Anda di halaman 1dari 2

Semua pelajar diminta senyap (tunggu dalam 10 saat sehingga pelajar semua

senyap)

Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Joseph Anak Arthur Taboh, Yang dihormati
Penolong-Penolong Kanan, Ketua Guru Disiplin, barisan guru dan rakan-rakan
seperjuangan sekalian.

Selamat pagi dan salam menjulang pendidikan negeri Sarawak.

Bagi memulakan Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan


Selamat, marilah kita bersama-sama menyaksikan siaran langsung Majlis Pelancaran
Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat.

Begitulah tadi Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat.


Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14
elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan
harian warga sekolah, khususnya murid.

14 elemen tersebut adalah:

S – Selamat, Seronok dan Sihat


E – Etika dan Empati
J – Jati Diri
A – Adab Sopan
H – Harmoni
T – Tekun, Teliti dan Terampil
E – Eksplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi

Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diamalkan di sekolah. Dengan


ini, kita akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul
dan mampu bersaing di peringkat dunia.

Majlis kita akan diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Tuan Guru
Besar, Encik Joseph Anak Arthur Taboh untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera: Sepakat
dan Selamat peringkat sekolah. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar dengan maklumat dan amanat yang
telah disampaikan tadi.

Seterusnya, dijemput semua guru untuk sama-sama berdiri dengan murid untuk
menyanyikan lagu Sekolahku Sejahtera.

Maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Semoga elemen SEJAHTERA sentiasa
diterap, dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga
sekolah. Sekian, terima kasih dan salam menjulang pendidikan negeri Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai