Anda di halaman 1dari 1

Kebangkitan Pertubuhan Pemisahan Patani

Kerajaan_Pattani
Pertubuhan pemisah Melayu sejak selepas Perang Dunia Kedua[5]:

 Gabungan Melayu Patani Raya (GAMPAR) dibentuk oleh rakyat Patani yang tinggal di Malaya. Presidennya
ialah Tengku Mahmud Mahyuddin Ibni Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah, putera Sultan Patani terakhir.
Matlamat: Menggabungkan Pattani Raya dengan Semenanjung Tanah Melayu.
 Pergerakan Rakyat Patani (PPM) di Patani, pimpinan Haji Sulong, seorang ulama terkemuka. Matlamat:
Mendapatkan taraf pemerintahan sendiri (autonomi) bagi Patani, yang terdiri daripada empat wilayah Melayu di
selatan. Kedua-dua badan itu lenyap selepas kematian pemimpin masing-masing dalam tahun 1953 dan 1954.
 Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) dibentuk pada 1959 oleh Tengku Abdul Jalal -- gabungan
kerabat diraja dan pemimpin agama. Sesetengah anggota BNPP menyuarakan hasrat mengembalikan
kesultanan Pattani. Pemikiran agama mereka dianggap kuno.
 Barisan Revolusi Nasional (BRN) dibentuk pada 1963. Ia dibentuk oleh Ustaz Abdul Karim Hassan, yang
menyanjung Presiden Soekarno dari Indonesia. BRN bergerak dari segi politik dan menyusupi 'pondok' iaitu
madrasah bentuk lama. Pemikirannya berasaskan sosialisme Islam.
 Pertubuhan Persatuan Pembebasan Patani (PULO) dibentuk pada 1968. Kobira Kotanila ataupun terkanal
sebagai Bapa Kabir Abdulrahman dan beliau adalah sebagai pengasas Pertubuhan Persatuan Pembibasan
Patani dan Secretary General.Selain daripada gerakan politik, PULO juga melakukan gerakan gerila.Pada awal
1970-an ramai pelajar Patani di seberang laut, terutamanya Timur Tengah, menjadi anggota PULO.PULO telah
di akui rasmi oleh beberapa buah negara di timur tengah sebagai satu pertubuhan yang mewakili rakyat Patani.

Anda mungkin juga menyukai