Anda di halaman 1dari 10

BAB 1 : PENGANGGURAN, GUNA TENAGA DAN UPAH

Bil Konsep Maksud


1. Tenaga buruh Penduduk yang berumur 15 tahun hingga 64 tahun yang
sedang bekerja (guna tenaga) dan sedang aktif mencari
pekerjaan , tetapi tidak termasuk suri rumah, pelajar,
pesara, dan golongan yang hilang keupayaan bekerja
2. Guna tenaga Jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam pelbagai
kegiatan ekonomi dalam sesebuah negara
3. Guna tenaga penuh Keadaan apabila semua tenaga buruh digunakan
sepenuhnya dalam kegiatan ekonomi
4. Pengangguran Jumlah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang
kegiatan ekonomi dan sedang aktif mencari pekerjaan serta
sangggup bekerja, tetapi belum memperoleh pekerjaan
5. Kadar pengangguran Peratusan jumlah pengangguran berbanding dengan jumlah
tenaga buruh yang terdapat di sesebuah ekonomi
6. Pengangguran struktur Perubahan struktur ekonomi sesebuah nengara
7. Pengangguran bermusim Terdapat peralihan musim khususnya dalam sektor utama
iaitu pertanian dan perikanan
8. Pengangguran geseran Keadaan tenaga buruh tidak bekerja dalam sesuatu jangka
masa apabila berlaku perpindahan pekerjaan
9. Pengangguran kitaran Berlaku apabila ekonomi mengalami kemelesetan
10. Pengangguran teknologi Keadaan tenaga burh tidak bekerja kerana berlaku
perubahan teknologi dalam industri di tempat mereka
bekerja
11. Pengangguran tak ketara Jumlah tenaga buruh yang digunakan untuk menjalankan
sesuatu kegiatan ekonomi melebihi tenaga buruh yang
diperlukan
12. Dasar fiskal Satu dasar kerajaan melalui perubahan dasar cukai dan
perbelanajaan kerajaan agar satu keadaan ekonomi yang
stabil dapat dicapai
13. Dasar kewangan Cara kerajaan mengawal bekalan wang dan kadar bunga
bagi mempengaruhi kegiatan ekonomi supaya ekonomi
negara sentiasa berada dalam keadaan yang stabil
14. Upah Bayaran/ganjaran yang dibuat kepada buruh untuk
perkhidmatan yang ditawarkan oleh buruh kepada firma
dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan
15. Upah wang Jumlah pembayaran dalam bentuk nilai wang kepada buruh
atas sumbangan mereka samaada dalam bentuk fizikal atau
mental dalam proses pengeluaran
16. Upah bukan wang Faedah yang diperoleh dalam bentuk bukan wang seperti
kemudahan tempat tinggal, pakaian seragam, kemudahan
perkhidmatan kesihatan, pengangkutan serta kemudahan
lain yang disediakan oleh majikan
17. Upah benar Kuasa beli upah wang yang diterima oleh buruh yang
diukur daripada jumlah barang yang dapat dibelioelh buruh
dengan jumlah upah wang yang ada

BAB 2 : INFLASI DAN KOS SARA HIDUP


Bil Konsep Maksud
1. Indeks harga pengguna Indeks yang dibentuk untuk mengukur perubahan harga
(IHP) purata barang dan perkhidmatan pada suatu masa tertentu
berbanding dengan tahun asas.
2. Indeks harga pengguna Indeks harga pengguna yang dibentuk berasaskan
tanpa wajaran perubahan harga sekumpulan barang yang dipilih tanpa
mengambil kira corak perbelanjaan pengguna.
3 Indeks harga pengguna Indeks harga pengguna yang dibentuk berasaskan
berwajaran perubahan harga sekumpulan barang yang dipilih dengan
mengambil kira corak perbelanjaan pengguna.
4. Tahun asas Tahun yang tingkat harganya dijadikan asas perbandingan
dengan tingkat harga tahun-tahun yang berikutnya.
5. Barang yang dipilih Barang yang dianggap dapat mewakili barna g-barang
pengguna dalam ekonomi, iaitu barang yang digunakan
oleh kebanyakkan pengguna berasaskan cita rasa, adat
resam dan corak perbelanjaan purata masyarakat tempatan.
6. Inflasi Kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan
perkhidmatan secara menyeluruhh dan berterusan atau
tidak terbatas dalam sesebuah ekonomi.
7. Kadar inflasi Peratus kenaikan harga umum barang-barang dan
perkhimatan tahun semasa berbanding dengan tahun
sebelumnya.
8. Inflasi tarikan permintaan Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila permintaan
agregat terus meningkat melebihi keupayaan ekonomi
untuk menghasilkan barangan semasa ekonomi negara
berada pada tingkat guna tenga penuh.
9. Inflasi tolakan kos Satu proses kenaikan harga umum akibat kenaikan kkos
pengeluaran.
10. Inflasi diimport Barang yang diimport mengalami kenaikan harga atau
berlaku kenaikan nilai mata wang asing.
11. Stagflasi Kenaikan harga yang tinggi dalam ekonomi yang diikuti
oleh kemerosotan kegiatan ekonomi dan tingkat
pengangguran yang tinggi.
12. Kos sara hidup Pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang
atau sesebuah keluarga untuk menjalani kehidupan harian.
13. Taraf hidup Mengukur jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat
dinikmati berdasarkan pendapatan yang diterima.
14. Dasar kewangan Langkah-langkah yang dijalani oleh bank pusat untuk
mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalannya
terhadap bekalan wang dan kadar faedah.
15. Operasi pasaran terbuka Tindakan bank pusat membeli dan menjual bil
perbendaharaan dan bon kerajaan di pasaran modal kepada
institusi kewangan dan orang ramai.
16. Nisbah rizab berkanun Simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat.
17. Kadar bank Kadar diskaun yang dikenakan oleh bank pusat kepada
bank-bank perdagangan ke atas surat-surat jaminan
kerajaan seperti bil perbendaharaan.
18. Pendanaan Langkah bank pusat mengurangkan pengeluaran bil-bil
perbendaharaan yang bersifat jangka pendek dan
menambahkan pengeluaran surat-surat jaminan yang
mempunyai tempoh matang yang panjang.
19. Kawalan kredit terpilih Langkah-langkah bank pusat menentukan jenis pinjaman
yang patut dikurangkan semasa inflasi.
20. Dasar fiskal Dasar kerajaan yang mengubah dasr perbelanjaannya dan
cukai yang dikenakan supaya ekonomi yang stabil dapat
dicapai.
21. Belanjawan negara Anggaran kewangan yang meliputi jumlah hasil yang
diperoleh dan jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh
kerajaan sesebuah negara dalam satu tahun kewangan
tertentu.
22. Belanjawan lebihan Jumlah hasil melebihi jumlah perbelanjaan.
23. Belanjawan Jumlah hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan.
kurangan/defisit
24. Belanjawan terimbang Jumlah hasil sama dengan perbelanjaan.
25. Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan kerajaan untuk mengurus atau membiayai kos
pengurusan dan kegiatan pentadbiran kerajaan dan
memberikan perkhidmatan kepada orang ramai untuk
memenuhi keperluan semasa dan bersifat berulang-ulang
pada setiap tahun.
26. Emolumen Bayaran gaji, elaun dan bonus kepada kakitangan kerajaan.
27. Bayaran persaraan Bayaran bulanan kepada pengawai kerajaan yang telah
bersara dan bayaran sekali gus kepada pengawai kerajaan
ketika mula bersara.
28. Bayaran perkhimatan Bayaran balik pokok dan faedah atas pinjaman.
29. Pemberian dan serahan Peruntukan kewangan yang diberikan kepada kerajaan
kepada kerajaan negeri negeri.
30. Bayaran balik Bayaran yang telah dikreditkan ke dalam hasil kerajaan
tetapi perlu dikembalikan kepada pihak-pihak yang
berkenaan.
31. Perbelanjaan Perbelanjaan pelaburan atau perbelanjaan modal jangka
pembangunan panjang kerajaan.
32. Hasil kerajaan Pendapatan kerjaan yang diperoleh daripada kutipan cukai
individu dan syarikat, dan hasil kerajaan yang lain seperti
royalti petroleum, bayaran lesen dan pendapatan pelaburan
kerajaan.
33. Cukai langsung Cukai yang dikenakan secara langsung ke atas pembayar
dengan beban cukainya tidak boleh dipindahkan kepada
pihak lain.
34. Cukai pendapatan Cukai yang dikenakan terhadap keuntungan syarikat terhad.
syarikat
35. Cukai pendapatan Cukai yang dikenakan terhadap gaji pekerja serta
individu pendapatan peniaga milikan tunggal dan perkongsian
setelah ditolak segala potongan dan pelepasan.
36. Cukai pendapatan Cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang diterima
petroleum daripada operasi yang berkaitan dengan petroleum.
37. Cukai tidak langsung Cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada
pengguna dengan menaikkan harga barang.
38. Duti eksport Cukai yang dikenakan terhadap barang eksport komoditi ke
luar negara.
39. Duti import Cukai yang dikenakan terhadap barang yang diimport dari
luar negara.
40. Duti eksais Cukai yang dikenakan terhadap barang keluaran tempatan
yang dijual di pasaran tempatan.
41. Cukai jualan Cukai yang dikenakan terhadap barang akhir yang
dikeluarkan di dalam negara atau luar negara yang dijual di
pasaran tempatan.
42. Cukai perkhidmatan Cukai yang dikenakan terhadap barang perkhidmatan yang
disediakan oleh hotel dan restoran, perkhidmaatan
telekomunikasi, dan perkhidmatan profesional, serta kad
kredit dan kad caj.
43. Hasil bukan cukai Hasil dan perolehan daripada sumber-sumber bukan cukai.
44. Akaun semasa kerajaan Perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah perbelanjaan
persekutuan mengurus.
45. Hutang kerajaan Jumlah hutang kerajaan persekutuan yang meliputi hutang
persekutuan dalam negara dan hutang luar negara.
46. Hutang negara Jumlah hutang luar negara sektor awam dan hutang sektor
swasta yang meliputi hutang jangka panjang dan jangka
pendek.

BAB 3 : PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN IMBANGAN PEMBAYARAN


Bil Konsep Maksud
1. Ekonomi terbuka/ Ekonomi yang menjalankan perdagangan antarabangsa,
Ekonomi empat sektor iaitu melibatkan eksport dan import barang dan
perkhidmatan serta pergerakan modal antara negara
2. Eksport, X Kegiatan menjual barang dan perkhidmatan ke luar negara
3. Import, M Kegiatan membeli barang dan perkhidmatan dari luar
negara
4. Keterbukaan ekonomi Mengukur sejauh mana sesebuah negara terdedah kepada
kegiatan ekonomi luar negara
5. Kesan Perdagangan Kesan positif:
Antarabangsa 1- Meningkatkan pertukaran asing
2- Meluaskan pasaran
3- Meningkatkan guna tenaga
4- Perpindahan teknologi
5- Membaiki imbangan dagangan & imbangan
pembayaran

Kesan negatif:
1- Dasar lambakan merugikan industri tempatan
2- Usaha mempelbagaikan ekonomi akan gagal
3- Imbangan dagangan negatif
6. Langkah Mengawal 1- Liberalisasi perdagangan ( Pelonggaran pegangan
Perdagangan ekuiti, penurunan tarif, membolehkan kemasukan
Antarabangsa (Dasar tenaga profesional dr luar & membuka serta
kerajaan) melonggarkan kemasukan pelabur asing )
2- Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN, AFTA
(zon perdagangan bebas antara negara-negara
ASEAN)
3- Galakan eksport
4- Penggantian import ( strategi yg digunakan pd tahun
1960an untuk menggalakkan pembangunan industri
yg memberi tumpuan kpd industri berasaskan
sumber; getah & timah
5- Dasar perlindungan (untuk melindungi firma
tempatan )
7. Akaun Semasa Akaun yang mencatatkan semua urus niaga barang-barang,
perkhidmatan, pendapatan & semua bayaran pindahan
8. Kadar pertukaran asing Harga atau nilai mata wang sesebuah negara yang
dinyatakan dalam sebutan mata wang negara lain
9. Kesan perubahan 1- Harga eksport menjadi lebih mahal & eksport
pertukaran asing berkurang jika permintaan eksport Malaysia anjal
terhadap ekonomi harga.
2- Harga import Malaysia menjadi lebih murah &
import negara bertambah jika permintaan import
anjal harga.
3- Eksport bertambah jika permintaan eksport
Malaysia tidak anjal harga & Import berkurang jika
permintaan import Malaysia tidak anjal harga
BAB 4 : PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Bil Konsep Maksud

1. Pemilikan tunggal Perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dan


dikendalikan oleh seorang individu sahaja
2. Perkongsian Menggabungkan modal, kepakaran, kemahiran,
pengetahuan, dan bekerjasama dengan sekurang-kurangnya
2 orang rakan kongsi dan tidak melebihi 20 orang bagi
jenis perkonsian biasa
3. Syarikat sendirian berhad Ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya 2 orang hingga 50
orang pemegang saham yang menyumbangkan modal dan
diuruskan oleh Lembaga Pengara yang dilantik
4. Syarikat awam berhad Ditubuhkan sekurang-kurangnya 2 orang dan tiada had
maksimum pemegang saham
5. Koperasi Sesebuah pertubuhan sosioekonomi yang ditubuhkan
secara sukarela untuk menjaga dan kebajikan ahli-ahlinya
6. Perusahaan kecil dan Meliputi pertubuhan perniagaan yang terlibat dalam
sederhana (PKS) pengeluaran barang dan perkhidmatan tanpa mengira saiz
7. Program rantaian industri Bertujuan untuk menggalakan penyertaan PKS sebagai
(ILP) pembekal yang berwibawa dan berdaya saing bagi
membekalkan peralatan dan komponen atau perkhidmatan
kepada syarikat besar dan syarikat multinasional
8. Infrastuktur Kemudahan dan perkhidmatan asa seperti bekalan air,
elektrik, perkhidmatan telefon, pos dan internet, jalan raya
dan sebagainya
9. Program infrastruktur Menyediakan prasaraan yang baik dan tapak kilang yang
sesuai untuk PKS
10. Bantuan kewangan Bantuan yang ditawarkan dalam bentuk geran, intensif, dan
pinjaman mudah
11. Bantuan bukan kewangan Menyediakan latihan hingga kepada sokongan R&D

12. Geran untuk Pembaikan Ditawarkan kepada PKS untuk memperbaik dan
Produk dan Proses meningkatkan produk, reka bentuk produk dan proses yang
sedia ada
13. Pinjaman Mudah untuk Untuk menggalakkan PKS meningkatkan perniagaan
Penerapan ICT mereka dengan menggunakan ICT dalam proses dan
operasi mereka
15. Skim Geran Penyelidikan Untuk menggalakkan industri supaya lebih inovatif dalam
dan Pembangunan R&D, menggalakkan pengkomersialan hasil R&D, dan
Industri menggalakkan kerjasama antatra sektor swasta,sektor
awam dan universiti tempatan serta institusi penyelidikan
16. Program Pembangunan Membantu usahawan PKS yang terlibat dalam pengeluaran
Pemasaran pelbagai jenis produk meneroka dan merebut peluang
pasaran, melebarkan saiz pasar sedia ada serta
meningkatkan daya saing dalam pasaran terbuka
17. Majlis Amanah Rakyat Memberi latihan dalam aspek pengurusan perniagaan dan
(MARA ) pemasaran
18. Lembaga Pemasaran Memberi latihan tentang pemasaran barang pertanian dan
Pertanian Persekutuan makanan
(FAMA)
19. Pusat Perdagangan Membantu PKS menembusi pasaran dunia dengan
Eksport Malaysia mengadakan misi, dan ekspo perdagangan dan pelbagai
(MEXPO) jenis bantuan eksport
20. Pusat Pembangunan Memberi latihan tentang pengurusan jualan dan pemasaran
Usahawan Malaysia
(MEDEC)
21. Perbadanan Membantu PKS mencari peluang pasaran dan
Pembangunan mempromosikan keluaran mereka di pasaran luar negara
Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE)
22. Program Peningkatan Meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja PKS pada
Kemahiran peringkat teknikal dan pengurusan terutamanya dalam
bidang kritikal seperti elektrik dan elektronik, teknologi
maklumat, reka bentuk industri dan kejuruteraan
23. Bank SME Memulakan operasi pada 3 Oktober 2005 dan mempunyai
19 buah cawangan diseluruh negara
24. Perbadanan Ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan
Pembangunan Industri Antarabangsa dan Industri pada tahun 1996 sebagai sebuah
Kecil dan Sederhana agensi kerajaan yang khusus untuk menggalakkan
(SMIDEC) pembangunan PKS
25. Perbadanan Kemajuan Agensi kerajaan negeri yang membantu kerajaan negeri
Ekonomi Negara (PKEN) masing-masing dalam usaha merangsang pertumbuhan
ekonomi, industri dan perdagangan

BAB 5: INSTITUSI KEWANGAN


Bil Konsep Maksud
1. Institusi kewangan Institusi yang diberi lesen untuk menjalankan aktiviti
mengumpul dana atau sumber kewangan daripada orang
ramai atau institusi lain
2. Jenis institusi kewangan 1- Institusi perbankan
2- Institusi kewangan bukan bank
3. Fungsi institusi 1- Perantara kewangan
kewangan 2- Penyerakan
3- Perkongsian risiko
4. Perantara kewangan Institusi kewangan seperti bank perdagangan yang
menanggung liabiliti ke atas akaun mereka dalam pasaran
kewangan dengan meminjam dana dalam terma & syarat
yang berbeza kepada unit institusi lain
5. Sekuriti langsung Sekuriti yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau swasta
kepada firma-firma yang memerlukan pembiayaan
terhadap operasi mereka
6. Sekuriti tak langsung Sekuriti yang dikeluarkan kepada peserta pasaran
kewangan bukan firma, iaitu individu atau orang
perseorangan.
7. Penyerakan Pengagihan proses ke tempat yang berasingan
8. Perkongsian risiko Berkongsi bebanan kerugian atau pulangan daripada risiko
dengan pihak lain
9. Peranan institusi 1- Penggerak pertumbuhan ekonomi
kewangan 2- Kos menjalankan perniagaan
10. Institusi pemberi kredit 1- Pelbagai jenis bank (bank perdgn/bank Islam)
2- Syarikat kewangan
3- Syarikat insurans
4- Koperasi
5- Amanah Ikhtiar Malaysia
6- Pajak Gadai, ar-Rahnu
7- Pemberi pinjam wang berlesen
11. Bank perdagangan Institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta
12. Pemberi pinjam wang Sebuah syarikat pelaburan swasta yang mempunyai
berlesen peruntukan modal yang besar dan mengkhususkan kepada
pembiayaan tidak konvensional
13. Cagaran Harta yang dibeli, digadai atau diserah hak kepada kerajaan
sebagai jaminan bagi menjaga kepentingan peminjam dan
kerajaan
14. Masalah mendapatkan 1- Masalah cagaran
kredit 2- Penyediaan kertas kerja
3- Prosedur memberi kredit
4- Membayar balik kredit

BAB 6 : KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN


Bil Konsep Maksud
1. Kemiskinan Kekurangan terhadap keperluan asas yang diperlukan untuk
kelangsungan hidup kebajikan manusia.
2. Kemiskinan mutlak Satu keadaan dengan pendapatan kasar bulan tidak
mencukupi untuk memenuhi sara hidup yang minimum
sesebuah isi rumah yang diukur berdasarkan tahap
perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan
(PGK)
3. Kemiskinan relatif Konsep kemiskinan berasaskan perbandingan perbezaan
pendapatan dalam pelbagai kumpulan penduduk, sama ada
antara kumpulan kaum(etnik), bandar (strata) atau
kawasan(negeri)
4. Pendapatan garis Pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah
kemiskinan (PGK) untuk memenuhi keperluan asas, iaitu makanan, pakaian
dan tempat tinggal.
5. PGK Makanan Keperluan harian kilokalori setiap individu yang
mengambil kira makanan seimbang.
6. PGK Bukan Makanan Perbelanjaan terhadap keperluan asas bukan makanan.

7. Kadar kemiskinan Peratusan isi rumah yang mempunyai pendapatan kasar


bulanan yang kurang daripada PGK.
8. Kadar kemiskinan tegar Peratusan isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan
yang kurang daripada PGK Makanan.
9. Pekali Gini Ukuran tentang ketidaksamaan dalam agihan pendapatan
dalam sesebuah komuniti atau negara.
10. Sewa Ganjaran yang diterima oleh pihak yang memiliki hartanah
yang penawarannya terhad kerana membenarkan pihak lain
menggunakan hartanahnya.
11. Dividen Agihan sebahagian keuntungan syarikat berhad kepada
pemegang saham berdasarkan jumlah saham yang dimiliki.

12. Bunga Pendapatan yang diterima oleh individu atau badan tertentu
yang menabung wang mereka dalam institusi kewangan
konvensional.
13. Untung Ganjaran yang diterima oleh para pengusaha yang
menggabungkan faktor pengeluaran dalam mengeluarkan
barangan dan sanggup menanggung risiko perniagaan.
14. Harta pusaka Harta yang ditinggalkan atau diwarisi oleh orang yang telah
meninggal dunia.
15. Bayaran pindahan Pendapatan yang diterima oleh seseorang tanpa
memberikan sebarang sumbangan dalam proses
pengeluaran.
16. Dasar ekonomi baru Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang
(DEB) dilaksanakan dalam masa 20 tahun, bermula dari tahun
1971 hingga tahun 1990.
17. Dasar Pembangunan Merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Nasional (DPN) yang telah berakhir pada tahun 1990.
18. Dasar Wawasan Negara DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan
(DWN) yang lepas (DEB dan DPN) dengan tujuan mewujudkan
Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur
yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan
perkongsian yang saksama.
19. Dasar Pendidikan Negara Satu dokumen yang menggambarkan aspirasi kerajaan
dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.
20. Amanah Ikhtiar Malaysia Salah satu badan amanah persendirian yang ditubuhkan
(AIM) mengikut undang-undang.
21. Baitumal Rumah harta atau perbendaharaan negara yang
menguruskan sumber kewangan dan harta masyarakat
Islam serta menjadi tempat menyimpan barang- barang
berharga seperti emas, perak dan batu permata.
22. Agensi pembangunan Agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menangani
wilayah kemiskinan dan kemunduran luar bandar dengan slogan
"membandarkan kawasan luar bandar"
23. Lembaga pemasaran Badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1965 dan
pertanian persekutuan terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas
(FAMA) Tani Malaysia.
24. Program Pembangunan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) telah
Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan pada tahun 1989 khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan kumpulan isi rumah termiskin
25. Program Rancangan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Makanan Tambahan merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid
(RMT) golongan miskin.
26. Buku Teks Percuma Buku teks yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan
merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran utama yang
disediakan berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).
27. Baucar Tuisyen Skim Baucar Tuisyen (SBT) mula dilancarkan pada bulan
Mac 2004.

Anda mungkin juga menyukai