Anda di halaman 1dari 10

1

PENGENALAN

 Pendahuluan
 RELASIS Politeknik
 Punca Kuasa
 Matlamat
 Objektif
 Visi
 Misi
 Logo RELA
 Lencana Korporat
RELA
 Lagu RELA
 Falsafah RELA
 Ikrar RELA
 Nilai Teras Pasukan
RELA

PgR (Bersekutu) Md Nor Bin Abdul Halim


PgR (Bersekutu) Mohd Suri Bin Saringat
PgR (Bersekutu) Engr. Ishak Bin Mohamed Basir, AAE
PgR (Bersekutu) Engr. Ruslan Bin Abdul Jalil, AAE
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

BAB 1 – PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

1.1.1 Penubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) diasaskan pada tahun


1948-1960 melalui Akta Darurat dan lebih dikenali sebagai Kawalan
Kampung atau ‘Home Guard’. Peranannya pada masa berkenaan
adalah untuk mengekalkan keselamatan awam, mempertahankan
kedaulatan undang-undang negara, mengekalkan keamanan dan
ketenteraman awam dan memberikan perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan penting masyarakat.

1.1.2 Pada tahun 1963-1965 berlaku Konfrantasi antara Malaysia dengan


Indonesia dan Kawalan Kampung atau ‘Home Guard’ ini telah diberi
peranan sebagai Pasukan Kawalan sebagai mata dan telinga untuk
menyalurkan maklumat kepada kerajaan.

1.1.3 Rentetan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku pergaduhan kaum yang


memerlukan peranan Pengawal Kampung atau ‘Home Guard’
diperluaskan dan pada 11 Januari 1972 Penubuhan Ikatan Relawan
Rakyat (RELA) telah diluluskan oleh kerajaan.

1.1.4 Pada 22 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia telah


diluluskan oleh Parlimen untuk mengantikan Akta Darurat dan pada
28 Ogos 2013 Ikatan Relawan Rakyat (RELA) telah dinaiktaraf
sebagai JABATAN. Penjenamaan 11 Januari 2014 Jabatan
Sukarelawan Malaysia

1.1.5 Sesuai dengan penubuhan dan hala tuju baru Jabatan Sukarelawan
Malaysia (RELA) ke arah memartabat dan mempelbagaikan bidang
tanggungjawab supaya lebih efektif dan relevan mengikut peredaran
masa, RELA mengembangkan sayapnya untuk menubuhkan unit
beruniform di IPT dan Politeknik Malaysia. Penubuhan unit
beruniform RELASIS adalah bertujuan bagi memantapkan semangat
kesukarelawan, patriotisme, meningkatkan tahap disiplin, modal
insan dan membina semangat bekerjasama sesuai dengan teras
utama kursus kokurikulum IPT dan Politeknik Malaysia yang
digariskan melalui pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN). Ini adalah salah satu daripada 8 teras Pembangunan
Insaniah yang diperkenalkan oleh Kementerian pendidikan Malaysia
iaitu teras kesukarelawanan.

2
BAB 1 - PENDAHULUAN

1.2 RELASIS POLITEKNIK

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang telah ditubuhkan di Politeknik


Malaysia dikenali sebagai Briged RELA Siswa Siswi atau RELASIS dan
hendaklah dirujuk sebagaimana yang sepatutnya di dalam urusan
berkaitannya.

1.3 PUNCA KUASA

1.3.1 Akta Darurat 1964.


1.3.2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964 (Peraturan-peraturan Perlu)
(Ikatan Relawan Rakyat) Pindaan 2005.
1.3.3 Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Perintah Pasukan
Sukarelawan Malaysia) Pindaan Jadual 2013.
1.3.4 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) Pindaan
2013.

1.4 MATLAMAT

Penubuhan RELASIS sebagai pasukan beruniform di Politeknik Malaysia


adalah bertujuan untuk:-

1.4.1 UMUM

i. Memperkasakan Kemahiran Insaniah (soft skill) dalam kalangan


pelajar.
ii. Memupuk nilai jati diri dan menyemaikan semangat patriotik
cintakan tanahair.
iii. Membina semangat bekerjasama dan kesukarelaan antara
mahasiswa dengan masyarakat.

1.4.2 KHUSUS

i. Membentuk pelajar supaya hidup dalam konteks yang memberi


pendekatan ke arah individu yang bermoral, berdedikasi dan
bertanggungjawab.
ii. Membina insan yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, berdaya
tahan mental dan fizikal, berkeyakinan, berfikir secara kreatif,
inovatif dan kritis dalam membuat keputusan dan penyelesaian
masalah.
iii. Boleh membimbing dan memimpin masyarakat serta cekap dan
berkeupayaan menjalankan tugas.

3
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

1.5 OBJEKTIF

1.5.1 Melatih dan mendidik mahasiswa mengenai konsep kesukarelaan


melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan,
keselamatan, keharmonian dan keamanan setempat.

1.5.2 Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan RELASIS sebagai


anggota RELA yang berkemahiran, berkaliber, berpendidikan,
berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas.

1.5.3 Meningkat dan menyemai semangat setiakawan demi memupuk


perpaduan nasional.

1.5.4 Memupuk sikap toleransi dan bertolak ansur dalam perhubungan


kaum.

1.6 VISI

Menjadi sebuah Jabatan Sukarelawan yang unggul.


1.7 MISI

Menyediakan sebuah Jabatan sukarelawan sebagai penyumbang kepada


kesejahteraan dan keselamatan setempat.

1.8 MOTTO

“SETIA BERBAKTI”

4
BAB 1 - PENDAHULUAN

1.9 LOGO RELA

1.9.1 Pengenalan Logo RELA

KUNING Melambangkan kedaulatan dan negara berparlimen.


MERAH Menunjukkan keberanian, sentiasa setia berbakti.
HIJAU Keharmonian, perpaduan dan kesukarelaan.
BUNGA PADI Melambangkan semangat kesetiaan yang padu, bersatu
dan jitu.
TANJAK Menjunjung kedaulatan Raja berperlembagaan.
JALUR 14 jalur warna putih dan merah menunjukan taburan
Ahli RELA diseluruh Negara.
‘RELA’ Singkatan nama Ikatan Relawan Rakyat yang terdiri
daripada rakyat yang menabur khidmat bakti secara
sukarela.
PERISAI Benteng pertahanan rakyat.

5
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

1.10 LENCANA KORPORAT RELA

1.10.1 Pengenalan Lencana Korporat RELA

PERISAI Ketahanan Mental dan Fizikal dengan Konsep 5K1P


(Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan,
Keharmonian, Kesatuan dan Perpaduan)
WARNA HIJAU Gelombang Kesukarelawan yang Setia Berbakti
TUA
WARNA KUNING Keikhlasan Berkhidmat
WARNA HIJAU Ganerasi ‘Y’
MUDA
WARNA HITAM Kewujudan Anggota di mana-mana.
LOGO RELA Identiti Jabatan
5 BINTANG Perkhidmatan Cemerlang Berpegang Kepada 5 Prinsip
Rukun Negara
BINTANG 14 RELA Jabatan Persekutuan.
BULAN Menjunjung Islam Agama Rasmi.
LOGO KDN RELA Bernauang di Bawah Kementerian Dalam Negeri
1 RELA Gagasan 1 Bangsa Pelbagai Kaum Dalam 1 Organisasi
SUKARELAWAN
@ relamalaysia Kepentingan Era Siber dan Media Baru

6
BAB 1 - PENDAHULUAN

1.11 LAGU RELA

Bergema, laungan setia berbakti,


Berikrar demi pertiwi,
Itulah semangat kami,
Sukarelawan sejati,

Setiap langkah kami sedia,


Berbakti untuk negara,
Berkhidmat seikhlas hati,
Menjadi ikrar abadi,

Pastikan keselamatan,
Berkorban demi keamanan,
Sejahterakan negara,
Keharmonian Malaysia,

Bangkitlah semua warga RELA,


Pertahan warisan negara,
Bersama kita berbakti,
Relawan dan Relawati.

7
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

1.12 IKRAR RELA

Prinsip-Prinsip Rukun
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan.

Bahawa Kami
Berikrar Dengan Sesungguhnya
Akan Sentiasa
Menjaga Dan Mempertahankan
Perlembagaan
Kedaulatan
Dan Kemerdekaan Negara Malaysia.
Patuh Dan Taat Setia
Kepada Pucuk Pimpinan Negara.
Memberi Perkhidmatan
Dengan Penuh Dedikasi
Untuk Menjaga Keselamatan
Dan Keamanan Negara.
Bersatu Ke arah Menjayakan
Cita – Cita Wawasan 2020
Demikian Ikrar Dan Janji Kami
Yang Akan Kami Patuhi
Dengan Penuh Kejujuran dan ikhlas
Demi Nama Baik
Jabatan Sukarelawan Malaysia.

8
BAB 1 - PENDAHULUAN

1.13 FALSAFAH JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

Keamanan dan Keselamatan serta pembangunan Malaysia, sama ada pada


waktu aman atau darurat adalah tanggungjawab semua warganegara yang
perlu dipikul bersama bagi menjamin keutuhan PERLEMBAGAAN dan
kemantapan jalinan masyarakat berlandaskan RUKUN NEGARA.

Sebagai satu pasukan sokongan dan benteng ketiga pertahanan negara,


warga RELA hendaklah berjiwa tinggi, bersemangat wira dan mesra rakyat.
Berkemampuan sebagai penggerak wawasan negara ke arah masyarakat
BERDIKARI.

Dengan hasrat itu, maka falsafah perjuangan RELA hendaklah berasaskan


kepada lunas-lunas yang meliputi:-

1.13.1 Benteng Ketiga Pertahanan Negara

Mewujudkan Platun-Platun RELA yang berpengetahuan dalam hal-hal


dibawah :-

i. Pertahanan Setempat
ii. Ancaman Dalaman Dan Luaran
iii. Perang saraf / Gerak saraf

1.13.2 Pasukan Sokongan Berwibawa

Untuk menentukan keberkesanan bantuan yang diberikan kepada Agensi /


Jabatan RELA perlu mewujudkan Platun-Platun RELA yang
berpengetahuan dalam hal-hal dibawah:-

i. Pencegahan Jenayah
ii. Konsep Operasi Bersepadu
iii. Perisikan
iv. Ancaman
v. Duta kecil kerajaan
vi. Memberi bantuan semasa bencana
vii. Pemangkin Tranformasi Kerajaan (GTP)
viii. Program Integrasi kaum
ix. Aktiviti-aktiviti Kesukarelawan

9
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

1.13.3 Tugas-tugas Kebajikan

Sukarelawan mempelopori kerja-kerja kebajikan apabila berlaku


malapetaka atau bencana alam seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran
dan lain-lain seumpamanya. Penggerak aktiviti khidmat masyarakat dan
terlibat secara menyeluruh dalam kerja-kerja kebajikan di kawasan
setempat seperti kenduri-kendara, pengurusan jenazah dan lain-lain.

1.13.4 Ekonomi Dan Berdikari

Mempelopori dan mencebur diri dalam rancangan pembangunan dan


kemajuan setempat melalui projek ekonomi dan sosial samada secara
perseorangan, perkongsian, koperasi atau persatuan untuk mencapai
matlamat berdikari.

1.13.5 NILAI TERAS JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

KONSEP 5K1P:-

i. Keselamatan
ii. Keamanan
iii. Kesejahteraan
iv. Keharmonian
v. Kesatuan
vi. Perpaduan

10

Anda mungkin juga menyukai