Anda di halaman 1dari 2

CYSTOSCOPY

FUNGSI

Cystocopy ialah prosedur untuk memeriksa bahagian dalam dan mengatasi masalah ureter dan
uretra . Alat ini disebut sebagai cystoscop . Alat ini berbentuk tube dilengkapi dengan lampu dan
kamera di hujungnya .

Cystoscopy ini dijalankan ketika pesakit mengalami masalah kencing seperti membuang air kecil
yang berterusan dan menyakitkan . Cystoscopy ini mampu menyiasat punca punca berlakunya
kesakitan seperti darah didalam urine pesakit, seterusnya pesakit yang mengalami jangkitan pada
saluran kencing yang sangat kerap . Cystoscopy ini juga boleh menyiasat kesakitan pada bahagian
pelvis .

Cystoscopy boleh mendedahkan beberapa keadaan termasuklah tumor, batu atau kanser pada
uretra atau saluran kencing . Dotor juga boleh mendiagnosiskan dengan menggunakan prosedur ini
seperti penyumbatan, kelenjar prostat yang membesar , pertumbuhan tanpa kanser dan masalah
dengan ureter iaitu tiub yang menghubungkan pundi kencing ke ginjal .

Cystoscopy juga boleh digunakan untuk merawat keadaan pundi kencing . Doctor boleh membuat
pembedahan kecil melalui skop untuk membuang tumor dan batu pundi kencing atau mengambil
sampel tisu pundi kencing . Cystoscopy ini boleh menjadi kegunaan lain seperti memasukkan tiub
kecil untuk membatu pengaliran urine .

Cystoscop ini dimasukkan ke dalam ureter melalui uretra yang terletak di hujung penis untuk lelaki
dan pada vagina untuk perempuan . Prosedur ini dapat memberikan petunjuk punca kesakitan pada
uretra dan ureter sama ada pertumbuhan yang abnormal , penyempitan uretra atau keadaan yang
lain. Selain itu , cystoscopy ini juga berfungsi untuk menemukan penyebab pendarahan pada urine
iaitu dinamakan hematuria dan penyumbatan pada ureter . Imej yang diperbesarkan dari kamera
dipaparkan pada skrin di mana doctor dapat melihatnya .

PENJAGAAN PESAKIT SEBELUM PROSEDUR

Sebelum menjalankan prosedur cystoscopy , pastikan pesakit tidak mengalami sebarang jangkitan
pada kawasan yang terlibat dengan memeriksa sampel urine di makmal agar pesakit tidak
mengalami sebarang komplikasi semasa prosedur itu dijalankan. Sekiranya mengalami jangkitan,
doktor akan menunda prosedur Cystoscopy dan memberikan ubat antibiotik sehingga pesakit
sembuh agar keadaan pesakit tidak menjadi bertambah teruk.

Langkah pertama sebelum membuat prosedur cystoscopy ialah , berpuasa selama beberapa jam
sebelum membuat prosedur agar pesakit tidak akan merasa ingin membuang air kecil atau besar
semasa ingin menjalankan prosedur . Kedua , meminta pesakit untuk membuang air kecil terlebih
dahulu supaya semasa ingin memulakan prosedur pesakit tidak akan berasa ingin membuang air
kecil lagi . Ketiga , menanyakan pesakit jika pesakit mengalami sebarang alergi terhadap ubat ubatan
tertentu termasuk ubat bius supaya pesakit tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan yang
memudaratkan
PENJAGAAN PESAKIT SEMASA PROSEDUR

Semasa prosedur dijalankan, minta pesakit untuk baring pada posisi dorsal rekumben kerana posisi
ini adalah posisi yang paling sesuai untuk membuat prosedur cystoscopy . Seterusnya , pesakit akan
diberikan ubat anestesia untuk mengurangkan rasa kesakitan semasa prosedur dijalankan . Ketiga ,
doctor memasukkan cystoscop dengan ukuran yang sesuai secara perlahan dan diberikan gel
anestesia terlebih dahulu ke dalam uretra untuk mengelakkan kesakitan ketika cystoscop
dimasukkan . Keempat , doctor memeriksa uretra dan pundi kencing melalui kamera yang berada di
cystoscop . Semasa cystoscop itu dimasukkan , pesakit akan berasa sedikit perasaan ingin
membuang air kecil dan perkara itu adalah perkara biasa . Kelima , setelah selesai prosedur , pesakit
diminta untuk membuang air kecil untuk membuang cecair steril yang dimasukkan sekali dengan
kamera semasa prosedur itu dijalankan .

PENJAGAAN PESAKIT SELEPAS PROSEDUR

Selepas menjalani prosedur cystoscopy , beri masa kepada pesakit untuk berehat dan menyuruh
pesakit untuk meminum air yang banyak. Seterusnya , pesan kepada pesakit untuk meletakkan kain
lap yang hangat dan lembap pada pundi kencing kerana ianya dapat membantu melegakan
kesakitan. Sekiranya pesakit itu diberikan anestesia am, pesan kepada pesakit untuk tidak
mengambil minuman beralkohol , memandu atau mengendalikan sebarang mesin kerana anestesia
am itu membuatkan pesakit berasa mengantuk . Di samping itu , memesan kepada pesakit untuk
tidak melakukan hubungan seksual selama beberapa hari sehingga sakit sembuh kerana bimbang
kepada pesakit sekiranya melakukan hubungan akan terjadinya komplikasi yang tidak diingini seperti
sakit pada bahagian pundi kencing atau disekitarnya dan juga mengelakkan diri daripada
mengangkat benda berat buat sementara waktu

Anda mungkin juga menyukai