Anda di halaman 1dari 7

3

KEANGGOTAAN
DAN PANGKAT

 Keanggotaan Briged
RELA Siswa Siswi
(RELASIS)
 Pangkat-Pangkat
Kehormat dan
Bersekutu RELASIS
Politeknik
 Perlantikan Pegawai
Kehormat Dan
Bersekutu RELASIS
Politeknik
 Tugas Dan
Tanggungjawab

PgR (Bersekutu) Md Nor Bin Abdul Halim


PgR (Bersekutu) Mohd Izuddin Bin Yusop
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

3.1 KEANGGOTAAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)

3.1.1 Syarat-syarat menganggotai RELASIS

Pendaftaran untuk menganggotai RELASIS adalah tertakluk kepada syarat-


syarat berikut :

i. Warganegara Malaysia.
ii. Pelajar-pelajar Politeknik yang berusia 18 tahun ke atas.
iii. Sihat tubuh badan dan tidak cacat.
iv. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
v. Mendaftar Kokurikulum Unit Beruniform RELASIS di Politeknik.
vi. Bebas daripada sabitan dan perlakuan jenayah.

3.1.2 Keanggotaan RELASIS boleh ditamatkan atau diberhentikan atas


sebab-sebab berikut :

i. Tidak mematuhi Akta 752 Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012.


ii. Tidak mematuhi Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
(Akta 174) dan melanggar mana-mana Peraturan Politeknik Malaysia.
iii. Lain-lain kesalahan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib
RELASIS.

3.1.3 Anggota RELASIS yang tamat belajar boleh meneruskan keanggotaan


RELA dengan melaporkan diri di Pejabat RELA Daerah berdasarkan
kepada alamat semasa untuk menyertai aktiviti-aktiviti RELA.

3.1.4 Anggota RELASIS adalah juga anggota RELA melainkan mereka


berhenti secara sukarela atau dikenakan tindakan seperti di para
3.1.2.

3.1.5 Ahli Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada Komander sebagai


pengerusi atau mana-mana pegawai yang mewakilinya Penguasa
Bersekutu RELA (PgR (Bersekutu)) ke atas, Adjutan, penyelaras
RELASIS dan seorang jurulatih (Rujuk Seksyen 14 Akta 752
Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012).

14
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

3.2 PANGKAT-PANGKAT KEHORMAT / BERSEKUTU RELASIS POLITEKNIK

3.2.1 Pengarah Politeknik sebagai Komander RELASIS atau mana-mana


Timbalan Pengarah/pegawai kanan tertinggi Politeknik yang
diperturunkan kuasa oleh Pengarah Politeknik dengan memakai
pangkat Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (Bersekutu). (PPjKR
(Bersekutu)).

3.2.2 Timbalan Komander dilantik oleh Komander dan mendapat perakuan


daripada Pengarah Politeknik sekiranya Komander bukan Pengarah
Politeknik dengan memakai pangkat Penolong Pesuruhjaya RELA
(Bersekutu). (PPjR (Bersekutu)).

3.2.3 Seorang Pegawai Tadbir (Adjutan) berpangkat Penguasa RELA


(Bersekutu) (PgR (Bersekutu)), yang dilantik oleh Komander daripada
kalangan pegawai bersekutu kakitangan Politeknik berkenaan.

3.2.4 Kakitangan tetap terdiri daripada seorang (1) Pegawai RELA RELASIS
dan empat (4) Anggota RELA Pentadbiran (ARP).

3.2.5 Kakitangan tetap akan ditempatkan di Politeknik dan


bertanggungjawab terus kepada Adjutan RELASIS dari segi
pengurusan dan pelaksanaan aktiviti yang diselaraskan oleh
Jabatan / Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan di
Politeknik tersebut. (Lihat Lampiran 2C).

3.3 PERLANTIKAN PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU BRIGED


RELASIS POLITEKNIK

Perlantikan pangkat Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu RELASIS


Politeknik hendaklah dicadangkan oleh pihak politeknik berkenaan.

3.3.1 Perlantikan ke pangkat bersekutu RELASIS Politeknik bagi Politeknik


adalah seperti berikut :-

Komander 1 Jawatan
Timbalan Komander 2 Jawatan
Adjutan 1 Jawatan
Pegawai Latihan 1 Jawatan
Pegawai Akademik (Data) 1 Jawatan
Pegawai Akademik (Penilaian) 1 Jawatan
Pegawai Logistik 1 Jawatan

15
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

3.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

3.4.1 Jabatan Sukarelawan Malaysia

i. Ibu Pejabat RELA Malaysia (IPRM)


- Pendaftaran RELASIS.
- Lantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu.
- Watikah perlantikan Komander, Timb. Komander dan Adjutan.
- Merancang keperluan peruntukan belanjawan.
- Menyedia dan merancang perolehan peralatan dan logistik.
- Menyediakan pegawai/kakitangan/jurulatih tetap.
- Merancang dan melaksanakan program-program RELASIS di
peringkat kebangsaan.
- Mengemaskini, mengesahkan, menyebarkan dasar-dasar dan
arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan
RELASIS.

ii. Ibu Pejabat RELA Negeri (IPRN)


- Memantau dan membantu pelaksanaan aktiviti RELASIS.
- Menentukan kegiatan dan latihan RELASIS berjalan dengan
teratur.
- Mengadakan hubungan rapat dengan Politeknik berkaitan
kegiatan RELASIS.
- Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian
kenaikan pangkat anggota RELASIS.
- Melaksanakan arahan Ketua Pengarah RELA berhubung
perjalanan RELASIS dari masa ke semasa.

iii. Pejabat Pentadbiran RELASIS Politeknik (PPRP)


- Pendaftaran pelajar Politeknik sebagai anggota RELASIS.
- Merancang dan melaksana semua aktiviti RELASIS mengikut
garis panduan yang ditetapkan oleh Politeknik dan RELA.
- Membantu proses Pengajaran, Pembelajaran, Latihan dan
Penilaian.
- Membantu merancang, mengurus dan memajukan
permohonan bajet kewangan kepada pihak RELA Malaysia.
- Mengurus keperluan logistik latihan dan aktiviti.
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua pihak yang
berkaitan dengan aktiviti RELASIS.
- Melaksanakan arahan semasa yang diberikan oleh RELA
Malaysia dan Politeknik Malaysia.

16
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

3.4.2 Kementerian Pendidikan Malaysia

i. Politeknik Malaysia
- Mencalonkan Komander, Timbalan Komander, Adjutan dan
pegawai RELASIS.
- Menyelaras aktiviti-aktiviti RELASIS di politeknik berkenaan.
- Bekerjasama dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia untuk
merancang dan melaksanakan program RELASIS di politeknik.
- Menyediakan kemudahan asas, logistik dan sistem sokongan
yang mencukupi dan bersesuaian.
- Menyediakan peruntukan tahunan untuk aktiviti RELASIS.

ii. Komander RELASIS


- Bertanggungjawab merangka dasar, strategi dan keseluruhan
tadbir urus dalam RELASIS di Politeknik.
- Berkerjasama dengan Pengarah RELA Negeri berkaitan tadbir
urus, latihan, logistik dan aktiviti RELASIS.
- Menentukan bahawa keanggotaan RELASIS dipenuhi mengikut
ketetapan semasa.
- Memastikan kemudahan asas, logistik dan sistem sokongan
yang disediakan berada dalam keadaan kondusif bagi
menjalankan aktiviti.
- Menggalak dan memberi peluang kepada anggota RELASIS
mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di semua
peringkat.

iii. Timbalan Komander RELASIS


- Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas
yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Membantu Komander dalam merangka dasar, strategi dan
keseluruhan tadbir urus dalam RELASIS di Politeknik.
- Menjalankan tugas Komander semasa ketiadaan Komander.
- Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan
dan pentadbiran RELASIS.
- Merancang dan menjalankan aktiviti RELASIS berdasarkan
silibus yang ditetapkan.
- Memastikan proses penilaian hasil pembelajaran dilaksanakan
pada setiap semester.
- Memantau pelaksanaan program-program kemasyarakatan
dan kesukarelawanan.

17
PANDUAN BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
POLITEKNIK MALAYSIA

iv. Adjutan RELASIS


- Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas
yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Membantu Komander dalam merangka dasar, strategi dan
keseluruhan tadbir urus dalam RELASIS di Politeknik.
- Menguruskan pendaftaran keanggotaan dan keahlian RELASIS
di Politeknik Malaysia.
- Melaksanakan penilaian kenaikan pangkat anggota RELASIS.
- Menyediakan laporan tahunan RELASIS.
- Menguruskan penyertaan ahli-ahli RELASIS dalam kegiatan di
setiap peringkat.
- Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan
dengan RELASIS.
- Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih.
- Urusetia panel tatatertib anggota RELASIS.

v. Pegawai Latihan RELASIS


- Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas
yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Melaksanakan pembelajaran, pengajaran dan penilaian
akademik kokurikulum unit beruniform RELASIS.
- Menghadiri mesyuarat RELASIS Politeknik masing-masing.
- Menjadi pegawai perantaraan, penasihat dan pemudahcara
antara RELASIS dan PTJ di Politeknik.
- Menggalakkan kemasukan mahasiswa/i menyertai RELASIS.
- Melibatkan diri dalam apa jua aktiviti RELASIS di Politeknik.
- Melaksanakan dan memberi maklumbalas terhadap
pelaksanaan latihan dan aktiviti RELASIS Politeknik berjalan
mengikut jadual.
- Merancang, menyedia dan melaksanakan latihan dan aktiviti
RELASIS Politeknik berjalan mengikut jadual.
- Bertanggungjawab kepada Timbalan Komander (Operasi)
RELASIS Politeknik dalam hal-hal latihan.

vi. Pegawai Logistik RELASIS


- Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas
yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Melaksanakan pembelajaran, pengajaran dan penilaian
akademik kokurikulum unit beruniform RELASIS.
- Menghadiri mesyuarat RELASIS Politeknik masing-masing.
- Menjadi pegawai perantaraan, penasihat dan pemudahcara
antara RELASIS dan PTJ di Politeknik.
- Menggalakkan kemasukan mahasiswa/i menyertai RELASIS.
- Melibatkan diri dalam apa jua aktiviti RELASIS di Politeknik.

18
BAB 3 – KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

- Melaksanakan dan memberi maklumbalas terhadap


pengurusan logistik RELASIS di Politeknik.
- Berhubung dengan pihak IPRM atau IPRN dalam semua aspek
pengurusan logistik.
- Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan latihan
termasuk pakaian seragam kepada RELASIS Politeknik.
- Bertanggungjawab kepada Timbalan Komander (Operasi)
RELASIS Politeknik dalam hal-hal logistik.

vii. Pegawai Akademik RELASIS (Data & Penilaian)


- Bertanggungjawab terhadap Komander dan menjalankan tugas
yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Melaksanakan pembelajaran, pengajaran dan penilaian
akademik kokurikulum unit beruniform RELASIS.
- Menghadiri mesyuarat RELASIS Politeknik masing-masing.
- Menjadi pegawai perantaraan, penasihat dan pemudahcara
antara RELASIS dan PTJ di Politeknik.
- Menggalakkan kemasukan mahasiswa/i menyertai RELASIS.
- Melibatkan diri dalam apa jua aktiviti RELASIS di Politeknik.
- Melaksanakan dan memberi maklumbalas terhadap
pelaksanaan kokurikulum RELASIS di Politeknik.
- Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang berkaitan
dengan RELASIS.
- Menyediakan kertas-kertas ujian semester serta mengurus
pemeriksaan dan pemarkahan.
- Bertanggungjawab kepada Timbalan Komander (Akademik)
RELASIS Politeknik dalam hal-hal akademik.

Nota :- Rujuk Lampiran 2B bagi struktur organisasi RELASIS Politeknik di


peringkat Politeknik Malaysia.

19

Anda mungkin juga menyukai