Anda di halaman 1dari 4

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT & TECHNOLOGY

Faculty of Social Science and Humanities


Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum

MPU-3103_31T3 / MPU-31X3_31Y3 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


(Semester 3 session 202301, 2022/2023)

BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 1: ULASAN BAHAN KAJIAN (40%)

TAJUK & JENIS BAHAN KAJIAN : Adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cina

PROG. / KUMP. TUTORIAL: RCA1S3G1

NAMA PENSYARAH: Kong Lee Fong

SA1+ SA2+SA3+SA4 =
Nama Pelajar No. I.D Jumlah Markah
Neoh Yivonne 22WBR02224
Tew (Teo) Jun Yuan 22WBR02036
Chok Wen Xuan 22WBR02259
Joelle Lim Zi Hang 22WBR06899

SKOR:
1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Memuaskan 4 – Baik 5 – Sangat Baik

SUB-ATRIBUT (SA) SKOR


Keberkesanan dan Artikulasi Idea
Kefahaman dan Menjawab Soalan
Membina Hubungan Baik
Peranan Bersilih Ganti

Jumlah (100 markah) _______/20 x 100 =


Komen umum:

*Skor untuk Sub-Atribut perlu merujuk kepada Rubrik Pemarkahan. Skor tidak boleh ada nilai perpuluhan.
Latar Belakang
Tahun Baru Cina, juga dikenali sebagai Perayaan Musim Bunga yang meraikan Tahun Baru, ia
merupakan salah satu daripada empat perayaan tradisional di China. Perayaan ini merupakan
perayaan terpenting untuk masyarakat Cina dan telah disambut selama berabad-abad untuk
penyatuan semula keluarga dalam kehidupan masyarakat Cina di seluruh dunia.

Mengikut kepercayaan orang Cina, untuk mendapat lebih banyak tuah dan kemakmuran pada
tahun baru, terdapat banyak pantang larang dan adat yang diwarisi oleh nenek moyang perlu
dipatuhi. Seiring dengan warna merah, tanglung, mercun dan cheongsam, ia telah menjadi
lambang tradisi perayaan masyarakat Cina. Orang Cina percaya bahawa warna itu akan
membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina. Antara pantang larang yang
diwujudkan, contohnya, dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Persoalan
Adakah anda bersetuju bahawa pengamalan adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cina
yang diwarisi oleh nenek moyang patut diteruskan pada masa kini?
Justifikasi 1
Bersetuju: Demi memelihara warisan budaya peninggalan nenek moyang agar adat ini
tidak lenyap.
Kini, semakin sedikit masyarakat cina yang masih mengikuti adat tersebut. Oleh itu, kita perlulah
meneruskan budaya tersebut agar tidak lenyap. Misalnya, setiap keluarga tidak kira jauh atau
dekat, mesti berkumpul di rumah ibu bapa mereka untuk menjamu selera pada malam tahun
baru. Makan malam reunion dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga. Ini melambangkan
hubungan kekeluargaan yang erat yang menjadi tonggak kepada masyarakat yang harmoni.
Mereka berbual-bual sambil makan malam reunion untuk menjalinkan hubungan antara anggota
keluarga dan juga saudara-mara. Contohnya, Ibu bapa dapat memahami tentang kehidupan
anak-anak mereka yang berada di luar bandar. Selain itu, angpau merupakan lambang
kesejahteraan dan kegembiraan kepada semua orang sama ada kepada pemberi mahupun
penerima. Ia juga merupakan satu harapan atau doa yang baik-baik daripada pemberi kepada
penerima manakala penerima akan bergembira dengan angpau yang diterima, sudah pasti
menambah aura kebahagiaan dalam keluarga.

Justifikasi 2
Tidak Bersetuju: pantang larang merupakan khurafat
Dengan perubahan zaman dan perkembangan teknologi pada masa kini, sesetengah orang telah
tidak mengamalkan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang seperti mencuci rambut,
mencuci pakaian dan membersihkan pada hari pertama tahun baru adalah dilarangkan. Menurut
pantang larang masyarakat cina, hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina adalah hari lahir dewa
air. Oleh itu, mereka harus mengelakkan mencuci rambut dan pakaian mereka selama dua hari
ini, demi mengekalkan tuah dan kekayaan mereka. Kerja-kerja pembersihan perlu disiapkan
sebelum Malam Tahun Baru, dan tiada penyapuan atau pembersihan am dibenarkan pada hari
pertama Hari Tahun Baru, ini adalah untuk mengelak daripada nasib malang. Tiada apa yang
dikatakan betul atau salah dalam pantang larang tersebut, tetapi khurafat yang berlebihan akan
membawa kesan negatif. Pada masa kini, orang moden sudah berfikiran terbuka dan tidak akan
dibatasi oleh apa yang dipanggil adat menyebabkan pertengkaran yang tidak perlu dengan orang
tua generasi terdahulu. Selain itu, sesetengah orang yang percaya karut membakar kemenyan dan
wang kertas, tindakan ini akan menyebabkan pencemaran udara.
Rumusan
Menyedar hakikat yang disenarai di atas, Tahun Baru Cina merupakan sesuatu perayaan yang
penting terhadap kaum cina kerana itulah budaya signifikan mereka.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, pihak keluarga perlulah
mendidik anak-anak sejak kecil tentang adat resam Tahun Baru Cina. Selain itu, pihak sekolah
juga haruslah memberi pendidikan kepada remaja tentang kepentingan adat resam dengan
memberi ilmu pendidikan moral dan sivik. Tidak dapat dinafikan bahawa, adat resam Tahun
Baru Cina dapat diwarisi oleh generasi muda melalui pemupukan keluarga dan sekolah. Sebagai
generasi muda Cina, kita haruslah bertanggungjawab untuk meneruskan adat dan istiadat Tahun
Baru Cina. Ini dapat menjaga identiti kaum dan memastikan bahawa nilai-nilai penting yang
terkandung dalam adat resam tersebut boleh terus diwariskan kepada generasi selanjutnya.
Akhirnya, kami berharap agar generasi muda akan meneruskan and mengikuti adat resam yang
diwarisi oleh nenek moyang supaya mereka mengetahui serba sedikit adat dan budaya
masyarakat cina. Dengan ini, kehidupan kita dapat dikayakan dan juga dapat membantu menjaga
keberlangsungan dan kelestarian budaya Cina.

Anda mungkin juga menyukai