Anda di halaman 1dari 4

Lampiran 7

No. Ruj SJKCP/600-53/3/3(03)

KERTAS CADANGAN
PROGRAM MINGGU STEM
PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS

Ybrs. PUAN YONG SIEW LIN


GURU BESAR SJKC PULAI

TAJUK KERTAS CADANGAN – PROGRAM MINGGU STEM


________________________________________________________________

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Berdasarkan Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Pendidikan STEM


merupakan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Pendidikan STEM
adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan seharian dan dunia di sekeliling
kita. Dalam usaha menjadikan murid SJKC Pulai sebgai modal insan yang mempunyai
kemahiran berfikir yang tinggi (KBAT) pada abad ke 21. Justeru, program tersebut dianjurkan
bagi melahirkan generasi muda yang berkualiti dan mencukupi bagi memacu ekonomi masa
depan

3. OBJEKTIF PROGRAM

Program tersebut bermatlamat untuk memupuk minat belajar Matematik dan Sains
dikalangan murid-murid dalam pelbagai pertandingan Koakademik
Antaranya adalah;

3.1 Dapat mempertingkatkan keyakinan murid


3.2 Mencungkil bakat dan kebolehanan yang ada pada pelajar
3.3 Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam
pertandingan
3.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang sikap serta kepimpinan yang
cemerlang
3.5 Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid dari segi menaakul
untuk menjawab soalan kuiz.

4. KUMPULAN SASAR

4.1 Semua murid (Darjah 1 hingga 6)


Lampiran 7
No. Ruj SJKCP/600-53/3/3(03)

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1. Program Pertandingan Kuiz Sains Tahun 4 hingga Tahun 6

Tarikh - 15 November 2022


Tempat - Dalam Kelas
Cara Pelaksanaan - Menyediakan Kertas Kerja
- Perbincangan dengan Guru Besar
- Mengadakan Mesyuarat AJK program
- Melaksanakan aktiviti pertandingan tersebut
- Post-mortem

5.2 Program Pertandingan Kuiz Matematik Tahun 1 hingga Tahun 6

Tarikh - 17 November 2022


Tempat - Dalam Kelas
Cara Pelaksanaan - Menyediakan Kertas Kerja
- Perbincangan dengan Guru Besar
- Mengadakan Mesyuarat AJK program
- Melaksanakan aktiviti pertandingan tersebut
- Post-mortem

6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi - Pn. Yong Siew Lin (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi - En. Ngo Jian Yee
Naib Pengerusi - Pn. Ee Chew Peng
- Pn. Chang Sook Ming
- Pn. Chio Foong Yin
Setiausaha - Pn. Toh Siew Leng
AJK - Pn. Lee Kwee Hua
- Pn. Ho Fung Huey
- Pn. Chai Mei Lin

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan


BPL – Bantuan Kokurikulum
Lampiran 7
No. Ruj SJKCP/600-53/3/3(03)

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Piala
1 x RM 7.50 27 202.50

JUMLAH KESELURUHAN 202.50

7.3 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan – sekiranya ada

- TIADA

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

- TIADA

9. PENUTUP

Program yang dilaksanakan ini diharapkan akan meningkatkan tahap kesedaran


individu terhadap pembangunan modal insan bermula daripada sekolah lagi. Program
ini juga seharusnya menjadi medan perpaduan dan toleransi antara peserta dalam
menghadapi cabaran masa depan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………….. …………………...
(TOH SIEW LENG) (NGO JIAN YEE)
Setiausaha Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Persatuan Matematik dan Sains SJKC Pulai
Tarikh : 2 November 2022 Tarikh : 2 November 2022
Lampiran 7
No. Ruj SJKCP/600-53/3/3(03)

KERTAS CADANGAN
PROGRAM MINGGU STEM
________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM MINGGU STEM

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM MINGGU STEM

Ulasan :

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

YONG SIEW LIN


Guru Besar
SJKC Pulai
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai