Anda di halaman 1dari 7

Al Munawarah

Menjana Kegemilangan Islam


Safar 1434 Hijrah - Januari 2013

Percuma Untuk Ahli Pekip

PEKIP

Bilangan 1 Tahun 2013 -- Edisi Ke 47

Disunting Oleh : M.N.Hafiza

Islam = Damai + Kasih x Persaudaraan

Ayat-ayat daripada Al-Quran yang merujuk Islam sebagai agama damai, kasih dan persaudaraan ialah: Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah Al-Baqarah, ayat 208) Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat, dan memberi hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. (Surah Yunus, ayat 25) , bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan, atau melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; ... (Surah Al-Maidah, ayat 32) Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. (Surah Al-Hujurat, ayat 10) Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu; sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar. (Surah Al-Anfal, ayat 46)

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang akan melimpahkan rahmat-Nya bagi mereka dengan perasaan kasih sayang. (Surah Maryam, ayat 96) Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. ... (Surah Al Imran, ayat 110) Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah daripada orang yang jahil. (Surah Al-Araf, ayat 199). RP

Disunting Oleh : M.N.Hafiza

Evolusi Satu Pembohongan

Seperti mana yang telah dilakukan dalam evolusi manusia, perspektif sejarah evolusionis juga mengkaji sejarah manusia dengan membahagikannya kepada beberapa jangka waktu. Konsep rekaan seperti Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi merupakan bahagian penting kronologi evolusionis. Oleh kerana gambar khayalan ini dipaparkan di sekolah, surat khabar dan televisyen, kebanyakan orang menerima rekaan ini tanpa soal dan membayangkan manusia dulu kala hidup dengan hanya menggunakan peralatan batu purba dan ketiadaan teknologi. Tetapi gambaran sebenar muncul apabila penemuan arkeologi dan fakta-fakta saintifik dikaji. Kesan dan tinggalan yang ada sehingga kini - peralatan, jarum, serpihan seruling, dekorasi dan hiasan peribadi - menunjukkan dari segi budaya dan sosial bahawa manusia sememangnya telah menjalani kehidupan bertamadun sepanjang sejarah.

Ribuan tahun dahulu, manusia tinggal di rumah, terlibat dengan pertanian, bertukar barangan, menghasilkan tekstil, makan, melawat kenalan, meminati muzik, membuat lukisan, merawat orang sakit, melakukan penyembahan - ringkasnya, mereka menjalani kehidupan normal seperti mana hari ini.

Sambung ke m/s 3 Ride for Ukhwah.. m/s 5

Kandungan 5 Hari Yang Benar.. Hadis 40 Al Imam m/s 2 Nawawi - Siri 2 m/s 6 Lelaki Menangis...m/s 2 Aktiviti Pekip .. m/s 4 & 5 Kisah Embrio .. m/s 8

Risalah Pekip

Persatuan Kebajikan Islam Penilaian

Umum Dan Semasa

5 Hari Yang Benar


Disunting Oleh : M.N.Hafiza Para Ulama Tasawwuf membahagi hari kepada lima hari sahaja , bukan tujuh hari sepertimana yang kita sedia maklum, berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari. Pertama : al-Yaumul-Mafqud ( hari yang telah lewat ) saat yang telah berlalu, yang pergi dan tak kan kembali lagi. Disimpannya segala kerja, sikap dan fiil perangai manusia , apakah ianya yang baik ataukah yang buruk . Dapatkah manusia menghitung dengan teliti, sudah berapakah al- yaumul-mafqud ini dilaluinya, bagaimana illustrasi kehidupan yang melekat pada dirinya ? Kedua : al-Yaumul-Masyhud ( hari yang sekarang ini ) apakah kita masih melihat matahari, menghirup udara ?. Apakah ia akan diisi dengan amalan-amalan baik, ataukah ianya hanya digunakan untuk enjoy bersuka ria , melepas selera dan bermanja-manja , padahal ia sentiasa berjalan. Ketiga : al-Yaumul-Maurud ( hari esok ) dimana manusia tidak mengetahui lagi, apakah hari esok itu memenuhi apa-apa yang diharapkan olehnya, masih dimiliki olehnya ? Siapakah yang menentukan bahawa ia masih akan hidup esok hari meski kesihatan terpelihara dengan baik , tetapi roh yang di dalam jasadnya tiada siapa yang menjamin. Keempat : al-Yaumul-Mauud ( hari terakhir hidup di dunia ) sekiranya ia meninggal dunia hari Rabu umpamanya , itulah hari al-Yaumul-Mauud nya , yang ia tidak pernah mengetahui dan mengira-ngirakannya , tetapi ia pasti datang , sebab Ia Allah swt. Yang Maha Menentukan. Kelima : al-Yaumul-Mamdud ( hari yang tiada akhirnya ) berkepanjangan untuk selamalamanya, iaitu hari akhirat yang semakin dekat apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur. Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia. Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasihsayang dan rasa ingin saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma. Kenapa lelaki menangis?. Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: a. Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama. 2 b. Teringat dosa-dosa dilakukan olehnya. lalu pernah

Jawatankuasa Pekip Pusat Penaung & Penasihat:

Dato Abdul Hamid b. Abu Bakar Ketua Pengarah Penilaian

menunggu kita. Inilah dia hari esok yang harus dibina pada hari ini , yang merupakan ruang dan peluang bagi kita, karunia hidup yang diberikan Allah swt. kepada kita , memanfaatkan al-Yaumul-Masyhud dengan sebaik-baiknya dalam arena amal ibadah dan perjuangan untuk Islam dan ummah Islam ke arah merealisasikan rahmatan lil-alamin . Kata-kata bestari : Hari mendatang adalah lembaran hidup yang bersih , maka abadikanlah dia dengan bina upaya yang baik . RP Wallahu Alam.

Yang Dipertua Pekip Pusat: Timbalan Yang Dipertua: Setiausaha:

Tn Hj Mohd Khairuddin b. Abd Halim Pengarah Sektor Loji & Jentera En Mohad Zamri b. Awang Institut Penilaian Negara (INSPEN) Pn Nor Rafidah bt. Abdullah Cik Norliza bt. Nordin Institut Penilaian Negara

Bendahari:

En Mohamad Zam Zam b. Abu (Ibu Pejabat) Pn. Raja Atthirah bt. Raja Ahmad (JPPH KL)

Lujnah Lantikan: Lujnah Kebajikan & Sosial:


En Idzwan b. Izuddin - INSPEN

Lujnah Dakwah:

Tn. Haji Ariffin b. Limat - (JPPH KL) En Hasan Shakri b. Mohd Nor (Inspen)

Lujnah HELWA:

Pn Hajjah Mariyam bt. Jantan (JPPH KL)

Lujnah Ekonomi:

En Norhisham b. Shafie - (Ibu Pejabat) En Mohd Ibrahim b. Musa - (JPPH Putrajaya)

Lujnah Penerbitan & Seranta:

En Mohamed Noor Hafiza b. Mohamed Nordin - Ibu Pejabat JPPH

Tangisan Lelaki
Disunting Oleh : M.N.Hafiza Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah. Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat,

c. Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa. d. Ibu atau bapanya meninggal dunia. e. Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka. f. Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya. g. Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya RP http://yaneyms.blogspot.com/2010/10/ kenapa-lelaki-menangis.html

Risalah Pekip

Persatuan Kebajikan Islam Penilaian

Umum Dan Semasa

Sambungan.. Evolusi Satu Pembohongan


dari m/s hadapan...
Golongan yang memberi perhatian kepada ajaran nabi-nabi utusan Allah telah mengimani-Nya, Tuhan yang Satu, manakala golongan yang lain menyembah berhala. Orang beriman berpaut pada nilai moral seperti yang dikehendaki oleh Allah, sementara pihak lain terlibat dengan pelbagai amalan karut dan upacara menyimpang. Sepanjang sejarah, seperti mana hari ini, terdapat golongan yang percaya dengan kewujudan Allah, dan juga golongan pagan dan ateis. Sejak dulu lagi, tentunya ada di antara manusia yang hidup serba ringkas dan dalam keadaan primitif, dan ada juga masyarakat yang hidup lebih maju. Tetapi ini sama sekali tidak membuktikan evolusi sejarah, kerana sementara satu bahagian dunia melancarkan kapal ke angkasa, masyarakat di satu bahagian lagi masih tidak dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa mereka yang membina kapal angkasa adalah lebih maju secara mental atau fizikal - dan berkembang jauh dan lebih berbudaya - tidak juga bermakna golongan yang satu lagi hampir kepada manusia beruk khayalan. Semua ini sekadar menunjukkan perbezaan dalam budaya dan tamadun. Dalam islam, manusia adalah makhluk yang palin sempurna, karena ia memiliki akal dan perasaan.Dalam surat Al- Hijir ayat 28 Allah berfirman Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.. Firman Allah dalam kalimat maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud menandakan bahwa manusia lebih tinggi derajatnya daripada malaikat sekalipun. Jika dalam al-quran malaikat digambarkan sebagai makhluk Allah yang Indah maka pantaskah manusia manusia purba disebut lebih sempurna daripada malaikat ? Dalam Al-Quran pun terdapat ayat ayat lain berkaitan dengan kejadian manusia. dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. (Al-Quran 23 : 12) Kami telah menciptakan ,mereka (manusia) dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila kami menghendaki, kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang orang yang serupa dengan mereka. (Al-Quran 76:28) Jika dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan apa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikanmu dari keturan orang orang lain. (Al-Quran 6:133) Dari ayat-ayat diatas Dr. Maurice Bucaille menyimpulkan bahwa manusia bukanlah berasal atau hasil evolusi dari kera. Kelompok manusia purba pernah hidup di bumi ini dalam bentuk tubuh yang berbeda beda yang semuanya adalah menurut rencana Tuhan. Kelompok manusia purba hidup dan punah dan digantikan oleh kelompok lain. Itulah yang dikemukakan Al-Quran. Akhirnya, Dr. Maurice bucaile dalam bukunya menyatakan bahwa sia sialah mencari perbedaan dari Al-Quran dan data-data paleontology atau dengan informasi mengenai evolusi karena sesungguhnya apa yang disebut evolusi memang tidak pernah

Tamadun EGYPT (Firaun) begitu menakjubkan para saintis hingga kini

Risalah Pekip

Persatuan Kebajikan Islam Penilaian

Aktiviti PEKIP

Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan


Oleh : Rizal Al-Haj Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Tahun 1434H/2012M telah diadakan pada 15 November 2012 (Khamis) jam Seramai 30 orang kakitangan JPPH dalam perhimpunan yang terlibat terdiri daripada Ibu Pejabat dan INSPEN. Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al Quran oleh . Acara seterusnya disambung dengan ucapan daripada Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Majlis kemudiannya disusuli dengan penyampaian anugerah tokoh Maal Hijrah dan diakhiri dengan nyanyian nasyid. RP

Orang Penting Kontijen JPPH


8.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Ahli PEKIP JPPH Ibu Pejabat

Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan


Oleh : Rizal Al-Haj Putrajaya - Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M. JPPH bersama-sama dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul ini. Majlis kemudiannya disusuli dengan ceramah dan bersurai pada pukul 12.00 tengahari.RP

Perarakan Dari Mahkamah ke Masjid Putra

Berkumpul Di Tapak Perbarisan


Majlis sambutan ini diadakan pada 24 Januari 2013 (Khamis) bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tempat berkumpul adalah di sepanjang jalan bermula di Kementeri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna sehingga bangunan Kementerian Pertanian. Seramai 50 orang kakitangan yang terlibat terdiri daripada Ibu Pejabat, JPPH Kuala Lumpur dan INSPEN. Majlis ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah oleh kesemua peserta di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin seterusnya disambung dengan perarakan sambutan Maulidur Rasul bermula di hadapan Istana Kehakiman hingga berakhir di Masjid Putra. 4

Berkumpul selepas perbarisan

Risalah Pekip

Persatuan Kebajikan Islam Penilaian

Aktiviti PEKIP

Ride For Ukhwah


Oleh : M.N.Hafiza Port Dickson, 8 September 2012 | Buat pertama kalinya dalam sejarah PEKIP, penganjuran konvoi bermotorsikal telah diatur dan dirancang dengan mengabungkan riadah bermotorsikal serta tugas-tugas amal. Pujian harus diberikan kepada ahli PEKIP Cawangan Inspen terutama saudara Arwan di atas idea, komitmen dan inisiatif Check Point pertama, konvoi berhenti di R&R Seremban dimana peserta berhenti untuk bersarapan dan mengisi minyak. Check Point kedua adalah di Masjid Bagan Pinang Port Dickson. Disini

penganjuran Ride For Ukhwah yang julung kali di adakan bagi membentuk dan menarik minat golongan muda JPPH untuk beramal sambil beriadah. Seramai 40 orang ahli PEKIP dari sekitar lembah klang dan seorang dari JPPH Jempol telah menyertai konvoi ini. Acara bermula dengan semua peserta berkumpul di Inspen Kampus 2 pada jam 8.00 pagi. Diikuti dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Saudara Azmi berkaitan aspek keselamatan ketika berkonvoi. Doa selamat telah dibacakan oleh Tuan Haji Adnan sebelum Flag Off. Dato Abdullah Thalith Bin Md. Thani Ketua Pengarah Penilaian (mantan) turut serta dalam upacara Perasmian dan pelepasan para peserta konvoi. Tepat jam 9.00 pagi Flag Off oleh Dato KPP. para perserta diraikan oleh Pengerusi dan AJK Masjid. Sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh pengerusi masjid bersama dengan majlis penyampaian cenderhati kepada pihak masjid. Sesi gotong royong berakhir sebelum azan Zohor berkumandang. Selepas solat zohor pihak masjid telah menyediakan jamuan untuk para peserta konvoi. Konvoi bergerak keluar dari masjid pada jam 2.30ptg dan menuju ke Pantai Teluk Kemang bagi aktiviti bebas. Jam 4.00ptg konvoi bergerak pulang ke Inspen. RP

Risalah Pekip

Persatuan Kebajikan Islam Penilaian

Al Hadis Dan Sirah

Hadis 40 - Imam Al-Nawawi : Siri 2


Disunting Oleh : M.N.Hafiza Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tibatiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Taala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. (Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik-Nya atau yang buruk-Nya. Sipemuda : Benar katamu! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-

Tuntutlah Ilmu hingga ke Liang Lahad


tandanya?. Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi. (Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut) : Rasulullah : Tahukah anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan Rasul-Nya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.RP rujukan : http://tazkirah.wordpress.com/category/mutiara-hadis/ hadis-40-imam-nawawi/page/8/

Imam Muslim
Disunting Oleh : M.N.Hafiza Imam Muslim dilahirkan di Naisabur pada tahun 202 H atau 817 M. Imam Muslim bernama lengkap Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al Qusyairi an Naisaburi. Naisabur, yang sekarang ini termasuk wilayah Rusia, dalam sejarah Islam kala itu termasuk dalam sebutan Maa Waraa an Nahr, artinya daerah-daerah yang terletak di sekitar Sungai Jihun di Uzbekistan, Asia Tengah. Pada masa Dinasti Samanid, Naisabur menjadi pusat pemerintahan dan perdagangan selama lebih kurang 150 tahun. Seperti halnya Baghdad di abad pertengahan, Naisabur, juga Bukhara (kota kelahiran Imam Bukhari) sebagai salah satu kota ilmu dan pusat peradaban di kawasan Asia Tengah. Di sini pula bermukim banyak ulama besar. Imam Muslim yang dikenal sangat tawadhu dan wara dalam ilmu itu telah meriwayatkan puluhan ribu hadits. Menurut Muhammad Ajaj Al Khatib, guru besar hadits pada Universitas Damaskus, Syria, hadits yang tercantum dalam karya besar Imam Muslim, Shahih Muslim, berjumlah 3.030 hadits tanpa pengulangan. Bila dihitung dengan pengulangan, katanya, berjumlah sekitar 10.000 hadits. Sementara menurut Imam Al Khuli, ulama besar asal Mesir, hadits yang terdapat 6

dalam karya Muslim tersebut berjumlah 4.000 hadits tanpa pengulangan, dan 7.275 dengan pengulangan. Jumlah hadits yang beliau tulis dalam Shahih Muslim itu diambil dan disaring dari sekitar 300.000 hadits yang beliau ketahui. Untuk menyaring hadits-hadits tersebut, Imam Muslim membutuhkan waktu 15 tahun. Mengenai metode penyusunan hadits, Imam Muslim menerapkan prinsip-prinsip ilmu jarh, dan tadil, yakni suatu ilmu yang digunakan untuk menilai cacat tidaknya suatu hadits. Beliau juga menggunakan sighat at tahammul (metode-metode penerimaan riwayat), seperti haddasani (menyampaikan kepada saya), haddasana (menyampaikan kepada kami), akhbarana (mengabarkan kepada saya), akhabarana (mengabarkan kepada kami), dan qaalaa (ia berkata). Imam Muslim menjadi orang kedua terbaik dalam masalah ilmu hadits (sanad, matan, kritik, dan seleksinya) setelah Imam Bukhari. Di dunia ini orang yang benar-benar ahli di bidang hadits hanya empat orang; salah satu di antaranya adalah Imam Muslim, komentar ulama besar Abu Quraisy Al Hafizh. Maksud ungkapan itu tak lain adalah ahli-ahli hadits terkemuka yang hidup di masa Abu Quraisy. RP rujukan : http://bukharimuslim.wordpress.com/sejarah-singkatimam-muslim/

Tahukah anda..!
Embriologi adalah satu pengkhususan sains yang mengkaji pembentukan embrio didalam rahim ibu.Selama berpuluh-puluh tahun pakar-pakar Embriologi menganggap tulang dan daging manusia terbentuk pada masa yang sama ketika didalam rahim ibu.Kebanyakkan ahli-ahli sains yang samada atheis (tidak percaya Tuhan) ataupun beragama kristian menyangkal akan ayatayat Al Quran sebagai bercanggah dengan penemuan sains mereka. Lalu mereka mencipta teori sistem mereka sendiri bersandarkan akal fikiran. Allah SWT telah mengelapkan hati-hati mereka daripada rahmatnyaNya dan mereka beranggapan bahawa tidak mungkin Al Quran berkata benar.Pada mereka Al Quran hanya lah khayalan dan karangan Muhamad. Allah SWT tidak akan membiarkan kemusrikan ini berlanjutan dengan teori-teori songsang yang tidak bersandarkan firmaNya. Aristotle pengasas ilmu Embriologi manusia sedar bahawa embrio ayam dihasilkan melalui beberapa peringkat dalam kajianya tentang telur ayam pada kurun ke 4 sebelum masihi.Namun dia tidak dapat memberi penerangan tentang tahap-tahap ini.Tiada seorang pun dalam sejarah ilmu embriologi pernah memberi penerangan jelas tentang ilmu Embriologi sehinggalah kurun ke 20 masihi. Sejak tahun 1940 Prof Streeder yang berkhidmat di institut Embriologi Carnegie Washington mencadangkan satu sistem untuk mengklasifikasikan tahap-tahap pembentukan manusia.Sistemnya mengatur embrio manusia menjadi 23 tahap berasaskan rupa dan perbezaanya.Sistem pengkelasan Canegie telah digunakan diseluruh dunia (termasuk para doktor2 Islam yang di Malaysia).Alang kah sombong,dungu dan sesatnya manusia sehingga tidak mengenal penciptanya sendiri. Sehinggalah tahun 1970an dimana sistem yang lebih baik dicadangkan oleh Dr Roman Nurali dari institut Carnegie yang kini berpusat di San Diego,California.Kajian-Kajian teliti Dr Roman berkenaan Al Quran dan hadis selama 4 tahun telah mendedahkan sistem untuk mengkelaskan embrio manusia yang paling menakjubkan kerana didapati Al Quran yang telah dicatatkan pada kurun ke 7 masihi telah berjaya menerangkan dengan jelas sesuatu bukti yang begitu saintifik walaupun sains moden hanya mengetahuinya baru-baru ini. Al Quran telah memberikan penerangan yang begitu jelas sekali tentang tahap-tahap embriologi sebelum manusia sendiri menyentuh berkenaan bab-bab tersebut. Aspek terpenting yang dirujuk didalam Al Quran ialah tahaptahap pembentukan manusia didalam rahim ibu .Bagaimana tulang tulang dibentuk dan kemudianya daging pula akan dibentuk dan akhir sekali ialah keajaiban daging mambalut tulang-tulang tersebut didalam rahim. SUBHANALLAH.... Penemuan ini telah berjaya menutup mulut ramai pengkritik-pengkritik Al Quran(orang kafir) yang selama ini lantang menidakkan ayat-ayat suci yang di imani lebih 1.2 billion umat Islam seluruh dunia.Allah tidak akan membiarkan kalamNya dihina oleh manusia-manusia yang
BIRO PENERBITAN | PEKIP PUSAT Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta | Kementerian Kewangan Malaysia Aras 9 Perbendaharaan 2, No. 7 Pesiaran Perdana 62562 Putrajaya |Tel : 603 - 8888 9000 Email : pekip_news@yahoo.com

tidak kenal diuntung. Bagaimana perkara ini terbukti? Akhirnya ia terbukti apabila hasil dari kemajuan teknologi dalam kajian microskopik yang terkini oleh New Technological Developments mendedahkan bahawa kata-kata dalam Al Quran adalah benar sebenar-benarnya.Pemeriksaan microskopik telah menunjukkan bahawa pembentukan bayi didalam rahim ibu berlaku menepati tahap tahap seperti yang difirman didalam surah Al-Mukminuun Firman Allah dalam surah Al-mukminuun ayat 12-14 Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal)dari tanah kemudian kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh,kemudian kami ciptakan air benih itu sebuku darah beku lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi daging kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging .Setelah sempurna kejadian itu kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaanya. MAKA NYATALAH KELEBIHAN & KETINGGIAN ALLAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA Menurut Prof Keith Moore,pengarang buku yang terlaris dipasaran The Human Development tentang tahap pertama adalah yang dinamakan hadaq ayat yang dipetik dari surah at Thariq ayat 6 Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (kedalam rahim) Hanya sedikit yang diketahui tentang pengkelasan dan pengolongan embrio manusia sehinggalah kurun ke 20 masihi dan diatas sebab ini deskripsi tentang embrio manusia yang terkandung dalam Al Quran TIDAK BOLEH diasaskan atas pengetahuan saintifik kurun ke 7 masihi.SATU-SATUNYA konklusi yang munasabah yang boleh dibuat dari nya ialah diskripsi ini telah diberikan kepada Muhammad dari Tuhan kata Prof Keith Moore dalam satu sidang akhbarnya. RP Sumber rujukan http://www.quranandscience.com/human/135-dr-keith-mooreconfirms-embryology-in-quran.html

Anda mungkin juga menyukai