Anda di halaman 1dari 2

Aplikasi kecerdasan pelbagai

Menurut Gardner (1983,1991) kecerdasan adalah sesuatu yang dinamik dan boleh
diperkembangkan. Tambahan kecerdasan bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi atau
diwarisi daripada faktor genetik semata-mata tetapi faktor persekitaran dan budaya memainkan
peranan dalam pembentukan kecerdasan pelbagai. (Siti Kausar Zakaria & Mohd Noor Daud,
2020). Kecerdasan adalah keupayaan untuk menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang
bernilai kepada seseorang atau masyarakat dari pelbagai budaya. Pengetahuan dalam
mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran dan pengajaran adalah penting agar
pelajar dapat menilai, menggunakan serta menghubungkaitkan setiap kecerdasan pada diri
sendiri dan dapat meningkatkan kemahiran belajar dan pencapaian akadmik. (Peng.K.A. et.al,
2021)

Satu kajian yang dijalankan oleh Siti Kausar Zakaria & Mohd Noor Daud (2020) tentang
Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar IPTA Berdasarkan Jantina menunjukkan pelajar
lelaki lebih tinggi dalam logik matematik, interpersonal, intrapersonal, visual ruang, kinestetik
badan, muzik dan naturalis berbanding pelajar perempuan. Sementara pelajar perempuan lebih
tinggi dalam verbal linguistik dan rohani berbanding pelajar lelaki. Kajian merumuskan jantina
mempunyai implikasi yang penting kepada kecenderungan pelajar dalam memilih gaya
pembelajaran tertentu.

Peng. K.A et. al (2021) telah menjalankan kajian bertujuan untuk mengkaji hubungan
antara domain kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik subjek Pengajian Perniagaan
terhadap pelajar sekolah Menengah di Larut Matang dan Selama, Perak. Hasil kajian
menunjukkan terdapat empat domain kecerdasan pelbagai mempunyai hubungan korelasi positif
berdasarkan pekali korelasi Pearson 0.01 (p<0.01) iaitu domain kecerdasan linguistik r=362,
p=0.00, domain kecerdasan spatial r=4.16, p=0.00, domain kecerdasan Muzik r=0.18, p=0.00
dan domain kecerdasan interpersonal r=0.567, p=0.00 manakala subjek logikal matematik r=-
270, p=0.00 tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap pencapaian akademik subjek
Pengajian Perniagaan. Implikasi kajian ini adalah supaya dapat mendorong pelajar mengenal
pasti kekuatan, meningkatkan potensi dan mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis dalam
akademik.
Dengan memahami tentang gaya belajar pelajar, guru dapat mempelbagaikan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pelajar juga dapat mencari teknik yang sesuai untuk
belajar dan menjadikan pelajar itu lebih bermotivasi apabila dapat belajar cara yang sesuai
dengan mereka dan memastikan pelajar dapat mengaplikasikan kebolehan kecerdasan pelbagai
dalam kerjaya mereka. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai kecerdasan verbal atau lingustik
mempunyai ciri-ciri seperti suka membaca, menulis, bercerita, dan mencipta puisi, mempunyai
kerjaya yang sesuai dengannya ialah guru, pemberita, peguam, penceramah dan jurujual.

Reference

Peng.K.A, Mohd Asri Mohd Noor & Nor Azrin Md Latip. (2021), Hubungan Kecerdasan
Pelbagai Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Subjek Pengajian Perniagaan di
Larut Matang dan Selama, Perak. Management Research Journal. Vol. 10 No.1(2021),
123-136\

Siti Kausar Zakaria & Mohd Noor Daud (2020), Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar
IPTA Berdasarkan Jantina. Sains Sosial dan Kemanusiaan, UPSI, Tanjung Malim,
Malaysia. Jurmal Dunia Pendidikan. E-ISSN:2682-826X. Vol. 2, No. 3, 237-253,2020

Anda mungkin juga menyukai