Anda di halaman 1dari 6

KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERTAS PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN YDH KOMANDAN KOR SUKSIS KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA HALA TUJU KOR SUKSIS 2011
1.0 PENDAHULUAN

Kertas ini disediakan bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan dari Komandan Kor SUKSIS Kementerian Pengajian Tinggi, YDH ACP/KS Prof. Dato Dr. Rujhan bin Mustafa bagi maksud melaksanakan cadangancadangan yang diputuskan semasa Bengkel Hala Tuju Kor SUKSIS 2011 pada 1 hingga 3 Julai 2011 yang lalu. 2.0 LATAR BELAKANG

Mesyuarat Komandan-Komandan Kor SUKSIS IPTA pada 8 April 2011 telah memberikan mandat kepada Kor SUKSIS UPM untuk melaksanakan Bengkel Hala Tuju Kor SUKSIS IPTA. Permohonan untuk mengadakan Bengkel berkenaan telah dimajukan dan diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
1|6
Kertas Pertimbangan dan Kelulusan YDH Kor SUKSIS IPTA BENGKEL HALA TUJU KOR SUKSIS 2011

Bengkel berkenaan telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2011 di Pulai Spring, Johor Bharu dan dihadiri oleh seramai 36 orang pegawai terdiri dari Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS IPTA dan Pegawai-pegawai Kehormat Kor SUKSIS IPTA. Bengkel berkenaan turut dihadiri oleh YDH Ketua Cawangan Pembantu dari Ibupejabat Polis Bukit Aman.

Bengkel selama tiga (3) hari berkenaan turut merumuskan cadangan dan pandangan dari semua pihak, termasuk dari pihak Universiti, pihak Cawangan Pembantu dan Pegawai Penyelaras bagi menentukan hala tuju yang seragam dan selaras dalam semua IPTA. 3.0 OBJEKTIF

Objektif bagi melaksanakan Bengkel ini adalah seperti berikut ;

(i)

Menyelaras dan membentuk keseragaman dari segi latihan, perjalanan latihan dan pemakaian uniform bagi semua IPTA

(ii)

Meneliti, mengkaji dan mengusulkan cadangan kepada KomandanKomandan Kor SUKSIS seluruh IPTA bagi memperkasakan peranan pelatih Kor SUKSIS di setiap IPTA.

(iii)

Meneliti, mengkaji dan mengusulkan cadangan pindaan berhubung perkara berkaitan undang-undang dan peraturan dan;

(iv)

Mengkaji

cadangan

memperkasakan

penubuhan

Pasukan

Sukarelawan Simpanan Polis

2|6
Kertas Pertimbangan dan Kelulusan YDH Kor SUKSIS IPTA BENGKEL HALA TUJU KOR SUKSIS 2011

4.0

CADANGAN 4.1 Setelah perbincangan diadakan selama tiga (3) hari di Pulai Spring, Bengkel Hala Tuju Kor SUKSIS IPTA 2011 telah merumuskan cadangan-cadangan seperti berikut akan dilaksanakan oleh Kor SUKSIS IPTA masing-masing ;

(i)

Menubuhkan Sekretariat Kor SUKSIS (SEKRIS) bertujuan menyelaras aktiviti, mesyuarat dan pergerakan Kor SUKSIS IPTA

(ii)

Pengambilan anggota baru diberikan keutamaan kepada pelajar Ijazah (meneruskan pengambilan peringkat Diploma di UiTM Pulau Pinang)

(iii)

Bagi IPTA yang masih melaksanakan kokurikulum Kor SUKSIS kurang dari enam (6) jam kredit, hendaklah mengadakan perbincangan dengan pihak Senat bagi

mendapatkan enam (6) jam kredit bagi kokurikulum Kor SUKSIS. (iv) Tapisan fizikal kemasukan mengikut syarat kemasukan yang digunapakai oleh PDRM (v) Menubuhkan Kelab Alumni Kor SUKSIS peringkat

IPTA/Kebangsaan (vi) Bersama Pegawai-Pegawai Penyelaras, menyusun semula silibus pengajian dan aktiviti luar Kor SUKSIS agar selari dengan cabaran semasa

3|6
Kertas Pertimbangan dan Kelulusan YDH Kor SUKSIS IPTA BENGKEL HALA TUJU KOR SUKSIS 2011

4.2

Bengkel juga memutuskan Cawangan Pembantu Ibupejabat Polis Bukit Aman perlu menyediakan Kertas-kertas cadangan seperti berikut ;

(i)

Penstrukturan semula jawatan Komandan Kor SUKSIS KPT dari Asisten Komisioner Polis (ACP) kepada Senior Asisten Komisioner (SAC) sebagai Ketua Komandan Kor SUKSIS IPTA

(ii)

Menyediakan Arahan Tetap Komandan selaras dengan pangkat dan kuasa bagi melaksanakan tugasan bagi PegawaiPegawai Kehormat dan pelatih Kor SUKSIS dari masa kesemasa

(iii)

Mengkaji untuk menyediakan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) berasingan khusus buat pasukan Kor SUKSIS yang ketika ini berkongsi menggunakan PTPKN A502.

(iv)

Merangka pindaan untuk mengwujudkan jawatan Inspektor Percubaan Sukarelawan Polis dan setiap pelatih ditauliahkan dengan jawatan Inspektor Percubaan bukan Inspektor

(v)

Menyediakan satu kad pengenalan diri yang seragam bagi semua pelatih IPTA

(vi)

Merangka satu sistem tapisan, proses saringan dan kursus induksi kepada bekas pelatih Kor SUKSIS yang ingin menyertai Sukarelawan Simpanan Polis

(vii) Uniform

pelatih

Kor

SUKSIS

diselaraskan

dengan

pemakaian uniform pelatih Inspektor Percubaan PDRM di Pusat Latihan


4|6
Kertas Pertimbangan dan Kelulusan YDH Kor SUKSIS IPTA BENGKEL HALA TUJU KOR SUKSIS 2011

(viii) Mengwujudkan

satu

Unit

Kor

SUKSIS

di

Cawangan

Pembantu diketuai pegawai PDRM berpangkat DSP (ix) (x) Menyediakan database lengkap buat bekas pelatih dan ; Memperkasakan pasukan Sukarelawan Simpanan Polis

dengan memberi lebih ruang dan peluang kepada bekas pelatih Kor SUKSIS 4.3 Cadangan juga dimajukan di dalam Bengkel berkenaan berhubung kuasa semasa melaksanakan kewajipan kepada pelatih-pelatih Kor SUKSIS sekiranya diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas

kepolisian terutama di dalam Kampus atau membantu pihak Ibupejabat Polis Daerah dalam tugasan cegah jenayah atau kawalan orang ramai.

4.4

Juga mengambilkira senarai 10 tugasan yang boleh dilaksananakan oleh mengikut PTKPN A502 dan PVR Regulations 1956 yang terpakai kepada anggota dan pegawai Sukarelawan Simpanan Polis ketika ini.

5.0

IMPLIKASI CADANGAN 5.1 Walaupun PTKPN telah menggariskan keperluan melantik seorang pegawai Sukarelawan Simpanan Polis secara terus ke pangkat Inspektor/Inspektor Percubaan, kekangan yang wujud ialah peruntukan perjawatan bagi setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). PTKPN A502 hanya menggariskan keperluan dua (2) orang jawatan Inspektor bagi setiap IPD.
5|6

Kertas Pertimbangan dan Kelulusan YDH Kor SUKSIS IPTA BENGKEL HALA TUJU KOR SUKSIS 2011

5.2

Untuk ini, pembesaran pasukan Sukarelawan Simpanan Polis perlu dilaksanakan termasuk memohon peruntukan tambahan kewangan dan perjawatan dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.3

Implikasi lain ialah melibatkan persoalan undang-undang. Bagi meminda atau menyediakan PTKPN khas buat Kor SUKSIS, ia memerlukan kajian lanjut dan bantuan dari Bahagian UndangUndang PDRM. Walau bagaiamanapun, perkara berkaitan di luar undang-undang dan peraturan boleh dilaksanakan dari masa kesemasa.

6.0

SYOR YDH Komandan Kor SUKSIS Kementerian Pengajian Tinggi adalah dimohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Kertas ini.

Pejabat Komandan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Putra Malaysia (UPM) 43400 UPM Serdang

6|6
Kertas Pertimbangan dan Kelulusan YDH Kor SUKSIS IPTA BENGKEL HALA TUJU KOR SUKSIS 2011

Anda mungkin juga menyukai