Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN KANSER

Kanser merupakan kumpulan penyakit yang terdiri daripada 210 jenis penyakit. Kanser merupakan antara 10 penyebab utama kanser. Di Malaysia, anggaran penduduk yang menghidap kanser adalah seramai 150 daripada 100,000 penduduk. Kanser boleh dielakkan melalui perubahan gaya hidup dan keadaan persekitaran yang baik. Kanser merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan sel. Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur atau mengalami kecederaan dan tubuh akan menggantikan sel ini dengan jumlah dan jenis yang betul. Kadangkala sel ini akan bertambah dan berkembang tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dipanggil tumor. Tumor akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser dan ia akan berkembang dan tersebar ke organ badan melalui saluran darah dan limpa.

Faktor Risiko Kanser Berubah Tidak berubah Cara hidup & Persekitaran Jantina Pemakanan Merokok dan minum arak Radiasi & pendedahan di tempat kerja Tabiat seksual Air, Udara dan Tanah Umur Perubahan genetik

Di dalam laman web ini terdapat dua jenis kanser yang dibincangkan secara terperinci iaitu :

Kanser paru-paru Kanser payudara

PUNCA PUNCA PENYAKIT KANSER


Punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90% penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut. 10 PENYEBAB UTAMA KANSER 1. Makanan 2. Tembakau 3. Alkohol 4. Radiasi 5. Sinaran cahaya matahari 6. Pekerjaan 7. Pengambilan ubat 8. Pencemaran air dan udara 9. Perokok yang tidak aktif 10. Keturunan Antara punca lain penyakit kanser adalah seperti berikut :

Tembakau o 90 % daripada kanser tulang di sebabkan oleh tabiat merokok. Bahan kimia dalam tembakau (TAR) juga menyebabkan kanser mulut, buah pinggang, tekak, pundi kencing dan serviks. Pemakanan dan Diet o Anggaran 30 % hingga 40 % daripada penyakit kanser adalah melalui diet. Pemakanan lemak akan meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada. Pengambilan garam berlebihan, merokok dan pengambilan bahan tambah perisa makan akan menyebabkan kanser tekak dan perut. Tabiat seksual o Melakukan hubungan seks pada usia yang awal dan melakukan seks secara rambang akan meningkatkan risiko kanser serviks. Pengambilan minuman beralkohol o Individu yang mengambil alkohol yang tinggi boleh mendapat kanser mulut, tekak dan usus. Alkohol juga mempunyai kaitan yang tinggi dengan kanser hati. Tabiat mengunyah sirih dan tembakau o Barah rongga mulut atau kanser mulut ini selalunya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia, masyarakat India paling

ramai mengidap penyakit berbahaya ini. Kanser ini selalunya menyerang bahagian pipi, lidah, gusi dan bawah lidah. Jangkitan Hepatitis B o Jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser. Pendedahan di tempat Kerja o Pendedahan kepada agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser. Contoh agen ini seperti asap, bahan kimia kilang dan lain-lain.

SIMPTOM KANSER
Kanser terbahagi kepada pelbagai jenis, contohnya seperti yang dibincangkan di dalam laman web ini iaitu kanser paru-paru dan kanser payudara. Seseorang individu akan menunjukkan tanda-tanda apabila dijangkiti penyakit kanser. Di bawah disenaraikan beberapa simptom yang biasa ditunjukkan oleh pesakit. Tanda-tanda umum penyakit kanser :

Mengalami batuk yang berterusan serta kahak berdarah. Merasa sakit/ketidakselesaan di bahagian perut yang berterusan. Mengalami pendarahan pada bahagian hidung dan pekak atau masalah pendegaran/berdengung. Mempunyai suara yang serak atau garau lebih dari 2 minggu. Mempunyai luka/benjol di dalam mulut yang berwarna merah atau putih. Mengalami ketumbuhan atau benjolan di sekitar leher. Mengalami perubahan dalam amalan membuang air besar. Benjolan atau sebarang perubahan di bahagian payudara. Pendarahan yang keterlaluan di bahagian kemaluan wanita antara tempoh haid atau selepas putus haid.

JENIS KANSER Kanser serviks Kanser payudara

SIMPTOM Sebarang cecair atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersama dan turun berat badan. Bengkak atau ketulan pada payudara, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

Kanser usus Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus

JENIS KANSER besar

SIMPTOM dan berlaku pendarahan semasa membuang air.

Kanser paru- Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan paru hilang berat badan. Kanser perut Kanser limpa Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa Kanser ovari bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. Kanser otak Kanser prostat Kanser tekak Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti. Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan. Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

RAWATAN
Satu perkara yang paling penting untuk menentukan kejayaan sesuatu rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan tersebut, sama ada hanya melibatkan satu bahagian badan atau telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh ke organ-organ penting yang lain seperti paru-paru, hati, otak atau tulang. Pada peringkat awal sekiranya kanser belum merebak, rawatan yang tepat akan memberikan hasil yang baik malah mungkin ia boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan malah mungkin sukar dikawal. Selain itu, jenis sel kanser dan juga bahagian yang dijangkiti juga merupakan satu faktor yang menentukan kejayaan sesuatu rawatan. Jika bentuk sel kanser adalah luarbiasa (anaplastik), kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak jauh akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengan sel kanser pula tahan terhadap sebarang rawatan walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau rawatan radioterapi. Sesetengan penyakit kanser pula menunjukkan tanda- tanda diperingkat awal lagi misalnya kanser pangkal rahim.

Ada sesetengah pesakit kanser yang kronik dan diberi tempoh beberapa lama untuk hidup tetapi masih meneruskan hidup walaupun melepasi tempoh yang dijangkakan. Keadaan ini berlaku melalui proses pembinasaan sel kanser secara semulajadi. Kaedah lain yang digunakan untuk merawat kanser adalah :

Pembedahan Kemoterapi Radioterapi

LANGKAH LANGKAH

Senaman Pastikan sentiasa melakukan senaman walaupun hanya untuk satu jam dalam sehari. Sekiranya bekerja diruang yang memerlukan sentiasa duduk, pastikan ada membuat sedikit senaman ringan, seperti berjalan kaki. Aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktivit fizikal mampu mengawal berat badan dan secara tak langsung mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukkan.

Sayur-sayuran dan Buah-buahan Ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paruparu, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankrea Rokok Jelas sekali merokok boleh mengakibatkan kanser. Malah individu yang terdedah dengan asap rokok juga terdedah dengan risiko yang sama. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman. lkohol Hentikan pengambilan alkohol kerana ia boleh meningkatkan risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.

Makanan Tercemar Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati
Antara langkah penjagaan serta rutin kehidupan seharian yang sihat adalah seperti: 1. Mengurangkan pengambilan bahan berlemak di dalam amalan pemakanan seharian anda. Menambahkan bahan makanan yang mengandungi serat (fiber) di dalam amalan pemakanan seharian anda. Antara bahan makanan yang mengandungi serat (fiber)adalah sayuran, buah-buahan dan bijirin. Pastikan anda memakan sayuran serta buah-buahan yang segar. Selain daripada mengandungi bahan serat (fiber) ia juga turut mempunyai unsur-unsur antioksidan dan mikronutrien. Kurangkan ataupun elakkanlah pengambilan minuman beralkohol. Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa wanita yang mengambil minuman beralkohol secara puratanya sebanyak dua kali sehari mempunyai sedikit peningkatan risiko berbanding mereka yang tidak meminumnya. Bersenam serta sentiasa aktif berupaya untuk mencegah anda daripada ancaman pelbagai jenis penyakit. Antara amalan bersenam yang boleh anda lakukan ialah aktiviti berjalan, jika berupaya lakukannya pada setiap hari. Sekiranya tidak berkesempatan, lakukan senaman yang berupaya untuk mengeluarkan peluh serta menggerakkan otot anda. Hapuskan tabiat merokok. Biarpun ia bukanlah merupakan punca kepada penghidapan penyakit barah payudara tetapi ianya mempunyai kesan yang berupaya untuk memudaratkan keseluruhan kesihatan badan anda. Ianya turut membuka anda kepada risiko penghidapan pelbagai penyakit yang lain.

2.

3.

4.

5.

6.

Anda mungkin juga menyukai