Anda di halaman 1dari 8

SMK DATO HAMZAH

JALAN PANDAMARAN
42000 PELABUHAN KLANG.

PENTAKSIRAN KURIKULUM 1/2023


KIMIA
TINGKATAN 4
1 Jam

Nama :……………………………………………………. Kelas:……………………

Arahan: Jawab semua soalan

Bahagian A (10 markah)

1. Pernyataan berikut adalah tentang maksud kimia.

Kimia ialah satu bidang ilmu sains yang mengkaji tentang _____________ , ______________ ,
sifat dan ____________ antara atom, ion, unsur dan bahan.

Antara yang berikut, yang manakah perkataan yang betul bagi tempat kosong tersebut?
A komposisi, benda hidup, interaksi
B komposisi, struktur, interaksi
C benda hidup, sel unit, interaksi
D struktur, benda hidup, sel unit

2. Yang manakah antara berikut merupakan kaedah penyimpanan logam reaktif seperti kalium?

A Disimpan di dalam botol gelap


B Disimpan di dalam minyak parafin
C Disimpan ditempat yang teduh serta jauh daripada chaya matahari
D Disimpan dalam kebuk wasap

1
3. Pernyataan berikut menerangkan tentang salah satu langkah dalam penyiasatan saintifik.

“Membuat pemerhatian atau pengukuran dan merekodkan data secara teratur”

Antara langkah penyiasatan berikut, yang manakah sepadan dengan pernyataan tersebut?
A Membuat pemerhatian
B Membuat hipotesis
C Mengumpul data
D Membuat kesimpulan

4. Vivian merupakan graduan Kimia sebuah universiti. Kerjaya yang manakah antara berikut paling
sesuai untuk Vivian?

A Penyelidik di loji rawatan air


B Pembantu di firma guaman
C Agen insurans hayat
D Jurujual kereta

5. Pernyataan yang berikut dijumpai di dalam laporan yang ditulis oleh seorang murid.

Peningkatan suhu air akan meningkatkan kadar keterlarutan garam dalam air.

Apakah jenis pernyataan tersebut?


A Tujuan C Hipotesis
B Pemerhatian D Prosedur

6. Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk menentukan kadar keterlarutan garam untuk saiz
yang berbeza. Antara radas berikut, yang manakah penting untuk eksperimen tersebut?
A Kelalang kon C Mangkuk penyejat
B Jam randik D Penunu Bunsen

7. Antara yang berikut, yang manakah alat pelindung diri di dalam makmal?
I Pancuran air III Baju makmal
II Alat pemadam kebakaran IV Kaca mata keselamatan

A I dan III C II dan III


B I dan IV D III dan IV

2
8. Antara yang berikut, yang manakah susunan elektron bagi unsur T?

A 2 C 2.8
B 8 D 2.8.8

9.
Menemui zarah bercas negatif dipanggil elektron

Pernyataan di atas merujuk kepada penemuan oleh?

A James Chadwick C J.J Thomsom


B Ernest Rutherford D Niels Bohr

10. Apakah zarah subatom yang ditemui oleh James Chadwick?

A Proton C Neutron
B Elektron D Nukleus

Jawapan Bahagian A
1. 6.

2. 7.

3. 8.

4. 9.

5. 10.

3
Bahagian B (32 markah)

1. Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kadar keterlarutan garam kasar dan garam halus.
Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil untuk garam-garam tersebut melarut sepenuhnya.
Jenis garam Masa yang diambil untuk garam melarut (s)
Garam kasar 45
Garam halus 23

a) Berikan satu hipotesis bagi eksperimen ini.

______________________________________________________________________________
(1 markah)
b) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan

i) pemboleh ubah dimanipulasikan.

______________________________________________________________________________
(1 markah)
ii) pemboleh ubah yang bergerak balas

______________________________________________________________________________
(1 markah)
iii) pemboleh ubah dimalarkan

______________________________________________________________________________
(1 markah)
c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
(2 markah)

2. Rajah menunjukkan simbol atom W,Y dan Z.

a) i) Apakah maksud isotop?


___________________________________________________________________________

______________________________________________________________________

(1 markah)

ii) Nyatakan sepasang isotop dalam rajah yang ditunjukkan


4
___________________________________________________________________________
(1 markah)
b) Isotop bagi atom Y mempunyai 8 neutron. Tuliskan simbol bagi isotop Y

___________________________________________________________________________
(1 markah)
c) Nyatakan kegunaan isotop berikut:
i) Karbon-14
___________________________________________________________________________
(1 markah)
ii) Kobalt-60
___________________________________________________________________________
(1 markah)

3. Rajah 1 menunjukkan seorang suri rumah sedang menyidai pakaian yang baru sahaja dibasuhnya.
Pakaian tersebut menjadi kering beberapa jam kemudian.

Rajah 1
a) Namakan proses yang telah berlaku yang menyebabkan pakaian tersebut menjadi kering.
___________________________________________________________________________
(1 markah)

b) Lukiskan susunan zarah-zarah air sebelum dan selepas proses yang dinamakan di (a) berlaku.

Sebelum Selepas (2 markah)

c) Huraikan bagaimana proses di (a) boleh berlaku.


5
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(3 markah)

d) Namakan satu proses lain yang menunjukkan perubahan keadaan jirim yang sama dengan
proses di (a).
_____________________________________________________________________________
(1 markah)

4. Jadual 2 menunjukkan empat bahan dan formula kimia masing-masing.

Bahan Formula kimia Jenis zarah

Natrium Na X: ____________________

Klorin Cl2 Y: ____________________

Air H2O Molekul

Natrium klorida NaCl Z: ____________________

Naftalena C10H8 Molekul

Jadual 2
a) Apakah maksud jirim?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(1 markah)

b) Lengkapkan Jadual 2 dengan jenis zarah bagi natrium, oksigen dan natrium klorida.
(3 markah)

c) Nyatakan keadaan fizikal klorin pada keadaan bilik.

______________________________________________________________________________
(1 markah)

5. Jadual 3 menunjukkan bilangan proton, neutron dan elektron dalam atom P,Q, R, S, T dan U.

6
Huruf-huruf yang digunakan bukan simbol sebenar bagi atom-atom tersebut.
Atom P Q R S T U
Bilangan proton 11 9 6 d 20 6
Bilangan neutron 12 b 6 7 e 8
Bilangan elektron 11 9 c 7 20 6
Nombor nukleon a 19 12 14 40 14
Jadual 3
a) Berdasarkan Jadual 3, nyatakan a, b, c, d dan e.

a :

b :

c :

d :

e :

(5 markah)

b) Tulis perwakilan piawai bagi atom Q dan T

(2 markah)

c) Lukis gambar rajah susunan elektron bagi atom S. Kemudian, tulis susunan elektron bagi atom S.

(2 markah)

Bahagian C (8 markah)
7
Arahan: Tuliskan jawapan di dalam kertas kajang yang disediakan.

1. Rajah 1 menunjukkan lengkung penyejukan bagi naftalena. Perubahan keadaan fizikal bagi

naftalena pada setiap fasa dilabelkan sebagai A, B, C dan D.

Rajah 1

Tulis keadaan fizikal naftalena di AB, BC dan CD.


Kemudian, terangkan perubahan yang berlaku dalam setiap fasa.
(8 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

______________________ ____________________ ___________________

(ATIEY SYAMIMY ZULKEFLI) ( ) ( )


Guru Mata Pelajaran Kimia

Anda mungkin juga menyukai