Anda di halaman 1dari 2

BAGAIMANAKAH MALAYSIA BOLEH MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM

MEMELIHARA ALAM SEKITAR DAN BIODIVERSITI.

Perkembangan teknologi dan revolusi perindustrian telah menyaksikan pelbagai


inovasi dan reka cipta berkembang dengan pesatnya bagi memenuhi keperluan dan
memudahkan urusan harian manusia. Namun, kebaikan teknologi ini juga datang bersama
beberapa keburukan dan telah memberikan impak yang besar terutamanya kepada alam
sekitar. Antara kesan utama perkembangan teknologi adalah pencemaran sumber air,
penipisan lapisan ozon, pencemaran sumber udara yang juga menjadi satu keperluan asas
dalam hidup umat manusia. Mengambil contoh daripada kejadian yang berlaku di selatan
tanah air, di mana lebih 1000 penduduk di sekitar sungai Kim Kim telah mengalami gejala-
gejalan kesukaran bernafas dan seramai 107 orang terpaksa dimasukkan ke hospital akibat
daripada pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Johor. Hal ini telah menyebabkan
sumber air bersih yang juga menjadi sumber air bukan sahaja kepada penduduk tempatan,
malam flora dan fauna di sekitar sumber air tersebut terjejas, secara tidak langung
menjejaskan biodiversiti. Pada tahun 2019, WHO telah mengeluarkan statistik di mana
sebanyak 13% daripada penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada bekalan air bersih,
41% tidak mempunyai sistem takungan dan sanitasi bersih dan hal ini telah menyebabkan
lebih 300,000 kematian yang mempunyai kaitan dengan masalah air.
Tumpahan minyak dan pembuangan sisa industri ke sumber air telah menyebabkan
para penyelidik dan ilmuwan dari seluruh dunia terpanggil untuk mengembangkan teknologi
sedia ada bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, perkembangan teknologi
elektrospinning bagi tujuan aplikasi membran penapisan air. Teknologi elektrospinning
menyediakan satu laluan yang jitu dan konsisten untuk pembuatan membran nanofiber yang
mempunyai kelebihan dari segi saiz pori dan diameter yang boleh ditala mengikut keperluan
penapisan air. Teknologi membran yang dibangunkan melalui teknik elektrospinning juga
mempunyai kelebihan dari segi fluks air dan kadar penapisan yang tinggi jika dibandingkan
dengan teknologi penapisan air secara konvensional. Satu kajian yang dijalankan oleh
penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang, M.H Alias, telah berjaya mencapai kadar fluks
lebih 32,000 LMH dengan peratusan penapisan lebih 90% dengan menggunakan sisa
buangan minyak bertoksik dari industri sebagai medium tapisan, dengan menggunakan
membran yang dihasilkan melalui teknologi elektrospinning membuktikan bahawa teknik
elektrospinning wajar dikembangkan lebih lagi kerana ia mempunyai potensi sebagai medium
penapisan yang sangat efektif.
Aktiviti pembalakan dan juga perladangan tidak terancang telah menyebabkan
kawasan hutan yang menjadi sumber oksigen bumi telah berkurangan. Hal ini telah
menyumbang kepada peningkatan suhu dunia, pemanasan global dan kenaikan paras air laut
disebabkan oleh peningkatan kandungan karbon dioksida di udara. Selain itu, penggunaan
kenderaan dan pengangkutan yang menggunakan sumber bahan api yang tidak boleh
diperbaharui (diesel, petrol, kerosene) turut menyumbang kepada isu pemanasan global
disebabkan oleh pelepasan gas karbon monoksida dan karbon dioksida ke udara. Para
penyelidik di seluruh dunia telah memberi tumpuan kepada menangkapan karbon ataupun
lebih dikenali sebagai ‘carbon capturing’ melalui penggunakan teknologi graphene di dalam
komposisi rangka kerja logam organik ataupun lebih dikenali sebagai ‘Metal Organic
Framework’. Teknologi ‘Metal Organic Framework’ telah berjaya untuk menyerap karbon
dioksida sehingga kadar 137 mmol/cm2, membuktikan teknologi rangka kerja logam organik
ini patut diterokai dalam pemeliharaan alam sekitar dan juga penjagaan biodiversiti.
Marcapada ini, teknologi ‘Unmanned Aerial Vehicle’ atau lebih dikenali sebagai UAV
telah berkembang dengan pesat terutama bagi tujuan penanaman semula hutan dan juga
perladangan terancang. Teknologi UAV ini telah mengurangkan kebergantungan kepada
kenderaan berasaskan diesel bagi tujuan pemuliharaan hutan dimana kebanyakan daripada
UAV ini menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui selain menjimatkan masa dan
kos untuk tujuaan pembajaan dan juga penyiraman tanaman perladangan dan penghutanan
semula disebabkan oleh teknologi UAV mampu untuk melitupi kawasan hutan dan juga
ladang yang berskala besar.
Pada tahun 2016, EPA telah mengeluarkan data mengenai kehadiran mikroplastik
dalam air laut yang telah berpunca daripada pembuangan sisa plastik. Data ini telah
mengejutkan pelbagai pihak kerana kehadiran mikroplastik di dalam kandungan air laut turut
boleh menjejaskan kehidupan haiwan laut yang turut menjadi sumber makanan kepada umat
manusia. Lebih mengejutkan lagi, kehadiran mikroplastik juga telah dapat dikesan dalam
darah beberapa hidupan laut yang dipilih secara rawak. Perkara ini telah menjadi satu topik
hangat bagi saintis memandangkan usaha untuk menggantikan plastik kepada plastik
terbiodegredasi telah pun giat dilakukan. Namun untuk beberapa aspek, plastik masih lagi
menjadi pilihan utama disebabkan aspek ketiadaan plastik terbiodegredasi yang keras dan
boleh dilenturkan yang boleh menggantikan plastik sintetik dan juga dari segi kos plastik
sintetik yang murah. Walaubagaimanapun, pada tahun 2019 penyelidik tempatan berjaya
mencipta straw terbiodegredasi yang mampu bertindak sebagai plastik boleh lentur dan sesuai
untuk menjadi pengganti dalam sesetengah aspek untuk plastik sintetik. Kajian tersebut telah
memenangi anugerah emas dalam pertandingan innovasi CITREX2019 yang diadakan di
Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang. Kajian tersebut yang menggunakan cairan
ionik untuk melarutkan nanosellulosa dan seterusnya menggunakan teknik acuan bagi
membentuk produk plastik yang berasaskan nanosellulosa yang boleh degradisasikan. Akan
tetapi kajian menyeluruh masih perlu dilaksanakan kerana kos cairan ionik sangatlah mahal
selain teknik pengeluaran nanosellulosa yang perlu ditingkat untuk mencapai pengeluaran
optimum untuk memenuhi keperluan inovasi teknologi ini di masa hadapan.
Akhir kalam, Malaysia mempunyai banyak potensi untuk membangunkan teknologi
bagi memelihara alam sekitar dan biodiversiti alam. Kepakaran dan kebolehan perlulah
ditekankan, selain dana berbentuk geran penyelidikan dan juga geran pembuatan perlu
diterapkan bagi membolehkan teknologi ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai