Anda di halaman 1dari 1

KELANTAN NEGERI PERTAMA LAKSANAKAN

DAGANGAN KARBON KREDIT

KOTA BHARU: Negeri Kelantan hari ini menjadi peneraju dalam dagangan Karbon Kredit serta yang
pertama di Malaysia menjalankan program jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB ) dalam usaha mengurangkan kadar pelepasan karbon akibat aktiviti pembalakan yang
tidak terkawal di negeri-negeri membangun.

Satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan syarikat tempatan, Climate
Protector Sdn Bhd telah dimeterai di Hotel Perdana pagi tadi. Matlamat jangka panjang projek ini adalah
untuk mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan serta meningkatkan stok
simpanan karbon hutan simpan serta dapat menyumbang kepada pembangunan lestari.

Inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan dalam program ini adalah untuk memelihara hutan dan alam sekitar
akibat aktiviti pembalakan.

Program dagangan korban kredit adalah yang pertama di Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan
merupakan satu-satunya yang melakukan program ini.

Projek REDD ini akan mengambil masa 12 hingga 24 bulan untuk melakukan analisa saintifik, penilaian
dan laporan verifikasi oleh para saintis bertauliah untuk mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan
yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri. Jumlah kawasan terbabit adalah 396,000 hektar dengan
anggaran kawasan hutan meliputi 1 juta ekar.

Melalui projek ini, dalam tempoh 30 tahun tidak akan ada sebarang aktiviti pembalakan atau
perlombongan dalam kawasan yang telah ditetapkan. Ia akan dipantau dengan ketat supaya tidak akan
ada pembalakan haram bagi memastikan agar hasrat Kerajaan Negeri tercapai. Bagi rakyat Kelantan,
projek ini akan mencetuskan kesedaran terhadap aktiviti konservasi dan menjana pekerjaan buat rakyat
tempatan.

Anda mungkin juga menyukai