Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2012

HBEF2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NO. MATRIKULASI

811026015016001

NO. KAD PENGNEALAN

811026-01-5016

NO. TELEFON

0126923819

E-MEL

nurul_hidayah1981@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PP PETALING JAYA

ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
1
1.0 PENGENALAN
2.
2.0 KAJIAN PERAYAAN THAIPUSAM
3.
3.0 KAEDAH KAJIAN

MUKA SURAT
4
5
5

a. Temuramah
b. Soal Selidik
4.

c. Pemerhatian
4.0 HASIL KAJIAN

4.1 Tujuan Perayaan


4.2 Penting atau tidak penting sambutan perayaan ini disambut.
4.3 Suasana samutan
4.4 Amalan dan budaya perayaan Thaipusam
4.5 Berlaku kemerosotan atau kehakisan nilai dan amalan sambutan
perayaan.
4.6 Nilai dan amalan perayaan harus dikekalkan atau diteruskan.
5.
6.

5.0 RUMUSAN
6.0 BIBIOGRAFI

9
10

LAPORAN KAJIAN

PERAYAAN
MASYARAKAT
INDIA

( THAIPUSAM)
1.0 PENDAHULUAN

Festival sambutan perayaan Thaipusam adalah salah satu upacara keagamaan yang
merujuk kepada kepercayaan penganut agama Hindu terhadap tuhan Murugan yang turut
dikenali sebagai Dewa Subramaniam yang diraikan penganutnya yang majoriti berbangsa India
di seluruh dunia. Perayaan ini mempunyai keunikan, misteri, ketaatan dan nilai nilai falsafah
keagamaan mereka. Perayaan ini merupakan hari bertaubat pada dosa dosa yang lepas. Tujuan
perayaan ini di sambut adalah untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan
bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini
diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan.
Sewaktu perayaan ini disambut patung Dewa Subramaniam, telah diletakkkan di atas
pedati perak dan diarak dengan muzik. Ciri ciri utama perayaan Thaipusam adalah acara
membawa kavadi, yang merupakan satu kerangka besi atau kayu yang dihias dengan kertas
berwarna warni, bunga, dan bulu burung merak sebagai membayar nazar atau taubat kepada
Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar
Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di
Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari
Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Melaka belum
menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.

2.0 KAJIAN PERAYAAN THAIPUSAM

Kajian ini bertujuan untuk:1. Meninjau dan mengetahui sejarah dan perkembangan serta tahap pencapaian
sebuah perayaan yang unik yang dikenali sebagai Perayaan Thaipusam.
2. Mengetahui tentang tujuan sambutan perayaan Thaipusam.
3. Kajian juga turut meliputi aspek mengenali dan mengenalpasti ciri ciri keunikan
perayaan Thaipusam.
4. Serta kajian dibuat bagi mengenalpasti amalan perayaan yang diamalkan oleh
masyarakat India yang beragama hindu dan
5. Perbezaan cara sambutan pada zaman dahulu dan pada masa kini.
6. Kajian juga meliputi aspek mengenalpasti samaada sambutan Thaipusam ini
sedikat sebanyak telah menyumbang kepada perpaduan masyarakat India.
7. Pada masa yang sama untuk memberitahu masyarakat bertapa pentingnya
memelihara dan memperkukuhkan warisan dan budaya sesebuah Masyarakat
3.0 KAEDAH KAJIAN
a. Temuramah
Disebabkan perayan Thaipusam ini tidak pernah saya sambut maka kaedah temuramah
telah saya gunakan sebagai bahan sumber utama. Informer atau orang yang ditemuramah
telah dapat menyumbang bantuan yang luas dan banyak dalam kajian bagi mengumpul
maklumat yang releven yang tidak dapat diperolehi daripada kaedah pemerhatian.
Kaedah ini amat penting bagi memperolehi maklumat tentang sesuatu yang tidak wujud
atau dikenali umum ataupun sudah berubah. Pn S. Goury a/p Subramaniam telah dipilih
sebagai informer.
b. Soal selidik
Satu borang soal selidik telah dibuat yang mengandungi pelbagai soal yang merangkumi
kesemua aspek kajian dan telah diedarkan kepada tiga generasi masyarakat untuk
memperolehi maklumat dari aspek dan pandangan mereka melalui pandangan dan
pemahaman yang berbeza. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada kira kira tiga
puluh orang masyarakat india di kalangan pelajar sekolah dan ibu bapa pelajar sekolah Sk
Selayang Utama. Responden telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan 1
( 45 tahu hingga 60 tahun ) kumpulan 2 ( 26 tahun hingga 44 tahun ) dan kumpulan 3
( 10 tahun hingga 24 tahun )
c. Pemerhatian

Pengkaji juga telah menggunakan video video yang boleh ditonton untuk mendapatkan
maklumat.
4.0 HASIL KAJIAN
4.1
Tujuan sambutan perayaan
Melalui kajian soal selidik yang telah dibuat dapat dilihat 85% masyarakat
india mengetahui tujuan perayaan ini disambut. Bagi mereka tujuan masyarak
india hindu menyambut perayaan ini adalah bertujuan sebagai tanda syukur
mereka dan membayar nazar kepada Dewa Murugan apabila hajat atau nazar
mereka telah tertunai. Namun masih terdapat lebih kurang 15% penganut yang
tidak mengerti tujuan sebenar sambutan dibuat. Golongan kanak kanak dan
remaja adalah golongan majoriti yang tidak mengerti tujua sebenar perayaan . Ini
berlaku kerana ibu bapa mereka tidak pernah bercerita atau memberitahu apa
tujuan sambutan perayaan ini dan ada juga diantara mereka yang menyatakan
mereka tidak pernah mengunjungi kuil untuk memyambut sambutan perayaan ini.
4.2 PENTING ATAU TIDAK SAMBUTAN PERAYAAN INI DISAMBUT.
Masih terdapat 10% golongan yang menyatakan smbutan perayaan ini
tidak penting. Sebagai contoh ada seorang pelajar menyatakan yang sambutan
perayaan ini hanya memenatkan di mana beliau terpaksa mengikut ibu bapanya ke
Batu Caves, di Selayang dan mendaki lebih kurang hamper 270 anak tangga
untuk sampai ke Kuil Dewa Subramaniam tanpa mengerti apa apa, ini amat
menyedihkan apabila mereka menganggap amalan agama mereka adalah satu
yang sia sia dilakukan. Namun masih ramai golongan masyarakat yang
menganggap ianya penting hampir 90% penganut menyatakan ianya penting dan
harus dilaksanakan. Seorang responden menyatakan ianya penting kerana ia
adalah salah satu perayaan keagamaan yang dihayati dan disambut oleh semua
penganut hindu, dan seorang responden lagi menyatakan di situlah tmpat orang
membersihkan dosa dan menunaikan janji serta ada juga responden yang
menyatakan ianya penting diamalkan bagi menerapkannya kepada generasi muda
untuk diteruskan dan diwarisi di masa hadapan.
4.3 SUASANA SAMBUTAN

Soalan ini telah diberikan kepada kumpulan 1 ( berumur 45tahun hingga


60tahun ) dan kumpulan 2 ( berumur 25tahun hingga 44 tahun ). Dari hasil
dapatan 60 peratus atau kira kira 6 orang dari 10 orang responden dari
kumpulan 1 menyatakan yang sambutan pada zaman mereka lebih meriah kerana
sambutan dibuat memang benar benar kerana agama bukan bertujuan untuk
menunjuk nunjukkan kehebatan mereka membawa kavadi tetapi sekarang ini
lebih kepada sambutan untuk membawa pelancong masuk ke Negara Malaysia
seperti yang berlaku di Batu Caves. Namun kebanyakan responden dari kumpulan
pertengahan atau kumpulan 2 menyatakan sambutan pada zaman sekarang lebih
meriah berbanding zaman mereka kanak kanak. Ini kerana bagi seorang
responden pada masa ini sambutan disambut dengan sangat meriah dan masa
mereka kanak kanak mereka tidak mengerti apa tujuan sambutan dan sekarang
ini mereka lebih memahami situasi dan tujuan sebenar dan seronok kerana dapat
menyambutnya bersama suami atau isteri serta anak anak mereka. Dari pada
hasil dapatan ini saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh seorang
responden dari kumpulan 1 yang mana beliau menyatakan pada zaman kanak
kanak nya dahulu lebih kurang 40 tahun yang lalu sambutan perayaan lebih
tertumpu kepada unsure unsure keagamaan, dan pada zaman sekarang lebih
menumpukan kepada menarik pelancong dan unsure unsure komersial. Bagi
beliau perbezaan zaman sekarang belia dan kanak kanak zaman sekarang tidak
sedar sebab menyambut Hari Thaipusami sebaliknya menanggap sebagai sat
musim cuti dan peluang untuk bertemu sahabat handai. Cuba bayangkan apa akan
terjadi kepada perayaan ini jika satu tindakan tidak diambil untuk mengatasinya.
4.4 AMALAN DAN BUDAYA PERAYAAN THAIPUSAM
Kumpulan 3 sahaja yang telah menjawab soalan ini. Ini bertujuan untuk
mengetahui sama ada mereka mengetahui serba sedikit apakah amalan dan
budaya yang harus mereka amalkan sebelum dan semasa sambutan perayaan
thaipusam dibuat. Hasil dapatan yang telah diperolehi 100% kumpulan 3 yang
terdiri daripada golongan penganut yang berumur diantara 10 hingga 24 tahun.
Majoriti mereka tahu yang amalan membawa kavadi dan berpuasa telah
diamalkan oleh penganut hindu bagi meraikan thaipusam.

4.5 BERLAKU KEMEROSOTAN ATAU KEHAKISAN NILAI DAN AMALAN


SEMASA SAMBUTAN PERAYAAN.
Melalui hasil dapatan terdapat sedikit kemerosotan dan kehakisan nilai
dan amalan yang berlaku semasa sambutan perayaan thaipusam. Menurut seorang
responden ini berlaku kerana ada diantara pentadbir kuil kuil hindu sendiri yang
seolah olah menganjurkan perayaan untuk mendapatkan hasil yang lebih dan
memperolehi keuntungan dan ada juga responden yang menyatakan disebabkan
langkah kerajaan menjadikan perayaan thaipusam sebagai produk pelancongan
sedikit sebanyak telah menjejaskan dan menyebabkan nilai nilai dan amalan
sambutan perayaan yang sebenar terjejas.
4.6 NILAI DAN AMALAN PERAYAAN HARUS DIKEKALKAN ATAU
DITERUSKAN.
Kesemua responden menyatakan yang mereka setuju nilai dan amalan
perayaan ini harus diteruskan. Ianya harus diteruskan kerana ia adalah satu
amalan untuk menunaikan hajat dan kerana nilai dan amalan ini penting dalam
kalangan orang india dan mereka mengharapkan amalan ini akan menjadi ikutan
kebudayaan dan keagamaan bagi generasi akan datang Cuma bagi mereka amalan
membawa kavadi yang membahayakan harus dipertimbangkan penganut. Ini
kerana menurut seorang responden tuhan atau dewa tidak pernah meminta
sesiapapun menyiksa diri.

5.0 RUMUSAN
Setelah selesai menjalankan kajian ini, dari hasil dapatan yang diperolehi dapat
dikatakan sambutan perayaan thaipusam ini adalah satu perayaan yang amat penting bagi
masyarakat india yang menganut agama hindu. Amalan dan tradisi sebelum dan semasa
perayaan harus diteruskan oleh setiap generasi bagi memastikan nilai kebudayaan dan
keagamaan masyarakat india tidak pupus ditelan zaman.
Penerapan nilai nilai budaya dan keagamaan ini juga harus diterapkan kepada
generasi muda dari peringkat awal lagi. Ini bagi memastikan mereka mengetahui akan
kepentingan amalan dan nilai dalam perayaan ini.

6.0 BIBIOGRAFI

1. Asma Hasna.(2011) Siri Perayaan Utama Malaysia.Pustaka Dasar Jaya Sdn.Bhd.


Selangor
2. A.R.Nordin (2011)Perayaan Masyarakat India. Azzam Maju Enterprise. Kuala Lumpur
3. Laman web ini telah dilayari oleh saya dan telah digunakan sebagai rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Thaipusam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaipusam
http://perayaanindia.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai