Anda di halaman 1dari 2

1 MINGGU 1 HADITH :

ASSALAMUALAIKUM W.B.R DAN SELAMAT PAGI.

TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI MAJLIS.

YANG BERBAHAGIA,

PENGARAH PUSPEN TAMPIN

PUAN SITI ZAHARAH BINTI HJ. BECHI

YANG DIHORMATI,

TIMBALAN PENGARAH 1,

EN. MOHD. ZUWAIRY BIN ROSDI

TIMBALAN PENGARAH 2,

PN HJH NORAZLIN BINTI HJ HARUN

TIMBALAN PENGARAH 3,

PN. NORZULAIKA BINTI MANSOR

KETUA-KETUA UNIT

PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN,

ABANG-ABANG DAN KAKAK PRS

SERTA AHLI KELUARGA YANG DISAYANGI

ASSALAMUALAIKUM W.B.R DAN SELAMAT PAGI.

SAYA R/N ………… , …………………………………………… AKAN BERKONGSI DENGAN ANDA SEMUA


MENGENAI HADITH KE 40 IAITU DUNIA ADALAH JAMBATAN AKHIRAT.
Daripada lbnu ‘Umar r.a.beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia
seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu ‘Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan)
waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu
(ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Hadith ini menerangkan mengenai kehidupan di dunia adalah


kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu,
manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil
dunia seumpama seorang musafir atau seorang dagang, yang hanya
membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua
barang-barang.

Selain itu, seorang mukmin juga tidak seharusnya memanjangkan


angan-angannya, kerana kita terdedah kepada panggilan maut pada
bila-bila masa. Kita hendaklah sentiasa berwaspada menghadapi
maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah kita tidak akan hidup hingga ke
petang dan apabila tiba waktu petang, kita merasa seolah-olah dia
tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

Namun begitu, larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan


agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang
kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan umatnya menjadi
hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi
dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang
bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini menjadi iktibar buat diri
kita semua dan menjadi bekalan kita di akhirat kelak. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai