Anda di halaman 1dari 10

TERHAD

PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA H 502


PENUGASAN UNIT RONDAAN BERMOTOSIKAL (URB)

1. PENDAHULUAN
Dalam pembentangan bajet 2013 kerajaan telah mengumumkan perbelanjaan
sebanyak RM 20 juta untuk menyediakan 1000 buah motosikal bagi penugasan
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di sekitar kawasan-kawasan perumahan.
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ini akan menjalankan tugas rondaan
pencegahan jenayah Omnipresence, Stop & Talk dan Meet and Greet serta
melaksanakan Community Policing.
Unit ini juga berfungsi sebagai Mobile Information Centre yang melaksanakan
tugas engagement kepada masyarakat.

Unit ini beroperasi dalam kawasan yang telah ditetapkan khusus untuk
mencegah kegiatan pecah rumah dan melaksanakan rondaan cegah jenayah di
samping tugas-tugas kepolisan aktif yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2. OBJEKTIF
Perintah Tetap ini adalah sebagai garis panduan pelaksanaan dan tatacara
serta fungsi URB;
2.1. Menjalankan tugas rondaan bagi mewujudkan kehadiran polis (police
omnipresence) seterusnya berperanan melaksanakan tugas sebagai
first responder dan pencegahan jenayah serta melaksanakan program
community policing; dan
2.2. Melaksanakan Konsep 4P (Protective, Performance And Outcome
Oriented, Proactive, People Oriented) sebagai Dasar Transformasi
kepada perspektif budaya kerja Patrolmen URB bagi mencapai dan
meningkatkan mutu perkhidmatan PDRM.

3. PROSEDUR
Perintah Tetap ini juga untuk:-
3.1. Mewujudkan suatu prosedur dan garis panduan yang jelas mengenai
pelaksanaan penugasan rondaan bermotosikal oleh Unit Rondaan
Bermotosikal (URB);

1
TERHAD

3.2. Mewujudkan suatu prosedur dan garis panduan yang jelas kepada
anggota yang menggunakan motosikal pasukan tentang prosedur
penggunaan dan keselamatan motosikal pasukan; dan

3.3. Sebagai panduan bagi memudahkan setiap Ketua Polis Daerah di


kawasan hot spot berkenaan untuk membuat rujukan jika timbul sesuatu
yang mengelirukan atau masalah dalam penugasan (URB).

4. PROSEDUR PENUGASAN UNIT RONDAAN BERMOTOSIKAL (URB)

Ketua URB adalah bertanggungjawab untuk menentukan semua motosikal


pasukan yang dibekalkan kepada Kontinjen tersebut hendaklah digunakan
sepenuhnya untuk penugasan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Penugasan
Unit Rondaan Bermotosikal ini adalah dalam kawasan yang telah ditetapkan.
Sebarang perubahan mestilah mendapat kelulusan jabatan. Justru itu Inspektor
URB berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menentukan setiap URB
berpandukan kepada prosedur berikut.

4.1. Menyediakan jadual penugasan tempoh 24 jam rondaan bermotosikal


dalam 3 syif penugasan seperti berikut :-

4.1.1. Shif 1 - 4 buah motosikal / 4 anggota


4.1.2. Shift 2 - 4 buah motosikal / 4 anggota
4.1.3. Shift 3 - 4 buah motosikal / 4 anggota

 Masa penugasan setiap syif adalah selama 8 jam

4.2. Penugasan setiap shift adalah dalam bentuk berpasangan iaitu 2 buah
motosikal / 2 anggota. Penugasan secara bersendirian adalah tidak
dibenarkan atas faktor keselamatan.

4.3. Setiap anggota yang bertugas hendaklah dibekalkan dengan peralatan-


peralatan seperti senjatapi/peluru, alat perhubungan komunikasi yang
mencukupi, gari dan vest (pantulan cahaya).

4.4. Setiap anggota yang bertugas hendaklah melaksanakan tindakan respon


dengan sepantas mungkin pergi ke tempat kejadian apabila menerima
sesuatu panggilan daripada Bilik Gerakan (CCC atau DCC). Masa
tindakan respon sampai ke tempat kejadian mesti dalam tempoh 10 minit
atau kurang daripada masa tersebut.

4.5. Setiap anggota yang bertugas dikehendaki sentiasa mempamerkan mutu


dan tahap disiplin yang tinggi

2
TERHAD

4.6. Setiap anggota hendaklah mengemukakan laporan penugasan kepada


penyelia masing-masing apabila selesai tugas. Laporan hendaklah
mengandungi butir-butir berikut:-

4.6.1. Jumlah saman yang dikeluarkan (jika ada);


4.6.2. Jumlah orang awam yang di temui;
4.6.3. Jumlah laluan dan jalan-jalan yang di ronda;
4.6.4. Jumlah taman-taman perumahan yang dironda;
4.6.5. Jumlah kawasan perindustrian yang dironda;
4.6.6. Jumlah laporan tangkapan dan rampasan (jika ada);
4.6.7. Maklumat-maklumat yang diperolehi bagi membantu pencegahan
jenayah;

4.6.8. Aktiviti-aktiviti bersama orang awam semasa rondaan dijalankan;

4.6.9. Lawatan premis yang ditinggal kosong oleh pemilik bagi


mempastikan premis selamat. Sekiranya berlaku kelalaian pemilik
maka notis lawatan dikeluarkan untuk perhatian pemilik; dan

4.6.10. Sebagai frontliner anggota URB akan digunakan dalam operasi


pencegahan dan pengesanan penjenayah dan pemeriksaan
secara menyeluruh atas saspek, dan individu yang dinamakan
sebagai ‘stop and frisk’.

5. LATIHAN DAN KAJIAN KEBERKESANAN

Semua Patrolmen hendaklah mendapat pendedahan latihan seperti berikut:


5.1. Kursus Asas

5.1.1. Asas Menunggang Motosikal Berkuasa Tinggi;


5.1.2. Pengetahuan Undang-Undang / S.O.P URB;
5.1.3. Kemahiran Interpersonal;
5.1.4. Kursus Pengendalian Senjatapi;
5.1.5. Kursus Mempertahankan Diri;
5.1.6. Community Policing;
5.1.7. Kaedah Titik Cetus – Flash Point (Teori / Praktikal);
5.1.8. Hot Pursuit (Teori / Praktikal);
5.1.9. Latihan Kemahiran Menilai Orang, Tempat dan Maklumat; dan

3
TERHAD

5.1.10. Lain-lain Kursus yang diperlukan dan bersesuaian.

5.2. Kajian Keberkesanan

Keberkesanan unit ini akan dikaji dari masa ke masa. Laporan penugasan
secara mingguan dan bulanan akan dikompilasi berdasarkan format yang
ditetapkan (format seperti di lampiran).

6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Para ini menjelaskan tugas dan tanggungjawab setiap Pegawai / PRP yang
menjawat jawatan-jawatan berikut:-

6.1. Ketua URB

Inspektor URB yang menjalankan tugas dan tanggungjawab ini hendaklah


melaksanakan perkara berikut:

6.1.1. Menyediakan jadual tugas harian;

6.1.2. Menentukan semua motosikal, peralatan dan kelengkapan unit ini


sentiasa dalam keadaan baik;

6.1.3. Bertanggungjawab menentukan motosikal diselenggara mengikut


jadual yang telah ditetapkan;

6.1.4. Memberi arahan kepada patrolmen semasa panggil nama,


perkara-perkara yang diberi perhatian seperti berikut:-

6.1.4.1. Kejadian jenayah yang berlaku dalam tempoh 24 jam


(Ringkasan Jenayah Harian);

6.1.4.2. Trend dan Modus Operandi jenayah;

6.1.4.3. Kenderaan-kenderaan / suspek yang dikehendaki;

6.1.4.4. Kawasan yang kerap berlaku jenayah;

6.1.4.5. Langkah-langkah keselamatan dan tatacara mengikut


4
TERHAD

PTKPN D222 Penggunaan Senjata Api oleh


Pegawai Polis dan Arahan Pentadbiran Ketua
Polis Negara Bil 12/2011-Penggunaan Senjatapi
Dan Amunisi;

6.1.4.6. Menyemak dan menandatangani Buku Saku


Patrolmen di bawah seliaan bagi menentukan catatan
terkini dibuat;

6.1.4.7. Memastikan wang saku patrolmen tidak melebihi


RM 50.00 dan catatan jumlah wang dibawa dalam
buku saku;

6.1.4.8. Memastikan wang saku Patrolmen diistihar kepada


pegawai atau penyelia dan catatan jumlah wang
dibawa dalam buku saku;

6.1.4.9. Memastikan Patrolmen bertugas membawa senjata


api dan peluru mengikut skala yang ditetapkan dan
senjata yang bersesuaian dengan tugas Patrolmen;

6.1.4.10. Menentukan disiplin Patrolmen berada ditahap yang


terbaik; dan

6.1.4.11. Lain-lain arahan pentadbiran terkini jika ada.

6.2. PATROLMEN URB

6.2.1. Sebelum Keluar Tugas:

6.2.1.1. Lapor diri 30 minit sebelum waktu bertugas;

6.2.1.2. Ambil senjata api dan peluru mengikut skala;

6.2.1.3. Terima arahan tugas semasa panggil nama dari


Penyelia;\

6.2.1.4. Buat catatan arahan diterima dan jumlah wang yang


dibawa dalam Buku Saku – POL 5;

5
TERHAD

6.2.1.5. Buat pemeriksaan ketrampilan / kelengkapan /


peralatan / motosikal bagi memastikan ia dalam
keadaan baik dan siap sedia digunakan.

6.2.2. Semasa Bertugas:

6.2.2.1. Lapor ke DCC / CCC setiap kali keluar tugas dan


setiap satu (1) jam satu (1) kali sepanjang tempoh
bertugas;

6.2.2.2. Lapor ke DCC / CCC setiap tindakan yang diambil ke


atas mana-mana individu / kenderaan yang dibuat;

6.2.2.3. Berhenti dalam tempoh lebih kurang 15 minit ke 30


minit untuk melaksanakan engagement dengan
publik dalam kawasan rondaan;

6.2.2.4. Segera mengambil tindakan terhadap sesuatu


kejadian atau maklumat awam atau arahan yang
diterima dari DCC / CCC. Tempoh tindak balas
(respond time) ini hendaklah tidak melebihi 8-15 minit
mengikut keadaan muka bumi setempat;

6.2.2.5. Setiap tindakan yang hendak diambil mesti


berpandukan kepada Standard Operating Procedure
(SOP) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang telah
ditetapkan;

6.2.2.6. Tidak dibenar meninggalkan motosikal dalam apa-


apa situasi sekalipun, melainkan dalam keadaan
kecemasan. Tentukan enjin motosikal dimatikan dan
dikunci jika memerlukan kenderaan ditinggalkan;

6.2.2.7. Pastikan keselamatan diri dan motosikal semasa


menjalankan penugasan;

6.2.2.8. Semasa melaksanakan tugas Patrolmen dikehendaki


untuk mengadakan engagement dengan masyarakat

6
TERHAD

untuk menjalinkan kerjasama dalam mendapatkan


maklumat dan pencegahan jenayah;

6.2.2.9. Sepanjang masa bertugas, Patrolmen dikehendaki


sentiasa mengekalkan tahap disiplin pasukan yang
tinggi, berhemah dan berintegriti.

6.2.3. Selesai Tugas:

6.2.3.1. Lapor taklimat balas semua tindakan yang telah


diambil sepanjang masa bertugas;

6.2.3.2. Taklimat berkaitan dengan semua perkara menarik


perhatian / kejadian-kejadian yang luar biasa semasa
bertugas;

6.2.3.3. Mengemaskinikan semua dokumen untuk diserahkan


kepada Penyelia;

6.2.3.4. Serahkan senjata api dan peluru di stor Amra;

6.2.3.5. Membuat laporan atas tindakan-tindakan yang


memerlukan laporan polis.

7
TERHAD

7. RUJUKAN

7.1. PTKPN - Bab C Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan


Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA);

7.2. PTKPN - Bab D Penyenggaraan Tatacara Pengurusan asset Alih


Kerajaan (TPA);

7.3. PTKPN - Bab F Kehilangan dan Hapus Kira Tatacara Pengurusan


asset Alih Kerajaan (TPA);

7.4. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 Kementerian


Kewangan Tatacara Pengurusan asset Alih Kerajaan (TPA);

7.5. PTKPN BHG. A302 Latihan Dalam Perkhidmatan;

7.6. PTKPN BHG. A 112 Sistem Bit dan Patrol;

7.7. Arahan Pentadbiran No. 6/2002 Membekalkan senjata api HK MP-


5 kepada Anggota yang menjalankan tugas Bit, Rondaan, Rondaan
Khas dan Kereta Peronda;

7.8. PTKPN BHG. A 142 Para 10 Tatacara Pemeriksaan Tubuh dengan


penangkapan dan penahanan oleh polis dan Jadual Bahagian III,
Periksa Tepuk – Kanun Tatacara Jenayah;

7.9. PTKPN BHG. B 108 Keselamataan Senjata api dan Peluru;

7.9. PTKPN BHG. D 222 Penggunaan senjata api oleh Pegawai Polis,
Bab IV Hak Pertahan Persendirian seksyen 96 hingga 106 Kanun
Keseksaan dan Arahan KPN No. 79;

7.10. Arahan Persenjataan Bil. 126/2010 – KPN (PR) 7/4 Nombor Siri
dan Alat Ganti Senjata Api Pasukan;

7.11. Seksyen 15 -Kanun Tatacara Jenayah tangkapan, bagaimana


dibuat;

7.12. Seksyen 17 - Kanun Tatacara Jenayah memeriksa orang yang


berada dalam mana-mana tempat yang digeledah dengan waran;

7.13. Arahan Ketua Trafik Pasukan (KTP) No. 25 bth 26 April 2008 cara-
cara menahan dan mengambil tindakan semasa kenderaan
bergerak dan cara-cara melaksanakan pemeriksaan dan
tangkapan;

8
TERHAD

7.14. Seksyen 26 - Kanun Tatacara Jenayah mengejar pesalah;

7.15. Akta Dadah Berbahaya 1952 Dadah;

7.16. Standard Operational Procedure Police Reporting System - KPN


21/5/1 Police Reporting System ( PRS );

7.17. PTKPN BHG A. 143 bth 11.3.2009 Penggeledahan dan Penyitaan;

7.18. Seksyen 100 (Kanun Keseksaan) Hak Mempertahankan Diri;

7.19. Perintah Gerakan Urus Setia NKRA Unit Rondaan Bermotsikal


“Ops URB” Bil. 1/2013 – KPN 35/90 bth 10 April 2013 Rondaan
URB;

7.20. Arahan KTP No. 8 Cara-cara menggunakan Pol. 257 (Saman);

7.21. Arahan Pentadbiran Pengangkutan Bil. 70 – Prosedur Pengurusan


Fleet Motosikal Jenis Kawasaki Ninja 250 (EX250-L) yang
digunakan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Bawah NKRA
2.0 Ruj. KPN 137/16/7 bth 9 Januari 2013 Penggunaan,
Penyenggaraan motosikal URB;

7.22. PTKPN BHG. A114 Buku Saku Polis, Diari Rasmi dan Buku
Lawatan;

7.23. Arahan Pentadbiran Bil. 14/2008 – Ruj. KPN 22 Pemakaian


Pakaian Seragam Operasi Tugas Am PDRM;

7.24. KPN 22 bth 18 Februari 2014 Pemakaian Pakaian Seragam


Operasi Tugas Am PDRM;

7.25. PTKPN BHG. A101 Kawalan, Keselamatan, Penyenggaraan dan


Edaran;

7.26. PTKPN BHG. C206 Tanggungjawab Pemandu;

7.27. PTKPN BHG. B102 Pusat Kawalan;

7.28. PTKPN BHG. C210 Tatacara Perakuan Bahanapi dan Minyak


Pelincir;

7.29. PTKPN BHG. C205 Buku Log Pengangkutan;

7.30. PTKPN BHG. A110 Tatatertib;

9
TERHAD

7.31. Arahan Teknikal Pengangkutan No. 423 RUj. KPN 137/2/2 bth
21/12/2012 Motosikal Kawasaki Ninja 250 (EX250-L) Unit Rondaan
Bermotosikal;

7.32. PTKPN BHG. A113 Sekatan Jalanraya; dan

7.33. PTKPN BHG. C204 Lesen Memandu Pasukan

8. PENUTUP
Adalah menjadi harapan dan hasrat Ketua Polis Negara agar penugasan
rondaan bermotosikal di semua kontinjen dapat dilaksanakan dengan
efektifagar impaknya dapat dirasai oleh orang awam yang amat memerlukan
kehadiran anggota polis.
Sikap keperihatinan dan bertanggungjawab setiap KetuaURB dan
Patrolmendalam kawasan bertugasuntuk menyelia dan menjalankan tugas
rondaan amat dituntut oleh pasukan agar penugasan ini dapat menberikan
hasil dan impak yang berkesan serta positif di kaca mata orang awam dan
secara tidak langsung akan dapat merealisasikan objektif NKRA PDRM dan
kerajaan untuk menurunkan kadar jenayah indeks, menambahbaik persepsi
masyarakat terhadap PDRM, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada
masyarakat tercapai.

10

Anda mungkin juga menyukai