Anda di halaman 1dari 1

AKUJANJI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

SESI LATIHAN I 2022/2023

Saya GAUTHAM A/L MANICHELVAN No. Pendaftaran: 01DDT19F2002 , sesungguhnya


berjanji mematuhi segala undang-undang, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan apa-apa
arahan yang terpakai kepada pelajar POLITEKNIK UNGKU OMAR, yang diguna pakai
sepanjang proses saya menjalani latihan industri.

Maka dengan ini saya berjanji untuk mematuhi segala peraturan yang dinyatakan dibawah:

i. Menghadiri Taklimat Latihan Industri pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
ii. Mendaftar Kursus Latihan Industri dalam masa yang ditetapkan.
iii. Memohon hanya SATU (1) tempat Latihan Industri sahaja.
iv. Menghantar borang-borang berkaitan pada masa yang ditetapkan.
v. Melapor diri di firma pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
vi. Menghantar Kad Maklumat Penempatan/Pengesahan Lapor Diri dalam tempoh
masa yang ditetapkan (secara dalam talian melalui iPUO).
vii. Tidak menukar tempat Latihan Industri tanpa kebenaran Unit Perhubungan
Dan Latihan Industri (UPLI).
viii. Menulis Buku Laporan Harian setiap hari dan menyediakan Refleksi Mingguan
setiap minggu.
ix. Tidak melakukan kesalahan atau melanggar peraturan organisasi dan Politeknik.
x. Bersedia menerima kehadiran Pegawai dari Politeknik pada masa yang ditetapkan.
xi. Tidak menamatkan Latihan Industri lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
xii. Mendaftar semula di UPLI untuk pengesahan tamat latihan.
xiii. Menghantar Laporan Akhir Latihan Industri, Buku Laporan Harian dan Jurnal
Refleksi serta dokumen lain yang diperlukan selepas tamat sesi latihan.
xiv. Menghadiri sesi pembentangan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi peraturan-peraturan yang
tersebut di atas, maka tindakan yang sewajarnya (Mengikut Akta 174 dan Garis Panduan
Latihan Industri Politeknik-Politeknik KPT) boleh dikenakan ke atas saya.

_______________________ _______________________
Tandatangan pelajar Tandatangan saksi
Nama Saksi :

Tarikh : _____________ Tarikh : _____________

**Borang akujanji perlu diserahkan kepada PLIJ

Anda mungkin juga menyukai