Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KG MAJU JAYA Kod Sekolah: JBA 1024

1. Nama Guru
SITI NOOR FADHILAH BINTI YAKUB

Petua Mendidik Anak Menjadi Bidang:


2. Judul
Insan Positif Motivasi
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:
6. Tempat Pembentangan

7 Sinopsis
.
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik
anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut
kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa
yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli
motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya
berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat
generasi akan datang.
        Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-
anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif,
psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua
pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran
bermasyarakat”.
       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan
keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan
yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat
positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran
seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam
pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar,
membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan
komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama
keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi,
potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak
menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga
supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif
berjaya.
8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran
.
1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti  (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan  (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


.
1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa
2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains
kebakaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI NOOR FADHILAH BINTI YAKUB ) (PN. ROSZIAH BINTI JOHAR )

Anda mungkin juga menyukai