New York.

Lickona, T. 1992. Educating for Character, How Our Schools Can Teach Respect and
Responsibility. Bantam Books, New York.

Lynn, R and Arthur, J. 2007. Character education in schools and the education of
teachers. Journal of Moral Education Vol. 36, No. 1, March 2007, pp. 79–92. UK;
Canterbury Christ Church University.

Matthew,W. K. 2006. A critical comparison of classical and domain theory: some


implications for character education. Journal of Moral Education Vol. 35, No. 3,
September 2006, pp. 369–386. USA; University of Missouri-St Louis.

Tajul Ariffin Noordin. 2008. Pembangunan Karakter Bangsa Melalui Pendidikan Nilai:
Pengalaman Malaysia (1970-2008). Kertas Kerja yang dibentangkan di Institut
9

Agama Islam Negeri Raden Intan, Lampung Indonesia. Selangor; Fakulti


Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tony, R. S. 2006. Harry truman and the atomic bomb: An excursion into character
education through storytelling. American Secondary Education 35 (1) Fall 2006.

Wynne,E.A. 1991. Character and Academics in the Elementary School. In J.S.


Benigna. Moral Character, and Civic Education in the Elementary School.
Teachers College Press, New York.

Anda mungkin juga menyukai