Anda di halaman 1dari 4

PERJUANGAN PATANI DARUSSALAM Patani yang damai dan indah memendamkan banyak sejarah perjuangan rakyatnya.

Di sini telah lahir dan gugur pejuang-pejuang dari kalangan aristokrat seperti Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Tengku Abdul Jalal dan Tengku Mahmood Mahyiddeen yang kemudiannya didukung tuan-tuan guru pondok termasuk Hj. Sulung. Kesultanan Melayu Patani berakhir dengan muslihat Phy Sri Shadheb ke atas Tengku Abdul Kadir. Dasar penjajahan Siam ke atas Patani disokong pakatan jahat kuasa besar terutama British dan Perancis. Orang Melayu Patani yang berjuang mengusir Jepun berharap British dapat membantu mereka menghalau Siam dari bumi Patani kerana Siam sebelum itu memberi ruang kepada Jepun menyusup ke Tanah Melayu untuk mengusir British. Sebaliknya British bersekongkol dengan Siam menghancurkan perjuangan rakyat Patani dalam GEMPAR, Force 136 dan PULO. Pembunuhan kejam Hj. Sulung serta kematian Tengku Mahmood Mahyiddeen yang mencurigakan pada tahun yang sama, 1954, memberi pukulan ke atas gerakan kemerdekaan Patani yang kemudiannya terpaksa bergerak secara amat terbatas. Pertubuhan pemisah Melayu sejak selepas Perang Dunia Kedua : Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR) dibentuk oleh rakyat Patani yang tinggal di Malaya. Presidennya ialah Tengku Mahmud Mahyuddin Ibni Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah, putera Sultan Patani terakhir. Matlamat : Menggabungkan Pattani Raya dengan Semenanjung Tanah Melayu. Pergerakan Rakyat Patani (PPM) di Patani, pimpinan Haji Sulong, seorang ulama terkemuka. Matlamat : Mendapatkan taraf pemerintahan sendiri (autonomi) bagi Patani, yang terdiri daripada empat wilayah Melayu di selatan. Kedua-dua badan itu lenyap selepas kematian pemimpin masing-masing dalam tahun 1953 dan 1954. Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) dibentuk pada 1959 oleh Tengku Abdul Jalal - gabungan kerabat diraja dan pemimpin agama. Sesetengah anggota BNPP menyuarakan hasrat mengembalikan kesultanan Pattani. Pemikiran agama mereka dianggap kuno. Barisan Revolusi Nasional (BRN) dibentuk pada 1963. Ia dibentuk oleh Ustaz Abdul Karim Hassan, yang menyanjung Presiden Sukarno dari Indonesia. BRN bergerak dari segi politik dan menyusupi 'pondok' iaitu madrasah bentuk lama. Pemikirannya berasaskan sosialisme Islam. Pertubuhan Persatuan Pembebasan Patani (PULO) dibentuk pada 1968. Kobira Kotanila ataupun terkanal sebagai Bapa Kabir Abdulrahman dan beliau adalah sebagai pengasas Pertubuhan Persatuan Pembibasan Patani dan Secretary General. Selain daripada gerakan politik, PULO juga melakukan gerakan gerila. Pada awal 1970-an ramai pelajar Patani di seberang laut,

terutamanya Timur Tengah, menjadi anggota PULO. PULO telah di akui rasmi oleh beberapa buah negara di timur tengah sebagai satu pertubuhan yang mewakili raayat Patani. --Perjuangan kemerdekaan Melayu-Islam Pattani masih belum selesai, dukunglah usaha PULO (Pattani United Liberation Organization) serta PGPO (Perdana Global Peace Organization) dalam membela nasib saudara kita yang ditindas di Selatan Thailand. General Information Keberanian dan ketokohan Tengku Mahmood Mahyiddeen amat dikagumi. Beliau bertanggungjawab membawa reformasi pendidikan Kelantan yang ketika itu terikat dengan sistem tradisional. Apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, beliau tampil memimpin pasukan sukarelawan Melayu menentang Jepun. Bersama-sama tentera British, beliau berundur ke India untuk mendapat perlindungan. Di India, Tengku Mahmood Mahyiddeen diberi kepercayaan untuk memimpin Force 136 bahagian Melayu dan melatih pejuang Melayu untuk menduduki semula Tanah Melayu secara perang gerila. Setelah Jepun tewas, beliau kembali ke Tanah Melayu dan mula memikirkan nasib orang Melayu Patani yang masih dibelenggu penjajahan Siam. Sebagai seorang berketurunan Patani, sudah tentu nasib malang yang menimpa rakyat Patani turut menyentuh emosinya. Beliau meneruskan perjuangan membebaskan Patani dengan menyertai Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR). Namun usahanya gagal kerana pertubuhan itu telah diharamkan oleh British dan beliau meninggal dunia dalam usia yang muda. ---

Sejarah Patani telah melangkaui beratus-ratus tahun. Sebelum itu bumi ini juga di kenali sebagai langkasuka. Sejak dulu-dulu lagi negara Patani tidak henti-henti berperang dengan Siam. Raja-raja Patani dulu berbeza dengan pemimpin-peminpin moden. Mereka sendiri mengempalai peperangan. Ini termasuk raja perempuan yang terkenal yaitu Raja Hijau, Raja Biru, Raja Ungu dan Raja Kuning. Diantara mereka lah Patani dapat beberapa kali bertahan dari serangan Siam. Patani teramat masyhur dan maju di masa pemerintahan Raja Hijau. Negara Patani tersohor ke seluruh dunia. Dizaman moden Sultan Abdul Kadir adalah menjadi raja terakhir bagi negara Patani. Beliau berjuang bersungguh mempertahan dan cuba mengembalikan kedaulatan Patani tetapi gagal dan akhirnya beliau meninggal di Kelantan. Selepas itu Patani bangkit dengan cara pergerakan yang berlainan. Pada awal 40 han kebangkitan di pimpin oleh Haji Sulong dan Tengku Mahmood Muhyidin.

Di zaman itu pergerakan mereka berlindung disebalik tuntutan 7 perkara bagi dalam negeri. Dan Tuntutan untuk bersama Malaya di luar negara. Kedua-dua pemimpin ini telah di bunuh. Haji Sulong dibunuh dengan kejam oleh Siam. Mayatnya dibuang ke laut tanpa di ketahui mana kuburnya. Tengku Mahmud pula telah di racuni oleh Inggeris dan di tanam di Kelantan. Pembunuhan mereka berdua adalah konspirasi diantara Siam dan Inggeris. Selepas itu gerakan kemerdekaan digerak oleh anak-anak muda Yang di pimpin secara sulit oleh Pak Bung. Pemuda-pemuda saperti Haji Amin, Ustaz Karim, Haji Yusuf, Haji Harun, Tengku Jala telah bersama menubuh partai Barisan Revolusi Nasional pada tahun 1960. Kemudian Tengku Jala menubuh kan Partai Barisan Nasional Pembebasan Patani 1972 (sekarang berubah kapada Barisan Islam Pembebasan Patani). Tengku Biro atau Kabir Abdul Rahman pula telah menubuh Partai Patani United Liberation Organisation 1968 (Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu.) Mereka-mereka inilah yang menggerakkan perjuangan rakyat Patani sehingga sekarang disambut oleh generasi muda yang telah melakukan beberapa reformasi dari segi strategi dan taktik. Kesemua asas perjuangan yang di letak oleh bapa-bapa perjuangan bermatlamatkan kemerdekaan tanpa tolak ansur. Jika ada pemimpin baru yang cuba mengubah matlamat dan strategi perjuangan ini seolah-olah cuba mengkhianati aspirasi bapa-bapa kita dahulu. Kalau pejuang-pejuang dahulu tidak letih menunggu begitu lama, takkan lah golongan muda yang baru mengambil alih kepimpinan partai terus mahu berdamai dengan penjajah dan menerima segala cadangan yang di pelopori oleh kuasa barat dan Malaysia. Ustaz Abdul Karim dan Haji Amin Tohmina antara pengasas BRN. Apabila berlaku perpecahan dalam BRN mereka masing-masing telah memimpin BRN Ulama dan BRN Coordinate. Dari situ Ustaz Karim telah bergabung dengan beberapa tokoh lain menubuh sebuah partai bernama Gerakan Hizbollah Patani. Parti ini tidak pernah di isytihar kan di atas sebab-sebab tertentu. Beliau juga antara pemimpin yang menubuh satu badan Kerjasama parti-parti yang di namakan PRC (Patani Research and Coordinating Centre) bersama, almarhum Haji Amin, Baba Abdul Rahman Pomeng, dan beberapa orang tokoh yang masih hidup. Badan inilah yang menggerakkan kebangkitan Masjid Kerisik pada tahun 1989-90 yang kononnya terkenal di pimpin oleh Bomoh Din. Bermula dari kebangkitan inilah rakyat Patani telah mula menonjolkan keberanian yang sejati. Pihak Wahdah juga pernah mengambil kesempatan menjuarai isu tersebut. *Pak bung ialah Ustaz Wan Ahmad Bung meninggal dunia ketika solat subuh sekitar tujuh puluhan di Pondok Pambing, Patani. Dia pernah menjadi ustaz di beberapa madrasah di antaranya pondok Padang Ru, Sekolah Haji Haron, Sekolah Pondok Pambiang dan lain-lain. Setahu saya Pak Bung itu adalah Ahmad (Bung) dari Yala, meninggal dunia dalam waktu sembahyang di Pondok Pambing dalam tahun 60-an dulu.

---

Dari sudut sejarah, pergerakan revolusi Patani dinamakan Pergerakan Komando Revolusi Rakyat Patani. Pergerakan ini tergabung dalam Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN). Ditubuhkan pada 13 March 1960, bertempat di sebuah institusi pengajian Islam yang terkenal, Sekolah Haji Harun atau Thamwitya Mulniti, Bandar Yala. Pengasas-pengasasnya terdiri dari Ustaz Karim Hassan, Dr. Haji Harun, Wan Muhammad Bung, Ustaz Razali, Harun Yaacob, Yusoff Chapakiya, Ahmad Shariff dan Abdul Qayoom. BRN ditadbir oleh sebuah komiti pusat diberi nama DPP (Dewan Pimpinan Pusat). Anggota DPP telah ditambah oleh tokoh-tokoh saperti Tengku Jalal, Amin Tohmina, Ustaz Zakaria dan Ahmad Yenkee. Pada tahun 1963, Amin Tohmina mengambil-alih jawatan sebagai Presiden. Amin mula memecat beberapa anggota yang tidak disukainya termasuklah Yusoff Chapakiya, Abdul Qayoom, Ahmad Shariff dan akhir sekali Dr. Harun Sulong. Tengku Jalal keluar dari BRN untuk memimpin fron pembebasannya sendiri diberi nama BNPP. Haji Yusoff pula menubuhkan sebuah fron sebagai alternatif kepada BRN diberi nama PRN.

Anda mungkin juga menyukai