Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2023

TAHUN 1 IBNU MAJAH

MASA 11.00 – 11.30

TARIKH 27 Mac 2023/ Isnin


/HARI

TAJUK Aktiviti Suai Kenal (Kapal Terbang Saya)

OBJEKTIF 1. Murid dapat mengenali rakan berdasarkan kriteria masing-


masing
2. Murid dapat mewujudkan keseronokan semasa belajar

KRITERIA Murid berjaya mengenali rakan melalui kriteria yang ditulis


KEJAYAAN

PAUTAN https://youtu.be/NWOf1viwoGA

AKTIVITI 1. Setiap murid diberi sehelai kertas dan diminta


menggambarkan diri sendiri. (Tidak dibenarkan menulis
nama dalam kertas)
2. Murid membuat origami kapal terbang menggunakan kertas
tersebut dan meluncurkan ke udara.
3. Setiap murid diminta mengutip satu kapal terbang dan
membukanya.
4. Cari rakan berdasarkan gambaran pada kertas tersebut

REFLEKSI
7 / 8 murid dapat mencapai objektif pembelajaran dengan baik
yang mana dapat mengenali rakan-rakan melalui kriteria yang
ditulis
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2023

TAHUN 1 IBNU MAJAH

MASA 11.30 – 12.00

TARIKH 27 Mac 2023/ Isnin


/HARI

TAJUK Aktiviti Fizikal (Di mana Saya)

OBJEKTIF 1. Murid dapat mewujudkan keseronokan dan terlibat secara


aktif
2. Murid dapat mengenali warna, bentuk dan ciri-ciri yang
dinyatakn oleh guru

KRITERIA Murid berjaya mengenali warna, bentuk, rakan-rakan dan ciri-ciri


KEJAYAAN yang dinyatakan

PAUTAN

AKTIVITI 1. Guru meminta murid menunjukkan objek atau individu


seperti arahan berikut:
Tunjukkan saya:
i. Objek yang berwarna ….
ii. Di mana … (nama murid)
iii. Tempat duduk … (nama murid)
iv. Murid yang memakai cermin mata
2. Guru mengucapkan Syabas dan tahniah kepada semua
murid yang terlibat secara aktif

REFLEKSI
7 / 8 murid dapat mencapai objektif pembelajaran dengan baik
yang mana dapat mengenali warna, bentuk, dan ciri-ciri yang
dinyatakan guru
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MINGGU ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2023

TAHUN 1 IBNU MAJAH

MASA 12.00 – 12.30

TARIKH 27 Mac 2023/ Isnin


/HARI

TAJUK Aktiviti Pembelajaran (Literasi Bahasa Melayu)

OBJEKTIF 1. Murid dapat menyampaikan cerita berkenaan tajuk yang


dipilih
2. Melatih murid-murid membaca dan menyampaikan cerita
kepada orang lain

KRITERIA Murid berjaya menyampaikan cerita kepada rakan-rakan


KEJAYAAN

PAUTAN

AKTIVITI 1. Guru menyediakan 6 cawan kertas yang dilekatkan nombor


1 - 6. Setiap cawan kertas akan mempunyai tajuk cerita
yang berbeza.
2. Murid memilih satu nombor.
3. Murid bercerita berdasarkan nota yang terdapat dalam
cawan kertas yang dipilih.

Contoh tajuk cerita:


a. Apakah haiwan yang anda suka?
b. Sesuatu mengenai semalam
c. Sesuatu tentang masa kecil anda
d. Sesuatu yang anda pelajari minggu lalu
e. Sesuatu yang anda suka
f. Sesuatu yang anda tonton atau dengarkan

REFLEKSI
7 / 8 murid dapat mencapai objektif pembelajaran dengan baik
yang mana dapat bercerita kepada rakan-rakan

Anda mungkin juga menyukai