Anda di halaman 1dari 5

Ketahui Apa itu GERD Dan Kanser

Esofagus Serta Risiko, Gejala Dan


Rawatannya

Penyakit gastroesophageal reflux disease ini disebabkan oleh otot yang memisahkan esofagus dan perut
menjadi lemah. Keadaan ini membenarkan kandungan makanan beserta asid mengalir kembali (refluks) ke
organ esofagus dan menyebabkan iritasi. Jika hal ini berterusan, sel di permukaan esofagus akan
mengalami perubahan untuk beradaptasi kepada iritasi tersebut. Perubahan ini dikenali sebagai esofagus
barret dan merupakan risiko kepada kanser esofagus. Oleh kerana hal ini boleh membawa kepada masalah
yang lebih serius. Anda perlulah berjumpa pakar untuk medapatkan rawatan yang sepatutnya.

Bagaimanakan Cara Untuk Merawat GERD?

Berikut merupakan rawatan kepada masalah GERD:

 Perubahan cara hidup


o berhenti merokok
o mengekalkan berat badan ideal
o mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan refluks
o jangan baring sejurus selepas makan
o meninggikan bantal di kepala ketika berbaring
 Ubat-ubatan

o Antasids untuk meneutralkan asid perut


o H-2-receptor blockers untuk mengurangkan pembuatan asid
o Perencat pam proton (proton pump inhibitors)- ubat ini lebih berkesan
untukmengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh
o Ubat untuk menguatkan otot yang memisahkan esofagus dan perut seperti baclofen

 Pembedahan dan prosedur lain

1
Sekiranya ubat-ubatan tidak dapat mengawal simptom GERD, rawatan lain mungkin ditawarkan. Seperti:

o Fundoplication- otot bawah yang memisahkan esofagus dan perut diketatkan dengan membalut
disekelilingnya bahagian atas perut bagi mengetatkan otot tersebut
o Alat LINX- merupakan cincin magnetik membalut kawasan antara perut dan esofagus dengan
menggunakan cincin magnetik bagi mengetatkan otot tersebut.

Apakan Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Esofagus?

Peratusan pesakit yang menghidap kanser esophagus di Malaysia adalah rendah berbanding kanser lain.
Namun ia merupakan antara kanser utama penyebab kematian di negara kita. Senario yang kerap kali
berlaku di Malaysia adalah apabila pesakit lambat datang ke hospital dan setelah kanser sel telah merebak
jauh. Hal ini merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam merawat penyakit ini.
Oleh hal yang demikian,ianya adalah sangat penting untuk mengesan penyakit ini dengan
awal.

Kerongkong adalah sebahagian dari esofagus. Manakala esofagus adalah sebahagian daripada sistem
pencernaan. Ia merupakan organ berbentuk tiub dan merupakan saluran yang menghubungkan mulut dan
perut. Kanser terjadi apabila sel yang melapisi esofagus ini melalui proses mutasi genetik seterusnya
menyebabkan perubahan pada rupa fizikal sel dimana keadaan ini dikenali sebagai esophagus barret dan
pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Kanser ini boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Penyebab sebenar yang menyumbang kepada penyakit ini
belum dapat dipastikan lagi. Namun ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang
mengalami kanser esophagus. Antaranya:

 Mempunyai penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD)


 Esofagus barret- perubahan pada sel di lapisan mukosa
 Merokok- mengandungi agen karsinogen
 Akalasia- otot pada bukaan antara esofegus dan perut gagal untuk terbuka membuatkan makanan
tidak dapat masuk ke dalam perut
 Obesiti
 Pengambilan alkohol secara berlebihan- menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus
 Selalu minum minuman yang sangat panas
 Kurang serat dalam makanan seperti sayur atau buah-buahan
 Terdedah kepada radiasi berpanjangan pada bahagian dada bagi merawat kanser di bahagian
dada atau leher.

2
Jenis-jenis kanser esofagus

Kanser ini dikelaskan mengikut jenis sel yang terlibat dan rawatan yang akan diberikan adalah berdasarkan
jenis kanser yang dihidapi pesakit. Dua jenis kanser yang utama adalah:

1. Squamous cell carninoma


Sel skuamosa adalah sel-sel rata, nipis yang melapisi permukaan esofagus. Kanser jenis ini paling
kerap berlaku di bahagian atas dan tengah esofagus.

Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Ia dipercayai mempunyai kaitan
dengan tabiat merokok dan ketagihan alkohol

2. Adenocarcinoma
Kanser jenis ini berkembang dari sel-sel kelenjar. Paling kerang berlaku di bahagian bawah
esofagus berhampiran perut. Bahagian bawah ini yang terdedah kepada asid dipercayai menjadi
antara punca kanser jenis ini.

Punca kanser ini berlaku turut disebabkan tabiat merokok. Namun, untuk ia turut dikaitkan dengan
masalah pedih ulu hati untuk tempoh yang panjang. Biasanya ia disebabkan oleh berat badan
berlebihan atau obes.

Apakah Gejala Yang Dialami Oleh Pesakit Kanser Esofagus?


Berikut merupakan gejala kanser esofagus atau kanser tekak:

 Kesukaran bernafas atau bercakap


 Sakit atau sukar menelan (disfagia)
 Suara bertukar serak
 Sakit di leher, dada atau sakit tekak yang tidak hilang
 Modus limfa membengkak di sekitar leher
 Batuk kering berterusan
 Batuk atau muntah berdarah
 Berak berdarah atau najis berwarna gelap
 Pendarahan, sering sakit kepala, sakit atau rasa berdengung di dalam telinga
 Masalah pendengaran
 Penurunan berat badan secara tiba-tiba

Apakah Ujian Pemeriksaan Yang Dilakukan Untuk Mengesahkan Kanser Esofagus?


Anda harus ingat bahawa diagnosis tidak dapat disahkan hanya dengan hanya menilai simptom yang
dialami oleh pesakit. Sekiranya doktor mengesyaki anda menghidapi kanser esofagus, ujian lanjut akan
dilakukan untuk mengesahkan diagnosis dan juga untuk memastikan ianya bukan berpunca dari masalah
lain.

Pemeriksaan barium swallow- pesakit akan diminta untuk meminum cecair barium yang akan menyalut
permukaan esofagus. Sekiranya ada tumor atau perubahan pada permukaan esofagus, ianya dapat dilihat
dengan jelas dari X-ray.

 Teropong tekak-perut-duodenum (OGDS)- menggunakan tiub fleksible yang dilengkapi


kamera untuk melihat ke dalam saluran permakanan melalui mulut.
 Endoscopic ultrasound- prosedur ini dilakukan pada masa yang sama dengan OGDS dengan
menggunakan imbasan ultrasound untuk melihat struktur dinding esofagus dan kelenjar limfa di
sekeliling dilihat.
 Teropong bronchoscopy- Prosedur ini dilakukan sekiranya tumor berada di bahagian dua pertiga
atas esofagus untuk memastikan ia tidak merebak ke saluran pernafasan.

3
 Biopsi- Prosedur ini melibatkan pengambilan sampel tisu dari kawasan yang terlibat untuk
pemeriksaan patologi bagi mendapat diagnosis yang tepat
 Imbasan CT (Computed tomography)- menggunakan X-ray, kaedah ini dapat mengukur saiz
tumor dan mengesan tumor yang telah merebak di tempat lain.
 Imbasan magnetic resonance imaging (MRI)- kaedah ini menggunakan kuasa magnet bagi
menghasilkan gambar yang terperinci dibantu dengan menggunakan pewarna istimewa yang
disuntik melalui saluran darah. MRI ini juga dilakukan untuk mengukur saiz tumor dan mengesan
tumor yang merebak di organ lain.
 Imbasan Positron emission tomography (PET) scan- Gula radioaktif akan disuntik ke dalam
badan dan diserap oleh badan kemudiannya akan dikesan oleh mesin pengesan. Sel kanser akan
mengambil banyak gula berbanding sel normal maka ia dapat dilihat dari gambar yang dihasilkan
dari imbasan PET.

Sekiranya disahkan kanser, doktor akan menggunakan keputusan hasil dari ujian yang dilakukan untuk
mengklasifikasikan kanser kepada tahap-tahap tertentu.
Apakah Rawatan Yang Boleh Didapati Untuk Kanser Esofagus Ini?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap dan juga jenis kanser. Berikut merupakan antara pilihan rawatan
untuk penyakit ini:

 Terapi endoskopi- Ini adalah prosedur minima untuk membuang sedikit dari kawasan yang
terkesan tanpa pembedahan. Kaedah ini menggunakan tiub fleksibel dilengkapi kamera yang
dimasukkan ke dalam saluran pemakanan melalui mulut.

 Pembedahan- tumor dan sebahagian dari esofagus dibuang

4
 Kemoterapi- boleh dijadikan sebagai rawatan tunggal atau rawatan tambahan sebelum atau selepas
pembedahan

Langkah pencegahan
Perubahan gaya hidup adalah antara langkah diambil untuk mengurangkan risiko kanser ini. Antaranya:

 Berhenti merokok. Jika anda tidak pernah menggunakan tembakau, jangan pernah untuk
mencubanya
 Hadkan pengambilan minuman beralkohol
 Perbanyakan pengambilan sayuran dan buahan dalam diet pemakanan setiap hari
 Kekal berat badan yang sihat dan seimbang. Jika anda berdepan dengan isu berat berlebihan atau
obesiti, dapatkan nasihat doktor untuk pelan penurunan berat badan. Sasarkan untuk
mengurangkan berat badan secara perlahan dan sihat.

Disediakan oleh: Puan Shafikah Binti Rahim


Sumber:
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/penyakit-GERD-dan-kanser-esofagus
https://hellodoktor.com/kanser/kanser-lain/kanser-esofagus-lebih-menyerang-lelaki/
Tarikh Input: 01/04/2021 | Kemaskini: 13/05/2022 | aimerul

Anda mungkin juga menyukai