Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh

Alhamdulillah hirabil alamin, wasalatu, wasalamu asyafil anbiyai wal musalin,


wa ala alihi wasah bihi ajmain

Segala puji-pujian bagi Allah SWT, Tuhan sakalian alam yang telah
mengizinkan kita untuk sama2
Berhimpun di dalam program Sentuhan Kalbu pada malam yang indah ini.

Marilah kita panjatkan kesyukuran dengan limpah kurnia dan nikmat yang
begitu mendalam dan bermakna untuk kita semua

Pada malam yang berbahagia ini juga, cikgu akan bercakap tentang ‘PELUANG
YANG KITA ADA’.

Rakan2 Guru yang dihormati dan Anak2 Soleh SMK Dato’ Ali Haji Ahmad yang
cikgu kasihi…

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati

1. ‘Peluang yang kita ada’ dengan nikmat sihat mesti digunakan untuk
perkara yang berfaedah.

Waktu yang sehat menjadi mahkota berharga bagi orang yang sakit.
Sebab itu kita sendiri dianjurkan untuk menjaga kesihatan diri supaya
mental, fizikal dan emosi berkualiti. Kualiti tersebut dapat digunakan
untuk memacu perubahan kehidupan yang lebih baik.

Oleh itu memelihara kesihatan dengan mengamalkan cara hidup seperti


anjuran nabi Muhammad saw adalah sebaik2 panduan bagi kehidupan
kita. Maka, jadilah orang yang benar2 bijak memanfaatkan waktu sehat
dengan memperbanyakkan amalan yang mendekatkan diri kepada
Tuhan.

2. Peluang yang kita ada - nikmat masa muda mestilah diisi dengan
pelbagai ilmu dan kemahiran. Masa muda adalah masa untuk berjuang
mendapat ilmu dan beribadah bersungguh kepada Allah swt.
Masa muda merupakan masa yang sangat berharga seumur hidup,
kerana sesiapa yang memanfaatkan waktu untuk dirinya, dia akan
beruntung dan selamat
Barang siapa mensia-siakan masa muda dengan godaan hawa nafsu dan
berfoya2, maka dia adalah orang yang rugi.

Ada petikan kata hikmah, jika kau berada di waktu pagi, maka
janganlah engkau menunggu waktu siang. Dan jika engakau berada
diwaktu siang, janganlah engkau menunda sampai hari esok. Gunakan
lah waktu sihatmu untuk mencari bekal diwaktu sakit, dan hidupmu
untuk mencari bekal diwaktu sesudah mati.

3. Peluang yang kita ada dengan nikmat kaya (memiliki sumber).


Manfaatkan apa yang disediakan oleh ibu bapa dengan pelbagai
keperluan pembelajaran untuk meningkatkan tahap penguasaan dan
pencapaian diri dalam pelajaran. Sekali lagi cikgu memetik kata2
hikmah dp Rasullullah Saw iaitu kaya sebelum miskin.
Kekayaan yg ada menjadikan seseorang berupaya membuat kebajikan
seperti bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.

4. Peluang yang kita ada dengan nikmat lapang memberi peringatan


kepada kita supaya jangan sesekali mengabaikan waktu kita dengan
perkara yang sia2 atau membiarkan sahaja hari berlalu tanpa ada
sebarang makna.

Waktu lapang yang kita miliki inilah digunakan sebagai satu peluang
untuk menambah usaha dan inisiatif kita menggali sebanyak mungkin
ilmu.

Pada anak2 pelajar yang masih mengikuti sesi PDPR, banyak masa
lapang yang boleh diisi dengan membaca buku dan mengulang kaji
pelajaran.

5. Peluang yang kita ada dengan nikmat masih hidup. Masa hidup inilah
perlu diisi dengan pelbagai amalan kebajikan. Pasanglah niat untuk
memperbaiki amalan diri agar menjadi insan yang diredhai Allah dan
menjadi hamba Allah yang mendapat naunganNya diakhirat nanti. Kita
sebagai hambaNya tidak lupa untuk mentaati segala perintahNya dan
menjauhkan diri dari melakukan perkara yang membawa kepada
kemungkaran.

Oleh itu marilah kita mengambil iktibar dari peluang yang kita ada dengan
lima perkara yang awal sebelum datangnya lima perkara yang lain ketika
masih ada waktu untuk diri kita di bumi Allah swt ini

Sebagai kesimpulannya, sikap alpa, lalai dan leka seperti bermain game
berlebihan, menghabiskan masa ketagihan dengan permainan di telefon
bimbit mahupun kusyuk dengan bermedia sosial, bertwiter, facebook dan
instagram hakikatnya merugikan kita

Sekian dahulu daripada saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai