Anda di halaman 1dari 3

5

LOGISTIK

 Pakaian
 Pengangkutan
 Peralatan Latihan

PgR (Bersekutu) Md Nor Bin Abdul Halim


PgR (Bersekutu) Mohd Shafie Bin Osman
TPgKR Muzafar Shah Bin Muhammad
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

BAB 5 – LOGISTIK

5.1 PAKAIAN

5.1.1 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membekalkan pakaian


seragam, T-Shirt RELA, peralatan dan lain-lain aksesori berkaitan
sebagai inventori kepada Politeknik yang telah menubuhkan
RELASIS berdasarkan bilangan anggota RELASIS yang ada dan
diurus selia pengagihan pinjaman oleh Pegawai Logistik RELASIS
dan Penyelaras RELA.

5.1.2 Anggota RELASIS yang terlibat dalam latihan atau akitiviti


kokurikulum RELASIS Politeknik dikehendaki memakai pakaian
mengikut peraturan pemakaian uniform yang telah ditetapkan di
dalam Peraturan Pakaian Seragam (Rujuk Bab 8).

5.1.3 Pakaian seragam penuh akan dibekalkan secara pinjaman sekiranya


terlibat di dalam aktiviti atau latihan luar atau rasmi atau sekiranya
mendapat arahan pemakaian lain daripada pihak pengurusan
RELASIS Politeknik.

5.1.4 Pakaian seragam penuh beserta aksesori akan di berikan secara


kekal sekiranya anggota RELASIS melepasi dan berjaya menamatkan
kursus di tahap RELASIS I.

5.1.5 Tanda pangkat tidak dipakai sewaktu menjalani latihan dalam


pakaian separuh uniform. Tanda pangkat hanya dipakai apabila
memakai pakaian seragam penuh atau apabila diarahkan.

5.1.6 RELASIS bertanggungjawab terhadap pakaian seragam dan aksesori


yang telah dibekalkan. Sebarang kehilangan dan kerosakan perlu
dilaporkan di PPRP dan sebarang kehilangan akibat kecuaian akan
dikenakan tindakan tatatertib.

5.1.7 Penyalahgunaan uniform akan dikenakan tindakan tatatertib.

5.2 PENGANGKUTAN

Pengangkutan RELASIS untuk menghadiri aktiviti dan program luar akan


disediakan oleh pihak Politeknik terbabit, walaubagaimanapun pihak
Pengurusan RELASIS boleh memohon bantuan pengangkutan daripada
IPRN sekiranya pihak Politeknik tidak dapat menyediakan kemudahan
tersebut.

24
5.3 PERALATAN LATIHAN

Peralatan latihan RELASIS akan disediakan oleh pihak Politeknik terbabit,


walaubagaimanapun pihak Pengurusan RELASIS boleh memohon bantuan
peralatan daripada IPRN sekiranya pihak Politeknik tidak dapat
menyediakan kemudahan tersebut.

25

Anda mungkin juga menyukai