Anda di halaman 1dari 4

Hijrah

Berikanlah cahaya hijrah perjalananku,


Berikanlah semangat tiap masa,
Berikanlah menyanyian terbaik,
Untuk mendengar,
Nyanyian menggembirakan,
Tahun ini.

Hijrah,
Membuang bimbang,
Keraguan,
Ketakutan,
Bersarang di hati.

Hijrah,
Berikanlah aku semangat,
Menanam tumbuh-tumbuhan,
Agar berbuah,
Agar segar,
Tubuhku ini menikmati
Udara bersih.

Hijrah,
Jika langkahku ini salah,
Berikanlah aku kesempatan,
Untuk jalan ke kanan,
Bersama nyanyian,
Yang tak pernah aku nyanyikan.

Nukilan: i- Rahim.
Mencari:
Nukilan: Rosnah Ahmad

Malam,
indah menanti siang,
memburu
rindu..

Siang,
Damai menunggu senja,
Mencari,
Cinta…

Senja,
Berlabuh menjemput malam,
Mendamba ,
Kasih.

Sepertiga malam,
Syahdu menyingkap malam,
Kasih bertaut,
Cinta bersemi,
Rindu terubat,
Yang ku cari,
Kini ku temui.

Fajar menyingsing,
Membawa pengertian,
Yakin kakiku melangkah,
Berbekal
niat yang suci.

Pengertian ,
Hijrah,
Kerana Mu.
Kini lebih kufahami,
Dalam meniti setiap detik,
Waktu.

Anda mungkin juga menyukai