Anda di halaman 1dari 4

2

PENUBUHAN
BRIGED
RELASIS
POLITEKNIK

 Prosedur Penubuhan
RELASIS
 Organisasi
 Jawatankuasa
Pengurusan RELASIS

PgR (Bersekutu) Md Nor Bin Abdul Halim


PgR (Bersekutu) Muhammad Hafiz Bin Kamarudin
PgR (Bersekutu) Engr. Ruslan Bin Abdul Jalil, AAE
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

BAB 2 - PENUBUHAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)


POLITEKNIK MALAYSIA

2.1 PROSEDUR PENUBUHAN BRIGED RELASIS

Bagi menubuhkan sesebuah RELASIS, prosedur berikut hendaklah


dipatuhi :-

2.1.1 Permohonan rasmi secara bertulis daripada Pengurusan Politeknik


berkenaan kepada Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia
(RELA).

2.1.2 Permohonan akan diproses oleh Ibu Pejabat RELA Malaysia dan
Lembaga Penilaian khas ditubuhkan bagi membuat perakuan dan
keputusan permohonan.

2.1.3 Keahlian Lembaga Penilaian Khas adalah seperti berikut:

Pengerusi
Ketua Pengarah RELA

Ahli
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA
Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan & Penyelidikan RELA
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum JPP
Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar JPP
Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan RELA
Pengarah Dasar Dan Perancangan Strategik RELA
Pengarah Bahagian Latihan RELA
Pengarah RELA Negeri (berkenaan)

Urusetia : Bahagian Pembangunan Pasukan & Penyelidikan RELA

2.1.4 Perakuan dan keputusan Lembaga akan dimaklumkan secara


bertulis kepada Politeknik berkenaan. Sesalinan keputusan
permohonan akan juga dihantar kepada Jabatan Pengajian
Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pejabat
RELA Negeri di mana Politeknik itu berada.

2.1.5 Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu


nombor pendaftaran bagi Politeknik berkenaan mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah RELA Malaysia.

10
BAB 2 – PENUBUHAN PASUKAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)

2.1.6 Permohonan penubuhan RELASIS bagaimanapun adalah tertakluk


kepada syarat-syarat seperti berikut:

i. Politeknik yang menawarkan program pengajian pada


peringkat diploma atau sarjana muda yang diiktiraf oleh MQA.
ii. Politeknik yang bersetuju menubuhkan RELASIS hendaklah
mematuhi tanggungjawab seperti yang terkandung dalam
buku panduan ini.

2.2 ORGANISASI

2.2.1 Organisasi RELA di Politeknik dikenali sebagai BRIGED RELA SISWA


SISWI (RELASIS) Politeknik Malaysia dan diikuti dengan nama
Politeknik berkenaan. Contoh “RELASIS Politeknik Merlimau”,
“RELASIS Politeknik Ibrahim Sultan” dll.

2.2.2 Setiap pengambilan anggota baru RELASIS bagi setiap semester


akademik hendaklah tidak kurang daripada satu (1) platun iaitu
seramai 33 anggota.

2.2.3 Setiap platun RELASIS adalah terdiri daripada 33 anggota


mengandungi seorang Ketua Platun, seorang Sarjan sebagai Penolong
Ketua Platun dan tiga orang Koperal sebagai Ketua Seksyen, dan
seorang Koperal sebagai Koperal Tadbir, 5 Lans Koperal serta 22
anggota RELASIS. (lihat lampiran 2D).

2.2.4 Sekiranya sesebuah Politeknik mempunyai 5 platun pada satu masa


maka platun-platun berkenaan akan dijadikan sebuah kompeni.
(lihat Lampiran 2E).

2.2.5 Sesebuah Politeknik dibenarkan menubuhkan sehingga 15 platun


atau 3 kompeni RELASIS pada setiap semester.

2.2.6 Setiap (6) semester atau (3) tahun pengajian, sesebuah Politeknik
mesti mempunyai tidak kurang daripada satu (1) Platun yang
mengikuti kursus kokurikulum wajib RELASIS.

2.2.7 Ketua Platun RELA (KPR), Sarjan, Koperal dan Lans Koperal yang
menjadikan struktur sebuah Platun akan dilantik dari kalangan
pelajar berdasarkan merit dan kelayakan yang diputuskan dalam
buku panduan ini.

2.2.8 Anggota yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu (1) kursus


RELASIS boleh melapor kepada Pegawai RELA Daerah (PRD) yang
berhampiran tempat tinggal bagi mengikuti aktiviti RELA daerah dan
layak mendapat faedah yang diterima oleh anggota RELA yang lain.

11
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

2.2.1 Anggota yang telah mengikuti ksemua kursus RELASIS layak untuk
ditauliahkan Pegawai Sukarelawan Muda berdasarkan kreteria
berikut:-

i. Kekosongan jawatan
ii. Disokong dan diperakukan oleh PRD.

2.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN RELASIS

Jawatankuasa Pengurusan RELASIS hendaklah ditubuhkan di setiap


Politeknik berkenaan bagi menguruskan latihan, disiplin, kegiatan,
pengurusan dan pentadbiran RELASIS. Jawatankuasa ini hendaklah
dianggotai oleh :

Pengerusi Bersama
Komander RELASIS
Pengarah RELA Negeri

Ahli
Timbalan Komander RELASIS
Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan & Penyelidikan / wakil
Pengarah Bahagian Latihan / wakil
Penolong Pengarah RELA Negeri
Pegawai-pegawai Bersekutu Politeknik
Pegawai Penyelaras RELASIS
Jurulatih Kanan RELASIS Politeknik

Urus setia
Adjutan RELASIS
Pegawai RELASIS

12

Anda mungkin juga menyukai