Anda di halaman 1dari 5

SSC 3312 CVS 3/M01/KP(3/3) Muka surat : 1 drpd 5

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / CVS 3 - PENYELIA AWAM DAN STRUKTUR
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3 SEMESTER 3

NO DAN TAJUK UNIT


01.03 – ORGANISE CIVIL AND STRUCTURE DAILY
KOMPETENSI /
WORKS SCHEDULE.
COMPETENCY UNIT NO. AND
TITLE

KOD DAN NAMA


SUBJEK/SUBJECT CODE AND 01 : IMPLEMENT SITE ADMINISTRATION
NAME

1. OBTAIN MASTER WORK PROGRAMME


NO. DAN PENYATAAN
2. OBTAIN RESOURCE SCHEDULE
AKTIVITI KERJA / WORK
3. UTILISE WORK ACTIVITIES PLAN
ACTIVITIES NO. AND
4. PRODUCE DAILY WORK SCHEDULE
STATEMENT
5. SUBMIT DAILY WORK SCHEDULE SUPERIOR

KOD WIM CVS 3/M01/KP(3/3)

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


SSC 3312 CVS 3/M01/KP(1/3) Muka surat : 2 drpd 5

TITLE : IMPLEMENT SITE ADMINISTRATION


OBJECTIVE : TO PRODUCE & SUBMIT DAILY WORK SCHEDULE

PENERANGAN :

PERANCANGAN

Penggunaan jadual kerja harian dalam binaan sangat penting kerana ia mempengaruhi
perjalanan kerja yang seterusnya. Kelewatan dan cepat kerja dilakukan dapat dilihat
dan dipantau secara harian dengan merujuk kepada perancangan jadual yang telah
disediakan. Setiap kerja yang telah siap di tapak akan di catatkan sebagai jadual kerja
sebenar yang ditandakan pada perancangan jadual untuk melihat samada projek itu
lambat ataupun cepat.

Fungsi Buku Harian

Buku harian di tapak adalah sangat penting dalam setiap projek pembinaan. Fungsi
buku ini ialah:-

i) untuk memeriksa kemajuan kerja harian


ii) untuk memantau cuaca dan keadaan pembinaan
iii) untuk memantau teguran kepada mutu kerja
iv) untuk memantau komplen awam pada projek
v) untuk memantau kehadiran harian pekerja
vi) untuk memantau senarai pelawat pada tapak binaan.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


SSC 3312 CVS 3/M01/KP(1/3) Muka surat : 3 drpd 5

Penggunaan Buku Harian

1. Buku Harian ini hendaklah digunakan setiap hari bekerja oleh Penyelia
Tapakbina dari bermulanya projek hinggalah penyiapan yang terakhir.

2. Catatan harian yang dimasukkan dalam buku harian Tapakbina hendaklah


ditandatangani oleh Pegawai Penyelia Tapak serta wakil kontraktor pada
setiap hari.

3. Butir-butir berikut hendaklah dimasukkan setiap hari bekerja di bawah tajuk


perkara seperti berikut:

i. Bilangan pekerja-pekerja yang diambil bekerja di tapak bina

a) Isikan petak-petak yang disediakan dengan jenis kerja utama


atau pekerjaan yang dijalankan oleh kontraktor dan sub
kontraktor Dinamakan. Isikan petak bagi jumlah Pekerja
Tempatan dan juga ruangan untuk Jumlah Pekerja bagi
Kontraktor dan Sub kontraktor yang dinamakan.

b) Catatkan masalah yang berkaitan dengan pekerja seperti


perselisihan pekerja, kekurangan pekerja, melakukan salah laku,
pemecatan pekerja, kemungkiran membayar gaji dan lain-lain
yang mungkin mengendalakan kerja.

ii. Kuantiti bahan-bahan yang diterima

Catitkan dengan ringkas kuantiti bahan-bahan binaan utama yang


diterima
iii. Arahan Pegawai Penguasa

Catatkan semua arahan yang diterima secara lisan melalui telefon dan
bertulis

iv. Kerja yang dibina hari ini


Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
SSC 3312 CVS 3/M01/KP(1/3) Muka surat : 4 drpd 5

Catatkan dengan ringkas kerja utama yang telah dijalankan pada hari
tersebut yang menunjukkan keadaan kemajuan.

v. Loji, alat dan kelengkapan Kontraktor dan sub kontraktor

Catatkan semua loji, alat kelengkapan yang digunakan, pekerjaan


serta waktu bekerja sebenar di dalam petak-petak yang disediakan.

vi. Catatan-catatan lain

Catatkan mana-mana perkara berikut sekiranya berlaku:-

i) Kekurangan bahan-bahan dan loji, alat dan kelengkapan di Tapak


Bina
ii) Menggantung perjalanan seluruh atau mana-mana bahagian kerja
kerana perselisihan, kekurangan pelan/lukisan, Arahan Pegawai
Penguasa, “force majeure”, dan lain-lain.
iii) Kerja lebih masa
iv) Penerimaan pelan/lukisan dan butiran
v) Pengukuran semula dan penilaian ke atas kerja yang dilaksanakan
vi) Arahan Pegawai Penguasa mengenai loji, alat dan kelengkapan
yang tidak digunakan dan juga menunggu arahan lanjut
vii) Kuantiti bahan-bahan yang diterima
viii) Tidak mematuhi undang-undang dari syarat-syarat yang
terdapat di dalam kontrak
ix) Percanggahan atau pemesongan yang terdapat di dalam Dokumen
Kontrak
x) Penerimaan sample, menguji bahan dan pemeriksaan kerja
tertutup serta butir-butir ujian/pemeriksaan tersebut
xi) Semua jenis kemalangan atau sebarang kejadian yang melibatkan
kerja
xii) Masalah pesekitaran (banjir, tanah runtuh dan lain-lain) yang
melibatkan kerja
xiii) Lawatan Pegawai Penguasa/Wakilnya dan pelawat-pelawat
yang dibenarkan
Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)
SSC 3312 CVS 3/M01/KP(1/3) Muka surat : 5 drpd 5

xiv) Fosil dan lain-lain yang ditemui di tapak bina


xv) Permintaan oleh Pegawai Peguasa/Wakilnya mengenai sebarang
rekod seperti butir-butir yang telah dikorek atau digali dan lain-lain.
xvi) Perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan di atas.

4. Semua kiub konkrit diuji yang telah diambil hnedaklah direkod di dalam
Jadual Konkrit Kiub Diuji yang terdapat diakhir muka Buku Harian ini.
Keputusan ujian boleh direkodkan dikemudian hari.

5. Sebagai tambahan kepada merekod hasil-hasil pengujian kiub konkrit, hasil


terakhir ujian bagi C.B.R. disitu, ketumpatan, kandungan kelembapan,
menggredkan, ‘bitumen recovery’, ujian Marshall dan lain-lain adalah juga
perlu direkod.

6. Sebarang catatan hendaklah diberi tarikh dan mengikut aturan.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Anda mungkin juga menyukai