Anda di halaman 1dari 5

USUL BAHAS GURU JPNPP 2022

PUSINGAN AWAL PERTAMA :


Kesihatan Mental Guru seperti Telur di Hujung Tanduk

PUSINGAN AWAL KEDUA :


DLP Membuka Jurang Kecemerlangan Pendidikan

PUSINGAN AWAL KETIGA :


Pengupayaan STREAM Belum Menjadikan Kita Masyarakat 4.0

Norasikin : Timbalan Perdana Menteri / Pembangkang Kedua

PUSINGAN AWAL PERTAMA :


Kesihatan Mental Guru seperti Telur di Hujung Tanduk

Timb. Perdana Menteri

1. Hadir di seberang sana dengan pelbagai tekanan. Namun, saya ceriakan dengan
sebuah senyuman. Sebelum itu, terima kasih buat tuan yang di pertua, rakan-rakan
di perwakilan kerajaan, barisan pembangkang, dan seterusnya hadirin yang
bersidang sekalian. Assalamualaikum dan salam perdebatan saya titipkan. Tuan yang
dipertua, bergerak selaku timbalkan perdana Menteri pada hari ini masih berdiri
teguh di belakang perdana Menteri, menyokong sepenuhnya iaitu….

2. Bidasan terhadap pertikaian hujah PM oleh ketua pembangkang

3. Bidasan kedua adalah terhadap hujah yang dinyatakan oleh ketua pembangkang

4. Hujah pertama adalah : Sahsiah murid yang meruncing masa kini ternyata
membebankan emosi guru. Mari kita lihat kepada status quonya, Menurut Ibrahim
Saad (1986), kebanyakan ibu bapa yang kaya dan berada sangat memanjakan anak-
anak mereka serta melimpahkan segala kemewahan kepada mereka. Oleh kerana
terlalu dimanjakan dan mendapat apa sahaja yang mereka inginkan di rumah, sifat
ini akan terbawa-bawa sehingga ke sekolah. Kadangkala didikan yang sebeginilah
yang menyebabkan murid-murid bukan sahaja kerap melawan guru di sekolah malah
mereka menjadi keras kepala dan suka membantah kuasa sekolah kerana mereka
tahu mereka bahawa mereka akan mendapat sokongan ibu bapa yang terlalu
melindungi mereka.

5. isu terkini yang sedang hangat diperkatakan di merata media adalah isu gunting
rambut. Sudah termaktub di dalam ordina undang2 dan peraturan di setiap sekolah
untuk memastikan setiap murid yang hadir perlu hadir dengan kemas, berambut
pendek bagi murid lelaki. Namun begitu, masih juga terdapatnya segrlintir pihak
yang tidak cakna dan membenarkan anak dalam jagaan mereka hadir dengan rambut
yang panjang. Sudahlah begitu, meskipun sudah diberikan amaran berulang kali, dan
diberikan dendaan ringan seperti guru disiplin mengambil tindakan memotong
rambut murid tersebut, ibu bapa yang terlibat tetap tidak merasakan sekelumit oun
kekesalan di atas ketidakcaknaan mereka, bahkan mereka menularkan isu ini di
media sosial. Apa yang lebih menggusarkan adalah, mereka bertindak untuk
mencadangkan pihak sekolah membawa masuk pula salon rambut bagi menyediakan
perkhidmatan menggunting rambut murid yang panjang. Jadi, sekolah sudah
menjadi pusat asuhan pula? Bukankah ini menambahkan beban tugas, mental dan
emosi guru?

6. Analogi berbunyi seperti ini, sudah diberikan paha mahukan betis pula. Begitulah
beratnya galasan bebanan emosi guru masa kini. Guru bukan sahaja lagi perlu
menjalankan tugas mengajar semata-mata bahkan juga perlu sentiasa peka dengan
kehendak dan juga perubahan drastik dalam ketirisan sahsiah ibu bapa dan murid itu
sendiri, seiring dengan perubahan pesat teknologi masa kini.

7. Sebelum bergerak ke gerak kerja seterusnya, dipersilakan mana-mana izin laluan.

8. Seterusnya, kita beralih pula kepada penghujahan usul kedua. Hujah saya yang
seterusnya adalah berbunyi seperti ini, isu guru duka lara yang sepertinya tiada
pengakhiran, menyelar kualiti hidup dan kesihatan emosi guru.

9. Status quonya begini, guru-guru lama yang sudah bertahun tahun tinggal berjauhan
sesama pasangan, ingin kembali tinggak sebumbung, pulang ke kamoung halaman,
mengisi egtukar selama berbelas tahun, tidak berjaya.

10. KISAH Ustazah Nur Farhana Ibrahim pads tahun 2019 menarik perhatian ramai,
bukan kerana kehilangan ‘misteri’ beliau selama empat hari itu, tetapi isu
kemurungan yang dialami. Mengejutkan apabila ustazah berusia 27 tahun itu
dikatakan berulang alik lebih 200 kilometer (km) dari rumahnya di Langgar, Kedah ke
tempatnya mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Genting di Balik Pulau, Pulau
Pinang. Bayangkan beban terpaksa dilalui beliau hampir setiap hari untuk memenuhi
tuntutan tugas sebagai pendidik.

11. Alasan yang sering diberikan oleh pihak yang berkenaan, tiada kekosongan dan juga
opsyen yang ditawarkan tidak bersesuaian. Jika sungguh seperti yang dinyatakan
begitu, mengapa satu kenyataan media sosial daripada Menteri Pendidikan sendiri,
iaitu Dr. Radzi Jidin yang bertarikh 4 Jun 2022 menulis seperti berikut yang saya
petik,

12. “Malam tadi sempat mengadakan perjumpaan bersama hampir 100 orang guru
baharu yang ditempatkan di Terengganu. Mereka terdiri daripada guru lepasan khas
one off dan guru lepasan IPG”

13. Statistik permohonan kemasukan pertukaran ke negeri negeri Hot Spot seperti
Kedah, Kelantan dan Terengganu saban tahun sentiasa lebih ramai yang ingin
berpindah masuk berbanding yang ingin berpindah keluar. Terbaharu, perpindahan
masuk Kelantan mencatatkan angka sebanyak 56 berbanding dengan hanya 2 keluar.
Kedah pula angka sebanyak 34 masuk dan hanya 1 keluar, sementara Terengganu
pula masuk 17 dan keluar hanyalah 1. Jelas terbukti permintaan masuk ke negeri-
negeri ini melebihi permintaan keluar.

14. Lalu, bagaimana hal penempatan guru baharu ke negeri hospot seperti Terengganu
ini boleh berlaku? Apakah natijahnya penempatan guru baharu ini mendahului guru-
guru lama yang saban tahun makan hati berulamkan jantung menantikan kelulusan
pertukaran mereka ke negeri-negeri hot spot ini bagaikan menantinya bulan jatuh ke
riba? Di manakah keadilannya? Sampai bilakah isu duka lara ini akan terusan
menghakis kewarasan guru?

15. Sebelum itu, dipersilakan dahulu, yang berhormat…. (terima izin laluan)

16. Jawab dan hujahkan… Natijahnya begini

17. Mohon untuk terus mencadang, assalamualaikum.

Pembangkang kedua (boleh masuk izin laluan semasa kerajaan berhujah)

1. Warga dewan yang bersidang, ini bukan dewan persilatan diksi dan retorika Bahasa.
Ini pentas untuk kita berhujah dengan tepat lagi nyata. Maka sebelum itu,

2. terima kasih diucapkan, yang dipertua, perwakilan kerajaan, barisan perwakilan


pembangkang serta ahli dewan yang bersidang hari ini, terima kasih buat semua.
Tuan yang dipertua dan hadirin sekalian, selaku pembangkang kedua pada hari ini
saya ingin membidas terlebih dahulu hujah daripada Menteri kedua.

3. Karenah dangkang, mental tak terkawal. Disebutkan bahawa ibu bapa dan murid
masa kini semakin menambah stres kepada guru.

4. Hakikatnya, bukankah kita sememangnya perlu berubah dan bertindak seiring


dengan zaman? Teri a kasih timbalan perdana menteru kerana telah bersetuju
bahawa guru pandai mengurus stres. Benar. Guru sememangnya pandai
menguruskam stres dan bergerak seiring dengan zaman.

5. Hujah pertama dari kami barisan pembangkang berbunyi guru bermotivasi


tingkatkan prestasi, berinovasi memajukan diri.

6. Sistem Pengurusan Latihan di bawah Kementerian Pendidikan atau lebih dikenali


sebagai SPLKPM saban tahun sentiasa mencatatkan angka melebihi 5 hari kehadiran
bagi aktiviti LaDaP iaitu Latihan dalam Perkhidmatan setiap guru. Ini membuktikan
bahawa guru-guru sentiasa peka dan berdaya saing dalam mempersiap siagakan diri
bagi mendepani segala cabaran dalam dunia pendidikan masa kini. Jadi tidak perlu
timbul isu guru terbeban dan tertekan dalam cubaan untuk bergerak seiring dengan
perubahan masa dan kepesatan pembangunan mampan teknologi masa kini. Apatah
lagi dari segi isu banyaknya perubahan demi perubahan yang dilakukan dalam sistem
dan corak pendidikan. Hal inj kerana, setiap perubahan yang dilakukan oleh
kementerian adalah mengikut keperluan zaman dan budaya pembelajaran abad ke
21. Guru sentiasa diberikan bimbingan dan bantuan daripada banyak sumber seperti
contoh turunnya pegawai-pegawai sisc+ ke sekolah bagi membantu guru dalam
melaksanaan sebarang perubahan dalam pendidikan. Dunia berubah, hadirin
sekalian. Sudah semestinya corak pendidikan juga perlu berubah. Masakan kita perlu
tetap berada di takuk yang lama demi keselesaan para guru dalam mengajar? Sudah
pasti kita akan ketinggalan jauh jika . Umpamanya seperti katak di bawah tempurung

7. Penting untuk kita tahu bahawa kesihatan mental dan penyakit mental adalah dua
perkara berbeza tetapi saling berkaitan. Kesihatan mental merujuk pada keupayaan
seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak dalam kehidupan seharian.

8. Penyakit mental berpunca daripada beberapa faktor seperti pengalaman hidup yang
buruk, trauma, penyakit kronik, penyalahgunaan bahan, faktor genetik, kerosakan
pada otak dan kesunyian. Membuat diagnosis penyakit mental memerlukan
kepakaran profesional dan bukan hanya sekadar dipukul rata. Satu laporan teknikal
Kementerian Kesihatan Malaysia pada Disember 2017, sebanyak 29.2% orang
dewasa yakni berumur lingkungan 16 tahun ke atas dan 12.1% kanak-kanak di
Makaysia mengakami masalah kesihatan mental. Statistik ini menjadikannya masalah
kesihatan kedua terbesar yang membelenggu rakyat di Malaysia selepas penyakit
jantung. Namun, tiada langsung data yang menunjukkan penyumbang kepada
statistik ini berasal daripada kerjaya seorang guru.

9. Hadirin dewan yang dihormati sekalian, pelbagai kursus telah dihadiri para guru
sepanjang tahun bagi tujuan peningkatan prestasi. Jarang sekali kita dengar, markah
prestasi guru saban tahun semakin menurun yang diakibatkan oleh bebanan emosi
lalu menjejaskan kualiti kerja. Ini membuktikan bahawa hebatnya seorang individu
yang bergelar guru. Meski dilanda onak dan duri, kewibawaannya dalam mendidik
sedikit pun tidak tergugat.

10. hujah kedua pihak kerajaan pula seterusnya adalah………………..mari saya jelaskan
kenapa hujah tersebut gagal………………
11. Pelbagai kejayaan dan prestasi kecemerlangan di dalam bidang pendidikan.

12. tidak ada izin laluan daripada barisan kerajaan. Tidak mengapa, kita teruskan.

13. melihatkan kepada kelemahan-kelemahan data statistik yang menjadi kayu ukur
penilaian kesihatan mental guru, saya dengan ini meneruskan kepada hujah kedua
pembangkang.
14.
15. Pembuktian bagi hujah saya yang seterusnya pula adalah masih ramai lagi guru yang
begitu berwibawa dan mampu berinovasi dalam memajukan diri dan anak murid
yang dikasihi. Saban tahun, Pertandingan Anugerah Guru peringkat Kebangsaan
sentiasa disertai oleh guru-guru yang menderu keinginan mereka untuk
mempertingkatkan kejayaan anak murid. Sebagai contoh, guru-guru dari SK Jimah
Baru mengemukakan kaedah AKCA dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian
masalah matematik yang bersasarkan sekumpulan murid, menunjukkan bahawa
guru guru kita masih tinggi kewarasannya dan sentiasa inginkan peningkatan murid
dari semasa ke semasa.

16. Perdana Menteri pada hari ini menyatakan bahawa kesihatan mental guru ibarat
telur di hujung tanduk. Berat, untuk mereka membuktikan penyataan tersebut.
Pertama, bagaimanakah kayu ukur untuk menilai tahap kesihatan mental guru-guru
itu sendiri? Apakah data dan statistik sebenar yang mendokong kepada pernyataan
tersebut? Adakah barisan kerajaan sekadar memukul rata sahaja? Gagal ditunjukkan
oleh perwakilan kerajaan. Maka tuan yang dipertua. Atas kegagalan hujah-hujah
daripada perwakilan kerajaan sebentar itu tadi, kami masih lagi percaya dengan
tegasan perwakilan pembangkang pada hari ini, Kegagalan hujah dari pihak
menjelaskan bahawa penaakulan mantik dan logic perwakilan kerajaan cukup samar-
samar.

17. Mohon untuk terus membangkang, assalamualaikum.

PUSINGAN AWAL PERTAMA :


Kesihatan Mental Guru seperti Telur di Hujung Tanduk

Anda mungkin juga menyukai