Anda di halaman 1dari 4

TAJUK CERITA : RATAPAN ANAK TIRI

TAHAP :2

Assalamualaikum w.b.k.t..

Terima kasih saudari/saudara pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan warga
dewan yang dihormati sekalian.

Saya dahului dengan serangkap pantun.

Waktu malam pasang pelita,

Pelita di pasang di tepi titi,

Mari dengarkan sebuah cerita

Kisah Ratapan Anak Tiri.

Tajuk cerita yang akan perdengarkan ialah “Rantapan Anak Tiri”.

Rakan sekalian,

Di sebuah kampong, tinggal sekeluarga yang hidup aman damai. Itulah keluarga Pak Karsan. Pak
Karsan seorang peniaga yang Berjaya. Kehadiran Aisyah menambah keharmonian dalam
keluarga Pak Karsan.

Satu ujian telah diberikan terhadap keluarga Pak Karsan. Ibu Aisyah meninggal dunia
akibat penyakit barah. Sejak itu, dia tinggal bersama bapanya, Pak Karsan. Aisyah berusia tujuh
tahun. Pada usia sekecil itu, dia telah kehilangan ibu kesayangannya. Dia begitu terasa dengan
kehilangan ibu yang amat rapat dan menyayanginya.

Pak Karsan seorang peniaga, kini dia sukar hendak berniaga di luar daerah, kerana
enggan meninggalkan anak kesayangannyakeseorangan di rumah. Pak Karsan berhajat mencari
penganti ibu Aisyah yang boleh Aisya menumpang kasih dan Pak Karsan boleh meneruskan
perniagaannya. Kebetulan di hujung kampung tinggal seorang janda beranak dua, bernama
Maimunah. Pak Karsan selalu berurus niaga dengan janda itu.

Pertemuan demi pertemuan dalam urusan perniagaan telah menjalinkan satu ikatan
mesra. Pak Karsan meluahkan rasa hati untuk memperisterikan Maimunah. “Bolehlah juga
tempat Aisyah menumpang kash” fikir Pak Karsan. Maimunah sudah lama menjanda. “Inilah
peluang aku mengakhiri zaman menjanda dan boleh mengikis hartanya” bisik Maimunah.
Akhirnya mereka mengambill keputusan untuk berkahwin.

“Ayah ku kahwin lagi dengan janda anak dua, hidup tambah ceria…” gitulah nyanyian
Aisyah apabila mengetahui hasrat ayahnya.

Kompang di palu, pengantin baru….

Duduk bersanding ooo ayahku….. (nyanyian)

Rakan sekalian,

Hari perkahwinan Pak Karsan dengan Maimunah disambut meriah, seluruh kampung
turut gembira. Aisyah dilayan baik oleh Maimunah dan dua orang adik tirinya. Hidup Aisyag
bertambah ceria. Tersenyum kepuasan Pak Karsan, bila melihat kemesraan keluarga barunya.
Namun, tuntutan kerja membuatkan Pak Karsan perlu meninggal anak kesayangannya Aisyah
dengan keluarga tirinya. Kemesraan Aisyah dengan keluarga tirinya, memudahkan Pak Karsan
keluar berniaga di luar daerah.

Setelah mengatur segala , Pak Karsan mengambil keputusan untuk keluar daerah untuk
berniaga. “Ayah…ayah..jangan tinggalkan Aisyah” teresak-esak Aisyah menangis kerana enggan
berpisah dengan ayah kesayangannya.” Aisyahhhh anak ku…….. ibukan ada, Aisyah boleh
bermain dengan adik, Aisyah pergi tak lama,” pujuk Maimunah. Walaupun berat hati Pak
Karsan untuk meninggalkan anak kesayangannya.

Rakan sekalian,

Selang beberapa minit pemergian Pak Karsan, tiba-tiba Maimunah mengherdik Aisyah.
“Kemaskan segala barang kamu dan berambus dari sini! Jangan ingat aku sayang akan kamu!”
Alangkah terkejutnya Aisyah dengan sikap ibu tirinya itu.

“Selama ini aku bersabar dengan kamu, Aku mahukan wang bapa kamu sahaja. Aku tidak boleh
terima kamu langsung!” jerit Maimunah.

“Keluar dari rumah ini, sekarang juga, supaya aku dan anak-anak boleh hidup dengan senang
lenang! herdik Maimunah lagi. “Nah, ambil baju kamu!” sambil mencampakkan bungkusan
baju.

Aisyah terkejut dengan herdikan itu, hanya mampu menangis dengan sikap ibu tirinya itu.
AIsyah mengambil bungkusan baju yang dilempar oleh ibu tirinya dengan lenangan air mata.
Aisyah terduduk sambil mengenangkan nasibnya..
Betapa malangnya nasib ku…

Semenjak di tinggal ibu…

Dibenci seorang ibu, ibu tiri….

Walaupun dalam kesedihan…dia tetap yakin bahawa bapanya akan pulang dan keadaan akan
kembali berubah. Aisyah melangkah longlai, sambil berfikir sesuatu. Dia mengambil keputusan
untuk pergi ke rumah bapa saudaranya di hujung kampung.

Sementara di rumah Pak Karsan pula Maimunah dan anak-anaknya terus merancang
sesuatu. “Kita beritahu bapa bahawa Aisyah jatuh ke dalam sungai ketika mandi lalu hanyut di
bawa arus,” kata anak sulung Maimunah. “Bagus idea itu. Ah, pedulikan budak itu! Mari kita
meraikan kebebasan kita,” kata Maimunah dengan nada gembira dan puasan hatinya.

Dalam perjalanan Pak Karsan berhenti seketika. Beliau menyemak barang


perniagaannya. Setelah diteliti ada barangan tertinggal. Pak Karsan mengambil keputusan
pulang ke rumah untuk mengambil barang perniagaannya yang tertinggal.

Rakan sekalian,

Kepulangan Pak Karsan tidak disedari oleh Maimunah anak-beranak. Pak Karsan
terdengar perbualan Maimunah anak beranak. Pak Karsan naik ke rumah dengan perasaan
marah. “Aku telah dengar segala perbualan kamu. Sekarang, kamu anak beranak keluarrr dari
rumah aku!” jerit Pak Karsan dengan nada marah. Maimunah anak beranak terkejut dan terus
terhenti ketawa. Dia berasa sungguh takut. Segala rancangannya musnah.

Pak Karsan cukup kecewa dengan sikap isterinya, dengan nada marah….”Aku ceraikan
kau Maimunah dengan talak 3”. Baru puas hati Pak Karsan.

Mengenangkan nasib anak kesayangnya. Pak Karsan berkahwin dengan seorang ibu
tunggal. Perkahwinan ini telah merubah hidup Aisyah. Ibu barunya amat menyayangi Aisyah.
Akhirnya, mereka hidup bahagia dan perniagaan Pak Karsan bertambah maju.

Berakhirlah cerita saya kali ini.


Rakan sekalian…

Pengajaran yang boleh kita kongsi bersama

1. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada Maimunah sebagai ibu perlu
dilaksanakan dengan baik.
2. Kasih sayang sama rata tidak berat sebelah walaupun anak tiri.
3. Tauladan dan roll model yang baik perlu ditunjukkan terhadap anak.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai