Anda di halaman 1dari 27

MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK

TAJUK 3

TEORI PENGENALAN SISTEM – MIDI & EQUALIZER

Tajuk 3 PENGENALAN PERISIAN MUZIK DAN


AMALI LATIHAN AMALI MENGGUNAKAN PERISIAN
MUZIK

3.0 Sinopsis

Dalam tajuk ini, di bahagian teori anda akan mempelajari tentang sistem MIDI sebagai
protokol bagi alat muzik elektronik. Anda akan mendalami operasi MIDI serta meneroka
penggunaan MIDI terhadap beberapa peralatan muzik elektronik. Selain daripada itu,
anda juga akan didedahkan kepada jenis-jenis alat equalizer yang digunakan dalam
proses menyeimbangkan frekuensi sesuatu bunyi audio.

Manakala dalam kuliah amali pula anda akan dikenalkan dengan perisian pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer seperti Music Ace dan Auralia. Perisian Music
Ace digunakan bagi mempelajari teori muzik melalui latihan-latihan yang disediakan
membolehkan seseorang meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam bidang teori
muzik. Perisian Auralia pula dapat membantu seseorang meningkatkan kemahiran
nyanyian aural melalui latihan-latihan pengukuhan yang disediakan.

3.1 Hasil Pembelajaran


1. Menghuraikan MIDI sebagai protokol elektronik dengan mengaplikasikan fail
muzik dalam format MIDI
2. Mengaplikasikan perisian Music Ace dalam latihan-latihan teori muzik
3. Mengaplikasikan perisian Auralia dalam latihan-latihan nyanyian aural .

3.2 Kerangka Tajuk

PENGENALAN SISTEM PENGENALAN PERISIAN MUZIK


DAN LATIHAN AMALI
MENGGUNAKAN PERISIAN MUZIK

MIDI sebagai Jenis-jenis dan


protokol elektronik peranan Equalizer
Music Ace Auralia

114
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

TEORI TAJUK 3
PENGENALAN SISTEM

3.3 MIDI SEBAGAI PROTOKOL ELEKTRONIK

MIDI bermaksud MUSICAL INSTRUMENT DIGITAL INTERFACE. MIDI menjadi suatu


piawaian bagi mengawal alat muzik elektronik seperti kibod, mesin dram, alatan MIDI tiupan
(wind controllers), alatan MIDI gitar (guitar controllers) dan juga komputer. Pada peringkat awal
peralatan MIDI dicipta sebagai serial interface bus untuk menghubungkan alat-alat muzik
elektronik ke komputer. Apabila kibod dimainkan, signal digital dihantar ke komputer melalui
sebuah kabel MIDI atau MIDI interface yang dipasang antara kibod dan komputer, yang
kemudiannya signal tersebut disimpan sebagai data di komputer (bukan bunyi muzik sebenar
dari kibod tersebut). Data ini kemudiannya boleh dihantar semula ke kibod tersebut atau alat
muzik elektronik yang lain untuk dibunyikan daripada penjana bunyi (sound generators) yang
terdapat dalam alat kibod tersebut.

MIDI IN MIDI OUT IN OUT

Kibod MIDI Interface Komputer

Rajah 3.1: Rangkaian Asas MIDI

MIDI Interface adalah sebuah peralatan elektronik yang


menterjemahkan data MIDI yang dihantar dari komputer,
membolehkan signal elektrikal dan kiraan masa (timing) di
kenalpasti oleh peralatan muzik seperti kibod atau synthesizer. Selain
membolehkan komputer menterjemah signal MIDI yang dihantar dari
kibod yang menjadi data nombor untuk dikesan oleh komputer.

Pada umumnya sebuah rangkaian MIDI boleh berkomunikasi dengan 16 saluran


peralatan muzik elektronik menerusi sistem hantaran data (MIDI OUT) terimaan data (MIDI IN)
dan laluan data (MIDI THRU).

MIDI OUT MIDI IN MIDI THRU MIDI IN MIDI THRU MIDI IN

Rajah 3.2: Rangkaian saluran MIDI

Rajah 3.2 menunjukkan hubungan komunikasi di antara peralatan MIDI di mana


komputer berfungsi sebagai master dan peralatan lain yang menerima data dari komputer
digelar slave. Komputer menghantar data ke terminal MIDI IN di interface. Data tadi keluar dari
interface melalui terminal MIDI OUT dan data tersebut dihantar ke terminal MIDI IN di peralatan
slave (kibod yang pertama) Kibod pertama yang menerima data ini akan mengeluarkan bunyi
muzik seperti yang telah diprogram dan dimainkan dari komputer. Data tesebut boleh dihantar

115
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

ke slave yang seterusnya melalui terminal THRU di kibod pertama dan masuk ke terminal MIDI
IN di kibod kedua. Begitulah seterusnya data dihantar sehingga slave ke 16 di mana ke semua
16 peralatan slave tersebut akan berbunyi serentak apabila data muzik dimainkan dari
komputer. Operasi ini boleh digambarkan seperti Rajah 3.8: Sistem Operasi MIDI Sequencer.
DAW yang beroperasi dalam komputer anda boleh diprogram supaya alat-alat muzik yang
digunakan dalam sebuah lagu MIDI ditentukan setiap track mengikut salurannya. Jadual berikut
adalah susunan track dan saluran MIDI sebuah lagu yang menggunakan 5 jenis alat muzik.

Track Saluran (CH) Alat Muzik (dari senarai patch)


1 1 Bass Akustik
2 2 Piano
3 3 Strings
4 4 Trumpet
5 10 Dram

Rajah 3.3: Jadual saluran MIDI

DAW = Digital Audio Workstation sila rujuk topik 1 muka surat 8.


Saluran 10 khas bagi bunyi alat dram sahaja.

Bagi memudahkan lagi operasi rangkaian komunikasi di antara master dan slave ini,
suatu sistem penetapan nombor saluran bagi setiap slave telah ditetapkan dalam sistem kibod.
Kibod synthesizer telah disempurnakan menjadi multi timbral yang berfungsi sebagai sebuah
workstation seolah terdapat 16 kibod dalam 1. Di dalamnya terdapat 16 saluran. Setiap saluran
boleh diatur dengan suatu alat muzik yang tersimpan dalam bank bunyi kibod tersebut.
Biasanya sesebuah synthesizer mempunyai beberapa bank bunyi yang menyimpan sebanyak
128 jenis alat-alat muzik setiap bank. Setiap bunyi alat muzik diberi nombor patch untuk tujuan
program MIDI.

Nama alat muzik

Nombor patch

Rajah 3.4: Patch alat muzik kibod

Oleh kerana kibod tersebut berfungsi sebagai workstation (music sequencer atau
DAW bagi komputer) yang boleh merakam dan memainkan muzik, maka terdapat 16 trek
dengan 16 saluran yang boleh diatur setiap satunya dengan alat-alat muzik seperti bass, piano,
trumpet, strings, dram (saluran 10 khas untuk dram) dan sebagainya. Seolah-olah sebuah
ensembel 16 alat muzik sedia untuk dimainkan serentak. Kini tidak perlu lagi mempunyai 16
orang pemain muzik atau 16 kibod untuk memainkan sesuatu muzik, hanya sebuah kibod multi
timbral boleh melaksanakan semua tugas tersebut.

116
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Terdapat dua set mesej MIDI (MIDI messages) yang merupakan kod-kod komputer iaitu
kod arahan dan kod data. Mesej MIDI inilah yang mengawal persembahan semua peralatan
MIDI.

Mesej Saluran
(Channel messages)

Merupakan arahan yang disebarkan kepada 16 saluran yang terdapat dalam sesuatu
peralatan MIDI. Arahan termasuklah permainan not, nilai ekspresi, mod persembahan
monofonik atau polifonik. Mesej saluran ini juga terdapat dua jenis iaitu bunyi dan mod.
Biasanya saluran bunyi MIDI termasuklah Note On, Program Change dan Control Change.
Note On= Data not yang dimainkan di kibod yang boleh dikawal bunyinya dengan kadar
kekuatan 0 hingga 127.
Program Change= Alat muzik atau patch yang terdapat dalam bank bunyi diberi
nombor khas bagi setiap alat muzik bagi penetapan saluran.
Control Change= Data yang terhasil dari sesuatu permainan kibod secara ekspresi
seperti dinamik, vibrato, sustain, glide dan sebagainya yang boleh dikawal dengan kadar
nombor yang ditetapkan .

Mesej Sistem
(System messages)

Merupakan arahan yang disiarkan kepada semua peralatan MIDI dan saluran MIDI.
Terdapat tiga jenis mesej sistem iaitu common, real time dan exclusive. Arahan-arahan tersebut
mengawal masa, data persembahan, kesan bunyi dan sistem MIDI pada peralatan muzik.

Pada masa sekarang terma MIDI juga merujuk kepada format fail (.mid) yang boleh
digunakan untuk menyimpan kod command MIDI. Fail-fail ini boleh digunakan untuk mengawal
peralatan elektronik yang dilengkapi dengan sistem MIDI seperti synthesizer, sampler dan
peranti MIDI yang lain.

Fail MIDI

Fail MIDI hanya diaplikasi pada muzik instrumental dan bukan untuk vokal. MIDI
menyediakan tapak yang kukuh untuk menghasilkan dan memuat naik muzik instrumental ke
internet. Terdapat banyak hardware dan perisian yang sesuai dengan MIDI yang boleh
digunakan untuk menghasilkan muzik dalam bentuk format MIDI.
Kelebihan pada fail-fail MIDI adalah kerana faktor kepadatannya. Muzik instrumental
MIDI yang mempunyai durasi 20 min hanya memerlukan ruang sebanyak 100kb dalam
simpanan data berbanding audio CD yang berdurasi 7.6 minit memerlukan lebih ruang
simpanan data sehingga 80mb.
Rahsia kepadatan fail MIDI ialah kerana ia tidak mengandungi audio. Sebaliknya ia
terdiri daripada turutan command yang mengandungi arahan untuk menghasilkan muzik.
Command di dalam fail MIDI mesti dihuraikan oleh hardware atau perisian yang dapat
menterjemahkan command tersebut kepada signal audio.

117
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Kita boleh mengandaikan MIDI sebagai nota muzik elektronik. Untuk mendengar muzik,
nota tersebut mesti dimainkan dengan sesuatu alat muzik elektronik. Hal yang demikian adalah
kerana not-nota tersebut bukanlah suatu bunyi, samalah halnya seperti MIDI kerana ia
bukanlah data audio.

Patch

Patch bermaksud satu aturan yang mengandungi ciri-ciri bunyi sesebuah alat muzik
seperti piano atau gitar. MIDI mempunyai 128 nombor-nombor patch atau program yang
merupakan kod-kod yang digunakan untuk mengenalpasti berjenis-jenis bunyi alat muzik.
Sesebuah peranti MIDI menggunakan suatu jadual yang mengandungi senarai patch-
patch untuk menentukan suatu nombor yang mewakili sesebuah alat muzik. Satu jadual patch
misalnya akan memberi nombor program 41 kepada violin, program 33 kepada bass akustik
dan program 23 kepada harmonika.

General MIDI

General MIDI telah dibangunkan oleh Roland Corporation dan Passport Designs.
General MIDI adalah satu spesifikasi umum bagi alat-alat muzik elektronik yang mengandungi
nombor yang diseragamkan untuk alat-alat muzik dan juga alat perkusi seperti dram. General
MIDI telah dibangunkan kerana masalah yang timbul akibat penggunaan alatan MIDI yang
pelbagai ragam. Sebelum ini alat-alat muzik synthesizer dari berlainan jenama mempunyai
susunan nombor alat muzik yang tidak tetap, menyebabkan sukar untuk berkongsi fail lagu-lagu
MIDI dengan alat-alat muzik elektronik dari jenama yang lain.

Di antara Ciri-Ciri General MIDI adalah:


i. Satu set bunyi seragam yang mengandungi 128 bunyi alat muzik yang disusun mengikut
pernomboran yang spesifik.
ii. Dapat memainkan 16 jenis alat muzik elektronik dengan serentak. Nama teknikal untuk
sistem ini adalah multitimbral. Ini bermaksud alat muzik General MIDi adalah terdiri
daripada 16 bahagian multitimbral.
iii. Dapat memainkan bunyi secara minima 64 suara/bunyi. Nama teknikal untuk sistem ini
ialah polifoni. Ini bermaksud alat muzik GENERAL MIDI mempunyai sekurang-kurangnya
64 suara polifoni.
iv. Boleh memainkan sekurang-kurangnya satu set alat dram. Aturan bunyi alat-alat perkusi
ini adalah sama mengikut kedudukan not-notnya bagi semua jenama alat muzik
elektronik.

118
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Simbol General MIDI

Perhatikan simbol-simbol di bawah ini untuk mengenal pasti alat-alat muzik yang
serasi dengan GENERAL MIDI.

GENERAL

MIDI GS XG

Peralatan MIDI

Synthesizer adalah sejenis hardware kibod elektronik atau juga sebuah perisian yang
beroperasi di dalam sebuah komputer. Alat muzik ini dapat menggabungkan dan memanipulasi
pelbagai ton (multi-timbral) dengan cara yang kompleks untuk menghasilkan pelbagai bunyi
termasuk bunyi alat muzik, kesan bunyi termasuk bunyi-bunyi alam sekitar dan sebagainya.
Sesetengah kad bunyi seperti kad bunyi dari siri SoundBlaster keluaran Creative Labs
mempunyai keupayaan seperti sebuah kibod synthesizer.

Rajah 3.5: Kibod Synthesizer Rajah 3.6: Perisian Synthesizer

Sampler

Sesebuah sampler adalah peranti yang dapat merekod bunyi-bunyi pendek daripada
bunyi alat muzik sebenar, suara seorang penyanyi atau suara kucing mengiau. Peranti ini juga
mempunayi disk drive untuk memuat dan menyimpan sampel-sampel bunyi. Terdapat panel
hadapan yang membolehkan pengguna mengedit sampel-sampel bunyi.
Apabila sesebuah sampler menerima command MIDI, ia memainkan sesebuah sampel
pada pic dan durasi yang ditentukan oleh command tersebut.

Rajah 3.7: Sampler

119
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

MIDI Sequencer

Sequencer adalah peranti yang merakam dan memainkan muzik. Alat ini menghasilkan
isyarat command yang dihantar kepada synthesizer dan sampler untuk memainkan muzik
manakala synthesizer dan sampler pula menghasilkan audio.

Rajah 3.8: Peralatan Sequencer


Rajah 3.9: Perisian Sequencer (DAW)

Kibod sebagai master

MIDI OUT

MIDI IN MIDI OUT

Sequencer

16 Kibod sebagai slave MIDI THRU MIDI IN

CH 1 CH 2 CH 3 CH 4

CH 5 CH 6 CH 7 CH 8

CH 9 CH 10 CH 11 CH 12

CH 13 CH 14 CH 15 CH 16

MIDI THRU MIDI IN MIDI THRU MIDI IN MIDI THRU MIDI IN

Rajah 3.10: Sistem Operasi MIDI Sequencer

120
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Pada awal tahun 80an ketika MIDI mula berkembang, kos untuk operasi
MIDI sequencer adalah tinggi kerana melibatkan penggunaan kibod
synthesizer yang banyak. Untuk mengatasi masalah tersebut muncul
kibod jenis multi-timbral yang berkeupayaan menampung 16 saluran
MIDI (16 kibod dalam satu). Kini dengan adanya teknologi muzik komputer, kos dalam
pembikinan muzik dapat dijimatkan dengan lebih produktif lagi.

Mesin Dram

Mesin dram digunakan bagi menggantikan manusia sebagai pemain dram. Berbagai
jenis rentak dari bossanova hingga rock n’roll tersedia dalam bank presets yang boleh
digunakan. Mesin dram ini juga boleh dimainkan secara lansung dengan cara mengetuk
pelapik-pelapik (pads) yang terdapat di permukaan mesin tersebut. Setiap pelapik telah
diaturkan dengan bunyi alat-alat dram seperti dram bes, dram getar, simbal, tom-tom dan alat-
alat kerincing seperti tamborin, conga dan lain-lain lagi. Anda juga boleh merakam rentak-rentak
yang anda reka sendiri dan simpan ke dalam bank mesin tersebut atau ke dalam cakera liut
untuk dimainkan semula kemudian. Selain itu, data rentak dram yang di rakam dalam komputer
atau sequencer boleh dihantar melalui MIDI untuk dimainkan menerusi mesin dram ini.

Rajah 3.11: Mesin Dram

Oleh kerana saluran 10 (MIDI CH10) adalah dikhaskan


kepada dram, semua alat muzik yang berkaitan seperti
mesin dram ini telah ditetapkan dengan saluran 10 juga

121
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

3.4 Jenis-Jenis dan peranan Equalizer

Alat memproses signal yang paling popular digunakan untuk mengubah tindak balas
frekuensi bunyi adalah alat elektronik yang dinamakan equalizer (Eq). Tahap sesuatu signal
boleh diubah samada dengan meninggikan atau mengurangkan sebahagian spektrum
bunyinya. Signal ini boleh diubah dengan dua cara iaitu ditingkatkan (boost) atau dipotong (cut),
dan dengan cara shelving.

Filter EQ
► Terdapat di dalam sistem
DAW atau Digital Audio
Workstation
► Hanya boleh memotong
frekuensi bawah atau atas
► Menyaring frekuensi High dan
Low

Rajah 3.12: Equalizer Filter

Shelf EQ
► Dua tombol bagi mengatur
frekuensi low dan high yang
telah ditetapkan
► Dapat menambah atau
mengurangkan frekuensi yang
telah sedia ada tetapi tidak boleh
memilih frekuensi lain untuk
ditambah atau dikurangkan
Rajah 3.13: Equalizer Shelf

Sweep EQ
► Boleh memilih frekuensi mana
satu yang hendak ditambah
atau dikurang
► Tidak dapat mengatur
kelebaran sesuatu frekuensi
kerana frekuensi lain di
sekitarnya akan terkesan
sama Rajah 3.14: Equalizer Eq

122
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Semi Parametric EQ
► Kombinasi antara Shelf EQ
dan Sweep EQ
► Bahagian middlenya boleh
diatur seberapa besar
gelombang frekuensi yang
hendak naikkan
► Bila Bandwidth atau Q
bertukar akan mempengaruhi Rajah 3.15: Equalizer Parametric
frekuensi lain

Fully Parametric EQ
► Setiap tombol boleh mengawal frekuensi seperti low, mid dan hi
samada hendak dipotong (cut) atau dikuatkan (boost)
► Bandwidth boleh diatur atau diselaraskan dengan seberapa lebar
frekuensi yang hendak diadun

Rajah 3.16: Equalizer Fully Parametric

Graphic EQ
► Frekuensi terhasil ditunjukkan secara graf
► Dibahagikan kepada beberapa filter
► Setiap bahagian adalah berbeza mengikut taburan filternya
► Filter terkecil terdiri daripada 10 filter yang digelar Octave Band
► Filter 2/3 octave mempunyai lebih daripada 10 filter yang ditaburkan
dalam jarak 2/3 oktaf
► Graphic Eq yang mempunyai 15 band dinamakan 2/3 octave
equalizer
► Equalizer 1/3 octave menawarkan kawalan tertinggi dengan
taburan frekuensinya adalah pada 1/3 oktaf
► Graphic Eq yang mempunyai 31 band biasanya berbentuk
slider dinamakan 1/3 octave equalizer

123
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Rajah 3.17: Equalizer Graphic

124
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

AMALI TAJUK 3
PENGENALAN PERISIAN MUZIK DAN LATIHAN AMALI MENGGUNAKAN PERISIAN MUZIK

3.5. MusicAce

Music Ace adalah sebuah perisian muzik yang menggabungkan kemahiran teori muzik
dan aktiviti permainan muzik secara interaktif. Perisian yang dibangunkan oleh syarikat
Harmonic Vision ini bersifat pengajaran dan pembelajaran muzik ini memudahkan sesiapa yang
ingin mempelajari asas teori muzik melalui permainan interaktif. Anda boleh mendapatkan
perisian versi demo (percubaan) ini secara percuma dari internet dengan memuat turun perisian
tersebut menerusi laman sesawang http://www.harmonicvision.com/forms/demoform.php.
Terdapat sebanyak 24 sesi aktiviti pembelajaran teori muzik yang terkandung dalam
perisian Music Ace. Manakala bagi versi Music Ace Maestro pula menyediakan sebanyak 48
sesi aktiviti pembelajaran. Di antaranya termasuklah isi pelajaran berikut:

1. Staff dan papanada


2. Mengenal pasti pic
3. Bacaan notasi
4. Kemahiran membaca notasi
5. Tanda-tanda syap dan flat
6. Tandanada
7. Pengetahuan asas kibod
8. Skel major
9. Oktaf
10. Klef trebel, bass dan grand staff
11. Jarak not semiton dan satu ton

Pastikan komputer anda telah dilengkapi dengan perisian Music Ace Sila
sesuaikan penerangan modul ini dengan perisian terkini yang sedang anda
gunakan. Perisian versi percubaan boleh dimuat turun dari laman berkaitan.

Buka perisian Music Ace


► Klik dua kali pada ikon
Music Ace di desktop
komputer anda

Muncul tetingkap pengenalan


Music Ace Demo
► Klik butang Start

Muzik pengenalan seharusnya bebunyi.


Sila laraskan speaker komputer anda
mengikut kadar kekuatan yang sesuai
dengan pendengaran anda.

125
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Muncul tetingkap pengguna


► Jika anda pertama kali menggunakan
perisian ini sila daftar nama anda Klik
► Klik butang New User dan taipkan
nama anda di kekotak yang disediakan Taip nama
► Tekan ENTER di kibod komputer

Muncul paparan pembelajaran Sesi 1: Mengenal sistem baluk

Preferences

Butang
Lesson
Butang Doodle
Pad

Butang Game

Butang Preferences
► Klik butang Preferences untuk penetapan aturan di komputer anda
► Muncul tetingkap butang-butang aturan.
► Klik butang-butang berkenaan bagi mengubah atau menyesuaikan aturan
yang anda kehendaki jika perlu.
► Klik butang Return to Main Menu untuk kembali ke paparan asal

Rupabentuk notasi Panduan klef, aras


kesukaran permainan
Pemilihan bentuk tetikus
Pemilihan jurupandu
Pemilihan output MIDI
Pemilihan input MIDI
Pemilihan output bunyi

126
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Music Ace menyediakan 24 sesi pembelajaran. Tetapi bagi versi demo


ini anda hanya dapat mengakses sebanyak 3 tajuk pertama sahaja.
Tajuk-tajuk yang disediakan adalah seperti berikut:
Sesi 1: Introduction to the Staff Sesi 13:The ABC’s of the Bass Staff
Sesi 2: Introduction to the piano Keyboard Sesi 14:Above the Bass Staff
Sesi 3: Playing with Pitch Sesi 15:Below the Bass Staff
Sesi 4: The ABC’s of Piano Keyboard Sesi 16:Same Pitch Different Timbres
Sesi 5: More Piano ABC’s Sesi 17: The ABC’s of the Grand Staff
Sesi 6: The ABC’s of the Staff Sesi 18:Half Steps and Whole Steps
Sesi 7: The ABC’s of the Treble Staff Sesi 19:More ABC’s of the Grand Staff
Sesi 8: More Treble Staff ABC’s Sesi 20:Sharps and Flats
Sesi 9: Keyboard Review Sesi 21:Sharps and Flats on the Staff
Sesi 10:Below the Treble Staff Sesi 22:More Sharps and Flats on the Staff
Sesi 11:Above the Treble Staff Sesi 23:The Key Signature
Sesi 12:Loud and Soft, Same Pitch Sesi 24:Introduction to Major Scales

Aktiviti pembelajaran Lesson


► Klik butang Lesson (berwarna
merah) di paparan Sesi 1
► Muncul paparan Introduction to the
Staff
► Sila ikuti pembelajaran seterusnya
secara kaedah interaktif

Butang-butang kawalan
► Klik butang Vol untuk melaras bunyi
► Klik butang ◄◄Skip untuk undur
► Klik butang Skip►► untuk langkah seterusnya
► Klik butang nombor 1 2 3 4 5 untuk pilihan tahap pembelajaran
► Klik butang Pause II untuk berhenti seketika
► Klik butang Resume► untuk meneruskan aktiviti

127
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Aktiviti permainan (Game)


► Klik butang Game untuk sesi
permainan notasi. Kekotak dialog
muncul dan pilih Yes serta klik
butang Start untuk memulakan
permainan.
► klik semula butang Lesson untuk
kembali ke aktiviti pembelajaran
► Klik butang Menu. Kekotak dialog
muncul dan pilih Yes untuk
menamatkan aktiviti ini serta
kembali ke paparan utama

Butang Game (berwarna hijau) yang terdapat di paparan Sesi 1


meyediakan aktiviti permainan yang sama seperti yang terdapat
pada paparan Introduction to the Staff

Aktiviti Sesi 2
► Klik butang Next untuk meneruskan
aktiviti pembelajaran sesi 2 dan sesi 3

Butang Progress

Butang Next

Mengukur Prestasi
► Klik butang Progress
► Muncul paparan
pencapaian pembelajaran
► Klik salah satu deskripsi
untuk mengakses aktiviti
tersebut

128
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Doodle Pad
► Klik butang Doodle Pad
► Muncul tetingkap Grand Staff
► Klik setiap menu bagi mengenalpasti kegunaannya

Klik folder
pilih lagu

Klik untuk
Buka folder memainkan muzik
simpanan berulangan kali
lagu anda
Klik untuk
memainkan
Buka
sebahagian muzik
paparan baru

Klik untuk
Laras tempo memainkan
keseluruhan muzik
Laras volume

Klik
Menulis not muzik
► Klik butang Grand Piano
untuk memilih bunyi alat Kilk dan heret
muzik
► Klik salah satu not
sambil heret ke atas
baluk samada di sistem
trebel atau bes
► Tuliskan not-not yang lain
di atas sistem baluk

Ketika anda mengheret not ke atas baluk, anda akan mendengar


bunyi pic di tempat not itu diletakkan. Gambar kibod juga
menunjukkan kedudukan not di atas baluk.

129
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

KilkPlay
Memainkan not-not yang
ditulis
► Klik butang Play dan
dengar bunyi setiap not
yang dimainkan

Memadam not
► Klik butang Delete Note Kilk not

► Klik pada not yang hendak


dipadam

Mengait not-not
► Klik butang Connect Notes
► Klik pada not yang hendak
dikait (dua not yang sama
baluk akan dikait - slur)

Jika anda klik pada not


lain yang tidak sama
baluk, satu not baru akan
muncul bersama not yang dikaitkan tadi

Menambah detik
► Klik butang Insert Beat
► Muncul tetingkap Insert Beat
dan pilih jumlah detik yang
diperlukan. Klik butang 1
untuk menambah satu detik
► Not-not berganjak ke kanan
untuk memberi ruang
► Klik butang Done untuk
tamatkan pemilihan
► Anda boleh menambahkan
not baru pada detik pertama
► Klik butang Delete Beat untuk
memadam detik

► Klik butang Menu untuk kembali ke paparan utama

130
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

3.6 Auralia

Sebuah perisian pembelajaran muzik yang hebat seperti Auralia adalah amat sesuai
digunakan bagi latihan aural dan pendengaran. Terdapat banyak siri latihan yang disediakan
bagi membantu seseorang meningkatkan kemahiran nyanyian aural serta menajamkan
pendengaran terhadap muzik. Perisian Auralia sesuai bagi semua peringkat umur, kebolehan
serta latar belakang muzik seseorang samada pengamal muzik klasik atau pun kontemporari.
Anda boleh menjadi seorang yang mempunyai pic yang tepat jika sentiasa mengamalkan
latihan-latihan yang disediakan dalam perisian ini. Versi demo atau pun percubaan perisian
Auralia boleh dimuat turun dari laman sesawang berikut: http://www.risingsoftware.com/auralia/

Keperluan sistem bagi komputer untuk menggunakan perisian Auralia


adalah seperti berikut:
Operasi Windows XP, Vista, 7 and 8 (32 & 64 bit)
Ruang cakera 200MB Hard Disk space
Pemacu CD-ROM or DVD-ROM Drive
Resolusi 1024 x 768 screen resolution minimum

Buka perisian Auralia


► Klik dua kali pada ikon
Auralia di desktop
komputer anda

Pilih English

Muncul tetingkap Auralia Demo


dan Auralia Wizard
Terminologi
► Pilih English di kekotak Langguage
► Pilih Terminology yang sesuai bagi
nama not dan kord
► Klik butang Next

131
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Sound Device
Muncul tetingkap Question
and Answer Sounds
► Pilih kad bunyi yang digunakan
oleh komputer anda di kekotak
MIDI Output – Device (Microsoft
GS Wavetable SW Synth) Laras Volume
► Laras kadar bunyi di tatal Volume
► Jika anda memasang kabel MIDI
di komputer anda sila pilih MIDI
Input yang berkaitan atau
► Klik butang Next

Muncul tetingkap Pictures


Pilihan bentuk
and Sounds
gambar
► Pilih mana satu reka bentuk
gambar yang ingin dipaparkan
bagi pilihan jawapan
► Pilih sistem bunyi speaker
komputer anda Sistem bunyi
speaker
► Tandakan cara bunyi
dimainkan
► Klik butang Next

Muncul tetingkap User Name


► Isikan ruang nama pengguna
dan kata laluan di Login
Details
► Pilih salah satu jenis suara di
Voice type
► Klik butang Finish

Setiap kali apabila anda ingin memulakan


perisian Auralia, anda dikehendaki
memasukkan kata laluan seperti yang telah
ditetapkan di atas

132
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Tetingkap Login
► Isikan nama dan kata laluan anda
► Klik butang Start untuk memulakan
pembelajaran dengan Auralia
► Klik butang New jika anda tiada
nama dan kata laluan. Ikut seperti
langkah 5 di atas
► Muncul tingkap Welcome dan klik
butang OK

Pastikan anda salin User Name dan Password. Simpan


sebagai rujukan bagi kegunaan akan datang. Setiap kali
bila anda ingin membuka perisian ini memerlukan kata
laluan yang telah ditetapkan.

Tetingkap Welcome to Auralia


► Klik butang Start jika anda telah
bersedia
► Muncul tetingkap Auralia Demo

Auralia menyediakan beberapa menu iaitu Jeda dan Skel,


Kord, Irama, Harmoni dan Form, serta Pic dan Melodi.

Anda boleh memilih tajuk-tajuk yang disediakan dalam setiap menu


tersebut

133
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Menu

Klik tajuk pelajaran Scales

Syllabus
Menu Intervals & Scales Level
► Klik tajuk Scales dari senarai
► Muncul tetingkap Scales Level
Selection
► Dalam kekotak Syllabus, pilih
Demo Syllabus
► Pilih tahap Easy dari senarai
Level
Start
► Klik butang Lessons untuk
mengetahui berkaitan skel
► Klik butang Start apabila anda
telah bersedia untuk Lessons
memulakan pelajaran skel

Muncul tetingkap Scales Drill


► Dengar bunyi audio sebuah skel yang dimainkan
► Pilih salah satu butang yang sesuai dengan bunyi skel tadi samada
Harmonic minor atau Major
► Klik butang Replay untuk mendengar semula bunyi skel
► Anda boleh mengubah kelajuan tempo dengan melaras tatal Tempo
► Klik butang OK jika anda telah memilih butang jawapan yang betul

134
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Tatal Tempo

Butang jawapan

Replay
Piano
Keyboard

Anda boleh cuba meneka bunyi skel dengan bantuan


papanada kibod yang tertera di bawah paparan.
Jika jawapan anda betul, sebuah tetingkap Scales Result
akan muncul dengan status correct bersama tanda √ atau tanda X bagi
jawapan yang salah

Muncul tetingkap Scales


Result
► Pilih butang Continue Butang Yes
Practising √ Yes untuk
meneruskan latihan skel
seterusnya
► Pilih butang Next Level
untuk latihan aras Medium

Muncul tetingkap Score


► Menunjukkan markah
yang anda perolehi dari
beberapa siri latihan yang
telah dilaksanakan
► Klik butang OK

135
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Muncul tetingkap Scales Drill bagi Skel Mod


► Dengar bunyi audio sebuah skel mod yang dimainkan
► Pilih butang Solfege Ladder
► Muncul tetingkap Solfege di sebelah tetingkap Scales Drill
► Klik butang-butang solfa yang bersesuaian dengan bunyi skel
tersebut atau pilih salah satu butang Dorian atau Lydian
► Klik butang OK

Butang Solfege

Muncul tetingkap Scales Result


► Pilih butang Continue Practising √ Yes untuk meneruskan latihan skel
seterusnya
► Pilih butang Next Level untuk latihan aras yang lebih tinggi iaitu Advanced
► Klik butang Exit Topic untuk mengakhiri latihan skel
► Muncul tetingkap Score dan klik butang OK

Paparan kembali ke halaman utama Auralia. Anda boleh


meneruskan latihan aural dengan memilih tajuk yang lain.
Anda boleh juga memantau dan menguruskan aktiviti latihan yang telah
dilaksanakan menerusi halaman ADMIN.
Klik butang tersebut dan akan muncul paparan Auralia Control Centre.
Terdapat beberapa menu dalam paparan pengurusan (Admin) termasuklah
Students and Classes, Syllabus, Test and Worksheets, Courses dan Result and
Reports

Butang ADMIN

136
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Menu Students and Classes


► Klik menu Students and Classes
► Di bahagian User Details isikan maklumat pengguna, kata laluan, kelas,
jenis suara, akses dan identiti.
► Klik butang New User untuk mendaftar pengguna baru
► Klik butang Import Students untuk mengimport nama pelajar dari fail lain
(contoh Excel) dan boleh didaftar sebagai pengguna baru
► Di bahagian Class Details anda boleh memilih nama kelas, guru dan
matapelajaran dari Auralia
► Anda boleh menetapkan beberapa perkara yang berkaitan di butang
Settings, Topics & Levels, Professor serta membuka kelas yang baru

Menu Syllabus
► Klik menu Syllabus
► Di bahagian Syllabus Details
dan Syllabus description
menerangkan perisian Auralia
demo
► Di bahagian Rhythm
Terminology pilih bahasa
istilah yang ingin digunakan
► Di bahagian Solfege Options
pilih salah satu kaedah
nyanyian solfa

137
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Menu Test & Worksheets


► Klik menuTest & Worksheets
► Di bahagian Test Details
menerangkan nama dan
deskripsi latihan yang
berkaitan
► Terdapat kekotak-kekotak
berkaitan ujian dan pelaporan

Menu Courses
► Klik menu Courses
► Di bahagian Courses Details
menerangkan nama dan
deskripsi latihan yang
berkaitan
► Terdapat kekotak-kekotak
berkaitan kursus dan
pelaporan

Menu Results & Reports


► Terdapat beberapa sub menu
seperti List and Settings,
PractiseResults, Course
Results and Status dan
Options
► Menu-menu tersebut
mengandungi laporan kelas,
kursus, kelas, pelajar dan
pencapaian ujian serta
statusnya
► Menu Options pula adalah
bahagian yang berkaitan
dengan pencetakan pelaporan

Klik butang Topics untuk kembali ke paparan utama Auralia

138
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Anda tentu telah mahir melaksanakan semua latihan yang


terkandung dalam menu Intervals & Scales. Tahniah!
Sila terokai menu-menu yang lain dengan membuat semua
latihan yang terkandung di dalamnya. Anda pasti akan memiliki
tahap kemahiran pendengaran dalam yang tinggi.
Apakah jenis latihan yang dapat meningkatkan kemahiran anda dalam
bacaan semerta? Bagaimanakah anda dapat gunakan latihan tersebut
sehingga berjaya membaca skor notasi tanpa iringan alat muzik?

3.7 Rumusan

Pengetahuan tentang MIDI dan sistem protokolnya akan dapat membantu anda
mengaplikasi peralatan muzik elektronik masakini. Jenis-jenis peralatan muzik yang dilengkapi
dengan sistem MIDI adalah kibod synthesizer, sampler, mesin dram dan lain-lain lagi. Kabel
MIDI atau kabel USB diperlukan untuk menghubungkan peralatan dengan komputer atau
sequencer. Dengan menggunakan peralatan audio interface, not-not yang dimainkan di kibod
dalam bentuk data MIDI boleh dirakam ke dalam komputer atau alat perakam MIDI seperti
sequencer yang kemudiannya boleh bertukar menjadi data audio. Bunyi-bunyi alat muzik yang
terkandung dalam kibod atau perisian muzik di dalam komputer diberi nombor patch supaya
selaras dengan piawaian General MIDI (GM). Dengan itu sesuatu muzik MIDI boleh dimainkan
dengan sebarang jenama peralatan kibod atau perisian muzik.
Peralatan equalizer (eq) digunakan dalam kerja-kerja memproses signal bunyi audio
dengan cara meningkatkan dan memotong frekuensi untuk mendapat keseimbangan dalam
menghasilkan mutu sesuatu bunyi. Jenis-jenis eq yang digunakan adalah bergantung kepada
kesesuaiannya untuk mengubah frekuensi yang bersifat rendah, sederhana dan tinggi.
Pembelajaran muzik secara interaktif dengan menggunakan perisian Music Ace dan
Auralia merupakan kaedah yang efisien dalam mengukuhkan kemahiran teori dan aural
seseorang. Dengan melaksanakan latihan-latihan teori yang disediakan dalam perisian Music
Ace anda boleh belajar secara kendiri dan menilai hasil jawapan yang anda perolehi.
Kemahiran pendengaran dan bacaan semerta anda juga akan bertambah cekap jika semua
latihan-latihan di dalam setiap menu yang terdapat dalam Auralia berjaya diamalkan.

139
MZU3233 TEKNOLOGI MUZIK
TAJUK 3

Latihan Tambahan

1. Lukiskan sebuah gambarajah lengkap pemasangan peralatan muzik di studio anda mengikut
rangkaian sistem MIDI. Peralatan yang anda perlu sediakan adalah seperti berikut:
a) Komputer atau sequencer
b) Kibod synthesizer
c) Mesin Dram
d) MIDI/Audio Interface, kabel MIDI atau USB
e) Sistem bunyi

2. Ketika anda sedang memainkan sebuah muzik audio melalui sistem bunyi, anda mendapati
mutu audio tersebut kurang seimbang dari segi frekuensinya. Cadangkan langkah-langkah
yang anda boleh laksanakan untuk menyeimbangkan frekuensi bunyi audio tersebut dengan
menggunakan sebuah alat equalizer.

3. Anda mendapati murid-murid kelas anda sangat lemah dalam topik skel (tangganada).
Sediakan sebuah manual pembelajaran berkaitan topik tersebut dengan menggunakan
perisian Music Ace.

4. Dengan melaksanakan lima jenis latihan yang terdapat dalam beberapa menu perisian
Auralia, sila cetak laporan prestasi berdasarkan latihan-latihan yang telah anda laksanakan.

Bacaan Tambahan

1. Williams, David Brian and Webster, Peter Richard. Experiencing Music Technoloy, 2nd.
ed. Schirmer, Belmont CA: Wadsworth Group/Thompson Learning, 1999. R. Alten,

2. R. Alten, Stanley. Audio in Media: The Recording Studio. Belmont: Wadsworth


Publishing Company, 1999.

3. Auralia 4: Ear Training - Perfect Pitch Software for Windows and Mac, 2013.
http://www.risingsoftware.com/auralia/

4. Music Ace. Harmonic Vision, Software that Brings Music to Life, 2013.
http://www.harmonicvision.com/index.htm

140

Anda mungkin juga menyukai