Anda di halaman 1dari 2

NAMA MURID: FRANCEECA ZERRA ANAK MILLSON

Judul buku: The Reason

Salam sejahtera pemanis bicara. Saya FRANCEECA ZERRA ANAK MILLSON pelajar
tingkatan 4 yang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak
yang mewakili Sekolah saya. Sekolah ini amat terkenal dengan gelaran DRAGON
SCHOOL, dengan jalan raya yang mirip lingkaran naga.

Begitu juga dengan kisah ‘The Reason’ yang mengisahkan sebuah perjalanan hidup
silam seorang wanita yang ingin melarikan diri daripada kesilapan lalunya kerana cinta.
Novel ini merupakan sebuah karya asli Rehan Makhtar yang diterbitkan oleh Penulisan
Enterprise.
Buku ini mengisahkan Wan Ammara yang berpendirian tegas dan menyayangi diri
sendiri biarpun satu dunia tidak mahu menghargainya. Namun, saat dia mula mencintai,
hatinya telah dirobek kejam dengan penipuan cinta fananya sendiri. Air mata jatuh tak
tersekat, tetapi lelaki itu pergi begitu sahaja buat kali kedua. Lelah Ammara mencari
sebab, tapi akhirnya hati terpujuk juga untuk menerima.

Sebelum pertemuan terakhir mereka, Ammara datang mencari Eqram untuk mencari
jawapan. Setelah mengumpulkan keberanian dalam dirinya, Ammara membuka hati
dan bertanya “Saya perlukan sekurang-kurangnya satu jawapan. Satu..Berilah saya
jawapan, boleh?”. Namun, sepatah jawapan yang diberi lelaki itu telah membunuh
jiwanya. Jawapan ‘Tidak’ bermain di fikirannya tanpa henti. Ammara tunduk menyesali
perbuatannya itu.

Kerana itu, dia bangkit setelah hadirnya seorang puteri bernama Nur Amaris menemani
perjalanan hidup yang sukar, beban kesan dosa silamnya. Namun, setelah lima tahun,
pintu hati yang selama ini tertutup, terbuka kembali. Adakah ini juga sebahagian
hukuman untuknya? Puas lelah berlari mengelak, tapi takdir terus menguji. Eqwan,
abang lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama terhadap Ammara dan sudi
menerima Amaris dengan meminangnya. Ammara yakin dia berhak juga bahagia dan
akhirnya menerima pinangan Eqwan..biarpun dia tahu, bahawa Eqram tidak mahu dia
menjadi isteri kepada abangnya itu.

Pertemuan semula antara mereka berdua dilanda pelbagai dugaan yang menguji
kekuatan takdir cinta mereka. Eqram menyesal atas kesilapannya serta menyedari
betapa cintanya dia terhadap Ammara. Dia tidak ingin wanita dicintainya hidup bersama
abangnya sendiri. Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini
menghantui Ammara. Seperti kata Afina, dia yakin bahawa bahagia itu akan datang
tidak lambat dan tidak cepat tetapi pada masa yang tepat. Oleh sebab dia pernah gagal
merancang, dia hanya menyerahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan.

Keikhlasan Eqram menerima Ammara kembali membuahkan detik pertemuan semula


yang bermakna buat mereka berdua. Perselisihan dan kesilapan lalu telah pun mereka
sedar dan tebus dalam pertemuan ini. Dengan kehadiran Amaris, mereka
mencerminkan sebuah keluarga yang bahagia. Bak kata pepatah, buang yang keruh
ambil yang jernih.
Kini, saya akhiri dengan sebuah pantun yang berbunyi;

Semasa bersahur di pinggir kota,


Di pokok berangan nampak tempua,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Andai saya terkasar bahasa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai