Anda di halaman 1dari 4

ABPG1103

TAKE HOME EXAMINATION

JANUARI / 2021

ABPG1103

INTRODUCTION TO PSYCHOLOGY

NO. MATRIKULASI : 780920015951001


NO. KAD PENGNEALAN : 780920-01-5951
ABPG1103

SOALAN 1
Psikologi adalah satu kajian masalah tingkah laku manusia yang dibuat secara sistematik dan
saintifik. Menurut Davidoff (1976) menjelaskan bahawa psikologi adalah kajian saintifik
mengenai tingkah laku manusia atau haiwan termasuk juga pemikiran dan perasaan manusia
dan binatang.

SOALAN 2
Gen dominan adalah gen yang dapat menunjukkan sifat yang dikawalnya bila berpasangan
dengan gen dominan atau gen resesif. Gen yang dapat mempengaruhi sifat seseorang kanak-
kanak. Manakala gen resesif adalah gen yang hanya dapat menunjukkan sifat yang
dikawalnya bila gen berkenaan berpasangan dengan gen resesif.

SOALAN 3
Persepsi boleh ditakrifkan sebagai proses membuat makna daripada maklumat deria. Menurut
Walgito (1989), persepsi terbentuk melalui satu proses berawal dari objek yang menimbulkan
ransangan dan ransangan tersebut mengenai reseptor. ada tiga syarat terjadinya persepsi iaitu
objek yang dipersepsi, reseptor dan perhatian.

SOALAN 4
Ritma sirkadian merupakan jam internal yang mengatur proses penting dan fungsi tubuh
manusia. Ritma ini bekerjasama dengan otak dan dipengaruhi langsung oleh isyarat lengkung
terutama cahaya. Cara ritma ini berfungsi bermula dengan sel-sel otak yang bertindak balas
terhadap isyarat persekitaran, iaitu gelap dan terang. Tindak balas ini ditangkap oleh mata
yang kemudiannya digambarkan dalam bentuk isyarat ke sel-sel tubuh sebagai isyarat ketika
tiba masanya untuk kita bangun dan tidur. Sel-sel ini kemudian menghantar lebih banyak
isyarat ke bahagian otak lain yang mengaktifkan fungsi lain yang membuat kita lebih letih
atau waspada.

SOALAN 5
Empat jenis kecerdasan yang dicadangkan oleh Gardner ialah
1. Intrapersonal – keupayaan untuk memahami diri sendiri dan menggunakan untuk mencapai
potensi tertinggi dalam mengenal pasti emosi.
2. Kinestetik – Pergerakan badan.
1
ABPG1103
3. Linguistik – Bahasa pertuturan
4. Spatial – Melibatkan peta minda seperti berfikir

SOALAN 6
Empat penyebab Skizofrenia iaitu
1. Genetik – boleh diwarisi oleh gen.
2. Jangkitan – Jangkitan virus yang hadir semasa dalam kandungan atau zaman kanak-kanak.
3. Penyalahgunaan bahan – Penggunaan ubat-ubatan yang kuat atau pengambilan dadah.
4. Pengalaman hidup – Peristiwa hidup yang tertekan.

SOALAN 7
Pengukuhan merujuk kepada penyampaian stimulus segera atau sejurus selepas respon.
Pengukuhan dibahagikan kepada empat kategori iaitu: 1) Pengukuh primer contoh adalah air,
makanan, tidur dan seks. 2) Pengukuh sekunder contoh wang dipasangkan dengan bunyi air
mengalir, air yamh mengalir akan menjadi pengukuh sekunder. 3) Pengukuhan positif
contonhnya memberi makan kepada anjing kerana mematuhi arahan duduk. 4) Pengukuhan
negatif contohnya seekor tikus diberikan kejutan elektrik. Kejutan elektrik berhenti sebaik
sahaja tikus menekan tuil.

SOALAN 8
Sumber motivasi manusia terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan moitivasi
ekstrinsik. Motivasi Intrinsik datang dari dalam diri iaitu naluri manusia dan pendorong.
Sebagai contoh saya mengambil peperiksaan dengan baik disebabkan komitmen dan
keyakinan diri saya. Motivasi ekstrinsik pula tingkah laku manusia yang dipengaruhi oleh
faktor luaran. Contoh seseorang bekerja keras untuk menikmati ganjaran yang diberikan oleh
pihak lain dan mengelak hukuman.

SOALAN 9
Empat faktor yang membawa kepada menurut perintah adalah, 1) pemegang kuasa dan
bukannya diri sendiri yang bertanggungjawab, 2) menerima bahawa tingkah laku yang
terlibat adalah rutin, 3) mengelakkan sikap biadap atau menyinggung pihak berkuasa dan 4)
kecenderungan untuk mematuhi arahan yang mudah dahulu dan kemudian berasa
tanggungjawab untuk mengikuti arahan yang lebih sukar.

2
ABPG1103
SOALAN 10
Ego boleh dikenali sebagai bahagian keperibadian yang beroperasi berdasarkan prinsip realiti
manakala superego adalah bahagian hati nurani dari minda, ia berfungsi di minda untuk
mengingatkan kebaikan dalam diri. Ego beroperasi berdasarkan prinsip reality sedangkan
superego berdasarkan prinsip moraliti. Ego menyebabkan sesorang itu mementingkan diri
sendiri sedangkan superego tidak mementingkan diri sendiri. Keperibadian dibentuk oleh ego
sedangkan watak dibentuk oleh superego.

Anda mungkin juga menyukai