Anda di halaman 1dari 3

BK09

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sekolah Kebangsaan Taman Mahkota

REKOD SESI KAUNSELING INDIVIDU

NAMA MURID : Kamaruddin Bin Ahmad Saiful

TINGKATAN / TAHUN : Tahun 6 Neptun NO. RUJUKAN : _____________________

TARIKH : 21 September 2022 MASA : 9.00 Pagi

CARA DATANG*

SUKARELA / DIRUJUK DIJEMPUT

ISU : Merokok SESI KE : Ketiga

1. Latar belakang klien/Pemerhatian.

Pemakaian klien kelihatan kemas dan rambut tidak disikat dengan rapi dan kelihatan sedikit

kusut-masai pada hari tersebut. Baju sekolah klien mempunyai lencana sekolah tetapi tidak

mempunyqi tanda nama. Kasut sekolah yang dipakai oleh klien kelihatan bersih. Klien

sentiasa senyum ketika hadir ke Bilik Bimbingan Dan Kaunseling.

2. Pernyataan masalah/Masalah dikenalpasti

Masalah klien telah dikenalpasti. Klien menyatakan bahawa klien ingin memperhentikan

amalan merokok tetapi tidak mempunyai cara yang betul.

3. Masalah sebenar

Rakan sebaya klien di pusat tuisyen telah meminta klien untuk cuba merokok pada awal-

awal. Klien telah menjadi ketagih dengan amalan merokok. Oleh itu, GBK akan membantu

klien untuk memberikan cara-cara untuk membawa diri keluar dari amalan merokok

tersebut.
BK09

4. Matlamat Kaunseling

Matlamat sesi ini adalah untuk membimbing klien dengan cara-cara yang boleh digunakan

untuk membawa diri keluar daripada amalan yang buruk ini.

5. Aplikasi Teori (Pendekatan/Strategi/Teknik)

Teori yang diaplikasikan dalam sesi kaunseling yang dijalankan ini adalah Teori Behavior

dan Teknik Ganjaran. Hal ini demikian kerana, GBK ingin membantu klien untuk melangkah

diri mereka keluar dari perbuatan tersebut.

6. Proses Kaunseling/Perbincangan

Sesi dimulakan dengan kehadiran klien ke Bilik Bimbingan Dan Kaunseling dengan

sukarela. Apabila klien masuk ke dalam bilik, klien memberikan salam dengan gerak muka

yang mesra. Selepas itu, klien menyatakan hasrat untuk berhenti untuk merokok mulai saat

itu dan klien meminta bantuan GBK untuk berhenti merokok. Klien menyatakan bahawa dia

tidak mengenali cara yang paling sesuai unutk berhenti merokok. Dengan itu, GBK membina

jadual waktu untuk membantu klian untuk berhenti merokok. GBK meminta klien untuk

menanda pada jadual yang diperuntukkan dengan satu hari tanda betul bersamaan dengan

satu gula-gua. Klien diberi peruntukkan masa selama seminggu untuk jadual tersebut.

7. Rumusan

Klien memahami akan arahan yang diberikan dan bersedia untuk menempuh cabaran

tersebut dengan hati yang terbuka dan klien juga memberikan respon yang baik terhadap

setiap soalan yang ditanyakan.


BK09

8. Refleksi Kendiri

Sesi telah berjalan dengan lancar. Dengan berjayanya, GBK memberikan jadual waktu

untuk ditanda pada setiap hari. Sesi ini telah melibatkan fasa pemilihan strategi dan

pengambilan tindakan.

Disediakan oleh Tarikh : 21 September 2022

………………………………….................................

(Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa)

Anda mungkin juga menyukai