Anda di halaman 1dari 3

NYANYIAN HARI GURU

Majlis mempersilakan guru-guru untuk berdiri bagi nyanyian hari guru dengan lagu bertajuk ‘Guru
Malaysia’ dan ‘Pendidik Bumi Kenyalang’.

Terima kasih diucapkan kepada para guru dan pelajar sekalian. Guru-guru dijemput duduk.

UPACARA PEMOTONGAN KEK

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan upacara pemotongan kek yang berupa kek hari jadi
daan juga kek sambutan hari guru. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama
saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa.

Mohon para guru bersama-sama bagi mengiringi penolong kanan untuk melancarkan upacara
pemotongan kek.

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru atas kerjasama yang diberikan.

TAYANGAN SLAID / VIDEO HARI GURU

Para hadirin sekalian, marilah kita menyaksikan tayangan video sempena hari guru 2023.

PERSARAAN CIKGU RABIAH

Hadirin yang dikasihi,

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,

Terlihat jauh di Tanjung Hati,

Puan umpama bunga yang kembang,

Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat hidup dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan.
Hadirin, kita berkumpul hari ini sama ada secara nyata atau maya adalah untuk meraikan Cikgu
Rabiah yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Cikgu Rabiah untuk menyampaikan
ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian puan yang dirakian menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

Hadirin, marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan slaid yang telah disediakan bagi Puan Rabiah.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas tayangan slaid sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH

Guru,

Mencurahkan ilmu dengan motivasi,

Mengajar dengan penuh dedikasi,

Bersabar menabur jasa dan bakti,

Mengisi minda yang masih kosong ini,

Pengorbananmu ku sanjungi,

Menjadi penggerak jati diri,

Terimalah sedikit cenderahati,

Sebagai tanda kenangan budi.

Bagi menghormati jasa para guru sekalian, dipersilakan ________________ untuk menyampaikan
cenderamata kepada guru sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada _______________ atas tanda ingatan itu tadi. Sesungguhnya, budi
yang ditaburkan oleh guru selama ini tak termampu untuk dibalas...Ucapan terima kasih kami buat
guru. Walaupun sebenarnya ucapa itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan yang
dicurahkan oleh guru selama ini.

Kami mengharapkan para guru akan terus dikurniakan dengan tubuh yang sihat. Malah kami
berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami
berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang.

PERSEMBAHAN PELAJAR

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
daripada pelajar-pelajar SMK BATU KAWA.

Saksikanlah persembahan _____________ dari ______________.

Dipersilakan _____________.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih _______ atas persembahan sebentar tadi.

Anda mungkin juga menyukai