Anda di halaman 1dari 2

Cubit Paha Kanan Paha Kiri Terasa Juga

Hasnan termenung mengenangkan kehidupannya. Beberapa bulan yang lalu, ayahnya telah
terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja. Motor yang ditunggang oleh ayahnya
telah dirempuh oleh sebuah lori dari arah bertentangan. Masih lagi tergiang-giang panggilan
telefon daripada pihak polis mengatakan ayahnya mengalami kemalangan. Ngeri
mendengarnya, apabila mengetahui ayah telah bertembung dengan sebuah lori. Bersyukur
pada Ilahi ayah masih bernyawa lagi, tetapi ayah lumpuh daripada pinggang hingga ke kaki.

Kini ayah tidak boleh bekerja lagi. Wang pampasan yang diterima telah beransur susut.
Dengan wang tersebutlah kami gunakan untuk meneruskan kehidupan seharian. Mujur Puan
Aminah menawarkan pekerjaan kepada ibunya sebagai pelayan di kedai makannya.

''Hasnan mari makan, ibu ada bawa mi goreng kesukaan kamu''. pelawa Puan Ani. Lamunan
Hasnan terhenti. Dia tersenyum riang mendapatkan ibunya. ''Ibu sudah pulang'' kata Hasnan
gembira.

Puan Ani terus mendapatkan suaminya. Dia dengan riang bercerita tentang tugasnya seharian
dan juga isu-isu semasa di taman perumahannya. Encik Razak mendengar dengan tekun.
Walaupun beliau hanya terlantar di katil, tetapi beliau tidak mahu menjadi seperti katak di
bawah tempurung.

''Simpanan kita semakin sedikit ...'', keluh Encik Razak. ''Beberapa hari lagi anak kita Salmah
akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia'' ujurnya lagi.

Puan Ani tahu akan kebimbangan suaminya itu. Dia juga bimbang akan hal tu. Puan Ani
sering membuat kerja lebih masa untuk menambah pendapatannya. Dia amat malu untuk
meminta-minta. Selagi kudratnya masih ada, dia akan terus berusaha demi keluarganya.

'' Ibu..'' Salmah serba salah untuk memberitahu ibunya. Dia mahu bekerja sebagai jurujual di
sebuah pasar raya berhampiran rumahnya. Dia juga mahu menangguhkan ke masukkannya ke
universiti.

Dengan terketar-ketar dia meyuarakan keinginannya. Ayahnya dari jauh mendengar


perbualan mereka dengan lantang membantah keinginan Salmah itu. ''Maafkan ayah .. ayah
akan usahakan agar kamu dapat meruskan cita-cita kamu.''

Perbicangan tiga beranak itu terhenti. Hasnan masuk ke dalam rumah dengan tegesa-gesa.
''Ayah jiran kita Encik Muthu dan Encik Tan datang.'' lapor Hasnan. '' Jemputlah mereka masuk
ke rumah'', kata Encik Razak. Hasnan mempersilakan jiran-jirannya itu masuk ke dalam
rumahnya.
Encik Muthu memberi tahu bahawa tujuan mereka datang adalah untuk menyampaikan
sumbangan penduduk taman kepada keluarga Encik Razak. Penduduk taman maklum akan
musibah yang menipa keluarganya. Encik Tan menyumbangkan sejumlah wang hasil kutipan
derma orang ramai. Dengan sumbangan ini bolehah digunakan untuk pendaftaran Salmah ke
universiti. Mereka juga menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk Encik Razak. Encik Razak
sangat terharu dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih atas sumbangan itu.

''Encik Razak, kita bukan sahaja jiran, kita semua keluarga'', ujar Encik Tan.'' Sudah menjadi
tangungjawab kita sebagai keluarga untuk saling membantu antara satu sama lain. lbarat kata
pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa juga. ''

Encik Tan telah menawarkan pekerjaan sebagai juruwang di kedainya kepada Encik Razak.
Encik Razak tersenyum riang. Dia menerima tawaran itu dengan ucapan terima kasih dan
syukur yang tidak terhingga. Dengan pekerjaan ini dapatlah dia menyara keluargannya.

Rakan-rakan, pengajaran daripada cerita yang disampaikan itu tadi, kita hendaklah saling
membantu tanpa mengira kaum dan juga status. Ini selaras dengan konsep '' Keluarga
Malaysia'' yang menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan, dan
kesyukuran. Oleh itu marilah kita sama-sama memgukuhkan perpaduan dengan menyemai
semangat kekeluargaan.

Sekian sahaja cerita saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai