Anda di halaman 1dari 2

Peraturan Permainan Sukan Tahun 5

TUJU GULI

Syarat dan Peraturan

1. 4 kumpulan akan mulakan perlawanan secara serentak setelah wisel dibunyikan.


2. Pemain pertama akan melontar atau meleretkan ibu gulinya kepada semua guli yang
berada di dalam Bulatan Sasaran agar terkena.
3. Sekiranya tidak mengena, guli tersebut diambil semula dan pemain kedua akan
membuat lontaran kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua
pemain selesai membuat lontaran ke atas guli lainnya.
4. Setiap pemain wajib melontar sekali dan mereka dibenarkan melontar secara bergilir
sehingga tamat masa yang ditetapkan iaitu 3 minit.
5. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah guli yang terkena dan keluar dari
Bulatan Sasaran. Guli yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
6. Peserta tidak boleh melebihi garisan yang ditetapkan. Jarak garisan ialah 2m.
7. Guli yang berada di atas garisan tidak dikira.
8. Jika ibu guli tidak keluar bulatan, pemain tidak boleh meneruskan permainan.
9. Syarat batal: pijak garisan/melebihi garisan

Peralatan

Guli-100

Tali pengukur-1

Tepung

Wisel-1

Stopwatch-1

PERMAINAN BALING GETAH

Syarat dan Peraturan

1. 4 kumpulan akan mulakan perlawanan secara serentak setelah wisel dibunyikan.


2. Setiap peserta akan dibekalkan dengan 2 utas getah yang akan digunakan untuk
membaling sasaran.
3. Pemain akan melontar getahnya ke muncung botol secara bergilir dalam kumpulan
masing-masing.
4. Tidak dibenarkan untuk menukar giliran lontaran dengan peserta lain atau memotong
giliran peserta lain.
5. Syarat batal: pijak garisan/melebihi garisan melontar
6. Getah tergantung di muncung botol dikira. Kumpulan yang mengumpul jumlah getah
paling banyak dikira pemenang.
7. Tidak melebihi tempoh masa yang ditetapkan iaitu 2 minit.

Peralatan

Getah-40

Botol berisi air-4

Tali pengukur-1

Wisel-1

Stopwatch-1

JARING BOLA

Syarat dan Peraturan

1. 2 kumpulan akan mulakan perlawanan secara serentak setelah wisel dibunyikan


2. Setiap peserta perlu melakukan sekali jaringan sahaja.
3. Permainan tidak melebihi tempoh masa yang ditetapkan iaitu 3 minit.
4. Jaringan terbanyak dikira pemenang
5. Sekiranya jumlah jaringan sama, wakil kumpulan akan buat
jaringan sebagai penentu kedudukan tempat pemenang.

Peralatan

Bola jaring-2

Tiang jaring-2

Wisel-1

Stopwatch-1

Anda mungkin juga menyukai