Anda di halaman 1dari 56

Kita Dilahirkan sebagai

“Kita tidak mempunyai


pilihan untuk dilahirkan,
namun kita dilahirkan
sebagai juara yang terpilih.”

oleh Ong Boo Siong


www.MyBook2u.com
Kita Dilahirkan sebagai

Salam perkenalan…
Saya dilahirkan dalam keadaan kudung pada tangan
kanan. Sekiranya diberi pilihan, saya pun ingin
seperti anda yang mempunyai kedua belah tangan.
Kita tidak mempunyai pilihan untuk dilahirkan,
namun kita dilahirkan sebagai juara yang terpilih.
Saya kongsikan kisah hidup saya melalui buku ini
sebagai salam perkenalan, salam persahabatan, dan
salam perpaduan. Adakah anda menerima salam
saya dengan membaca buku ini?
Ong Boo Siong

• Dilantik sebagai Duta Perpaduan oleh Kementerian


di Jabatan Perdana Menteri

• Atas jasa berbakti kepada masyarakat

• Dalam bidang Kemanusiaan dan Kerja Sukarelawan


3
Kita Dilahirkan sebagai

Mukadimah
Saya menulis buku ini dalam genre antropologi dan sosiologi. Antropologi
ialah bidang yang membincang tentang amalan budaya sesebuah kaum atau
komuniti, manakala sosiologi ialah bidang yang membincangkan peranan
entity masyarakat seperti keluarga, sekolah, media, kepercayaan, dan lain-
lain. Tujuan bentuk penulisan ini adalah untuk membawa pembaca
memahami dan menghayati amalan kemasyarakatan multinasional di
Malaysia. Kita sedia maklum bahawa dua bidang inilah yang menerangkan
kehidupan masyarakat. Bagi bahagian motivasi dan inspirasi pula, kaedah
psikologi dipraktiskan. Saya memasukkan bahagian Renungan bagi setiap
bab. Bahagian Renungan bertujuan memberi peluang kepada pembaca untuk
bermuhasabah diri, ‘menghadam’ nilai yang dibincangkan, dan menanam nota
secara minda separa sedar (Subconscius Mind). Sebagai Clinical
Hypnotherapist, saya percaya cara tersebut mampu memberi impak
maksimum terhadap bacaan.

4
Kita Dilahirkan sebagai

Mukadimah
Sebagai Duta Perpaduan pula, saya ingin menyeru ahli
masyarakat agar sama-sama meraikan persamaan dan mengurus perbezaan
yang wujud antara kepelbagaian kaum dan kepercayaan. Sama-sama kita
kekalkan keharmonian dan kesejahteraan Malaysia. Dalam pada itu, saya
menulis buku ini dengan memasukkan ciri-ciri pembangunan insan secara
holistik, iaitu penceritaan nilai hidup berkaitan jasmani, rohani, dan warisan.
Diharapkan juga buku ini dapat memberi pencerahan, inspirasi, dan motivasi
kepada pembaca dalam menghadapi dugaan hidup. Saya dahului dengan pinta
maaf sekiranya ada tersasul kata dalam buku ini dan mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa bersama buku ini.
Semoga buku ini memberi manfaat kepada anda, terima kasih.

5
Kita Dilahirkan sebagai

Pemakluman dan Penafian


Buku ini mengandungi bahan media seperti foto dan link daripada sumber
luar. Sebagai penghormatan kepada sumber yang diambil, penulis telah
memasukkan Hyperlink pada foto berkenaan supaya pembaca dapat mencapai
sumber tersebut. Foto daripada sumber luar dan foto asal daripada penulis
dapat dibezakan dengan format Shadow. Manakala platform buku ini adalah
eBook. Pembaca dapat menikmati kemudahan yang terdapat pada eBook
seperti link, kemudahan mudah-alih, dan sebagainya. Di samping itu,
platform eBook ini membolehkan pembaca membina jaringan database
sekiranya memperkenalkan buku ini kepada orang lain. Untuk maklumat
lanjut, pembaca boleh klik di sini dan Send (auto link ke WhatsApp),
maklumat lanjut akan dibalas kepada penghantar secara personal.

6
Kita Dilahirkan sebagai

Sebaran Pertama secara eBook 2021


© Kita Dilahirkan sebagai JUARA
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara cetakan, elektronik, fotokopi,
mekanikal, rakaman atau lain-lain tanpa memasukkan link pada capaian
ebook ini atau laman FB Group:
Kita Dilahirkan sebagai JUARA
Segala pertanyaan berkaitan dalam ebook “Kita Dilahirkan sebagai Juara” ini
hendaklah diajukan kepada:
Kita Dilahirkan sebagai JUARA
(dan sertai perbincangan pembaca)

Atau klik dan Hantar di sini,


atau klik capaian berikut:

7
Pemakluman Bertaitan eBook Ini

8
Kandungan muka surat
1. Kulit 3D 1
2. Kulit 2
3. Persalaman 3
4. Mukadimah 4
5. Pemakluman dan Penafian 6
6. Hak Cipta 7
7. Kandungan 8
8. Bab 1: Tanggal 20hb Jun 1974 9
9. Bab 2: Pengenalan Diri 13
10. Bab 3: Calendar Cina, 1hb Bulan 5 16
11. Bab 4: Peristiwa Ganjil 19
12. Bab 5: Maksud pada Nama 21
13. Bab 6: OKU = Orang Kurang Upaya 23
14. Bab 7: OKU = Orang Kuat Usaha 25
15. Bab 8: “Proud to be Yourself!” 27
16. Bab 9: Juara antara 250 juta! 30
17. Bab 10: “We were Born to Succeed!” 33
18. Bab 11: Jom Bertanding! 35
19. Bab12: Kuasa Pilihan 37
20. Bab 13: Pengubah Nasib Hidup 42
21. Bab 14: Kita adalah yang Terpilih 44
22. Bab 15: Berfikiran Negatif 47
23. Bab 16: Tidak Terima Keadaan Diri 49
24. Bab 17: Buku Ubah Hidup Saya 51
25. Penghargaan 56
9
B a b 1 : Ta n g g a l 2 0 h b J u n 1 9 7 4

20hb Jun 1974 di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan. Jam


menunjukkan 7:15pm ketika ibu selamat melahirkan saya. Di dalam
wad bersalin, lebih kurang dua puluh orang bayi yang dilahirkan pada
hari itu. Selepas membersihkan saya, jururawat bertugas
membalutkan badan saya dengan tuala seperti bayi-bayi lain. Lalu
jururawat itu menyerahkan saya kepada ibu sambil berkata, “Kak, bilo
kak kelih bayi ni, kak jange terkejut deh!”

Pintu masuk Hospital Raja


Perempuan Zainab II yang
dahulunya dikenali Hospital Besar
Kota Bharu

Kali terakhir saya melawat


hospital kelahiran saya ialah pada
awal Januari 2015, ketika misi
menyelamat banjir. Saya akan
ceritakan dalam buku-buku saya
yang seterusnya.

10
B a b 1 : Ta n g g a l 2 0 hb J u n 1 9 7 4

Ibu memandang wajah jururawat itu dengan terpinga-


pinga. Walaupun belum melihat saya, ibu sudah pun terkejut dengan
kata-katanya. Saya diletakkan dalam dakapan ibu di katil. Ibu
mendukung saya buat kali pertamanya. Ibu menatap wajah saya yang
baru dilahir dengan penuh kesyukuran. Seorang bayi yang comel,
kulit lebih cerah daripada kakak dan kedua abang saya. Perlahan-
lahan ibu membuka tuala yang membalut saya untuk melihat apa yang
dimaksudkan oleh jururawat tadi.

Tiba-tiba…

11
B a b 1 : Ta n g g a l 2 0 hb J u n 1 9 7 4

Tiba-tiba ibu berkata, “Wah, comelnyo tange dio!”


Sambil senyum ibu bertanya kepada jururawat itu, “Bahagie laing
mace mano misi?”. Jawab jururawat itu, “Bahagie laing bereh kak,
tadok gapo-gapo kak! Hanyo tange jah lagu tu. Bayi kak ni meme
biso, tadi kito bersihkan bayi, hok laing semuo nangih, dio sore jah
tok nangih tok jerik.” Ibu balas dengan senyuman. Itulah apa yang ibu
cerita kepada saya tentang hari pertama saya dilahirkan. Selepas
dibenarkan pulang, ayah datang menyambut kami dengan kereta teksi.
Stesen kereta teksi bersebelahan dengan stesen bus SKMK, Kota
Bharu yang masih ada sekarang.

Pemandangan stesen bas Kota


Bharu pada era tahun 1970-an.

Pemandangan stesen bas Kota


Bharu pada 27 Disember 2014
ketika misi penyelamat yang saya
ceburi.

12
B a b 1 : Ta n g g a l 2 0 hb J u n 1 9 7 4

Renungan

Kisah kelahiran merupakan permulaan hidup kita berada di dunia ini.


Setiap kelahiran merupakan berita indah terutamanya kedua ibu bapa
kita. Walaupun mungkin ada insan yang dilahirkan dalam keluarga
yang tidak bahagia, namun saya percaya masih ada detik-detik yang
bermakna bagi kelahiran tersebut. Saya ada ceritakan pada bab-bab
seterusnya tentang kehebatan setiap kelahiran. Sekarang, sila tulis
detik-detik kelahiran anda sebagai renungan indah:

13
Bab 2: Pengenalan Diri

Perbezaan pada diri saya juga menjadi satu pengenalan diri. Sebelum
ibu keluar daripada wad bersalin, seorang wanita sebelah katil ibu
sempat melihat saya. Dia akan melahirkan anaknya pada keesokan
hari. Selepas lapan belas tahun berlalu, seorang kawan sekelas saya
yang bernama Haw Yin menceritakan kepada saya bahawa ibunya
pernah berada di sebelah katil ibu saya ketika menunggu giliran untuk
bersalin.

Ini ialah foto saya paling muda, lebih kurang umur tiga tahun. Untuk
kongsikan wajah ketika saya masih bayi memang tidak ada kerana keluarga
kami agak miskin. Boleh teka mana saya?
14
Bab 2: Pengenalan Diri

Saya bertanya bahawa bagaimana ibunya dapat tahu?


Dia menceritakan bahawa selepas ibunya terlihat gambar saya dalam
aktiviti sekolah, dia teringat yang lapan belas tahun yang lalu pernah
melihat saya. Walaupun kami tidak mempunyai sebarang ikatan
darah, tetapi saya rasa gembira kerana ada orang masih dapat
mengenali diri saya. Apatah lagi ketika itu saya masih bayi, wajah
memang sudah jauh berbeza. Apa yang masih seperti sedia kala ialah
tangan kanan saya, masih sama walaupun saiz besar mengikut
peningkatan umur. Sampai hari ini saya masih ingat tarikh lahir Haw
Yin, iaitu 21 Jun 1974 yang lewat satu hari dari saya. Kalau orang lain
mungkin tiada keistimewaan ini, setuju?

Ketika di zaman persekolahan menengah dahulu saya memang


aktif dalam aktiviti pendakian. Lihat sahaja beg galas saya pun
sudah tahu bukan calang-calang pendaki…kan? ☺

15
Bab 2: Pengenalan Diri

Renungan

Selain daripada keindahan yang berlaku antara ahli keluarga semasa


kelahiran anda (Bab 1), adakah kelahiran anda ada kaitan dengan
orang yang dikenali sekarang? Sekiranya ada, sila tuliskan cerita
tersebut. Sekiranya tiada, anda boleh tuliskan apakah tanda yang ada
pada badan anda semasa kelahiran. Kalau anda tidak pasti, sila tanya
ibu anda atau sesiapa yang tahu tentang tanda pengenalan pada badan
anda semasa kelahiran. Anda juga boleh tuliskan kedua-dua kisah
tersebut di sini:

16
Bab 3: Calendar Cina, 1hb Bulan 5

Selain daripada itu, tanggal 20 Jun 1974 mengikut kalendar Cina


adalah bersamaan 1 haribulan bulan 5, iaitu menandakan hari pertama
pada setiap bulan baru. Satu tarikh yang biasanya diraikan dengan
sembahyang di kuil atau rumah dengan doa bersertakan kalungan
bunga atau buah-buahan. Ada juga amalan pemakanan ‘vegetarian’,
satu bentuk puasa bagi penganut agama Buddha, Hindu, dan Tao bagi
tarikh tersebut.

Pemandangan kuil di
kampung halaman saya.
Gambar ini saya ambil
sambil terbang dengan
powered parachute.

Amalan memakan
makanan bukan daging,
atau vegetarian setiap
bulan pada 1hb dan 15hb
mengikut kalendar Cina.
Tarikh tersebut juga
dianggap hari suci bagi
mazhab tertentu dalam
agama Buddha dan Tao.

17
B a b 3 : C a l e n d a r C i n a , 1 hb B u l a n 5

Dalam kalendar Cina, tahun kelahiran saya iaitu 1974


merupakan tahun Harimau. Ketika saya berumur 18 tahun, ada
seorang bomoh yang dipanggil sebagai ‘Ho Ia’, atau ‘Malaikat
Harimau’ mengikut adat kepercayaan orang Cina beragama Tao,
memberitahu ibu bahawa dia hendak jumpa dengan saya sebab saya
merupakan saudaranya sebelum dilahirkan. Ibu bertanyakan sama ada
saya termimpi jumpa dengan harimau selepas peristiwa itu, tetapi
saya jawab tidak pasti.
Ketika saya berumur dalam awal 20-an pula, seorang
penilik nasib yang menggunakan bacaan kalendar Cina memberitahu
saya bahawa harimau 1 haribulan bulan 5 ialah harimau baik, tetapi
ada sesuatu yang kurang pada anggota badannya. Tambahnya lagi,
harimau ini sebenarnya mengorbankan anggotanya itu untuk
kebaikan, maka dia akan mendapat balasan yang baik ketika
dilahirkan.

‘Malaikat Harimau’
mengikut adat kepercayaan
orang Cina beragama Tao

18
B a b 3 : C a l e n d a r C i n a , 1 hb B u l a n 5

Renungan

Saya percaya tarikh kelahiran bukanlah mitos atau kepercayaan karut.


Malah pakar motivasi terkenal, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
pun pernah membicarakannya. Jadi, sila anda tuliskan apakah
kehebatan tarikh lahir anda:

19
Bab 4: Peristiwa Ganjil

Ibu pernah mencerikan kepada saya lagi bahawa satu peristiwa ganjil
berlaku ketika saya berumur tujuh hari. Ada seekor ular yang sedang
melilit di tiang bumbung rumah datuk tidak berganjak walaupun cuba
dihalau. Saya ketika itu sedang berbaring sambil melihat ular itu.
Tiba-tiba saya seolah-olah bercakap sesuatu sambil tangan dan kaki
melambai-lambai pada ular itu. Selepas lebih kurang satu minit
‘perbualan’ kami, ular itu pun menyelinap keluar. Kata datuk saya,
mungkin itu adalah ‘kawan’ saya yang datang menziarah dan bertanya
khabar atas kelahiran saya. Malah, datuk teringat kisah seorang sami
Buddha di Thailand yang juga dilawati ular semasa umurnya 7 hari.
Sami Buddha itu dipanggil Luang Pu Thuat. Mungkin anda pernah
lihat patung Luang Pu Thuat yang disembah oleh ramai penganut
agama Buddha mazhab Theravada di Thailand dan Malaysia.
Patung Luang Pu Thuat
yang besar di Wat Huai
Mongkhon, Thailand.

20
Bab 4: Peristiwa Ganjil

Renungan

Mungkin anda pun ada kisah ganjil yang berlaku semasa masih dalam
umur bayi. Sudah pasti anda sudah lupakan? Begitu juga dengan saya,
oleh itu cuba tanya pada orang tua anda. Tuliskan kisah anda sebagai
renungan:

21
Bab 5: Maksud pada Nama

Seorang pakcik telah memberi nama kepada saya. Nama dalam


bahasa Cina ialah 王文雄 (bacaan Wang Wen Xiong), manakala nama
pendaftaran saya ialah Ong Boo Siong. Wang bermaksud raja, Wen
boleh dimaksudkan bahasa, dan Xiong memberi pengertian pendekar.
Maka Wang Wen Xiong bolehlah dirumuskan sebagai Raja Bahasa
Pendekar, tampak hebatlah! Bagaimanapun, sebutan dalam Hokkian
biasanya ialah Bo Siang, yang bermaksud tidak sama, atau berbeza…
memang betul juga sebab tangan kanan saya berbeza dengan orang
lain. Namun brgitu, ketika di bangku sekolah rendah, kawan-kawan
memanggil saya Yang Guo (杨过), iaitu seorang pendekar dalam epic
kongsu sohor. Mereka memanggil saya Yang Guo kerana saya kudung
tangan kanan seperti Yang Guo. Maka sejak kecil saya anggap diri ini
adalah pendekar, hero!

Kiri: Filem Yang Guo era 80-an yang dilakon oleh Andy Lau.
Kanan: Menerima anugerah MyHero2.0 pada 6hb Oktober 2016 atas jasa
membantu masyarakat tidak mengira kaum dan agama, dan dilantik sebagai
Duta Perpaduan…kan dah jadi hero ☺
22
Bab 5: Maksud pada Nama

Renungan

Saya percaya setiap insan diberi nama yang hebat. Tuliskan maksud
nama anda dan siapa yang memberi nama tersebut. Kalau anda tidak
tahu maksud disebalik nama anda, jangan bimbang, Google boleh
bantu ☺

23
Bab 6: OKU = Orang Kurang Upaya

Sudah pasti perbezaan tangan kanan saya dianggap sebagai satu


kecacatan. Insan yang mempunyai kecacatan anggota atau
pancaindera dilabel sebagai orang kurang upaya (OKU). Ya, saya
insan OKU. Namun dalam hati jiwa saya sekarang, saya bukanlah
kurang upaya. Saya boleh memandu kereta, berbasikal, berenang,
bersukan, dan sebagainya. Sebenarnya itu hanyalah istilah yang
digunakan selepas terjemahan daripada bahasa Inggeris, iaitu ‘people
with disability’ (PWD).

Mendaftarkan diri atau anak (sekiranya mereka boleh dikategorikan sebagai


OKU) bukanlah sesuatu yang memalukan. Bagi anak OKU, pendaftaran
tersebut membolehkan kerajaan mempunyai data statistik yang betul supaya
plan tindakan boleh diambil dengan efektif. Saya akan kongsikan bagaimana
kita sebagai ahli masyarakat dapat bersama-sama menyumbang
kemakmuran dan kesejahteraan tidak kira OKU atau bukan OKU di buku-
buku saya yang seterusnya. Pastikan anda daftar eBook Store di
www.mybook2u.com supaya menjadi orang pertama membaca siri-siri buku
saya nanti ☺
24
Bab 6: OKU = Orang Kurang Upaya

Renungan

Pada pendapat anda, bagaimanakah insan OKU boleh berjaya dalam


hidup?

25
Bab 7: OKU = Orang Kuat Usaha

Tidak ada apa yang betul dan apa yang salah. Istilah hanyalah untuk
memudahkan tujuan komunikasi, apa yang penting adalah terjemahan
yang muncul dalam minda masing-masing. Ya, saya ialah insan OKU,
namun bukanlah kurang upaya, tetapi OKU bagi saya ialah Orang
Kuat Usaha! Bukannya nak kata saya hebat, yang pasti saya perlu
kuat usaha jika ingin berjaya kerana kecacatan pada tangan kanan.
Istilah OKU bagi saya adalah satu peringatan supaya menjadikan
hidup saya sebagai insan orang kuat usaha, bukannya kurang upaya.
Ada kata-kata semangat yang saya pernah dengar daripada seorang
OKU hebat dari negara China, kata beliau, “Kecacatan dalam hidup
ini mungkin sesuatu yang mengecewakan. Namun kita mampu
menjadikannya sesuatu yang membanggakan!” Apabila saya terfikir
kata-katanya itu, betul juga. Kalau tangan saya normal, saya main
gitar pun tak ada apa yang istimewa. Tetapi disebabkan tangan saya
macam ini, orang akan teruja apabila melihat saya main gitar. Nak
lihat? Klik je link YouTube pada gambar di bawah (jangan lupa Like,
Share, Subscribe, dan Comment ya…itu upahnya).

Saya bukanlah hebat sangat


bermain gitar, malah saya
tidak berbakat pun dalam
muzik. Namun, disebabkan
minat dan tekun belajar, saya
masih mampu ‘membunyikan’
gitar…anda pun boleh juga
kan?

26
Bab 7: OKU = Orang Kuat Usaha

Renungan

Tuliskan insan-insan OKU yang berjaya sama ada ada anda kenali
secara zahir ataupun hanya melalui internet/ media.

1. Nama:
Kejayaan:

2. Nama:
Kejayaan:

3. Nama:
Kejayaan:

4. Nama:
Kejayaan:

27
B a b 8 : “ P r o u d t o b e Yo u r s e l f ! ”

Apa sahaja yang diceritakan di bab-bab sebelum ini memang


membuatkan saya rasa bangga sebagai diri saya seadanya. Ungkapan
orang putih, “Proud to be yourself!” Sama ada cerita tersebut tidak
masuk akal dalam era kini, atau seperti cerita dongeng, namun itulah
pengertian yang diberi untuk menerangkan siapa diri saya. Dari sudut
amalan budaya atau ilmu antropologi memberi pengertian kepada kita
bahawa bagaimana hidup kita dilakar. Saya berpendapat bahawa
setiap insan apabila dilahirkan memang cukup istimewa.

Kita perlu bersyukur mengikut


amalan agama masing-masing.
Dengan berkat kesyukuran dan
mula mengorak langkah mencari
kebahagian hidup, kini saya
memilikinya. Saya percaya setiap
insan mempunyai pilihan dalam
menentukan hidup, bukannya
serah kepada takdir semata-mata.
Selepas mempuat pilihan, kita
perlu mengorak langkah satu per
satu. Apabila terjatuh, bangun dan
bangkit kembali. Orang yang
berjaya bukanlah mereka yang
tidak pernah terjatuh, namun
orang yang benar-benar berjaya
adalah mereka yang jatuh tetapi
berani bangun dan bangkit
menjadikan hidupnya lebih ‘gagah’
dan berjaya…setuju?

28
B a b 8 : “ P r o u d t o b e Yo u r s e l f ! ”

Walau bagaimanapun, jangan pula kita terlalu bangga


hingga orang nampak sombong. Perasaan bangga terhadap siapa diri
kita sedanya adalah benih keyakinan diri. Kalau kita lemah, kita
malas, kita malu tak bertempat, dan pelbagai lagi sifat yang tidak
baik, itu bukannya sesuatu yang patut kita bangga. Kita perbaiki diri
sebaik mungkin, dan sedia menerima apa sahaja yang terhasil.
Muhasabah lagi, perbaiki lagi mana yang patut. Sifat tersebut disebut
Kai Zen, budaya kerja orang Jepun. Sebaliknya jika keadaan fizikal
atau bahagian kecacatan pada diri adalah sesuatu yang ilahi, maka
terimalah. Saya tidak boleh mengubah kecacatan pada tangan kanan
tetapi saya boleh mengubah minda untuk menerimanya.

Kecacatan pada tangan saya


merupakan sesuatu yang
pernah menjadikan diri saya
sedih dan kecewa, namun kini
saya mampu menjadikannya
sesuatu yang memberi
kebanggaan pada hidup ini.

29
B a b 8 : “ P r o u d t o b e Yo u r s e l f ! ”

Renungan

Perasaan bangga yang tidak keterlaluan terhadap diri sendiri adalah


kunci kesyukuran kita. Sila nyatakan apakah kebanggaan pada diri
anda.

30
Bab 9: Juara antara 250 juta!

Kita ambil sahaja fakta sains tentang bagaimana proses persenyawaan


berlaku. Kita adalah antara beratus juta sperm (ada kajian melaporkan
bahawa jumlah sperm yang keluar ketika proses persenyawaan adalah
lebih kurang 250 juta) yang akhirnya hanya satu berjaya
disenyawakan dengan telur ovum. Cuba bayangkan bahawa dalam
satu pertandingan yang disertai oleh beratus juta peserta, andalah
yang menjadi juara, hebat bukan? Itulah sejarah asal-usul setiap
individu antara kita. Saya masih teringat seorang kawan baik saya
yang bernama, Johari Yap pernah kongsikan konsep "Juara" ini ketika
kami tinggal bersama lebih kurang 25 tahun yang lepas.

Zaman muda bersama Johari Yap,


yang kini telah bergelar Dr.Johari
Yap Abdullah. Bukan itu sahaja,
beliau amat aktif dalam beberapa
buah NGO, kolumnis akhbar Sinar
Harian, dan merupakan pakar
dalam Craniofacial Prosthesis.

31
Bab 9: Juara antara 250 juta!

Ini cerita daripada Dr.Johari Yap: “Antara berpuluh


juta malah beratus juta peserta dalam satu temasya hebat, mereka
mula mengumpul tenaga dan kudrat melalui satu gegaran. Ada yang
mula tolak menolak, ada yang pijak memijak, semuanya ingin berada
di depan kerana itulah peluang yang ada. Apabila kuasa sudah berada
di puncak maksimum, mereka menggunakan segala kuasa yang ada
untuk menjadi juara...dan akhirnya…” Juara itulah yang sedang
membaca tulisan ini. Itulah yang belaku setiap antara kita, juara
antara 250 juta peserta!

Burung berkicau sambil terbang melayang, di langit biru mereka terbang berkawan.
Akanku mandikan si manjaku sayang, moga kau segar nyaman sepanjang zaman.

32
Bab 9: Juara antara 250 juta!

Renungan

Setiap kejayaan diri harus dihayati dan disyukuri. Saya percaya anda
mempunyai banyak kejayaan dalam hidup sebelum ini. Sila nyatakan
kejayaan-kejayaan tersebut tidak kira besar ataupun kecil, asalkan ia
menjadi satu memori indah dalam hidup anda.

33
Bab 10: “We were Born to Succeed!”

Langkah permulaan kita adalah langkah juara. Setiap daripada kita


adalah ciptaan yang hebat, ‘We were born to succeed’ mengikut
ungkapan Inggeris. Oleh itu, carilah kehebatan diri anda, sama ada
mengikut kepercayaan amalan budaya, kepercayaan agama, nama
yang diberi, dan sebagainya. Saya pasti anda adalah insan yang hebat
juga!

“I look at people some times


and think…Really?
That’s the sperm that won?”

34
Bab 10: “We were Born to Succeed!”

Renungan

Selain daripada ungkapan ‘We were born to succeed!’, sila nyatakan


ungkapan atau kata-kata semangat lain yang menunjukkan kuasa
positif yang perlu ada dalam hidup ini.

35
Ba b 11 : J om B e r t a n d i n g !

Bagi saya, kita tidak perlu bertanding dengan orang lain. Juara yang
sebenar adalah mereka yang berjaya menandingi diri sendiri, setuju?
Maksudnya, setiap apa yang kita lakukan adalah usaha kita dalam
menjadikan diri kita, minda kita, dan jiwa kita lebih baik. Kejuaraan
saya adalah berjaya melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan
orang lain. Anugerah-anugerah seperti Ten Outstanding Young
Malaysia Award, MyHero Award, Unsung Hero, dan sebagainya
adalah satu penghargaan dalam usaha saya berkhidmat kepada
masyarakat. “Sebaik manusia adalah memberi manfaat kepada orang”
Oleh itu, usahalah kita demi kesejahteraan bersama.

Bersama Datuk Lee Chong Wei


dalam anugerah Ten
Outstanding Young Malaysia
Award oleh Junior Chamber of
International Malaysia. Antara
penerima lain anugerah tersebut
ialah Datuk Siti Nurhaliza dan
Datuk Michele Yeoh dalam
bidang masing-masing.

Bersama penerima anugerah


Ikon Perpaduan termasuk
angkasawan Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor dan tokoh
filem, Datuk Dr. ACP Md. Yusof
bin Md. Haslam.

36
Ba b 11 : J om Be r t a ndi ng !

Renungan

Senaraikan kemajuan diri yang anda capai tidak kita hari ini
berbanding semalam, minggu ini berbanding minggu lepas, bulan ini
berbanding bulan lepas, atau tahun ini berbanding tahun lepas.
Contoh:

Minggu ini saya berjaya menulis sebanyak 10 muka surat


berbanding minggu lepas yang hanya 7 muka surat.

37
Bab 12: Kuasa Pilihan

Anda telah berjaya membaca sehingga ke bahagian ini kerana pilihan


yang telah anda lakukan. Apakah yang menyebabkan anda membuat
pilihan untuk membaca sehingga ke sini? Mungkin disebabkan buku
ini telah memberi pencerahan kepada minda anda; mungkin sifat
bacaan anda yang akan menghabiskan bacaan; mungkin anda teruja
dengan penulisan saya; dan sebagainya. Apa sekalipun faktor yang
menyebabkan anda sampai ke sini, persoalan seterusnya ialah sejauh
manakah pula anda dapat menghabiskan bacaan pada buku ini atau
buku-buku saya yang seterusnya? Sekiranya anda percaya bahawa
buku ini dapat memberi faedah kepada hidup anda, mampukah anda
menghabiskan bacaan buku ini? Ia sebenarnya kembali kepada
persoalan pilihan yang akan anda lakukan.

Saya membuat pilihan untuk membantu mereka tidak mengira


kaum dan agama. #SemangatMalaysiaSemangatKu

38
Bab 12: Kuasa Pilihan

Apabila memberi ceramah motivasi di sekolah, biasanya saya akan


bertanya kepada peserta. “Siapa yang suka mendengar ceramah?”, ada
yang mengangkat tangan tetapi biasanya tidak ramai. “Siapa pula
yang tidak suka dengar ceramah?”, pun tidak ramai yang mengangkat
tangan. Saya tambah, “Namun, tidak kira sama ada anda berminat
atau tidak, anda tetap perlu berada di sini, bukan atas pilihan anda.
Betul?” Ramai yang mengangguk-angguk kepala tanda setuju. “Oleh
itu, tidak kira sama ada anda suka atau tidak, anda perlu berada di sini
kerana anda ialah pelajar sekolah ini. Pihak sekolah telah menentukan
apa yang perlu anda lakukan, pihak sekolah telah memilih saya
sebagai penceramah pada hari ini.

Begitu juga dengan hidup kita. Kita tidak ada pilihan


untuk dilahirkan dalam keadaan badan sempurna atau ada kecacatan;
kita tidak mempunyai pilihan untuk dilahirkan di keluarga kaya atau
miskin. Namun, saya ingin mengingatkan anda bahawa kita
mempunyai pilihan yang lebih hebat sebenarnya. Apabila kita berada
di bumi ini tanpa apa-apa pilihan, tetapi sebenarnya gagal atau
berjaya hidup ini adalah pilihan kita.

39
Bab 12: Kuasa Pilihan

Apabila anda mendengar ceramah saya tanpa pilihan


anda sendiri, ditentukan oleh pihak sekolah, namun bagaimana anda
ingin mendengar, itu adalah pilihan anda. Mungkin ada peserta yang
mendengar ceramah ini dengan penuh semangat. Namun ada juga
yang masih terus merungut kerana terpaksa berada di sini selama dua
jam. Jadi, apakah yang menyebabkan ada peserta yang bersemangat
mendengar dan sebaliknya? Pilihan! Anda sebenarnya yang memilih
bagaimana untuk menentukan tindakan anda. Minda anda yang akan
menentukan badan anda untuk bertindak. Nilai-nilai dalam jiwa anda
yang akan menentukan pula minda anda untuk berfikir semasa
membuat pilihan. Jadi, apakah nilai-nilai dalam hidup anda?”

Ya, kecacatan diri jadi


inspirasi. Bukannya kecacatan
diri jadi penghalang kejayaan.
Malah, ada juga orang yang
menjadikan cabaran hidup
sebagai penghalang untuk
maju dan berjaya. Bagi saya,
itu adalah kecacatan jiwa.
Usahlah merasa rendah diri
disebabkan keadaan fizikal,
dilahirkan di keluarga miskin,
yatim piatu, dibesarkan oleh
ibu tunggal, dan sebagainya.
Jadikanlah semua itu adalah
inspirasi untuk kita berjaya. Di
mana ada kemahuan, di situ
ada jalan.

40
Bab 12: Kuasa Pilihan

Itulah kata-kata pembuka ceramah saya. Peserta dapat


melihat dengan jelas kecacatan pada tangan saya, mendengar kata-
kata saya, namun apa yang lebih penting adalah menghayati semangat
saya sebagai insan OKU. Saya tidak diminta untuk dilahirkan dalam
keadaan cacat. Namun apabila saya faham bahawa kelahiran ini
adalah satu ketentuan Tuhan, maka saya tidak lagi mengeluh. Saya
merasakan bahawa liku-liku hidup saya boleh dijadikan inspirasi
kepada orang lain. Ini kerana saya selalu menjadikan insan OKU yang
berjaya sebagai idola saya, semangat kejayaan mereka sebagai
inspirasi hidup. Saya sedar bahawa kita adalah penentu untuk
kejayaan atau kegagalan diri sendiri. Tidak kira kita cukup sifat atau
cacat, tidak kira kita dilahirkan di keluarga miskin atau kaya, kitalah
yang menentukan sendiri hidup ini, pilihan di tangan kita.
Gembira melihat mereka
membesar menjadi orang
berguna. Walaupun kita
berbeza agama dan kaum,
namun perbezaan yang ada itu
adalah sesuatu yang indah
untuk kita hidup bersama.
Cuba lihat pada lima jari pada
tangan kita, tidak ada yang
sama. Oleh itu, sama-samalah
kita kekalkan keharmonian
kepelbagaian kaum.
Elakkanlah amalan mengutuk
atau mencaci disebabkan
perbezaan antara kita.

41
Bab 12: Kuasa Pilihan

Renungan

Cuba anda imbas kembali sepanjang peristiwa yang berlaku dalam


hidup anda. Apakah peristiwa yang menyebabkan anda terpaksa
menghadapi sesuatu musibah yang bukan pilihan anda namun anda
telah memilih untuk bertindak secara positif. Sila tuliskan kisan anda:

42
Bab 13: Pengubah Nasib Hidup

Dengan kecanggihan dunia internet sekarang, kita dapat mengenali


ramai insan yang hebat. Contohnya Nick Vujicic. Walaupun
dilahirkan kudung kedua belah kaki dan tangan, namun beliau
menjadi seorang penceramah motivasi yang berjaya. Steve Jobs,
pelopor syarikat komunikasi gergasi Apple Incorporation. Sebelum
dilahirkan, ibu bapa kandungnya tidak ingin menerimanya. Daripada
menggugurkan janin, mereka mengiklankan anak mereka (Steve Jobs)
kalau-kalau ada yang sesiapa yang inginkan anak angkat. Steve Jobs
tidak menyalahkan mereka, tetapi beliau teruskan usaha untuk
membina kejayaan. Malah, seorang insan pekak dan buta berjaya
menamatkan pengajian di University Havard dalam jurusan
perundangan, iaitu Haben Girma, seorang peguam yang pekak dan
buta. Bayangkan bagaimana anda ingin belajar dan berkomunikasi
sekiranya bukan sahaja tidak dapat mendengar, malah buta. Namun
Haben Girma membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil, nak
seribu daya tak nak seribu dalih. Kisah beliau menyebabkan saya
teringat kembali salah seorang idola saya, Helen Keller. Oleh itu, kita
perlu memahami bahawa kelahiran kita adalah ketentuan Tuhan,
tetapi kita diberi pilihan untuk menjadikan siapa diri kita.

43
Bab 13: Pengubah Nasib Hidup

Renungan

Kita biasanya merasa sedih, memberi alasan, atau merungut apabila


terdapat kelemahan pada bahagian anggota badan atau pancaindera
tertentu. Kita asyik fokos pada kelemahan tersebut sehingga lupa
bersyukur bahawa kita masih ada bahagian-bahagian lain yang
sempurna. Cuba renungi dan tuliskan kesyukuran terhadap bahagian-
bahagian tersebut:

1. Tangan:

2. Kaki:

3. Penglihatan:

4. Pendengaran:

5. Sentuhan:

6. Minda:

44
B a b 1 4 : K i t a a d a l a h y a n g Te r p i l i h

Apabila berlaku sesuatu musibah dalam kehidupan kita, cuba kita


fikirkan adakah musibah itu akibat daripada tindakan yang kita pilih,
atau ia merupakan sesuatu yang di luar kawalan kita? Sekiranya
musibah atau masalah yang timbul itu bukan daripada pilihan kita,
maka serahkanlah kepada Tuhan. Contohnya apabila menghadapi
kesesakan jalan raya yang teruk di bandar raya, sudah pasti saya akan
berasa tidak selesa tambah-tambah lagi dalam mengejar masa.
Daripada memberi fokus pada kesuntukan masa yang bukan pilihan
saya, saya akan menganjak fokus saya pada ketentuan Tuhan. Saya
tidak memilih untuk kelewatan akibat kesibukan jalan raya. Oleh itu,
adalah lebih baik saya fokus kepada kuasa Tuhan yang mungkin satu
aturan untuk mengelak sesuatu kemalangan; atau mungkin juga
aturan-Nya untuk saya akan mendapat sesuatu yang baik di sebalik
kelewatan yang berlaku. Akhirnya saya tetap bersyukur dan
menghadapi situasi dalam keadaan tenang dan positif.
Gunakanlah
amalan agama
masing-masing
untuk
bersyukur dan
usahalah
menjadikan diri
ini lebih
sempurna.

45
B a b 1 4 : K i t a a d a l a h y a n g Te r p i l i h

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita


sebenarnya telah dipilih. Tuhan memilih kita sebagai insan istimewa
untuk diuji. Saya percaya bahawa dalam apa agama sekalipun, kita
percaya ada satu kuasa yang lebih hebat daripada kuasa kita sebagai
manusia. Dengan demikian, sama ada kita memilih atau dipilih, kita
kena pastikan destinasi hidup kita. Ingatlah bahawa kita mampu
mengubah nasib ini. Kitalah pemandu kepada nasib hidup kita. Jadi,
sekiranya hidup ini adalah satu perjalanan, alat ‘GPS’ pasti
memudahkan perjalanan ini! Saya akan berkongsi bersama anda
apakah GPS hidup dalam beberapa buah buku saya yang seterusnya.
Adakah anda berminat untuk membaca buku-buku saya yang
seterusnya? Jika berminat, pastikan anda telah daftar secara percuma
(dapat USD2.00 lagi!) ke eStore Buku saya. Atau anda boleh
WhatsApp ke 013-668 3552, dan taip <ebookOBS>.

013-668 3552,
<ebookOBS>

46
B a b 1 4 : K i t a a d a l a h y a n g Te r p i l i h

Renungan

Sila tuliskan apa-apa peristiwa yang berlaku sepanjang hidup anda


yang boleh dianggap bahawa anda adalah insan yang terpilih:

47
Bab 15: Berfikiran Negatif

Pada masa dahulu, saya ialah seorang yang berfikiran negatif. Saya
rasa kecewa dan malu dengan kecacatan pada tangan kanan saya.
Ketika saya berada di sekolah menengah, saya amat bimbang jika
terserempak dengan budak kecil. Apabila mereka terserempak dengan
saya, mereka akan menjerit, “Eh, orang tangan putus!”, “Ha Ha, orang
tak ada tangan!” dan macam-macam lagi ejekan mereka. Saya juga
berasa janggal dan serba salah kali budak-budak itu bersama dengan
orang dewasa, ibu bapa atau abang kakak mereka. Saya dapat lihat
riak muka mereka. Ada yang berasa malu dengan tingkahlaku budak
kecil itu, ada yang berasa serba salah, dan ada juga yang buat-buat
tidak tahu. Kebanyakan mereka akan menyuruh budak itu diam,
marah mereka, malah ada juga yang tarik tangan budak itu supaya
tidak bertembung dengan saya. Sekiranya anda, apakah yang anda
akan lakukan?

Sifat mengejek, mentertawa, memomok, dan sebagainya terhadap OKU


bukan sahaja di kalangan kanak-kanak. Malah orang dewasa sehingga ke
pemimpin dunia sekali pun masih mempunyai kejahilan jiwa. Apakah
peranan kita sebagai ahli masyarakat?

48
Bab 15: Berfikiran Negatif

Renungan

“Kebanyakan mereka akan menyuruh budak itu diam, marah mereka,


malah ada juga yang tarik tangan budak itu supaya tidak bertembung
dengan saya. Sekiranya anda, apakah yang anda akan lakukan?” Sila
tuliskan tindakan anda:

49
B a b 1 6 : T i d a k Te r i m a K e a d a a n D i r i

Apabila berdiri di depan cermin, saya tidak suka untuk melihat tangan
kanan saya. Begitu juga apabila mengambil gambar, saya akan pusing
ke sebelah kanan, cari kawan untuk berselindung bahagian kanan,
ataupun bersandar pada tiang serta dinding. Segala tindakan tersebut
adalah kerana saya tidak dapat menerima kecacatan pada tangan
kanan saya. Saya terus bersedih dan kalau boleh saya ingin tinggal di
rumah, tidak suka keluar kerana bimbang terserempak dengan budak
kecil.
Seingat saya, sebelum umur 5
tahun, saya tidak perasan
perbezaan tangan kanan dengan
orang lain. Apabila saya perasan,
saya asyik bertanya mengapa
tangan saya begini. Ibu selalu
nasihat saya agar tidak bersedih.
Namun agak susah saya menerima
keadaan tersebut. Walau
bagaimanapun, ibu selalu
menganggap saya sebagai seperti
budak lain, tidak perlu perhatian
yang keterlaluan. Ini adalah sesuatu
yang baik kerana pengalaman hidup
itu adalah sesuatu yang harus saya
tempuhi. Oleh itu, bagi ibu bapa
yang mempunyai anak OKU,
bagilah peluang mereka untuk
belajar berdikari. Apa yang saya
maksudkan, janganlah memberi
perlindungan yang keterlaluan yang
boleh menyebabkan mereka terlalu
bergantung pada bantuan orang
lain.

50
B a b 1 6 : T i d a k Te r i m a K e a d a a n D i r i

Renungan

Pernahkah anda tidak dapat menerima mana-mana bahagian keadaan


diri anda? Sekiranya ada, cuba huraikan perasaan anda terhadap
bahagian tersebut:

51
Bab 17: Buku Ubah Hidup Saya

Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca sebuah buku yang bertajuk
Think and Grow Rich, oleh penulis yang bernama Napolean Hill.
Seingat saya ketika itu saya berada di tingkatan tiga. Saya pinjam
buku itu di perpustakaan sekolah. Think and Grow Rich yang saya
pinjam bertajuk Fatwa Kaya Segera, edisi bahasa Melayu. Ketika
membelek-belek buku itu, salah satu muka surat telah menarik
perhatian saya. Ayatnya tertulis, “sekiranya anda ingin orang lain
menerima anda, anda terlebih dahulu menerima diri sendiri
seadanya”. Rangkap ayat tersebut menyebabkan saya terfikir bahawa
saya sendiri tidak dapat menerima keadaan diri, apatah lagi orang
lain! Dari situlah saya berubah sedikit demi sedikit.

Ruangkanlah masa anda untuk membaca buku-buku daripada mereka yang


hebat. Kita mungkin tidak dapat berkawan dengan mereka yang hebat-hebat
tetapi dengan membaca kisah hidup atau tulisan mereka, kita sebenarnya
telah bersama mereka.
52
Bab 17: Buku Ubah Hidup Saya

Malah banyak buku hebat yang telah menyebabkan saya menjadi


siapa diri saya pada hari ini. Salah sebuah buku lain yang berjudul
The 7 Habits Highly Effective People, oleh Dr.Stephen R. Covey
tertulis bahawa “Sekiranya anda ingin mengubah persekitaran,
ubahlah diri terlebih dahulu. Untuk berubah dengan efektif diri
sendiri, ubahlah persepsi terlebih dahulu.” Hanya dengan membaca
sahaja memang tidak mencukupi, apa yang penting ialah badan
bertindak. Seperti apa yang dikata oleh ahli motivasi terkemuka
dunia, Anthony Robin berkata, “Dalam hidup ini ramai yang tahu apa
yang patut lakukan, tetapi sedikit sahaja yang melakukan apa yang
mereka ketahui. Ketahui sahaja tidak cukup, anda mestilah
bertindak!”

Kata pepatah kuno Cina ada menyebut, “Tiga hari tidak membaca buku
pedoman, tiada teladan tiada budi pekerti, merana hidup ini”.

53
Bab 17: Buku Ubah Hidup Saya

Sekarang, anda dapat mengetahui bahawa saya berjaya


mentransformasikan diri. Salah satu faktornya adalah melalui bacaan.
Oleh itu, tahniah saya ucapkan kerana tindakan membaca sehingga
habis buku ini adalah satu tindakan yang akan membawa anda untuk
sana-sama mengecapi kejayaan dalam hidup. Saya masih berusaha
menulis beberapa siri buku. Setelah sekian lama belajar menulis dan
mencari cara terbaik untuk berbakti kepada masyarakat melalui
penulisan, kini saya telah menemui satu platform penulisan yang
hebat. Platform ini membolehkan kita menulis, memasar, dan
berkongsi penulisan kita. Malah saya teringat slogan Air-Asia,
“Everyone Can Fly!” Platform penulisan ini boleh dibagi slogan
“Everyone Can be an Author!” Selain menulis, saya akan
mengendalikan kelas-kelas penulisan eBook dan mengajar teknik
memasarkan eBook. JK Rowling menjadi perempuan yang
mempunyai harta menandingi ratu Elizabeth melalui kerjaya sebagai
penulis. Jeff Bezos menjadi orang paling kaya di dunia menandingi
Bill Gates dengan memulakan perniagaan gedung buku maya, iaitu
amazon.com. Oleh itu, ambillah peluang di sini dengan bersama saya
di MyBook2u.com, selamat maju jaya!

54
Bab 17: Buku Ubah Hidup Saya

Renungan

Apakah buku yang anda anggap telah memberi pedoman dalam hidup
anda? Sila perkenalkan buku tersebut dan huraikan kehebatannya:

55
Saya belajar untuk memajukan diri melalui bacaan tentang kisah
pengalaman hidup orang yang berjaya. Mereka menjadi guru
dan inspirasi hidup saya. Kini, saya merasakan tiba masanya
untuk saya berkongsi kisah hidup saya. Walaupun saya
bukanlah hebat sangat, namun pengalaman saya berkongsi
kisah hidup di atas pentas adalah pendorong untuk saya
membukukannya. Ini kerana mereka yang pernah menyertai
program ceramah saya ingin terus bersemangat. Oleh itu,
diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada mereka
yang ingin terus mendapat inspirasi dan motivasi.
Ong Boo Siong

Anda mungkin juga menyukai