Anda di halaman 1dari 5

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Ming (2) merupakan sebuah sekolah jenis

kebangsaan Cina yang terletak di Pekan Nanas, Pontian, Johor. Satu ceramah yang
bertajuk “Selamatkan Gajah Di Hutan” telah dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar SJK(C)
Yu Ming (2) pada hari 15 Ogos 2021 yang lalu pada pukul 3 petang hingga 4 petang
secara atas talian melalui kaedah Zoom Meeting. Aktiviti ceramah cintai alam sekitar ini
memberi kesedaran serta memupuk nilai memelihara dan memulihara alam sekitar
terutama dalam skop persekitaran. Selain itu, program ini dilaksanakan adalah untuk
memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Sasaran kumpulan bagi program ini ialah murid-murid dari tahun 4, 5 dan 6. Seramai
200 orang telah menyertai ceramah ini.
Objektif program ini adalah untuk membolehkan murid belajar menghargai
hidupan dan alam semula jadi melalui program yang diadakan, menyemai nilai cintai
alam sekitar dalam kalangan murid dan menyebarkan maklumat mengenai kepentingan
memelihara sumber alam bagi mengelakkan kepupusan sumber alam. Sepanjang
tempoh program, kami mendapati program ini mendapat sambutan hangat di kalangan
murid-murid terutamanya semasa video-video tentang gajah yang menarik ditayangan
dan sesi soal jawab. Walaubagaimanapun, kami juga menghadapi masalah ketegangan
masa semasa aktiviti bersoal. Peserta tidak dapat menjawab semua soalan dengan
sepenuhnya. Selain itu, jumlah peserta juga terhad di platform ZOOM telah
menyebabkan sebilangan murid yang berminat pada program ini juga tidak dapat
menyertai kerana terhad yang ditetapkan pada ZOOM. Oleh itu, cadangan
penambahbaikan ialah memberi masa yang mencukupi kepada setiap peserta untuk
menjawab.

Program ini memberikan banyak impak kepada murid kerana mereka dapat
mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar. Oleh itu, murid dapat mengaplikasikan
apa yang telah disampaikan semasa ceramah dalam kehidupan seharian seterusnya
menjadi masyarakat yang menghargai, memelihara dan memulihara alam sekitar
dengan sebaiknya.
Lampiran Gambar dalam ceramah “Selamatkan Gajah Di Hutan”
Penceramah Madam Aria sedang memberi ceramah yang menarik

Peserta-peserta menumpuh perhatian semasa sesi ceramah


Madam Aria sedang memperkenalkan Facebooknya

Sesi bergambar

Anda mungkin juga menyukai