Anda di halaman 1dari 11

CIRI-CIRI GURU

SEBAGAI SEORANG
PROFESIONAL

DISEDIAKAN OLEH
NOOR ZAWAL HASLINDA BINTI AHMAD
PDP PAKK OKT 21 | B2
Etika Profesion Keguruan dan akauntabili

Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan (Dewan
Bahasa & Pustaka, 1995)

2. Prinsip moral atau set prinsip moral


(Kamus Oxford, 1994).

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah


laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.

4. Dari persepktif Islam, etika merujuk


kepada tingkah laku betul berasaskan
Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan


meningkatkan tahap kualiti, produktiviti
dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua
aspek yang berkaitan dengan peraturan
dan peradaban, peranan nilai, serta
tingkah laku profesion dalam
masyarakat.
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja


Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang
Akauntabiliti keguruan
Pengenalan :

Pengurusan bilik darjah adalah satu aspek penting


mencorakkan perkembangan profesionalisme
khususnya berkaitan dengan pengajaran dan
kebolehan guru mencorak perkembangan dan
pembelajaran pelajar. Guru yang cekap dan pakar
akan mempamirkan ciri-ciri profesionalisme yang
cemerlang di bilik darjah.

Pengurusan bilik darjah banyak mempengaruhi


perkembangan profesionalisme seseorang guru
kerana dunia bilik darjah bukan sahaja memberi
cabaran dan pengukuhan aspek-aspek
profesionalime keguruan tetapi ia juga menyediakan
prospek perkembangan profesionalime guru yang
ideal dan unggul.
Ciri-ciri guru sebagai seorang profesional

A. Kebolehan mencorakkan kualiti pelajaran.

Guru yang professional berkebolehan mencorak


kualiti pengajaran .Guru sebagai ahli professional
perlu mempertahankan kualiti dan kecemerlangan
tugas dan tanggungjawab dengan membuat
pelbagai perubahan dan kemajuan.
Selain daripada latihan professional dalam bidang
Pendidikan , guru perlu cekap dalam mengaplikasi
pelbagai teori , pengetahuan dan kemahiran bagi
mengukur cirri-ciri profesionalisme mereka di
sekolah dan di bilim darjah. Pengajaran efektif dalam
bidang akademik, intelek dan sosial, moral sahsiah
dan tingkahlaku.
Ciri-ciri lain profesionalisme guru antaranya ialah
melibatkan pengetahuan guru mengenai
matapelajaran yang diajar, mengenali pelajar,
pengetahuan guru mengenai teori dan amalan
pengurusan bilik darjah yang cekap dan
memahami aspek-aspek profesionalsme guru
dapat di aplikasikan dalam tugas dan
tanggungjawab di dalam bilik darjah di sekolah
dan dalam masyarakat.
B. kebolehan menyusun organisasi pembelajaran.

Guru professional perlu memiliki kemahiran- kemahiran


berikut bagi memantapkan kebolehan menyusun
organisai pembelajaran :-

--- Kebolehan merancang

--- kebolehan melaksanakan P&P berkesan

--- Kebolehan mengatur strategi

--- kebolehan menilai dan menolong

--- kebolehan memimpin

--- kebolehan membuat keputusan untuk tindakan


segera

--- kebolehan membuat keputusan untuk perubahan

--- kebolehan menyusun cara belajar

--- Kebolehan pengawalan sosial, displin dan interaksi


dalam bilik darjah

Kecekapan guru dalam mengaplikasikan kebolehan


perkara-perkara di atas boleh mempengaruhi
perkembangan sahsiah, emosi, intelek dan moral
dengan baik.
C. Kebolehan mencorakkan iklim Bilik darjah.

Kebolehan guru menerapkan amalan nilai seperti berikut


di dalam bilik darjah akan mencorakkan ikhlim bilik
darjah yang sempurna diantaranya :

--- kerajinan

--- ketekunan

--- daya usaha

--- menghargai masa

--- kecekapan belajar

--- kebersihan

--- bertanggungjawab

--- kerjasama.
Kebolehan guru dalam mensosialisaikan pelajar dalam
kehidupan bilik darjah akan melahirkan pelajar-pelajar
yang berdisplin, berwawasan, bertoleransi ,
bersefahaman dan sebagainya.
D. kebolehan mencorak perkembangan pelajar.

Diantara perkara yang amat mencabar kecekapan


profesionalisme guru adalah dalam mencorakkan
perkembangan pelajar yang merangkumi perkembangan
berikut:

--- perkembangan akademi

--- perkembangan kelakuan

--- perkembangan sosial

--- perkembangan emosi pelajar

Perkembangan pelajar-pelajar yang seimbang dan dapat


menyediakan pelajar dari segi keperluan berikut :-

--- keperluan untuk menhadapi dunia pekerjaan

--- keperluan untuk menguasai kemahiran teknologi


maklumat

--- keperluan untuk mengembangkan kemahiran belajar

--- keperlian untuk membina kekuatan diri dari segi


menghadapi pelbagai tekanan , pengaruh dan cabaran
yang negatif.
E. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan
Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif .

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya


yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak
bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang
terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya
akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus,
perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal
dan sebagainya.

Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus


boleh membuat sesuatu keputusan dalam
melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai
semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.
SUMBER RUJUKAN

http://pelajaranbahasamelayu.blogspot.com/2012/
01/ciri-ciri-guru-
profesional.html#:~:text=Ciri%2Dciri%20lain%20
profesionalisme%20guru,tugas%20dan%20tangg
ungjawab%20di%20dalam

http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/10/ciri-
ciri-profesionalisme-keguruan.html

Anda mungkin juga menyukai