Anda di halaman 1dari 5

Topik 6:Video untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti 1: Berdasarkan satu topik pengajaran, huraikan langkah-langkah pembinaan media


video dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan subjek Bahasa Malaysia Tahun 2


Tema 4: Kita Cermat Kita Selamat
Unit 11: Keselamatan di Sekolah
ST.K MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.1 Mendengar dan memberikan respons
ST.P MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.1.3 Mendengar, dan memberikan respons dengan
membuat tafsiran terhadap;
(ii) pesanan
Objektif Pembelajaran: Selepas pembelajaran, murid dapat mendengar, dan menjawab terhadap
pesanan

Merancang Penerbitan Bahan Video untuk Pengajaran


Berikut adalah proses penerbitan bahan video untuk pengajaran :
Langkah-langkah merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran:
1. Tetapkan tujuan dan objektif dalam pengajaran
- Selepas pembelajaran, murid dapat mendengar, dan menjawab terhadap pesanan
2. Buat penyelidikan
-Mengkaji tentang cara menyiapkan penerbitan bahan video.
3. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan (fakta), bahan grafik dan bahan audio yang
sesuai
-Mencari maklumat yang berkaitan dan memilih unsur yang berkaitan dengan topik “Keselamatan
di Sekolah”.
4. Menulis skrip melalui format papan cerita (story board)
-menulis isi kandungan yang berkaitan dengan rakaman video yang hendak dirakam.
5. Bersedia membuat penggambaran
-mencari pelakon dan tempat yang sesuai dengan topik
6. Sediakan bahan dan peralatan
-Memasang peralatan rakaman dan alat-alat yang sesuai di tempat rakaman.
7. Mulakan penggambaran
-Merakam video sehingga selesai.
8. Proses menukar video dari DV ke bentuk klip
-Memuatkan video dari DV ke dalam komputer.
9. Membuat rakaman audio
-Membuat rakaman audio dialog pelakon sekiranya rakaman audio kurang jelas.
10. Proses penyuntingan dan pengadunan audio dan video
-Menyunting dan mengabungkan audio dan video dengan Movie Maker.
11. Prebiu hasil rakaman
12. Pengubahsuaian / penyuntingan
13. Menukar ke format yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage)
-Menukar video ke format Mp4 yang bersesuaian dengan tujuan pemyimpanan di dalam USB.
14. Gunakan dalam pengajaran
-Menggunakan video dalam proses pengajaran de dalam kelas.
15. Maklum balas dan penilaian
-Menulis maklum balas tentang hasil pengajaran dan pembelajaran murid berdasarkan video ini.

Pernerbitan video pendidikan


Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dari yang mudah
seperti Windows movie maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang
lebih canggih seperti Adobe Premier, Ulead media studio, Ulead video studio, Penicles, Edius,
Let’s Edit, Vegas, Avid dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaannya masing-
masing terutama dalam menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect) audio dan
video yang mampu memberi penarikan kepada penonton.
Contoh: Menggunakan Perisian Windows Movie Maker untuk merakam dan menyunting video .
Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada Video-CD (fail format .dat) atau DVD (fail
format .vob) melalui perisian seperti VCD cutter atau Chopper XP dan disimpan semula dalam fail
format .mpeg (mpeg 1) atau .wmv (Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila
disisip (insert) pada kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian
seperti Format Factory, Any file converter, Total video converter atau seumpama dengannya.
Contoh: Menggunakan Format Factory untuk penyesuaian format fail
Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau
disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows movie maker,
DVD movie maker (terdapat pada Windows Vista), Ulead movie factory, Roxio creater DE, Nero
burner atau mana-mana perisian yang seumpama dengannya.
Penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik , dalam jangka
masa yang besesuaian dengan tujuan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai