Anda di halaman 1dari 8

CERPEN 1

Anak Penggunting Rambut.(Nor Hidayah Asri)


Sinopsis
Anak penggunting rambut mengisahkan tentang seorang ayah yang
sangat mengasihi anaknya. Uda Ahmad merupakan seorang peneroka
Felda dan juga bekerja sampingan sebagai penggunting rambut. Beliau
mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah
merupakan anak yang baik dan manja.

Sejak kematian ibunya,ayahnya mengambil alih semua tugas


isterinya. Uda Ahmad sengaja memotong rambut Manisah menjadi
pendek untuk meringankan tugasnya agar Manisah tidak menjadi anak
kecil yang manja. Manisah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah
di Kuala Lumpur dan jarang-jarang pulang menjenguk ayahnya di
kampung. Sehinggalah pada suatu hari, Uda Ahmad menerima
panggilan telefon daripada rakan Manisah yang memberitahu bahawa
Manisah telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit
leukemia. Uda Ahmad tidak pernah mengetahui akan penyakit anaknya
itu.Akhirnya Manisah meniggalkan ayahnya buat selama-lamanya.

Tema
 Kasih sayang
Persoalan
Berusaha gigih mencari rezeki

 Uda Ahmad tetap menjadi penggunting rambut walaupun sudah


menjadi peneroka Felda untuk menyara Manisah dan abang-
abangnya.

Membantu ibu dan bapa

 Manisah selalu menolong ayahnya di kedai guntng rambut


dengan menatur masa pelanggan dan menyediakan kelengkapan
untuk menggunting rambut.

Tanggungjawab seorang anak terhadap ibu dan bapa

 Manisah jarang menjenguk ayahnya di kampung dengan alasan


sibuk belajar.

Gaya bahasa
Simile

 Wajah anak perempuannya tetap terserlah,biarpun rambutnya


pendek seperti rambut anak lelakiku yang lain.

Asonansi

 Anak perempuanku seorang....anakku yang manis.

Aliterasi

 Bila agaknya rambutmu akan panjang?Sempatkah abah membelai


rambutmu itu?Atau abah terus menggunting rambutmu hingga
terpamer leher jenjangmu?

Personifikasi

 Abah bulatkan segala keyakinan.


Sinkope

 Dulu, kau benci berambut pendek,sekarang kau membuatkan


aku menjadi penggunting rambut yang tetap buatmu.

Watak dan perwatakan


Abah
 Namanya Uda Ahmad.
 Dikenali sebagai Mat Gunting.
 Seorang duda dan ayah kepada Manisah.
 Gigih bekerja dalam mencari pendapatan untuk menyara
keluarga.
= Abah bekerja sebagai peneroka Felda serta menjadi tukang
gunting rambut untuk menyara keluarganya.
 Sangat mengasihi anaknya, iaitu Manisah.
= Ia dapat dilihat apabila abah meluahkan rasa rindunya kerana
Manisah tidak menjenguknya di kampung.

Manisah
 Dikenali juga sebagai Manis.
 Anak kepada Uda Ahmad.
 Anak tunggal perempuan yang berambut pendek.
 Seorang yang rajin.
= Manisah selalu menolong ayahnya di kedai gunting rambut. Dia
mengaturkan masa untuk pelanggan dan menyediakan kelengkapan
untuk menggunting rambut.
 Dia merupakan anak kecil yang manja dan nakal.
= Manisah mengambil wang hasil gunting rambut tanpa kebenaran
ayahnya.
 Dia tidak suka membebankan ayahnya.
= Ini kerana, Manisah tidak memberitahu ayahnya akan penyakit
leukemia yang dihidapinya.

Latar
Latar masa
 Sewaktu subuh – iaitu waktu Manisah menghembuskan
nafas terakhirnya.
 Sebelum asar – ketika jenazah Manisah dikebumikan.

Latar tempat
 Kampung Batu 25, Bagan Datoh – kampung tempat
tinggal Uda
Ahmad.
 Kuala Lumpur – tempat Manisah melanjutkan pengajian
ijazahnya.

Latar masyarakat
 Masyarakat kampung yang menampakkan Uda Ahmad
sebagai seorang peneroka Felda.
 Masyarakat yang mementingkan pelajaran
: Dengan usaha gigih ayahnya mencari rezeki,
Manisah berjaya melanjutkan pengajian di
peringkat ijazah.

Plot
Permulaan :
Cerpen ini bermula tentang diri Manisah dan ayahnya. Manisah
kehilangan ibunya, sebab itu dia berambut pendek. Tindakan ini
adalah untuk meringankan beban ayahnya yang bekerja sebagai
peneroka Felda dan penggunting rambut.

Perkembangan :
Kehidupan Manisah sewaktu kecilnya yang menang
acara sukan di tadika kerana berambut pendek, nakal
dengan mengambil wang tanpa izin dan rajin membantu
ayahnya di kedai gunting rambut. Kisah Manisah
berlanjutan hingga Manisah melanjutkan pengajian di
peringkat ijazah.

Perumitan/konflik :
Manisah didapati menghidap penyakit dan dibawa ke
hospital.

Klimaks :
Abah dimaklumkan bahawa Manisah anak yang
disayanginya menghidap penyakit leukemia.

Peleraian :
Cerpen ini berakhir apabila Manisah menghembuskan
nafas terakhirnya dan meninggalkan ayahnya buat
selama-lamanya.

Nilai
Tanggungjawab :

Tanggungjawab abah bekerja keras sebagai penggunting


rambut dan peneroka Felda untuk menyara keluarganya.

Kasih sayang :
Abah begitu merindui Manisah kerana Manisah jarang pulang
menjenguknya di kampung.

Rajin :
Manisah membantu ayahnya di kedai gunting rambut dengan
mengaturkan masa pelanggan dan menyediakan kelengkapan
untuk menggunting rambut.

Menghargainya :
Manis bangga dengan guntingan rambut ayahnya kerana dengan
berambut pendek Manis menang dalam acara sukan di tadikanya.
Pengajaran
Kita hendaklah membantu kedua-dua orang tua kita.

Contoh: Manisah membantu meringankan beban ayahnya di


kedai gunting rambut dengan mengaturkan masa
pelanggan dan menyediakan kelengkapan
untuk menggunting rambut.

Kita janganlah menyusahkan ibu dan bapa kita.

Contoh: Manisah tidak meberitahu ayahnya akan penyakit


leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu
membimbangkan ayahnya.

Kita janganlah mengambil sesuatu yang bukan hak kita tanpa


kebenaran.

Contoh : Manisah ditegur oleh ayahnya kerana mengambil wang


hasil gunting rambut tanpa kebenarannya.

Kita hendaklah bertanggungjawab kepada keluarga.

Contohnya : Walaupun Uda Ahmad sedih atas kematian


isterinya, dia tetap gigih mencari rezeki untuk
menyara keluarganya.

Kita hendaklah menghargai setiap pemberian yang dikurniakan.


Contohnya: Manisah bangga dengan rambutnya yang pendek
yang membawa kemenangannya dalam acara sukan
di tadikanya.

Anda mungkin juga menyukai