Anda di halaman 1dari 3

BK09

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sekolah Kebangsaan Taman Mahkota

REKOD SESI KAUNSELING INDIVIDU

NAMA MURID : Kamaruddin Bin Ahmad Saiful

TINGKATAN / TAHUN : Tahun 6 Neptun NO. RUJUKAN : _____________________

TARIKH : 28 September 2022 MASA : 11.30 Pagi

CARA DATANG*

SUKARELA DIRUJUK DIJEMPUT /

ISU : Merokok SESI KE : Keempat

1. Latar belakang klien/Pemerhatian.

Pemakaian klien kelihatan kemas dan rambut disikat dengan rapi pada hari tersebut. Baju

sekolah klien sudah mempunyai lencana sekolah dan tanda nama. Kasut sekolah yang

dipakai oleh klien kelihatan bersih. Klien sentiasa senyum ketika hadir ke Bilik Bimbingan

Dan Kaunseling. Klien memegang kertas jadual waktu yang diberikan minggu lepas. Klien

juga memegang sebuah buku nota Matematik di tangannya dengan sebatang pensil.

2. Pernyataan masalah/Masalah dikenalpasti

Masalah klien telah dikenalpasti. Klien menyatakan bahawa klien terlibat dalam perbuatan

merokok kerana berpunca daripada rakan sebaya klien.

3. Masalah sebenar

Rakan sebaya klien di pusat tuisyen telah meminta klien untuk cuba merokok pada awal-

awal. Setelah beberapa hari, klien dipaksa untuk mencuba perbuatan tersebut dan klien

telah mencuba perbuatan tersebut. Lama-kelamaan, klien telah menjadi ketagih dengan

perbuatan merokok sehingga ke hari ini.


BK09

4. Matlamat Kaunseling

Matlamat sesi ini adalah untuk melihat akan perkembangan klien dalam usaha

menghentikan perbuatan merokok.

5. Aplikasi Teori (Pendekatan/Strategi/Teknik)

Teori yang diaplikasikan dalam sesi kaunseling yang dijalankan ini adalah Teori Behavior

dan Teknik Ganjaran. Hal ini demikian kerana, GBK ingin membantu klien untuk melangkah

diri mereka keluar dari perbuatan tersebut. Teknik ini akan membuahkan satu hasil yang luar

biasa seperti yang disangkakan.

6. Proses Kaunseling/Perbincangan

Sesi dimulakan dengan menjemput klien ke Bilik Bimbingan Dan Kaunseling untuk melihat

perkembangan jadual waktu yang diberikan kepada klien. Klien hadir ke bilik dengan

senyuman yang lebar di mukanya. Setelah klien masuk ke dalam, klien ditanyakan khabar

dirinya dan diminta untuk menunjukkan jadual waktu tersebut. Keputusan yang diterima

dalam daripada 7 hari yang diberi, klien dapat berhenti merokok selama 6 hari. Setelah

melihat jadual tersebut, klien diberi coklat seperti yang dijanjikan iaitu 6 biji coklat berjenama

“Mentos”. Selepas itu, klien diberi lagi sebuah jadual waktu dengan tempoh selama 2

minggu.

7. Rumusan

Klien menunjukkan keputusan yang positif. Ini juga menunjukkan teori dan Teknik yang

dilaknakan sangat berkesan terhadap klien tersebut.


BK09

8. Refleksi Kendiri

Sesi telah berjalan dengan lancar. Dengan berjayanya, GBK telah membuatkan klien sedar

akan kesalahannya dan mula mengambil berat akan dirinya. Fasa penyusulan telah

dilaksanakan dalam sesi ini unutk melihat perkembangan yang terakhir dalam kes ini.

Disediakan oleh Tarikh : 28 September 2022

………………………………….................................

(Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa)

Anda mungkin juga menyukai