Anda di halaman 1dari 160

JTW 224 Pengenalan Kepada

Psikologi Pengurusan

Dr. Wan Afezah


afezah@usm.my
Tel: 04-653 4565

Fb: DrAfezah Pjj


Group JTW 224 in Fb:
https://www.facebook.com/groups/1412139672335080/
Bab 1
Apa Yang Dimaksudkan Dengan
Psikologi?
Psikologi
1. Kajian sains yang bertujuan untuk memahami
tingkah laku dan proses mental dan menerapkan
pemahaman untuk manfaat manusia.
2. Menjelaskan cara proses mental mempengaruhi
pemikiran, tindakan dan perasaan.
3. Mengkaji kelakuan, fikiran, perasaan, mimpi, dan
pendapat manusia.
4. Menggunakan kaedah saintifik untuk membantu
kajian terhadap tingkah laku dan proses mental.
Tujuan & Penyelidikan Psikologi

1. Menggambarkan tingkah laku.


2. Memerhati dan acara yang berkaitan.
3. Meramalkan tingkah laku.
4. Peristiwa yang mungkin berlaku.
5. Menerangkan tingkah laku.
6. Teori untuk menjelaskan cara dan mengapa
tingkah laku itu.
7. Kawalan atau perubahan dalam tingkah laku.
8. Memahami faktor perubahan tingkah laku.
Pakar Psikologi
1. Wilhelm Wundt: strukturalisme- mengkaji minda dan
rangsangan luaran.
2. William James : fungsionalisme-penyesuaian atau
fungsi tingkah laku.
3. Sigmund Freud: psikoanalisis-pengaruh diluar
kawalan (waktu diluar sedar).
4. John Watson: behaviorism-tingkahlaku dalam
kawalan/sedar.
5. B. F. Skinner: behaviorism-tingkah laku yang
berlaku selepas pembelajaran.
6. Abraham Maslow:
a. setiap orang mempunyai sumber dalaman untuk pertumbuhan dan
perkembangan peribadi.
b. menggunakan kekuatan dalaman mereka untuk membuat pilihan
dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
Kebaikan Psikologi
1. Memahami/menganalisa emosi, minda dan tingkah laku
manusia.
2. Memberi peluang untuk potensi rawatan yang berkaitan
dengan gangguan fikiran seperti tekanan, kemurungan,
penyakit mental, kehilangan ingatan dan lain-lain.
3. Meningkatkan interaksi sosial dan membantu dalam
pembangunan peribadi.
4. Interpersonal skills dan komunikasi - setiap kali
berkomunikasi, pertimbangkan samada mereka dapat
memahami apa yang diberitahu dan gunakan pendekatan
yang sesuai. Psikologi membantu kita memahami orang
lain dengan menggunakan bahasa badan dan untuk
melihat keadaan mental seseorang.
Kebaikan Psikologi
5. Pemikiran kritikal - dapat membantu mengenal
pasti perkara “bias” bila mendengar pendapat
orang lain, membantu memahami mengapa
mereka mempunyai pendapat tertentu dan faktor
yang mempengaruhi mereka untuk berfikir
secara berbeza.
6. Kesihatan mental - mengenal pasti gejala yang
tidak sihat dan melihat tanda awal penyakit
mental. Dapat membantu mengatasi peristiwa
trauma dalam hidup dan mencari jalan untuk
merealisasikan potensi sebenar.
Pendekatan Psikologi
Ada beberapa pendekatan dalam psikologi:
1. Biologi – pengaruh ibubapa.
2. Psikodinamik-membentuk tingkah laku proses
mental
3. Behaviorism-tingkahlaku dari pembelajaran.
4. Kognitif-cara otak mengambil, memproses
maklumat dan membuat persepsi.
5. Humanistik-keputusan yang dibuat berdasarkan
persepsi setiap individu.
Bab 5

Bagaimana Kita Belajar?


Pembelajaran (learning)
1. Merupakan satu perubahan yang agak kekal
dalam tingkah laku dan mempunyai potensi untuk
tingkah laku itu berubah akibat daripada
pengalaman seseorang.
2. Proses yang membawa kepada perubahan tingkah
laku yang agak kekal atau perubahan tingkah laku
yang berpotensi. Selepas belajar, kita mengubah
cara melihat alam sekitar, cara mentafsir
rangsangan yang diterima, dan cara
berinteraksi/berkelakuan.
3. Satu proses yang bergantung kepada pengalaman
dan membawa kepada perubahan jangka panjang
dalam potensi tingkah laku.
Orienting Reflex

Kecenderungan manusia / haiwan untuk


menyesuaikan deria ke arah rangsangan yang tidak
dijangka.
Habituation
1. Penurunan dalam tindak balas terhadap
rangsangan selepas perbuatan yang berulangkali.
2. Berlaku apabila kita berhenti melakukan
perbuatan yang sedang dilakukan untuk
menyesuaikan organ deria ke arah rangsangan
yang tidak diduga. (Contoh: membaca, berhenti
membaca untuk melihat “gangguan” yang
berlaku).
Dishabituation
1. Dishabituation adalah peningkatan dalam tindak
balas (terkejut).
2. Habituation adalah apabila anda membiasakan
diri dengan sesuatu keadaan (tak terkejut).
Tiga Jenis Pembelajaran

1. Classical conditioning
2. Operant conditioning
3. Observational learning
Classical Conditioning
1. Dikaitkan dengan experiment Ivan Pavlov
(experiment dengan anjing).
2. Classical conditioning melibatkan pembelajaran
tingkah laku yang baru melalui proses emosi.
3. Dua rangsangan yang dikaitkan bersama untuk
menghasilkan tindak balas yang baru untuk
dipelajari oleh seseorang/haiwan.
4. Satu bentuk pembelajaran di mana conditioned
stimulus (CS),akan menyebabkan berlakunya
rangsangan kedua, conditioned response (CR).
Classical Conditioning
Classical Conditioning

https://www.youtube.com/watch?v=0Ua0ZlX_zvU
1.16
Credit to Yug Pal (March 2015)
Video
Classical Conditioning

Tindakbalas emosi:
a) Takut injection, takut jumpa doctor/dentist.
Counter Conditioning

b) Counter conditioning- kalau budak takut jumpa


dentist, dentist buat keadaan jadi “friendly”
Stimulus Discrimination

1. Hanya bertindak balas terhadap


rangsangan tertentu.
2. Contoh: A suka makan aiskerim, tapi bila
jumpa London Dairy, dia tak suka.
Taste Aversion

Keadaan ini berlaku apabila seseorang /haiwan


mempunyai pengalaman yang buruk terhadap
makanan tertentu dan jadi sakit (rasa loya/nak
muntah) bila lihat, bau atau fikir tentang
makanan tersebut.
Thorndike’s Law of Effect

Tingkah laku yang membawa kepada akibat


yang positif akan dikekalkan, manakala
tingkah laku yang membawa kepada kesan
negatif akan menjadi semakin lemah.
Operant Conditioning
1. Juga dikenali sebagai instrumental conditioning.
2. Dikaitkan dengan experiment burung oleh B. F.
Skinner.
3. Satu proses di mana manusia/haiwan belajar
untuk bertindak dalam berbagai cara untuk
mendapatkan ganjaran dan mengelakkan
hukuman.
4. Ia berdasarkan kepada dua andaian asas
berkenaan pengalaman manusia dan psikologi.
Operant Conditioning
1. Positive reinforcement (Pengukuhan): Berlaku apabila tingkah laku diikuti
dengan rangsangan yang mendatangkan ganjaran, meningkatkan
kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut (bagi hadiah).
2. Negative reinforcement: Berlaku apabila tingkah laku diikuti dengan
penyingkiran rangsangan, menyebabkan pengurangan dalam tingkah
laku tersebut (contoh: kurangkan homework).
3. Positive punishment: Berlaku selepas satu tingkah laku yang tidak diingini
dilakukan, menjadikan tingkah laku itu berkurangan pada masa akan
datang (contoh: denda buat extra homework).
4. Negative punishment: Berlaku apabila rangsangan tertentu disingkirkan
selepas satu tingkah laku yang tidak diingini tertentu dilakukan,
menyebabkan tingkah laku itu kurang berlaku pada masa hadapan
(contoh: tak boleh tengok tv) .
5. Extinction: Apabila anda mengeluarkan sesuatu untuk menghapuskan
tingkah laku tersebut.
Negative Reinforcement vs
Negative Punishment

1. Negative reinforcement - mengukuhkan tingkah


laku dengan mengeluarkan sesuatu yang tidak
menyenangkan dari seseorang/haiwan.
2. Negative punishment - melemahkan tingkah
laku dengan mengeluarkan sesuatu yang
menyenangkan dari seseorang/haiwan.
Operant Conditioning
Perbezaan di antara Classical
Conditioning dan Operant
Conditioning

http://www.youtube.com/watch?v=RTVQHhbhYbA
1.56
Credit to Christopher Real (Dec 2013).
Video
Observational Learning

1. Konsep: perhati >> tiru


2. Sejenis pembelajaran di mana seseorang belajar
maklumat dan tingkah laku yang baru dengan
memerhatikan/menonton tingkah laku orang lain.
3. Juga dikenali sebagai pembelajaran sosial atau
model. Orang yang melakukan tingkah laku tersebut
yang dikenali sebagai model, dan orang yang melihat
tingkah laku tersebut dikenali sebagai pemerhati.
4. Dikaitkan dengan experiment Bandura’s Bobo doll.
Observational Learning
Empat langkah :

1. Pemerhatian
2. Hafal/ingat
3. Melakukan perbuatan yang sama
4. Insentif dan motivasi
Extinction Burst

Peningkatan sementara dalam tindak balas yang


berlaku selepas ianya bermula.
Kesimpulan
1. Pembelajaran adalah sesuatu tingkah laku baru
yang dipelajari melalui
pengalaman/pengamatan disekeliling kita.
2. Jika apa yang dipelajari itu mendapat
bagus/ganjaran, kelakuan itu akan dikekalkan
dan sebaliknya.
Soalan???
JTW 224-Pengenalan Kepada Psikologi

Bab 6 - Fungsi Ingatan/Memori

Dr. Wan Afezah


Facebook Group for JTW 224
https://www.facebook.com/groups/1412139672335080/
Adakah Otak Manusia Seperti Komputer?
1. Memori manusia mempunyai keupayaan seperti sistem
maklumat.
2. Memori adalah sistem yang menyimpan maklumat dan
boleh digunakan apabila diperlukan.
3. Pendekatan pemprosesan maklumat: fungsi minda adalah
seperti komputer yang canggih.
4. Minda manusia mempunyai keupayaan untuk sedar
(aware) pada keadaan sekeliling.
5. Sedar terhadap apa yang kita fikirkan.
6. Menumpukan perhatian ke arah rangsangan dalam
keadaan berjaga-jaga.
Otak dan Ingatan
Proses Ingatan
Ada tiga proses:
1. Menerima dan memproses maklumat di dalam peti
simpanan ingatan (encoding).
2. Menyimpan maklumat dan meletakkan ke dalam peti
simpanan ingatan (storage).
3. Menggunakan semula untuk memanggil
semula/mengingatkan dan mengeluarkan maklumat
apabila diperlukan(retrieval).
Tiga Proses

Encoding Storage Retrieval


memindahkan mengekalkan Mengingat semula
maklumat ke dalam maklumat dalam bahan yang tersimpan
bentuk yang boleh ingatan dalam ingatan
disimpan dalam ingatan
Fungsi Utama Ingatan
1. Pengekodan (encoding)-otak memproses dan menerima
maklumat yang datang kepada deria kita.
2. Penyimpanan (storage)- menyimpan ingatan dalam jangka
panjang.
3. Pengingatan semula (retrieval)-proses di mana maklumat
di dalam ingatan anda boleh dipanggil/diingat semula.
Ingatan Explicit dan Implicit
1. Explicit.
a. Perbuatan yang jarang dilakukan.
b. Menggunakan ingatan yang ada.
c. Mencari maklumat yang disimpan dahulu (fikir).
d. Contoh: exam, apa yang berlaku pada hari tertentu.
2. Implicit (tersirat).
a. Perbuatan yang selalu dibuat.
b. Mengakses dan mendapatkan semula maklumat tanpa
perlu berusaha bersungguh-sungguh.
Model Tiga Peringkat Tradisional
Deria Ingatan (Sensory Memory)
Model Tiga Peringkat Tradisional
1. Deria ingatan (sensory memory)
• Maklumat yang datang ke dalam organ deria. (iconic & echoic
memory). Memori terpendek. Sistem memori yang
menyimpan maklumat dalam jangka masa yang sangat
singkat dalam 3 atau 4 saat.
2. Ingatan jangka pendek (STM)
• Tangki sementara yang memegang jumlah maklumat yang
terhad. Sistem penyimpanan yang menyimpan dan
memproses maklumat maksimum 30 saat. Ia bergantung
pada pengekodan visual dan akustik (penglihatan dan
pendengaran).
3. Ingatan jangka panjang (LTM)
• Simpanan tetap dalam jangka masa panjang. Sistem
penyimpanan yang boleh menyimpan maklumat untuk jangka
masa yang melebihi kemampuan ingatan jangka pendek.
Model Tiga Peringkat Tradisional
Ingatan Visual (Visual Memory)
1. Maklumat yang diterima daripada organ deria yang
berlangsung dalam tempoh yang singkat.
2. Maklumat diperolehi dari pandangan ingatan bergambar
(iconic memory) dan bunyi (echoic).
3. Mempunyai keupayaan untuk mengingat semula ciri objek
tertentu atau bentuk.
4. Proses pemindahan berlaku apabila diberi perhatian
terhadap kemasukan maklumat dalam deria, maklumat
kemudian bergerak dari ingatan bergambar kepada
ingatan jangka pendek.
Ingatan Jangka Pendek: Di mana
Ingatan Berlaku Dan Hilang
1. Bersifat sebagai tangki sementara.
2. Menggunakan dua jenis sistem (dual coding).
3. Memori disimpan di dalam dua bentuk; bergambar (visual)
atau bunyi (akustik)
4. Tempoh dan keupayaan adalah terhad.
Keupayaan Ingatan Jangka Pendek:
7+2
1. Pakar psikologi George Miller, 1956.
2. Kebanyakkan otak manusia memegang kira-kira 7 + 2
benda di dalam ingatan jangka pendek.
3. Contoh: nombor telefon, nombor kad pengenalan.
4. Kumpulan (“Chunking”) boleh membantu meningkatkan
keupayaan dalam mengingati sesuatu perkara.
• Kumpulan maklumat kepada unit-unit yang bermakna.
• Bilangan maklumat yang perlu diingatkan berkurangan apabila
maklumat dicantumkan menjadi lebih besar.
Miller 7 + 2
Chunking: Keupayaan ingatan kerja
mungkin boleh meningkat dengan
“chunking”
F-B-I-T-W-A-C-I-A-I-B-M
FBI TWA CIA IBM
Tempoh Ingatan Jangka Pendek: 30 saat

1. Setelah dipindahkan ke dalam memori jangka pendek,


maklumat hanya boleh disimpan selama 30 saat tanpa
melalui beberapa jenis proses.
2. Tanpa latihan/hafalan, maklumat yang disimpan dalam
ingatan jangka pendek akan hilang dalam masa beberapa
saat.
3. Kebanyakan manusia boleh ingat senarai perkataan tiga
saat selepas mendengarnya, tetapi lupa beberapa
perkataan selepas 18 saat.
Dua Jenis Ingatan Jangka Pendek

1. Primacy effect (kesan utama): ingat senarai dari


mula a, b, c….
2. Recency effect (kesan terbaharu): ingat senarai
dari maklumat terakhir, contoh x, y, z….

“a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z”
Ingatan Jangka Pendek (30 saat)

Latihan yang berulang (maintenance rehearsal):


a. Maklumat yang diulang atau dikaji semula agar
tidak mudah lupa semasa dalam memori kerja.
b. Menghasilkan ingatan yang lebih baik bagi tempoh
lebih lama.
c. Latihan ini mudah dilupakan dengan peredaran
masa.
Ingatan Jangka Pendek Kepada Jangka
Panjang
Elaborative rehearsal
a. Melibatkan teknik berfikir tentang makna yang hendak
diingat, berbanding dengan kerap mengulang perkataan
tersebut kepada diri sendiri.
b. Proses menghafal/mengingatkan sesuatu menjadi lebih
mudah, jika kita menggabungkan atau sambungkan
maklumat tersebut dengan sesuatu yang mudah diingat.
Peringkat Pemprosesan Model

1. Fergus Craik dan Robert Lockhart (1972).


2. Lebih teliti atau mendalam otak memproses maklumat,
semakin kuat pemindahan ke dalam memori jangka
panjang (LTM).
3. Kekerapan latihan membenarkan pemindahan ke LTM dan
latihan yang berulangkali melibatkan tahap proses yang
mendalam dalam ingatan.
4. Berbaloi dari segi penyimpanan dan pengambilan
maklumat.
Peringkat Pemprosesan Model
Keupayaan Ingatan Jangka Panjang

1. Maklumat disimpan dalam jangka yang panjang


dan tetap.
2. Ia mempunyai keupayaan yang tidak terhad.
• Keupayaan masalah mungkin berkaitan dengan
kekurangan tumpuan, kekurangan ruang atau ingatan
kerja.
The Working Memory View

1. Ingatan jangka pendek, ingatan kerja dan ingatan jangka


panjang.
2. Ingatan/memori kerja:
a. Mendapatkan semula maklumat daripada ingatan jangka
panjang untuk membantu proses maklumat dalam ingatan
jangka pendek.
b. Mendapatkan semula maklumat yang disimpan apabila
diperlukan. Contoh: peperiksaan, alamat, arahan dan dihantar
ke ingatan jangka pendek.
c. Maklumat bergerak dari ingatan jangka pendek ke ingatan
jangka panjang. Contoh: apabila kita belajar, ingatan kerja
akan memberi maklumat yang kita perlu ingat ke dalam
ingatan jangka panjang.
The Working Memory View
Maklumat baru masuk ke ingatan jangka
pendek melalui sensori memori.
Central Executive
1. Terletak dalam model ingatan kerja.
2. Komponen yang mengawal perhatian dalam
ingatan kerja.
Jenis Ingatan Jangka Panjang

1. Declarative memory – contoh: nama, tarikh, konsep,


majlis, lokasi.
2. Mengingat peristiwa dan fakta yang tertentu yang
melibatkan maklumat yang telah dipelajari. Contoh:
nombor telefon, pengetahuan umum kita mengenai ibu
kota dunia.
3. Dalam usaha untuk mengekalkan ingatan seperti ini,
perlu kaitkan dengan peristiwa tertentu.
5. Perlu mencari cara untuk belajar atau mengingatinya.
Contoh: catit/tulis.
6. Dalam ingatan jangka panjang, manusia mempunyai
keupayaan untuk ingat perkara ini sepanjang hidup.
Declarative Memory

1. Ada dua jenis “declarative memory”


a) Semantic memory – konsep. Kebanyakan ingatan
semantik adalah abstrak dan hubungan, dan dikaitkan
dengan makna simbol lisan.
b) Episodic memory – kejadian yang berlaku dalam
ingatan jangka panjang.
Selalu dikaitkan dengan “autobiographical memory”
kerana ia berkaitan dengan sejarah peribadi
seseorang.
Semantic vs Episodic Memory
Jantina Dan Ingatan

1. Kaum perempuan dikatakan dapat ingat


kenangan zaman kanak-kanak kerana
mempunyai lebih emosi.
2. Wanita cenderung untuk menyimpan ingatan
dalam bentuk yang pelbagai (proses yang lebih
terperinci) seperti autobiograf.
Memori Prosedur/Procedural Memory

1. Ingatan yang tidak mudah diterangkan dengan


kata-kata.
2. Contoh: kemahiran menunggang basikal,
mengikat tali kasut.
3. Selalunya ia adalah implicit memori.
4. Kecenderungan untuk bertahan lebih lama.
Lupa Ingatan/Amnesia

1. Suatu keadaan di mana seseorang itu tidak boleh ingat


tentang kejadian tertentu.
2. Ada dua jenis:
a. Retrograde amnesia (lupa kejadian yang lepas), ingat
sekarang.
b. Anterograde amnesia (lupa kejadian yang berlaku
sekarang dan masa akan datang), ingat kejadian lepas.
3. Berlaku disebabkan oleh kecederaan otak atau penyakit.
Retrieval, Recognition, and Recall

1. Panggil balik, mengecam dan mengingatkan semula


ingatan yang ada dalam otak kita.
2. Panggil balik - maklumat bergerak daripada LTM ke dalam
ingatan yang sedia ada.
• Isyarat dihantar dalam mencari jejak ingatan yang disimpan.
3. Tugas mengecam - isyarat yang lebih kuat, mengandungi
lebih maklumat/petunjuk (contohnya soalan pelbagai
pilihan).
4. Mengingat semula- isyarat agak lemah dan tidak
mengandungi maklumat yang banyak petunjuk (contohnya
soalan esei).
5. Ingatan mesti ada dan boleh diakses.
Cara Untuk Meningkatkan
Ingatan
1. Beri perhatian.
2. Latihan.
3. Gunakan mnemonics- adalah alat untuk
meningkatkan. Gunakan acronim dan
acrostik.
4. Sajak atau pantun.
5. Chunking.
6. Tanda (warna, objek, latarbelakang).
Tips untuk Meningkatkan Ingatan

1. Beri perhatian, kurangkan gangguan.


2. Jangan mengasak untuk peperiksaan.
3. Elakkan daripada cuba mengingatkan maklumat yang
banyak dalam waktu yang singkat.
4. Gunakan latihan yang terperinci.
5. Menggunakan alat- bantuan seperti lagu, pantun, cerita.
Format APA
https://owl.english.purdue.edu/owl/resource/560/08/
Format untuk buku:
Author, A. A. (2021). Tajuk: Capital letter also for subtitle.
Lokasi: Publisher.

Format untuk jurnal:


Harlow, H. F. (1983). Fundamentals for preparing
psychology journal articles. Journal of Comparative
and Physiological Psychology, 55(1), 893-896
Format APA
Majalah:
Henry, W. A., III. (1990, April 9). Making the grade in today's
schools. Time, 135, 28-31.

Suratkhabar:
Schultz, S. (2005, December 28). Calls made to strengthen
state energy policies. The Country Today, pp. 1A, 2A.
Soalan

????
JTW 224 Pengenalan Kepada Psikologi

Bab 7 - Kognitif, Bahasa dan Kepintaran:


Bagaimana Kita Berfikir?

Dr. Wan Afezah


Kognisi (Cognition)
1. Satu proses untuk mendapatkan
pengetahuan, pemahaman melalui pemikiran
dan deria.
2. Proses minda seperti berfikir, mengingat,
pembelajaran, persepsi, imaginasi, membuat
keputusan, penyelesaian masalah, dan
semua yang merangkumi bahasa.
Berfikir: Menggunakan Apa Kita Tahu
1. Kognisi - cara di mana kita menyimpan dan
menggunakan maklumat.
2. Berfikir - menggunakan ilmu untuk mencapai
matlamat.
3. Pengetahuan - maklumat yang disimpan
dalam LTM (long-term memory).
4. Minda - cebisan memori yang mewakili objek,
peristiwa dan manusia.
Imej Visual: Sejauh mana kebaikan imej
bergambar?
1. Imej-pengimbasan eksperimen.
2. Imej visual boleh mempunyai sifat yang sama
seperti peristiwa sebenar.
3. Imej bergambar: Menunjukkan bahawa
gambaran imej visual dan pengetahuan am
disimpan dengan lebih mudah.
4. Keadaan minda bergantung kepada kedua-dua
imej visual dan pengetahuan lisan.
Peta Afrika
Konsep Kognisi: Cara kita mengatur
apa yang kita tahu
1. Kategori minda mengandungi maklumat
berkaitan dengan pengetahuan. Makna
maklumat tersebut diselaraskan dengan
pengetahuan yang ada dalam minda.
2. Contoh: Bagaimana kita menggunakan konsep
kognisi untuk berfikir, melihat dan dalam
berurusan dengan kerja kita.
Konsep kognisi: Cara kita mengatur
apa yang kita tahu
3. Membantu menyusun pengetahuan yang ada
dan menggunakannya dengan lebih cekap.
4. Membantu merancang perjalanan hidup, cara
berfikir, menyelesaikan masalah, membuat
keputusan dan pertimbangan.
Dua Konsep Asas
1. Formal - konsep yang jelas yang menentukan
kategori sesuatu (defined by a set of rules).
2. Natural - yang berkembang secara semulajadi
melalui kehidupan kita seperti persepsi dan
pengalaman.
Tiga Kategori
1. Superordinate - tahap paling umum di mana konsep
adalah luas dan umum seperti buah-buahan, haiwan.
2. Basic - kategori ini paling kerap digunakan untuk
berfikir tentang kerja. Contoh, apabila menulis
senarai membeli- elah, kita e ulis ora ge da
bukannya buah-buahan. Ini adalah langkah pertama
yang diperoleh oleh kanak-kanak.
3. Subordinate - kurang umum dan lebih khusus
daripada peringkat asas. Sebagai contoh, kita secara
khusus e gataka aha a kita ahu ale ia
ora ge .
Penyelesaian Masalah: Sejauh Manakah
Pemikiran Dapat Membantu Kita?
Setengah masalah mempunyai jalan penyelesaian.
Setengahnya tidak ada jalan penyelesaian.
Enam langkah untuk menyelesaikan masalah:
1. Kenal pasti masalah
2. Punca masalah
3. Merancang penyelesaian
4. Melaksanakan pelan
5. Menilai pelan
6. Menilai penyelesaian
Video: Langkah Untuk Selesaikan
Masalah

https://www.youtube.com/watch?v=ui8gY_7m
XcU

2.41
Credit to Management & Leadership Consultant (Jun 16,
2017).
Video
Dua Jenis Masalah
1. Well-structured : masalah dimana terdapat laluan yang jelas
kepada penyelesaian tersebut. Contoh: Tidak tahu cara untuk
buat kek, penyelesaian adalah anda akan belajar cara untuk buat
kek. Terdapat 2 cara untuk menyelesaikan masalah:
a) Algorithm adalah kaedah menyelesaikan masalah yang
membawa kepada penyelesaian yang betul.
b) Heuristic adalah jalan pintas dimana ada kemungkinan atau
tidak, yang boleh membawa kepada penyelesaian yang betul.
2. Ill-structured : masalah yang mana kaedah penyelesaiannya tidak
diketahui. Keadaan yang sedia ada dan keadaan yang dikehendaki
adalah tidak jelas, kaedah untuk mencapai keadaan yang
dikehendaki tidak boleh didapati.
Bahasa: Komunikasi, Pemikiran dan
Kebudayaan
1. Kehidupan manusia telah maju dan
berkembang.
2. Menggunakan sistem lisan syntactical
(syntactical verbal system) untuk mewakili
fikiran.
3. Banyak pengetahuan disimpan dalam
memori dan di keluarkan semula dalam
bentuk perkataan/ayat.
Bagaimana Manusia Menguasai Bahasa?
1. Pandangan semula jadi (innate view).
➢Dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa atau
biologi yang memberikan pengetahuan bahasa semula
jadi.
2. Pandangan yang didapati dari persekitaran (nurture
view).
➢Bahasa adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah
yang perlu untuk berkomunikasi.
3. Kedua-dua memainkan peranan penting: semulajadi vs
persekitaran.
Bagaimana Bahasa Mempengaruhi
Pemikiran Kita?
1. Bahasa adalah satu cara untuk menyampaikan fikiran
dan perasaan.
2. Salah satu kebolehan manusia yang paling
menakjubkan.
3. Kita belajar bahasa yang terdedah kepada kita pada
awal kehidupan.
4. Sebagai seorang anak, kita perlahan-lahan
meningkatkan perbendaharaan kata dan pada usia 6
tahun, kita sudah menguasai perbendaharaan bahasa
yang kita biasa dengar.
bersambung..
Benjamin Whorf :

❖ Bahasa seseorang mempengaruhi pemikiran dan


persepsi dunianya, fikiran dianggap tidak boleh wujud
tanpa bahasa.
❖ Orang yang mempunyai bahasa ibunda berfikir secara
berbeza dan melihat dunia dalam cara yang berbeza.
❖ Adalah mustahil untuk melahirkan fikiran yang sama
dalam semua bahasa.
Kepintaran (Intelligence)
1. Kepintaran adalah keupayaan untuk mencari dan
mengekalkan tujuan, menyesuaikan diri dan menilai
strategi untuk mencapai tujuan dan menyesuaikan diri
bila diperlukan.
2. Ramai ahli psikologi melihat kepintaran sebagai
kebolehan yang membolehkan anda dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan bertindak
untuk mencapai matlamat tersebut.
Kepintaran (Intelligence)
3. Keupayaan individu untuk memahami idea yang
kompleks, menyesuaikan diri dengan cekap terhadap
alam sekitar, belajar daripada pengalaman, melibatkan
diri dalam pelbagai bentuk pemikiran, dan mengatasi
halangan melalui cara berfikir.
4. Keupayaan untuk mencari dan mengekalkan tujuan,
menyesuaikan diri dengan strategi untuk mencapai
maksud dan menilai strategi supaya dapat diselaraskan
dengan keperluan.
Kepintaran (Intelligence)
5. Ujian kepintaran mengukur kebolehan manusia
dengan membandingkan kumpulan umur yang sama.
Kebanyakan manusia mempunyai average score
antara 85-115 .
6. Orang dewasa tidak mempunyai banyak perubahan
dari tahun ke tahun berbanding dengan kanak-kanak.
Ujian kepintaran mempunyai kesan yang sedikit
terhadap orang dewasa berbanding kanak-kanak.
Intelligence

https://www.youtube.com/watch?v=wZwMfwsguTw

0.54
Credit to Udacity (Feb 23, 2015).
Video
Penentu Ujian Kepintaran
1. Reliability - sejauh mana ujian yang dihasilkan selaras dengan
ukuran semasa.
2. Validity- sejauh mana cara ujian yang dijalankan dapat diukur
dengan tepat. Mesti menunjukkan bahawa ujian itu boleh
dipercayai.
3. Cultural bias - tahap ujian yang meletakkan orang dari budaya
berlainan pada kelemahan yang tidak adil kerana sifat budaya
tertentu dalam ujian tersebut (contoh: ujian tersebut tidak
sesuai untuk kumpulan minoriti).
4. Generalized intelligence- akan menentukan sejauh mana
seseorang itu boleh berfungsi pada mana-mana tugas yang
perlu dijalankan.
Ho ard Gard er’s Multiple I tellige e
1. Manusia mempunyai kecerdasan yang jauh berbeza.
2. Kepintaran adalah potensi biopsychological untuk
memproses maklumat yang boleh diaktifkan dalam
suasana budaya untuk menyelesaikan masalah atau
mencipta produk yang mempunyai nilai budaya.

*Biopsychological merupakan cabang psikologi yang mengkaji


asas-asas biologi tingkah laku, emosi dan proses mental.
Ho ard Gard er’s Multiple I tellige e
9 kecerdasan yang berbeza:
a) Linguistic
b) Spatial
c) Logical- mathematical
d) Musical
e) Bodily - kinesthetic
f) Interpersonal-social skills
g) Intrapersonal-insight
h) Naturalistic
i) Existential-seeking meaning of life
Ho ard Gard er’s Multiple I tellige e
Multiple Intelligence

https://www.youtube.com/watch?v=rGiexSoi0E8

2.77
Credit to Brain Quotient (May 8, 2017)
Video
Ro ert Ster erg’s Triar hi Theory of
Intelligence
Kepintaran membantu kita berfungsi dalam kerja; terdiri
daripada tiga jenis keupayaan kognitif yang membantu
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
➢ Analisis: keupayaan untuk menggunakan logik yang
disesuaikan bila berhadapan dengan masalah.
➢ Praktikal: keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran dengan penggunaan akal/common sense.
➢ Kreatif: keupayaan untuk menggunakan pengetahuan
persekitaran untuk memenuhi permintaan yang unik
dalam situasi baru.
Video
http://www.youtube.com/watch?v=L7C7qIRYiv0

2.16

Credit to psy1113 (Feb 9, 2011).


Video
Da iel Gole a ’s E otio al I tellige e
1. Kepintaran sahaja tidak menjamin kejayaan,ia mesti
dikaitkan dengan faktor kecerdasan emosi.
2. Seseorang yang mempunyai kepintaran emosi mempunyai
keyakinan diri, etika dan dapat menyesuaikan diri,
menetapkan matlamat hidup, bekerja keras tanpa
membiarkan sebarang halangan menghalang mereka.
3. Kepintaran emosi adalah kesedaran tentang keadaan
emosi anda, mempunyai penilaian yang tepat tentang
kebolehan anda, keyakinan diri, kawalan diri, amanah,
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan,
inovasi atau kreativiti dan lain-lain.
bersambung…
4. Kebanyakan tindakan kita adalah berdasarkan emosi,
bukan dengan berpandukan kebolehan kita.
5. Goleman dan rakan-rakannya mencadangkan bahawa
satu cara untuk meningkatkan kepimpinan yang
berkesan dalam dunia korporat adalah dengan
mengajar kakitangan untuk mencapai tahap yang
lebih tinggi dalam kecerdasan emosi.
6. Mayer - Salovey - Caruso Emotional Intelligence Test
(MSCEIT).
Emotional Intelligence
https://www.youtube.com/watch?v=WICq_
Pj8ZUk

3.45

Credit to Nati Stander (Sep 11, 2015)


Video
Jantina dan Kemahiran Intelek: Adakah
Kita Berbeza?
1. Ramai percaya (stereotype) tentang perbezaan dalam
kebolehan intelektual wanita dan lelaki.
2. Ini memberi kesan kepada diri sendiri dan lain-lain
persepsi dan kepercayaan tentang kebolehan masing-
masing.
3. Ramai penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki
dan wanita tidak mempunyai banyak perbezaan.
4. Perbezaan yang terdapat adalah kecil dan selalunya
berbeza dalam budaya.
APA: Rujukan
APA: Rujukan
Soalan?
JTW 224 Pengenalan Kepada Psikologi

Bab 8: Motivasi dan Emosi

Dr. Wan Afezah


Motivasi
1. Perkara yang mendorong kita untuk melakukan
sesuatu.
2. Sebab yang mendorong seseorang untuk
bertindak/berkelakuan dengan cara tertentu.
3. Melibatkan faktor biologi, emosi, sosial, dan
kognitif yang mengaktifkan tingkah laku.
Motivasi sebagai naluri (Instrinct)
1. Naluri semula jadi yang mendorong sesuatu
perbuatan.
2. Perbuatan berdasarkan matlamat yang hendak
dicapai.
3. Perbuatan manusia tidak mudah dijelaskan oleh
naluri kerana:
➢Kelakuan manusia didorong oleh apa yang
mereka ketahui.
➢Kebanyakan kelakuan manusia adalah flexible.
Motivasi sebagai dorongan (drive)
1. Suatu rangsangan yang disebabkan oleh
keperluan semasa.
2. Motivasi ini berpunca daripada keinginan yang
terhasil apabila ada keperluan yang dipenuhi.
3. Sebagai contoh, apabila kita lapar, ia
mendorong kita untuk makan.
4. Dengan cara ini ia memastikan kita untuk
memenuhi keperluan biologi kita
(homeostasis).
Motivasi sebagai dorongan (drive)
• Homeostasis adalah suatu keadaan yang
berkaitan dengan keseimbangan dalam badan.
• Terdapat 2 drives/dorongan:
➢Primary drive/dorongan utama e.g. food,
water, shelter, warmth.
➢Secondary drive/dorongan kedua e.g.
rewards, praise, ambition.
Dorongan utama/primary drive
1. Dorongan tanpa perlu pelajaran asas, seperti
lapar dan berdasarkan keadaan psikologi.
2. Dorongan untuk makan berlaku apabila otak
mengesan badan kekurangan keperluan biologi.
3. Keperluan seperti makanan/air mendorong
badan untuk mengekalkan homeostasis.
4. Otak mengesan keperluan ini berdasarkan
maklum balas yang diterima daripada sistem
dalam badan.
Negative Feedback Loop
1. Satu sistem maklum balas dalam badan yang
mengawal dan menyesuaikan tahap motivasi
manusia untuk mengekalkan keadaan
homeostasis.
2. Tanpa dorongan utama ini, keperluan biologi
badan tidak dapat dicapai dan manusia tidak
boleh hidup.
Dorongan kedua/secondary drive
1. Dorongan yang tidak secara langsung berkait
dengan keperluan biologi contoh: cita-cita.
2. Dorongan kedua -mengaitkan perkara seperti
pencapaian selepas dapat memenuhi dorongan
utama.
3. Contoh-terdorong untuk mencapai kepuasan
dalam pelajaran.
Drive Reduction Theory
(Hull, 1943):-
1. Teori motivasi ini mencadangkan bahawa
motivasi adalah bertujuan untuk mengurangkan
tahap dorongan dalaman.
2. Ia adalah tindakbalas yang didorong oleh
motivasi untuk mengurangkan dorongan akibat
dari ketidakselesaan (bila primary drive tidak
dipenuhi) dan mengembalikan badan kepada
keadaan homeostasis.
Self-Determination Theory
1. Menekankan bahawa apabila manusia
meneruskan niat untuk memenuhi keperluan
asas, manusia didorong oleh pelbagai jenis
motivasi yang datang dari diri sendiri dan
dunia luar.
2. Sebagai manusia, kita perlu mahir dan
mempunyai kebolehan untuk mengawal
tingkah laku sendiri dan hubungan dengan
orang lain.
Self-determination Theory
3. Dalam kehidupan, setiap individu cuba untuk
memenuhi keperluan ini.
4. Oleh itu, manusia mempunyai motivasi
autonomi dan motivasi terkawal.
5. Apabila didorong secara autonomi, individu
akan memotivasikan diri untuk melakukan
perbuatan tersebut.
6. Contoh: study untuk peperiksaan untuk
mendapatkan gred yang baik.
Insentif
1. Matlamat atau keinginan yang mendorong kita
untuk dipenuhi.
2. Insentif ada dua jenis:
➢intrinsic motivation (motivasi yang datang
dari diri sendiri). Contoh: join volleyball sebab
minat.
➢extrinsic motivation (motivasi yang datang
dari luar). Contoh: bonus.
Maslow’s Hierarchy of Needs
Keperluan peringkat yang lebih rendah mempunyai
prioriti utama:

1. Keperluan fisiologi
2. Keperluan keselamatan
3. Keperluan keperibadian
4. Keperluan esteem
5. Keperluan kognitif
6. Keperluan estetik
7. Keperluan diri sendiri
8. Transcendence
Maslow’s Hierarchy of Needs
“lower-level needs have the first priority”.
Lapar
1. Lapar adalah motif yang membantu manusia
mengekalkan homeostasis dalam badan.
2. Badan mempunyai satu set point atau berat badan
yang secara semulajadi yang cuba untuk
dikekalkan.
3. Memberi motivasi kepada manusia untuk makan
makanan yang cukup bagi mengekalkan
homeostasis dan menetapkan set point.
4. Otak mesti menerima maklum balas yang tepat
dan boleh dipercayai dari seluruh sistem dalam
badan.
Lapar
5. Hypotalamus- adalah bahagian tertentu dalam
otak yang mengukur paras glucose dalam aliran
darah.
6. Jika ia tidak berfungsi/tidak responsif, ia akan
“trick” otak untuk berfikir bahawa badan
mempunyai tahap makanan yang rendah.
7. Otak akan memberi isyarat "lapar" dengan cepat
untuk menambah glucose dalam badan.
Kegemukan
1. Salah satu cara untuk menentukan berat badan
berlebihan dan obesiti adalah dengan melihat body
mass index (BMI).
2. BMI yang lebih daripada 30 adalah berkait rapat
dengan kecenderungan yang lebih tinggi untuk
mendapat pelbagai penyakit.
3. Obese/gemuk-bila mempunyai BMI 30 atau lebih.
(Pastorino & Doyle-Portillo, 2012;
https://caloriecontrol.org/healthy-weight-tool-
kit/bmi-calculator/)
4. Dianggap mempunyai masalah kesihatan yang agak
serius pada tahap ini.
Obesiti/Kegemukan
1. Obesiti boleh membawa kepada risiko yang
tinggi untuk:
a. Hipertensi
b. penyakit kardiovaskular
c. Diabetes
d. Sleep apnea/masalah tidur
2. Kecenderungan ini boleh diwarisi.
3. Kanak-kanak berusia 9-19, 16% dianggap
mempunyai kelebihan berat badan (Kaplan,
2007).
Faktor dalam Obesiti
1. Pemakanan yang tidak baik adalah salah satu
sebab sesetengah orang bertambah berat
badan.
2. Ramai yang menggunakan makanan sebagai
satu cara menangani emosi apabila sunyi,
sedih atau nervous.
3. Prejudis boleh menyebabkan orang yang
mempunyai berat badan berlebihan mengalami
rasa rendah diri (low self-esteem).
Budaya dan Prejudis
1. Prejudis terhadap orang gemuk adalah satu
fenomena budaya.
2. Media selalu menggambarkan orang yang
mempunyai berat badan yang berlebihan secara
negatif.
3. Golongan ini sering diejek, terasing secara
sosial, dan juga didiskriminasi di tempat kerja.
4. Prejudis terhadap orang gemuk juga merebak
kepada kanak-kanak.
Budaya dan Prejudis
5. Kanak-kanak yang gemuk sering diusik oleh
rakan mereka dan berisiko tinggi untuk
mempunyai sikap yang negatif terhadap imej
diri, kurang kawan-kawan, dan kemungkinan
peningkatan bunuh diri.
6. Di setengah negara seperti Iceland, mereka
melayan orang yang mempunyai berat badan
berlebihan seperti biasa.
Budaya dan Prejudis
7. Di negara seperti Mauritania, wanita gemuk
dinilai sebagai cantik, anak-anak sering dipaksa
makan untuk membuat mereka lebih gemuk.
8. Perbezaan budaya mencadangkan bahawa
persepsi terhadap kecantikan dan berat badan
berbeza-beza antara budaya, begitu juga tahap
prejudis terhadap orang-orang yang
mempunyai berat badan berlebihan.
Diet/pemakanan yang betul
1. Kerana bimbang akan kesihatan dan
disebabkan tekanan sosial, ramai
menghabiskan banyak masa mereka untuk
berdiet.
2. Diet yang betul adalah dengan
mengurangkan pengambilan kalori supaya
badan akan membakar lemak yang
berlebihan.
Diet/pemakanan yang betul
3. Resipi untuk diet berjaya melibatkan dua faktor:
a. Perlu membuat perubahan kekal dalam cara
pemakanan.
b. Senaman akan membakar kalori tambahan,
menyebabkan kehilangan berat badan, dan
meningkatkan metabolisme.
4. Basal metabolic - kadar di mana badan
membakar tenaga dalam badan ketika berehat.
Faktor Biologi
1. Sesetengah orang gemuk mengalami masalah
biologi yang mempengaruhi mereka untuk
mendapatkan pertambahan berat badan.
2. Salah satu sebab biologi terjadinya obesiti
adalah kerana individu itu mempunyai kadar
metabolik yang rendah.
3. Sesetengah individu mempunyai kadar
metabolik yang tinggi dan memerlukan
sejumlah besar makanan.
Faktor Biologi
4. Sesetengah individu pula mempunyai kadar
metabolik yang rendah dan memerlukan sedikit
tenaga untuk terus hidup.
5. Individu yang mempunyai kadar metabolik
rendah yang makan bilangan kalori yang sama
dan membuat exercise sama, seperti individu
yang mempunyai kadar metabolisme yang
tinggi, akan bertambah berat badan lebih
daripada orang yang normal.
Perbezaan
John =kadar metabolik yang tinggi dan memerlukan
sejumlah besar makanan.

=>> exercise yang sama banyak

Adam=kadar metabolik yang rendah dan sedikit


makanan.

=>> Adam lebih berat badan.


Faktor Biologi
1. Lama kelamaan, berat badan ini boleh
membawa kepada obesiti.
2. Satu lagi faktor biologi ialah cara badan
manusia mengeluarkan nutrition dari makanan.
3. Apabila makan, manusia kehilangan beberapa
kandungan makanan yang berkhasiat kerana
ketidakcekapan sistem penghadaman.
4. Hasilnya, sedikit nutrition akan dibuang sebagai
sisa.
Faktor Biologi
5. Sesetengah orang gemuk mungkin
mempunyai sistem pencernaan yang boleh
mengeluarkan lebih banyak kandungan
nutrition dalam makanan yang mereka makan.
6. Ini boleh menyebabkan orang yang obese
bertambah berat badannya dengan memakan
makanan yang sama seperti seseorang yang
tidak gemuk kerana badannya mengekalkan
lebih banyak nutrition dalam makanan.
Faktor Biologi
7. Satu lagi kemungkinan ialah orang gemuk
secara automatik boleh menukar beberapa
nutrition yang mereka makan menjadi lemak.
8. Penukaran ini akan mengakibatkan
kekurangan kalori yang tersedia dan akan
mendorongnya untuk makan lebih banyak.
9. Sebahagian daripada makanan tambahan yang
dimakan juga akan secara automatik ditukar
menjadi lemak.
Faktor Biologi
10. Kitaran ini akan memastikan bahawa individu
itu akan terus makan makanan yang berlebihan
daripada yang diperlukan dan mengakibatkan
terlalu banyak makanan akan disimpan sebagai
lemak.
11.Bagi sesetengah individu, berat badan
berlebihan bukan suatu perkara yang mudah
untuk dikawal dalam diri atau tabiat yang
buruk.
Gangguan Pemakanan: Bulimia
Nervosa
1. Gangguan makan yang ditakrifkan sebagai ciri-ciri
penyingkiran dalam makanan, seperti “purging”, puasa, atau
senaman yang berlebihan.
2. Makan pada kuantiti yang sangat banyak, selepas itu mereka
sengaja membiarkan diri mereka kebuluran atau selepas
makan, mereka akan mengeluarkan makanan dengan menjolok
anak tekak atau dengan menggunakan bantuan ubat.
3. Purging dicapai dengan mengeluarkannya sendiri atau
penyalahgunaan julap untuk membantu menggerakkan
makanan yang dimakan dengan cepat melalui saluran
penghadaman sebelum badan boleh menyerap nutrition.
Bulimia Nervosa
4. Ramai orang yang menghadapi bulimia
mempunyai masalah seperti low self-esteem
dan kemurungan.
5. Mereka yang mempunyai bulimia cenderung
untuk menjadi perfectionists yang mempunyai
pandangan negatif terhadap tubuh mereka.
6. Kebanyakan mereka membesar dalam keluarga
yang mempunyai berbagai masalah.
Anorexia Nervosa
1. Gangguan makan yang ditakrifkan oleh kelaparan
diri, perasaan takut yang melampau daripada berat
badan, dan imej badan diputarbelitkan.
2. Mempunyai oleh berat badan yang sangat rendah.
3. Mempunyai berat kurang daripada 52 lbs dan 5-10%
daripada anorexic mati akibat daripada masalah
penyakit ini.
4. Mereka boleh melihat dalam cermin dan melihat diri
mereka sebagai gemuk.
5. Anorexia jarang ditemui pada golongan lelaki.
Anorexia Nervosa
6. Faktor penyumbang: tekanan masyarakat pada
wanita muda untuk menjadi sangat kurus.
7. Individu yang mengalami gangguan makanan juga
mengalami gangguan seperti ciri personaliti,
menggunakan berbagai cara untuk menyesuaikan
diri ketika berurusan dengan dunia luar.
8. Disebabkan oleh genetik.
9. Bulimia dan anorexia boleh terhasil daripada faktor
budaya, ciri keperibadian, isu alam sekitar, dan
faktor biologi.
Binge Eating Disorder
1. Apabila seseorang makan makanan dalam
kuantiti yang sangat banyak pada satu masa.
2. Gangguan kesihatan mental seperti yang dilihat
pada bulimia nervosa, tetapi tanpa mempunyai
langkah tetap untuk mengelakkan penambahan
berat badan.
3. Binge eating disorder tidak mengimbangi
makanan berlebihan yang dimakan oleh
mereka, jadi mereka mempunyai kemungkinan
untuk mempunyai berat badan berlebihan.
Dahaga
1. Keadaan dahaga- dapat mengekalkan homeostasis
badan dan aras bendalir dalam badan.
2. Ia adalah motivasi yang lebih penting daripada lapar.
3. Jika kehilangan makanan dan air, manusia akan mati
dehidrasi sebelum mati kebuluran.
4. Untuk berfungsi dengan baik, badan mesti
mempunyai cecair yang mencukupi.
5. Cecair adalah penting kerana ia membolehkan ion
untuk bergerak ke dalam dan keluar sel-sel.
Dahaga
6. Jika badan mengalami dehydration, ion seperti
potassium dan sodium tidak akan dapat mengalir
merentasi membran sel semasa proses impulse saraf
=> collapse of nervous system dan kematian.
7. Manusia tidak boleh hidup lebih dari seminggu tanpa
air.
8. Bila manusia berpeluh, bernafas, dan buang air kecil,
manusia kehilangan air dari badan.
9. Ini menyebabkan penurunan dalam isipadu darah dan
tekanan darah.
Dahaga
10. Reseptor di dalam hati, buah pinggang, dan saluran
darah mengesan penurunan dalam tekanan darah dan
menghantar isyarat ke otak yang akan membuatkan
dahaga.
11. Reseptor ini adalah isyarat/langkah-langkah untuk
memelihara air di dalam badan.
12. Kedua-dua isyarat dalaman dan luaran boleh
mencetuskan dorongan dahaga.
13. Isyarat dalaman termasuk tahap cecair sel dalam
badan dan jumlah cecair sel di luar badan.
Dadah
1. Sesetengah individu mengambil ubatan untuk
membuang rasa tidak selesa mereka.
2. Ada yang mengambil ubat untuk menghentikan
kesakitan daripada low self-esteem, hubungan
tidak baik, atau kemurungan.
3. Opponent–process theory adalah teori
motivasi yang menyatakan bahawa badan akan
mengatasi kesan dadah yang ditelan dengan
melaraskan tahap rangsangan pada arah yang
bertentangan pada kesan dadah.
Dadah
4. Mekanisme melawan (opponent) dalam badan akan
memastikan penarikan diri daripada dadah akan
menghasilkan gejala aversive (pengelakan), dimana
opponent proses mewujudkan pergantungan
(dependence) dari fizikal pada ubat.
5. Secara beransur-ansur opponent proses akan menjadi
lebih kukuh dan kuat, manakala badan kita akan
berusaha lebih kuat untuk mengatasi masalah dadah.
6. Kesan ini membawa kepada pengambilan dos dadah
yang lebih besar dan lebih besar lagi pada masa
hadapan untuk mencapai kesan berbanding dengan
penggunaan dari dos yang awal.
Emosi
1. Adalah reaksi yang kompleks untuk beberapa
peristiwa dalaman atau luaran yang melibatkan
tindak balas fisiologi, tindak balas tingkah laku,
ekspresi muka, kognisi, dan maklum balas
afektif.
2. Emosi juga boleh dibezakan daripada motivasi
di mana mereka biasanya dicetuskan oleh
perkara di luar badan kita.
Teori Emosi
1. Teori James-Lange
➢ Emosi adalah corak yang unik.
➢ Rangsangan persekitaran membawa pada perubahan fisiologi
yang dikenali sebagai emosi.
➢ Berbentuk fungsionalisme
2. Teori Cannon-Bard
➢ Ia dihasilkan dari dalam otak, bukan dari badan.
➢ Rangsangan persekitaran menyebabkan emosi dan tindak
balas tubuh badan pada masa yang sama.
Theori Emosi-Facial Feedback
Hypothesis
1. Keadaan emosi dipengaruhi oleh maklum balas
yang otak dapat dari otot muka.
2. Senyum boleh membuat kita berasa gembira
dan frowning/berkerut boleh membuat kita
untuk berasa sedih.
3. Configuration otot muka mempengaruhi mood
kerana ia memberi kesan kepada darah aliran
ke otak.
Facial Feedback Hypothesis
4. Mengerutkan dahi menyebabkan perubahan
aliran darah ke otak, dengan itu meningkatkan
suhu otak.
5. Senyum menyebabkan perubahan aliran darah
yang mengurangkan suhu di otak.
6. Kemudian suhu otak akan melepaskan
neurotransmitters yang tertentu yang akan
mempengaruhi mood.
The Schachter-Singer Two Factor
Theory of Emotion
1. Emosi berlaku apabila kita mengaitkan tafsiran reaksi
fisiologi berdasarkan keadaan yang berlaku.
2. Emosi adalah produk rangsangan fisiologi dan
hubungan tafsiran rangsangan.
3. Contoh, apabila kita melihat beruang di dalam hutan,
kita menjadi berhati-hati dan jantung kita berdenyut
lebih cepat.
4. Emosi kita membangkitkan perasaan berasa takut.
Lazarus’s Cognitive-Mediational Theory of
Emotion
1. Penilaian kognitif berdasarkan sesuatu keadaan yang
menentukan emosi dalam keadaan tersebut.
2. Contoh: selepas menonton berita bagaimana pejalan
kaki telah dibunuh oleh beruang, anda akan merasa
sangat takut. Tetapi anda mungkin merasa kurang
takut selepas menonton cerita tentang seorang budak
lelaki dan haiwan beruang beliau.
3. Cara terbaik untuk menangani emosi adalah dengan
mengawal cara individu melihat situasi yang berlaku
dalam kehidupan.
Emosi berkomunikasi: Budaya,
jantina dan expessi muka
1. Emosi semulajadi yang biasa untuk manusia dan yang
lain.
2. Orang dari budaya yang berbeza mungkin
mempunyai cara yang berbeza untuk mempamirkan
emosi melalui ekspresi muka.
3. Emosi merupakan alat yang penting dalam
komunikasi.
4. Senyuman boleh memberi isyarat keramahan kepada
ramai orang tanpa mengira latar belakang atau
budaya.
Jantina dan Emosi
1. Lelaki dan wanita merasa emosi sama, tetapi mereka
menyatakan dengan cara yang berbeza.
2. Lelaki dan wanita mungkin mengalami emosi yang
berbeza dalam situasi yang sama.
Marah:
1. Lelaki cenderung untuk melepaskan kemarahan
mereka di luar.
2. Wanita cenderung untuk menyimpan kemarahan
mereka di dalam hati.
3. Wanita lebih mahir memahami komponen bukan
emosi lisan (non-verbal emotion).
Budaya dan Emosi
1. Paparan (expression) emosi boleh dipengaruhi
oleh faktor budaya.
2. Sesetengah paparan emosi adalah universal.
3. Peraturan paparan
➢Peraturan budaya yang khusus mengawal
bagaimana, bila, dan mengapa luahan emosi
yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai