Anda di halaman 1dari 14

MANUAL PENGGUNA

(Chatbot LiA)

Versi 1.1

Peranan : Pengguna

Hakcipta terpelihara Kerajaan Malaysia.

1
i. Kandungan

i. Kandungan........................................................................................................... 2

1. Pengenalan .......................................................................................................... 3

1.1. Tujuan dan Skop ........................................................................................... 3

2. Log Masuk Chatbot .............................................................................................. 4

2.1. Proses Pengoperasian Sistem ...................................................................... 6

2.1.1. Proses Pengoperasian Chatbot LiA ........................................................... 6

2.1.1.1. Pengurusan Interaksi Chatbot LiA dengan Pengguna ............................ 6

2.1.1.2. Pengurusan Interaksi Ejen Live Chat dengan Pengguna ........................ 9

2
1. Pengenalan

1.1. Tujuan dan Skop

Manual pengguna ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada

pengguna untuk memahami dan menggunakan aplikasi LiA. Aplikasi ‘chatbot’

ini dibangunkan untuk menjadi saluran pertanyaan baharu bagi pengguna

awam mengenai produk dan perkhidmatan LPPSA.

Laman ini boleh diakses melalui: https://www.lppsa.gov.my/v3/my/

Laman tersebut boleh diakses melalui pelayar web dengan akses internet. Bagi

pengalaman terbaik, sila akses menggunakan pelayar web ‘Google Chrome’.

3
2. Log Masuk Chatbot

Interaksi Chatbot LiA dengan pengguna bertujuan untuk mengurus interaksi pengguna

dengan Chatbot LiA. Chatbot LiA membenarkan sesi soal jawab dengan pengguna

dan membolehkan pengguna memberi maklum balas terhadap perkhidmatan aplikasi.

Sebelum bertanya soalan kepada Chatbot LiA, semua pengguna perlu melalui proses

memasukkan informasi pengguna.

Proses untuk memasukkan informasi pengguna adalah seperti berikut:

1. Layari laman portal LPPSA https://www.lppsa.gov.my/v3/my/

2. Klik ikon tanya LiA (bertudung) di sebelah kanan laman portal untuk berinteraksi

dengan chatbot LiA

3. Isikan nama, nombor telefon, alamat emel, nombor kad pengenalan, tarikh

pengesahan perkhidmatan dan kategori anda pada ruangan yang disediakan.

Nota:

Nama mengikut format iaitu mengandungi 80 aksara atau


gabungan aksara dan aksara khusus yang dibenarkan
seperti @, -, ., /, ‘ .Pengguna perlu memasukkan nama
sebenar seperti nama yang didaftarkan di LPPSA.
Nombor Telefon mengikut format iaitu 9 hingga 12 digit nombor sahaja
tanpa sempang ‘-’. Pengguna perlu memasukkan nombor
telefon seperti nombor yang telah didaftarkan di LPPSA
Emel mengikut format iaitu mengandungi ‘@’
Nombor IC mengikut format iaitu 12 digit nombor sahaja tanpa
sempang ‘-’ . Pengguna perlu memasukkan nombor kad
pengenalan seperti yang telah didaftarkan di LPPSA
Tarikh mengikut tetapan peranti sama ada format dd/mm/yyyy
Pengesahan atau mm/dd/yyyy. Tarikh ini perlu di isi jika pengguna
Perkhidmatan adalah peminjam yang masih aktif
Kategori Kategori yang disediakan adalah berbentuk pilihan.

4
4. Tekan butang ‘Enter’ pada papan kekunci atau tekan butang hantar (berbentuk

bulat).

Jika tiada masalah dengan maklumat pengguna yang diberikan, laman utama

Chatbot LiA akan dipaparkan bersama skrip perkhidmatan Chatbot LiA dan

nama pengguna.

* Nota: Maklumat pengguna disimpan berdasarkan sesi. Jika pengguna hendak

menghapuskan sesi semasa bagi melakukan proses memasukkan informasi

pengguna sekali lagi, pengguna boleh menghapuskan ‘cookies’ dan ‘cache’

serta mematikan pelayar web tersebut. Sesi juga akan terhapus jika pengguna

tidak aktif selama 10 minit.

5
2.1. Proses Pengoperasian Sistem

2.1.1. Proses Pengoperasian Chatbot LiA

2.1.1.1. Pengurusan Interaksi Chatbot LiA dengan Pengguna

Setelah selesai memasukkan informasi pengguna, pengguna boleh membuat

pertanyaan soalan kepada Chatbot LiA. Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti

berikut:

1. Masukkan soalan yang hendak ditanya pada ruangan yang disediakan.

2. Tekan butang ‘Enter’ pada papan kekunci atau tekan butang hantar (berbentuk

bulat).

3
4

2
6

3. Soalan yang ditanya dipaparkan.

4. Jika Chatbot LiA berjaya mendapatkan jawapan yang bersesuaian, jawapan

tersebut akan dipaparkan.

5. Pengguna boleh melakukan maklum balas menggunakan ikon thumbs up dan

thumbs down selepas jawapan diberikan.

6. Tekan butang ‘Padam CHAT’ untuk menghapus perbualan.

6
7. Jika Chatbot LiA tidak berjaya mendapatkan jawapan yang bersesuaian, skrip

bantuan lanjut akan dipaparkan.

8. Jika jawapan kurang memuaskan, pengguna boleh skrol ke bawah dan tekan

pada cadangan soalan yang dipaparkan.

9. Sekiranya pengguna ingin memberi semakan akaun, pengguna perlu menekan

butang “semak akaun anda di sini”

7
10

10. Paparan Semakan status akan dikeluarkan, pengguna boleh menekan butang

yang disediakan. Terdapat 10 butang disediakan untuk semakan seperti:

i. No File dan No Akaun Peminjam

ii. Baki Pinjaman

iii. Status Permohonan /Pembiayaan

iv. Jumlah Tunggakan

v. Arahan Potongan Gaji / Pencen

vi. No tracking Dokumen Cagaran

vii. Peratus Bayaran Dikeluarkan / Jumlah Bayaran Semasa

viii. Tarikh Pinjaman Akan Selesai

ix. Tarikh Bayaran Lebihan Baki

x. Tarikh Hakmilik Dipos / Alamat dan Tracking No

8
2.1.1.2. Pengurusan Interaksi Ejen Live Chat dengan Pengguna

Interaksi antara ejen live chat dengan pengguna bertujuan untuk membenarkan

pengguna bertanya soalan selain daripada soalan lazim yang telah dilatih dalam LiA.

LiA membolehkan pengguna untuk bertanya soalan kepada ejen dalam satu pesanan.

Pengguna juga boleh memberi penilaian untuk setiap jawapan yang diberi oleh ejen

live chat bagi penambahbaikan perkhidmatan. Perkhidmatan live chat disediakan

untuk semua pengguna awam yang mempunyai persoalan tentang LPPSA sahaja.

Proses untuk memulakan live chat adalah seperti berikut:

1. Tekan butang ‘Masuk Live Chat’ untuk menyambung ke perkhidmatan live chat.

1
3

9
2. Sekiranya ejen belum menerima permohonan, mesej "Ejen sedang sibuk, sila cuba

lagi" akan dipaparkan.

3. Sekiranya ejen sudah menerima permohonan, mesej “Hi, Saya [Nama Ejen].

Bagaimana saya boleh membantu anda hari ini? Bagi memudahkan komunikasi

anda bersama pegawai kami, sila masukkan soalan dan pertanyaan dalam satu

hantaran pesanan.” akan dipaparkan dan pengguna boleh terus menanyakan

soalan kepada ejen.

4. Masukkan soalan yang hendak ditanya pada ruangan yang disediakan.

5. Tekan butang ‘Enter’ pada papan kekunci atau tekan butang hantar (berbentuk

bulat).

10
3

4 5

6. Soalan akan dihantar ke ejen selepas tekan butang ‘Enter’ atau butang hantar.

7. Mesej “Ejen sedang membalas...” akan dipaparkan setelah pengguna hantar

soalan tersebut.

8. Soalan pengguna dan jawapan ejen akan dipaparkan di ruang chat setelah ejen

memberi jawapan.

9. Pengguna boleh melakukan maklum balas menggunakan ikon thumbs up dan

thumbs down selepas jawapan diberikan.

10. Tekan butang ‘Padam CHAT’ untuk menghapus perbualan.

11
8

10

11. Sekiranya ejen mengambil masa untuk menjawab pertanyaan, mesej “Sila tunggu,

ejen sedang membuat semakan” akan dipaparkan.

11

12. Perbualan akan ditamatkan sekiranya tiada interaksi antara pengguna dan ejen

selama tiga minit. Pengguna akan menerima kiraan detik setiap 10 saat selama

satu minit seperti "Adakah anda ingin terus chat bersama ejen? Anda akan keluar

dari live chat dalam 60 saat sekiranya tiada interaksi bersama ejen." sekiranya

tiada interaksi bersama ejen selepas satu minit.

12
12

13. Pengguna akan menerima mesej “Perbualan ini telah ditamatkan” selepas kiraan

detik menunjukkan talian pengguna bersama ejen telah ditamatkan.

13

14. Sekiranya ejen menamatkan perbualan dengan pengguna, pengguna akan

menerima mesej “Sesi perbualan anda bersama ejen telah ditamatkan. Terima

kasih kerana menggunakan Live Chat LPPSA. Kami berharap agar dapat

memberikan perkhidmatan kepada anda lagi.”.

15. Tekan butang ‘Logout’ untuk menamatkan sesi perbualan bersama ejen.

13
14

15

14

Anda mungkin juga menyukai