Anda di halaman 1dari 5

UNIT KURIKULUM SKDD1 2021

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PANITIA/LDP

1. Nama Program : Teaching Reading Skills


2. Tarikh : 6 Mac 2021
3. Hari / Masa : Sabtu / 8.30 pagi
4. Tempat : Kediaman Guru (Google Meet)
5. Objektif : Menambah pemahaman guru-guru tentang teknik mengajar kemahiran
membaca dengan betul.
6. Sasaran : Guru Bahasa Inggeris
7. Butiran aktiviti : i) Ketua panitia memberi ucapan alu-aluan sebelum bermula taklimat.
ii) Pembentang menerangkan tentang kaedah yang dapat digunakan
oleh guru untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca
dalam kalangan murid.
iii) Pembentang dan guru-guru bersoal jawab tentang kaedah yang
boleh digunakan dalam mengajar kemahiran membaca.
iv) Pembentang menerangkan aktiviti yang dapat dijalankan untuk
mengajar murid yang lemah.
v) Pembentang mengedarkan soalan kuiz kepada guru-guru untuk
menguji kefahaman guru-guru tentang teknik mengajar kemahiran
membaca.
vi) Guru berkongsi idea tentang cara mengajar kemahiran membaca
dengan betul.
vii) Guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
bersimulasi tentang cara pengajaran teknik membaca dengan
betul.
viiii) Pembentang membuat kesimpulan tentang tek nik mengajar
kemahiran membaca.
8. Penilaian Program :
UNIT KURIKULUM SKDD1 2021

8.1 Kekuatan Program :


i) Program ini dapat membantu guru meningkatkan kemahiran tentang
teknik pengajaran kemahiran membaca dengan betul.
ii) Program ini mampu menambah idea guru-guru tentang cara yang betul untuk mengajar
kemahiran membaca.
iii) Program ini membantu menjana idea-idea yang lebih baik yang dapat digunakan dalam
pengajaran.
iv) Program ini membimbing guru tentang pengajaran kemahiran membaca dengan lebih efektif.

8.2 Kelemahan Program :

i)Terdapat beberapa orang guru yang tidak dapat mengikuti penyebaran


ini sepenuhnya kerana kekangan tertentu seperti masa dan akses
internet.
ii) Audio yang kurang jelas semasa pembentangan dilakukan.
iii) Guru kurang kemahiran tentang teknik mengajar membaca dengan betul.

9. Cadangan Penambahbaikan :
i) Guru perlu mempunyai akses internet yang lebih baik.
ii) Guru perlu melakukan lebih banyak pembacaan untuk meningkatkan kemahiran tentang
teknik mengajar teknik membaca dengan betul.
iii) Ketua panitia perlu memastikan semua guru memaklumkan lebih awal tentang
ketidakhadiran guru ke dalam program.
iv) Menjemput guru pakar atau JU untuk memberi taklimat supaya pendedahan yang
diberikan lebih efektif.
v) Program juga perlu dijalankan secara bersemuka supaya keberkesanan dan pemahaman
lebih meningkat.
10. Maklumbalas guru
1. Program ini membantu memberikan idea yang lebih baik dalam mengajar kemahiran
membaca.
2. Program ini juga menambahkan ilmu guru-guru tentang teknik mengajar kemahiran membaca
dengan lebih efektif.
3. Program ini mampu meningkatkan kefahaman guru dan seterusnya membantu murid belajar
dengan lebih baik.
4. Membimbing guru tentang cara memilih bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap murid.
5. Membantu guru tentang bagaimana mengajar murid dengan kemahiran yang rendah.
UNIT KURIKULUM SKDD1 2021

6. Menambahbaik kemahiran guru tentang cara mengajar kemahiran membaca dengan lebih
baik.

Disediakan oleh : Disahkan :

............................................................. ................................................................
( Muhammad Thaqif bin Mahadi ) (En. Ahmad Kamal b Mohammed Arshed)
Ketua Panitia Penolong Kanan Kurikulum
SK Damansara Damai 1
UNIT KURIKULUM SKDD1 2021

LAMPIRAN
UNIT KURIKULUM SKDD1 2021

Anda mungkin juga menyukai