Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS
SEMESTER SEMESTER 4 SESI 2020

JABATAN JABATAN HOSPITALITI

PROGRAM DIPLOMA SENI KULINARI

KOD/KURSUS HSK 4133 BASIC HOSPITALITY MARKETING

1.0 INTRODUCTION TO HOSPITALITY MARKETING


1.1 Introduction to Hospitality Marketing
TAJUK
1.2 The function of marketing
1.3 Types of marketing

This course provides students a platform to develop knowledge and techniques which enable
them to do marketing with knowledge and reasoning. Students will be taught on hospitality
marketing, marketing planning and strategies, product service mix strategy and promotion and
SINOPSIS finally understanding and targeting hospitality consumers. The students will be assess on the
knowledge and skills by the lecturers the level of identified competency in hospitality marketing.
Students should be able to produce an acceptable marketing plan upon completion of the course
based on their Final Year Project

Upon completion of the course, students will be able to:

1. Apply in writing the functions of marketing management and services in order to understand
HASIL the consumer behaviour according to the Hospitality services. (C3, PLO1).
PEMBELAJARAN 2. Construct the process of marketing planning and information relating to product services
through presentation.(P3, PL04)
3. Perform a group project regarding the process for designing and producing the printed
menu in food service marketing.(A2, PLO5).

NO KOD
MUKA : __ DARIPADA__
NO KOD JPK
1.0 INTRODUCTION TO HOSPITALITY MARKETING

1.1 Introduction to Hospitality Marketing

Definisi Pemasaran

Pemasaran ditakrifkan sebagai proses sosial dan pengurusan dimana individu dan
kumpulan memperolehi apa yang diperlukan dan dikehendaki melalui penciptaan dan
pertukaran nilai antara satu sama lain.

Persatuan Pemasaran Amerika (AMA) mendefinisikan pemasaran sebagai satu system


aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan
harga, promosi dan pengedaran produk (produk merangkumi barangan, perkhidmatan,
organisasi, orang, tempat dan juga idea) untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang
dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa yang sama mencapai objektif
organisasi.

Konsep Asas Dalam Pemasaran

Dalam konteks pemasaran, kita harus memahami beberapa konsep asas atau utama
pemasaran yang saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep-konsep ini adalah :

a. Keperluan
Keperluan merujuk kepada keperluan manusia yang terhasil secara semula jadi
dalam diri manusia tetapi boleh dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran.Terdapat
pelbagai keperluan manusia yang meliputi keperluan fisiologi (makanan, minuman
dan pakaian), keperluan penghargaan diri (perasaan ingin dihormati, mempunyai
reputasi yang baik dan status dalam masyarakat) dan keperluan pencapaian diri
(sesuatu yang dapat memenuhi hasrat hati seperti mendaki Gunung Everest).Bila
mana keperluan ini tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan melakukan salah satu
dari dua perkara iaitu mencari untuk mendapatkan keperluan tersebut atau cuba
untuk mengurangkan keperluan tersebut.

b. Kehendak
Kehendak merupakan satu bentuk keperluan manusia yang dibentuk oleh
persekitaran budaya dan personality seseorang melalui proses pembelajaran.

c. Permintaan
Kehendak manusia sebenarnya tidak terhad tetapi kemampuan untuk membeli
adalah terhad. Apabila seseorang mempunyai kehendak dankemampuan untuk
membeli, kehendak tersebut dikatakan bertukar menjadi permintaan (kehendak yang
disokong oleh kuasa beli).

d. Produk
Keperluan, kehendak dan permintaan manusia adalah tertumpu kepada produk.
Produk atau juga dikenali sebagai keluaran adalah sesuatu yang ditawarkan di
pasaran untuk jualan bagi memuaskan keperluan, kehendak dan perkhidmatan
pengguna.
e. Pertukaran
Pertukaran adalah satu daripada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh seseorang
bagi mendapatkan sesuatu untuk memuaskan keperluan dan kehendaknya.
Pertukaran ialah tindakan untuk memperolehi objek yang diinginkan dari seseorang
dengan menawarkan sesuatu sebagai balasan.
Pertukaranperlumenepatisyarat-syarat yang berikut :
❖ Dua pihak yang terlibat dan setiap pihak terbabit haruslah mempunyai
sesuatu barangan yang berbeza yang dapat ditukar kan dengan persetujuan
pihak yang lain
❖ Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan dan tidak terikat untuk melakukan
pertukaran tersebut dan berhak bersetuju atau menolak tawaran yang dibuat
❖ Setiap pihak mampu berkomunikasi antara satu sama lain

f. Transaksi / Urusniaga
Apabila wujudnya pertukaran dua barangan antara dua pihak, satu urus niaga telah
berlaku. Manakala pertukaran adalah konsep teras pemasaran, urusniaga pula
adalah unit ukuran bagi pemasaran. Urusniaga merangkumi perdagangan nilai di
antara dua pihak :satu pihak memberi X kepada pihak lain yang mendapat Y sebagai
balasan.

g. Nilai
Pengguna berhadapan dengan pelbagai produk yang ditawarkan kepada mereka di
dalam pasaran. Di antara panduan pemilihan yang digunakan oleh pengguna adalah
berdasarkan kepada persepsi nilai produk yang ditawarkan. Nilai ialah perbezaan
antara faedah memiliki dan menggunakan produk yang dibeli dengan kos untuk
mendapatkannya.

h. Pasaran
Pasaran ialah satu himpunan pembeli sedia ada dan juga bakal pembeli bagi
sesuatu produk yang ditawarkan. Pasaran terhasil daripada konsep pertukaran yang
memerlukan kedua-dua pihak hadir iaitu penjual dan pembeli. Besarnya sesuatu
pasaran bergantung kepada jumlah penjual dan pembeli yang memerlukan
pertukaran berlaku, mempunyai sumber untuk membeli dan menjual serta sanggup
menawarkan sebagai pertukaran.

Falsafah Pemasaran

Terdapat lima konsep alternatif yang digunakan oleh organisasi untuk menjalankan
aktiviti pemasaran. Falsafah pemasaran ialah keputusan beberapa pertimbangan
mengenai minat dan keperluan bagi memenuhi kepuasan pengguna.

Antara konsep-konsep alternatif tersebut ialah:-

(i) Konsep Pengeluaran

- Konsep pengeluaran ialah konsep pengurusan yang menekankan usaha


untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan agihan.
- Konsep ini amat bersesuaian apabila:-
• Permintaan melebihi penawaran
• Kos pengeluaran adalah tinggi, oleh itu peningkatan produktiviti
diperlukan untuk menurunkan kos.

(ii) Konsep Produk dan Perkhidmatan

- Konsep produk dan perkhidmatan beranggapan bahawa pengguna lebih


gemar kepada produk-produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi,
pelbagai, berprestasi tinggi dan ditawarkan dengan harga yang mampu
dibeli.

(iii) Konsep Jualan

- Konsep jualan pula menyatakan bahawa pelanggan tidak akan membeli


dan menggunakan sesuatu barangan dan perkhidmatan melainkan
penjualan keras dan usaha promosi yang kuat dilaksanakan.

• Selalunya konsep ini dipraktiskan untuk produk atau perkhidmatan


yang tak dicari
• Industri yang mengamalkan konsep ini selalunya mengalami lebihan
kapasiti. Matlamat pengedar selalunya untuk menjual apa yang
mereka keluarkan dan bukan untuk mengeluarkan apa yang
dikehendaki oleh pasaran.

(iv) Konsep Pemasaran @ Kepenggunaan

- Konsep ini menyatakan bahawa pencapaian objektif organisasi


bergantung kepada kebolehan syarikat untuk memuaskan kehendak dan
keperluan sasaran pasaran secara lebih baik berbanding pesaing.

- Konsep kepenggunaan berbeza dari konsep jualan. Perbezaan utama


adalah sebagaimana berikut:-

o Konsep jualan - mengambil perspektif “dalaman-luaran” yang memfokuskan


aktiviti kepada produk sediaada syarikat dan menggunakan usaha jualan dan
promosi yang hebat.
o Konsep kepenggunaan - mengambil perspektif “luaran-dalaman” yang
memfokus kepada keperluan pengguna, nilai dan kepuasan pelanggan.

(v) Konsep Kemasyarakatan

- Konsep pemasaran kemasyrakatan atau dirujuk juga orientasi era baru


menyatakan bahawa sesebuah organisasi, dalam usaha untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna, seharusnya meletakkan
kesejahteraan masyarakat sebagai asas yang utama.
- Keseimbangan antara keperluan pengguna semasa dan keperluan
masyarakat jangka panjang perlu dicapai.

Faktor Yang Mempengaruhi Pemasaran

i) Intermediaries ( Orang tengah / Perantara)


• Membantu syarikat untuk memperkenalkan, menjual dan mengedar barangan
dan perkhidmatan kepada pembeli akhir dan pengguna.

ii) Publics (Orang Awam)


• Merupakan kumpulan yang mempunyai pengaruh positif atau negatif.
• Cth: kewangan, media, penduduk tempatan dan masyarakat dalaman.

iii) Suppliers (Pembekal)


• Merupakan syarikat atau individu yang menyediakan sumber bekalan yang
dikehendaki oleh syarikat.
• Pertumbuhan pembekal mampu menjejaskan pemasaran.

iv) Competitors (Pesaing)


• Syarikat lain yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama.
• Syarikat mesti mendapatkan kelebihan persaingan dengan meletakkan produk
atau perkhidmatan lebih daripada pesaing.

1.2 The Function Of Marketing

Pemasaran penting kepada organisasi dan individu. Terdapat tiga fungsi pemasaran yang
asas iaitu fungsi urusniaga, fungsi logistik dan fungsi pemudahcara.

a. Fungsi Urusniaga (transactional functions)

❖ Fungsi-fungsi urusniaga melibatkan aktiviti membeli dan menjual produk.


Jualan melibatkan proses mempromosikan produk melalui pengiklanan,
jualan peribadi, publisiti dan promosi jualan.
❖ Pembelian pula melibatkan proses mencari dan menilai pilihan produk.
Jualan membantu membina jurang persepsi, pemilikan dan nilai dengan
menyedarkan pengguna tentang kewujudan dan nilai sesuatu produk dan
perkhidmatan. Pembelian pula menolong mengatasi jurang pemilikan dan
nilai dengan membolehkan pengguna memahami nilai sesuatu item dan
seterusnya memilikinya.

b. Fungsi Logistik (logistical functions)

❖ Fungsi logistik melibatkan aktiviti-aktiviti penyimpanan (penstoran) dan


pengangkutan produk untuk diagihkan. Fungsi ini membantu mengatasi
jurang tempat dan masa dengan memastikan produk sampai kepada
pengguna di tempat dan masa yang dikehendaki oleh mereka.

c. Fungsi Pemudahcara (facilitating functions)

❖ Fungsi pemudahcara melibatkan pembiayaan produk, pengambilan risiko


oleh pemasar, penyediaan maklumat pemasaran, pembangunan piawaian
dan penggredan produk berdasarkan piawaian-piawaian tersebut.
❖ Setiap syarikat harus membiayai pengeluaran termasuklah bahan mentah,
inventori dan pembelian barangan sebelum mendapat bayaran daripada
pelanggan mereka. Pembiayaan boleh diperolehi daripada pinjaman yang
akan dibayar selepas hasil jualan diperolehi.
❖ Pengeluar mengambil risiko apabila mereka memutuskan untuk
menghasilkan sesuatu produk dan memastikan produk tersebut dapat dijual
kepada pelanggan. Dari itu, pengurus pemasaran perlulah membuat
penganalisaan yang rapi dari segi kos dan pasaran.
1.3 Types of marketing

❖ Pemasaran bermula dengan pencipta dan berakhir dengan pengguna. Ini


adalah proses yang mana para pengguna mempelajari dan mendapatkan
produk dan perkhidmatan.
❖ Pemasaran adalah lebih daripada sekadar pengiklanan, walaupun ia
termasuk aspek proses itu. Ia juga termasuk media yang menawarkan produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan dan penyelidikan yang membawa
kepada keputusan akhir bagaimana untuk membungkus dan menjualnya.

Penjenamaan
❖ Produk dan perkhidmatan perlu mempunyai tumpuan, pasaran sasaran, dan
nama yang dikenali, atau "jenama," untuk menjadi berjaya.
❖ Penjenamaan adalah satu bentuk pemasaran yang berfungsi sebagai asas
untuk pengiklanan masa depan. Ia membantu menjadikan produk atau
perkhidmatan menarik dan terkenal. Penjenamaan sering merangkumi nama,
slogan, dan grafik tersendiri, seperti logo.

Perhubungan Awam
❖ PR adalah publisiti yang diperoleh idaripada aksi, pernyataan dan tindakan
baru yang diberitahu oleh sebuah syarikat. Hubungan awam adalah satu
bentuk pemasaran yang berfungsi bersebelahan dengan promosi dan
promosi iklan.
❖ Ini adalah cara untuk mempromosikan jenama melalui perancangan yang
bijak, dan melalui mengeluarkan kenyataan perhubungan awam atau siaran
akhbar kepada berita dan saluran maklumat seperti radio, TV dan akhbar.

Pengiklanan Penyiaran
❖ Radio atau televisyen adalah salah satu bentuk pengiklanan berbayar yang
paling lazim. Pemasaran kepada pelanggan berpotensi melalui radio sering
bergantung pada jingles dan menangkap frasa untuk mendapatkan perhatian.
❖ Pemasaran TV dengan mudah boleh disasarkan kearah penonton program
yang berbeza melalui demografi yang disediakan oleh pengeluar rancangan
TV dan oleh syarikat yang menyediakan maklumat demografi.

Point of Purchase
❖ Pembungkusan adalah penting untuk usaha pemasaran titik-beli, dan sering
menentukan penempatan produk di rak-rak kedai.
❖ Pembungkusan lebih daripada sekadar mencipta bekas untuk memegang
produk; Ia memainkan peranan dalam pengiktirafan jenama, keselamatan
pengguna dan peluang runcit. Bagi syarikat perkhidmatan, "pembungkusan"
merangkumi persembahan dan imej.
Online Presence
❖ Internet dan semua permutasinya adalah perbatasan terkini untuk pemasar.
Online Presence adalah hampir satu keperluan pada abad ke-21 sebagai
sebahagian dari pada usaha pemasaran.
❖ Pemasaran boleh dilakukan dalam pelbagai format yang besar, dari laman
web ke media social dan aplikasi mudah alih, dan boleh membenarkan
penyesuaian, iklan berasaskan kandungan, dan interaksi dari penonton.

Direct
❖ Apabila pengeluar berurusan secara langsung dengan pengguna, mereka
mengambil bahagian dalam pemasaran langsung.
❖ Tiada perantara pihak ketiga, seperti peruncit atau pemborong pertengahan.
Pemasaran langsung berlaku melalui mel, telefon dan Internet kerana
syarikat menjual produk dan perkhidmatan mereka terus kepada pengguna.

Multi-Level
❖ Pemasaran multi-level adalah satu bentuk jualan langsung yang melibatkan
rangkaian sambungan di mana syarikat merekrut dan menjual produknya.
❖ Pemasaran multi-level juga dipanggi lpemasaran rangkaian kerana jurujual
mendapat komisyen pada produk yang mereka jual serta pada jualan yang
dibuat oleh rangkaian mereka.

Street Teams
❖ Pemasaran pasukan jalanan menggunakan interaksi peribadi untuk
menyatakan kebaikan produk, perkhidmatan atau acara kepada bakal
pelanggan.
❖ Pemasaran jalanan biasanya menyasarkan pengguna secara langsung di
depan tempat atau kedai, dan menyediakan cara menghiburkan untuk
menyeragamkan personality penjual dengan pakaian dan kecelakaan yang
dilakukan oleh pasukan.

Philanthropic
❖ Syarikat menggunakan sokongan mereka untuk badan amal dan kumpulan
bukan keuntungan yang popular untuk meneruskan imej mereka dan
mempromosikan jenama mereka.
❖ Melalui penajaan dan penyertaan dalam acara penggalangan dana,
pemasaran derma wan mewujudkan rasa keterlibatan komuniti yang dihargai
oleh pengguna.

Guerilla
❖ Pemasaran gerila boleh menggabungkan banyak jenis pemasaran yang lain,
tetapi difikirkan dengan cara mengejutkan pengguna dan membuat kesan
abadi.
❖ Pemasaran gerila biasanya melibatkan kegunaan pemasaran tradisional yang
tidak konvensional.

Anda mungkin juga menyukai