Anda di halaman 1dari 4

SKETSA

TAJUK : SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

Babak 1

Memperkenalkan Tuan Amir yang merupakan seorang polis peronda bagi kawasan
Batu Melintang. Hafiz, Aina dan Wani pula merupakan jiran tetangga. Mereka sedang
duduk di pondok Kawasan perumahan mereka.

Hafiz : Akhir-akhir ini, banyak pula saya dengar tentang rasuah dalam kalangan pihak
berkuasa.

Aina : Aku rasa orang yang bagi atau terima rasuah ni menindas orang lain.

Wani : Bercerita fasal rasuah, saya ada terdengar bahawa gerai Cik Zah di tepi Lorong
Mawar sana tu dah disitakan oleh pihak berkuasa.

Hafiz: Ruginya, aku perasan juga yang Cik Zah tu dah lama sediakan kawasan gerai nya itu
dengan baik. Tahu-tahu, gerai dia dah disita.

Aina : Ya tuhan, kasihan nya Cik Zah. Dah la ibu tunggal malah perlu menyara 3 orang anak
bersekolah lagi.

Hafiz : Ya lah, salah dia juga berniaga dekat tempat larangan.

Babak 2

Mereka bertiga dalam perjalanan ke perpustakaan desa yang berdekatan dengan


perumahan mereka untuk membuat pembacaan tentang kerja sekolah mereka.

Wani : Aku lapar lah pula, makanan di kantin hari ni kurang menyelerakan. Jadi, aku tak
makan pun rehat tadi.

Hafiz : Eh, tu ada jual waffle, kau nak singgah tak, Wani ?

Wani : Wah, jom beli ! Aku belanja korang.

Aina : Boleh, jom.

(Mereka bertiga pun melintas seberang jalan untuk ke gerai tersebut lalu Wani
memesan 3 keping waffle coklat)

Wani : Akak dah lama berniaga di sini? (sambil melihat sekitar gerai)
Penjual : Eh, baru saja minggu lepas akak mula beroperasi.

Aina : Ohh patut tak pernah Nampak sebelum ni.

(Setelah mendapat makanan, mereka beredar ke perpustakaan

Babak 3

(Di perpustakaan)

Wani : Kau tak pelik ke kenapa akak jual waffle tu tak dikenakan apa-apa tindakan ?

Hafiz : Betul juga kan. Kalau Cik Zah kena, kenapa akak tu tidak ?

Aina : Entah-entah akak tu bodek polis. Tak pun bagi rasuah. (katanya sambal ketawa)

Hafiz : Kau jangan nak menuduh tanpa bukti, Aina.

Aina : Ala, aku malawak saja.

Wani : Jangan seronok sangat, kerja banyak lagi.

(Mereka pun sambung menyiapkan kerja)

Babak 4

( Dalam perjalanan ke rumah mereka)

Hafiz : Oh akak tu dah nak tutup gerainya. Jualan dah habis mungkin.

Gerainya telah kosong dan penjual itu telah bersiap untuk pulang. Kelihatan kereta
Tuan Amir berhenti di depan gerai. Mereka sedang bersembang melalui tingkap kereta
dan kelihatan mencurigakan. Lalu, penjual tersebut mengeluarkan sejumlah wang dan
beri kepada Tuan Amir.

Hafiz : Eh, kau Nampak tak apa yang aku Nampak?

Wani : Betullah apa yang Aina cakap!

Aina : Aku ada bukti! (kata Aina sambil merakam kearah kereta)

Hafiz : Tak sangka hal ini boleh terjadi.


Mereka singgah ke pondok di perumahan. Lalu, Aina bercadang untung menyebarkan
pandangan dia di dalam Twitter. Dia menghantar video tersebut lalu menaip caption
berbunyi :

“ Gerai si Ibu tunggal telah disita polis, gerai pemberi rasuah masih kukuh berdiri”

Wani : Biar orang tahu yang Tuan Amir tu kutip duit haram dan menindas Cik Zah.

Hafiz : Betul tu.

Kelihatan ramai pihak yang kecam dan menyalahkan Tuan Amir di halaman komen.
Mereka dikecam seteruk-teruknya tanpa memeriksa kesahihan.

Babak 5

Seminggu selepas kejadian, Tuan Amir tidak lagi bertugas untuk meronda di Kawasan
itu lagi. Kelibat nya makin kurang dilihat sekitar Batu Melintang.

(Situasi dalam kelas.)

Wani : Mantap lah Aina, aku rasa Tuan Amir tu dah dibuang kerja. Tak patut betul polis
untuk terima suapan.

Aina : Baguslah kalua macam tu. Lagipun satu taman dah tahu.

Hafiz : akak waffle tu pula apa cerita. Lama dah kedai nya ditutup.

Mereka didatangi Zeti, anak kedua Cik Zah Bersama Anas, anak tunggal Tuan Amir
dari arah belakang.

Zeti : Saya dengar awak yang sebarkan tentang gerai Ibu saya kena sita tu.

Wani : Maaflah, bukan itu poin kami. Kami ingin beritahu orang fasal rasuah Tuan Amir
terima saja.

Hafiz : Ayah kau kena buang kerja ke, Anas? (tanya dengan nada sindir)

Zeti : Kau orang tahu tak yang ibu saya tutup kedai sebab ibu saya terima tawaran jadi guru
tadika di Taman Megah. Jangan buat spekulasi sendiri kalau tak tau apa yang terjadi.

Anas : Fasal bapa aku tu, dia telah dipindahkan ke unit lain. Dia tidak lagi bekerja sebagai
polis peronda. Dan untuk pengetahuan kamu semua, duit yang ayah saya terima daripada
Kak Mila minggu lepas itu adalah duit pembelian baju kurung tempahan yang dikirimkan
kepada ibu saya. Ibu saya adalah seorang tukang jahit.
Zeti : Korang juga telah menyebabkan Orang ramai dah batalkan tempahan baju kepada ibu
Anas. Sanggup kau menutup periuk nasi orang. Kalian juga hampir porak perandakan
keluarga Kak Mila. Kak Mila malu dan masih tangguhkan perniagaannya buat masa ni.
Berniaga di Kawasan perumahan adalah dibenarkan ya sebenarnya. Tiada sebab pun untuk
bapa Anas sita gerai Ibu.

Aina : Jadi, sebenarnya duit tu bukan duit rasuah lah? Dan ibu Zeti tak disita pun?

Wina : Ya tuhan, kita dah memfitnah orang ni. Kami minta maaf Zeti… maaf ya Anas. Kami
dengar pasal ibu Zeti disita dari orang lain.

Zeti : Jangan disebabkan keluarga kami Nampak susah, awak boleh percaya apa yang
orang cakap tentang kami.

Hafiz : Kami betul-betul minta maaf, kami tak tahu pula fasal ibu kau ada menjahit. Malah
kami menyesal kerana telah memberi kesan buruk kepada perniagaan Kak Mila dan ibu
Anas.

Aina : Maafkan aku. Aku akan hapus video tu sekarang juga.

Zeti : Dah tak guna dah Aina, kami pun dah terima kesannya. Nasi pun dah jadi bubur. Tapi
aku nak pesan, lain kali jangan sebar benda yang kau orang tak tau kesahihannya.

Anas : Mujur saja bapa aku tak ambil Tindakan ke atas kau semua. Tolong hapus dan buat
permohonan maaf serta dedahkan kebenaran ya.

Oleh itu, tiga sekawan itu telah menyesal atas perbuatan mereka. Walaupun, mereka tidak
dapat mengundurkan masa untuk mengubah perbuatan mereka. Tapi, mereka jadikan hal ini
sebagai pengajaran dan tidak akan melakukannya di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai