Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN YDP PIBG

Assalamualaikum Wbr Wbt

Yang berusaha ……. Guru Besar SKKKB

Yang di hormati ……. Tetamu PPD, PK 1, Pk Hem, Pk Ko.

Para guru dan ibubapa waris yang hadir Bersama.

Syukur Alhamdulillah, kita panjatkan kepada Allah SWT dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita
bersua Kembali di dalam mesyuarat Agung PIBG kali ke …. Pada tahun ini dalam norma yang baharu.
Sebagaimana kita maklum, negara dilanda pandemic covid 19 yang telah merubah semua system
dalam pentadbiran negara. Ianya juga melibatkan system Pendidikan kita, anak-anak tidak dapat ke
sekolah dan premis sekolah terpaksa dikosongkan. Segala perancangan dan aktiviti pembelajaran
anak-anak terganggu dan tidak dapat diteruskan secara bersemuka. Kita sendiri tidak menduga dan
tidak tercapai akal kita bahawa dalam era wawasan 2020 ini kita terpaksa mengharungi musibah
penademik ini.

Tuan tuan dan puan puan para ibubapa.

Sebagai ibubapa, peranan kita sangat besar bagi membantu pihak kementerian untuk menjayakan
proses Pendidikan secara PDPR. Kesedaran kalangan kita sebagai ibubapa untuk kesinambungan
Pendidikan anak-anak menjadi lebih berat. Ibubapa perlu proaktif menguruskan anak2 yang perlu
mengikuti pdpr pada setiap hari persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai